Skip to main content

Cerita Memasak Isi dan Kulit


Nak tahu tak satu cerita din? Boleh jugak, Apa dia?

Nu'aim suka sangat kenakan aku. Pernah banyak kali dia tegur sambil marah kat aku. Nak marah pun ada, tapi apa yang dia marah kat aku tuh ada kebenarannya biasanya.

Pernah sekali dia tegur cara aku masak. Adalah sekali tuh aku masak ayam. Marah-marah pulak tuh tegur. Katanya, " hei Barra'!! ko masak apa ni? (selepas mencuba memakan ayam yang aku masak). Aku pun peliklah, apesal lah dia ni nak marah-marah. Tapi bila aku cuba ayam yang aku masak memang rasa tak cukup masak pun, patutlah dia marah.

Lepas tuh, dia nak tengok cara aku masak. Bila dia tengok api yang aku guna terus dia marah lagi kat aku. " Patutlah mum masak tak betul-betul masak. Kalau nak masak, jangan guna api besar. Kalau guna api besar, memang nampak kat luar macam masak, tapi kat dalam tak masak lagi."

Bila aku cek (rujuk) balik sebelum-sebelum ni, patutlah aku masak tapi tak rasa sedap dan tak rasa macam yang sepatutnya. Lepas tuh aku rasa bersyukur sangat-sangat Nu'aim tegur aku tuh.

Itulah ceritanya din. Ooo, terima kasih Barra'.

Itulah cerita sahabat saya, Muhammad al-Barra' dalam perjalanan kami berdua menuju ke Temerloh pada fasa praktikal yang lepas. Cerita yang sudah lama saya ingin kongsikan bersama disini kerana ianya penuh dengan hikmah dan ibrah.

Mengambil kepentingan setiap Islam itu melihat dari segi ibrah (pengajarannya) terhadap apa jua yang berlaku disekelilingnya.


Ibrah Teknik Memasak
Jika kita melihat dari teknik memasak, kebiasaannya sesiapa sahaja yang pernah memasak secara BETUL akan tahu kenapa begitu dan kenapa begini. Begitulah juga dalam memastikan isi dan bukan sekadar kulit yang masak, kita tidak boleh menggunakan api yang terlalu besar. Begitu juga dalam membakar daging atau pun ayam untuk dibuat satey.

Jika api yang besar digunakan, memang masakan akan kelihatan lebih cepat masak dari luarnya. Namun, dalamannya belum cukup masak. Disinilah terujinya kesabaran seseorang itu dalam mencapai cita-citanya bilamana mahu mendapatkan hasil yang terbaik dalaman dan luarannya, dia mestilah SABAR dan TEKUN mengerjakan usahanya secara teratur, berhati-hati dan istiqamah. Tribut buat Imran Ahmad yang sentiasa gigih dalam gerak aturnya dan Faizal Mohd Salleh yang sentiasa tersusun gerak kerja dan begitu sekali teliti dan kerja buatnya. Terima kasih kalian mengajar diri ini untuk mencontohi kalian.

Begitulah teman dan diri saya. Kejayaan untuk membina JIWA, mencuci IMAN, menambah FAHAM, mempertaut HATI dan melebur DIRI kepada satu matlamat bukanlah suatu yang senang, bukanlah suatu yang boleh diperolehi dengan mudah-mudah.

Moga-moga saya dan sekalian teman pembaca mengikuti program tarbiyah dari Allah (mujahadah) sebelum Allah memberikan program tarbiyahnya juga kepada kita dalam bentuk yang lain (musibah) jika kita menolak untuk bermujahadah.

Sekadar catatan buat diri supaya terus mengingatkan diri bahawasanya jalan menuju kebaikan dan kejayaan itu takkan sunyi dari kepayahan dan takkan sepi dari ujian. Selamat memasuki fasa pembinaan diri. Hayya bina' nukmin sa'ah.

Abu Fateh,
Anak Muda,
25200,
5.40pm,
22 Julai 2010.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…