Tuesday, July 27, 2010

Menahan Mahu Dengan Malu





Dari Abi Mas’ud ‘Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri radiyallahu’anh, katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu; ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki. Diriwayatkan oleh Bukhari.


Ulasan:

Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dari Abi Mas’ud ‘Uqbah bi Amru al-Ansari. Ia berasal dari Badr, kemudian mendiami di Kufah. Hadis riwayatnya ada sebanyak seratus dua hadith.

Nilaian dan Ibrah Ringkas:

Hadith yang ringkas tetapi kemas. Cukup untuk menjadi KPI (key performance index) sebagai seorang muslim yang mukmin dari segi perbuatannya. Kerana perbuatan mencerminkan sopan. Orang yang sopan tidak mahu berbuat sesuatu yang memalukan atau yang mendatangkan kecelaan. Ini kerana orang sopan adalah orang yang malu. Malu adalah adab dan tatatertib dunia dan agama sejak dari syariat para rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.

Itulah manusia yang selamat penyerahan dirinya kepada Allah dan percaya dengan yakin kepada Allah, Rasul, Kitab, Malaikat, Hari Qiamat serta Qada’ dan Qadar yang tahu untuk menahan mahu dengan malunya kepada Allah dan Rasul.

2 comments:

achik said...

Tanggalkan malu itu
Hiduplah dengan kemudaanmu
Angkuhlah dengan kebebasanmu
Tapi ingat
Siksaan Allah itu amat pedih

Pesanan buat pemuda-pemudi abad21

iman sayyidah said...

baru sahaja mngupas hadith ni dlm usrah. Alhamdulillah, berjaya mnbincgkn tajuk "malu" ini dalam pelbagai sudut yg berbeza..

Masa Itu Nyawa