Thursday, July 8, 2010

Hari Pertama Di Tahun Ketiga



Seperti kebiasaan disetiap awal semester, kami pelajar-pelajar kejururawatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pasti diberi tazkirah, kata-kata semangat, ubat minda dan vitamin permulaan daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Sister Rubya Hassan, Senior Felo Akademik.

Bermula dengan menceritakan kisah pelajar-pelajar terbaik graduan kuliah kejururawatan 3 generasi yang telah bergraduasi cukup untuk membuka minda kami tentang satu perkara. Terutama sekali dengan generasi ke-3 yang baru bergraduasi. Terdapat tiga orang pelajar terbaik dalam akademik. Bahkan 3 orang pelajar itu juga merupakan pesaing sihat dan hebat dalam segala bidang sukan, ko-kurikulum, kurikulum, berpersatuan dan khidmat masyarakat.

Disini dapat disimpulkan dengan beberapa persoalan. Kenapa orang-orang tidak sibuk jarang berjaya? Adakah orang-orang yang hanya tahu membaca itu tidak cukup cemerlang? Atau pun pelajar-pelajar yang tidak cemerlang itu disibukkan dengan bukan keperluan dan kepentingannya? Ataupun orang-orang yang cemerlang itu semata-mata bernasib baik? Ataupun pelajar lain ada komitmen lain yang lebih besar (apa yang lebih besar dari menuntut ilmu kerana Allah dan menunaikan hak sebagai anak, murid dan penuntut ilmu dengan mengamalkan apa yang dipelajari?).

Tutup seketika soal kecemerlangan kerana saya bukanlah orang yang layak untuk membicarakannya di medan sekarang. Ianya soal kesan dan pengisian kecemerlangan, bukan semata pencapaian dan pemecahan rekod kecemerlangan.

Seterusnya seperti biasa juga kami di tekankan dengan beberapa peringatan ‘lucu’ tapi penting untuk hidup dan mati kita sebenarnya. 4 Taks (campur aduk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris).

Tak Sombong
Tak Menipu
Tak Mengumpat
Tak Malas.

4 perkara di atas adalah perkara lazim dan terlalu biasa kita dengar dan mungkin sudah bosan jika saudara seorang guru untuk mengajar kepada muridnya tentang perkara ini.

Namun, indahnya keempat-empat ‘tak’ ini adalah kerana adanya sandaran hujah dari Al-Quran dan Hadith.

Banyak lagi yang ingin dikongsikan sebenarnya, namun biarlah badan ini mendapatnya haknya dahulu buat bekalan perjalanan merentas banjaran Titiwangsa buat kali ke- 4 dalam minggu ini.

Mungkin ada kebaikannya jika sekalian pembaca sudi merenung beberapa kata nasihat ataupun sudut pandang dibawah. Jika ada perkongsian mahupun sebarang komen sangatlah di alukan buat memaknakan hidup sebagai seorang hamba.

1- Plan dalam setiap perkara mengikut lunas-lunas Islam
2- Asas kejayaan ialah permulaan yang baik
3- Yakin tidak sama dengan sombong.

-Sungguh tiap-tiap mata itu pasti dan pasti dipertanggunggjawabkan (dosa atau pahala) tentang apa yang telah dilihat dan disaksikannya di dunia ini-

[MNM, Abu Fateh]
Cheras,
6 Julai 2010,
1.10 pagi.

3 comments:

humm said...

adik, semoga terus sukses! ^_^

Nurturing The Ummah said...

AMEEN.. berkat ni doa dari salah seorang pelajar cemerlang yang telah melalui 4tahun dalam kejururawatan..

Wise_souL said...

sekadar perkongsian,tp rsnya penulis dh bc kot..Pray hard,work smart by ust pahrol

Masa Itu Nyawa