Skip to main content

Bingkisan Nurani Buat Adik-Adik Baru



Kutitipkan khas buat semua adik-adik tahun pertama di Kuantan dan adikku Nor Nabilah Mohamed juga tahun pertama di Gombak, selamat hari lahir ke-19.

Enheritance The Past, Enlighten The Future.
Mewarisi Saat Kegemilangan, Menyinari Masa Hadapan.

Merangkak bertatih seorang anak kecil, berlarian berkejaran seorang kanak-kanak, akhirnya ditakdirkan Ilahi ke Kuantan, Universiti Islam Antarabangsa kampus kesihatan, bumi Tadahan Ilmu dan Budi.

Melihat langit Ilahi dengan seribu harapan. Merenung 250km dari ibu kota menjauhi kampus Pusat Asasi Petaling Jaya. Mencari pengalaman baru dan memulakan hidup baru yang pasti jauh berbeza dari alam Pra-Universiti.

Sejenak menyorot ke jendela alam Kegemilangan Islam. Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, 4 khalifah yang diberi petunjuk meneruskan deligasi penyampai kebenaran. Di celahan itu, adanya Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah seorang anak muda yang tenang tapi hebat dalam catatan tinta emas sejarah dengan membuka kota Syam buat Islam yang kininya menjadi Jordan, Syria dan Palestin.

Sedikit berundur kebelakang, teringat Usamah bin Zaid bin Harithah anak muda yang berumur belasan tahun tapi sudah punya upaya memimpin ribuan tentera menakutkan empayar Rom. Terus zaman berlalu, datangnya Thoriq bin Ziyad, juga anak muda 20-an punyai kecerdikan sehingga mampu menawan Eropah menjadi asas kepada zaman kebangkitan sains, perubatan dan segala kajian baru yang gemilang dalam dunia Islam di Granada dan Cordova, sekarang dijajah kembali menjadi Sepanyol.

Terus merintis detik, kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh yang berusia awal 20-an tapi sudah memimpin 250,000 orang tentera membuka kota Konstantinopel yang kininya adalah Negara Turki yang terkehadapan dalam membela dan menegakkan isu-isu kemanusiaan terutama apa yang berlaku di bumi tertindas Palestin. Antara anak muda lain, Imam Syafie yang baru berusia 17 tahun tapi tahap keilmuannya sudah menjadi tempat rujukan para ‘ulama.

Biarlah sejarah itu telah berlalu, memang benar kita mewarisi kegemilangan para Ulama’, saintis, dan sekalian ilmuan zaman dahulu. Sejarah bukanlah untuk dibangga-banggakan, ianya suatu peringatan untuk dipelajari dan diteruskan deligasi hari ini dalam membawa suatu falsafah menjadi realiti.

Memandang ke dalam aspirasi cita-cita penubuhan UIAM di Persidangan Muslim Sedunia pada 1977 yang berpaksikan kepada intipati ayat surah al-Alaq yang sangat menekankan asas keilmuan bermula dengan suruhan Bacalah!, lalu diteruskan sehingga akhirnya dijelaskan tujuan pencarian ilmu adalah buat pengabdian diri sebagai hamba dan mentadbir bumi sebagai khalifah.

Itulah falsafah yang difahami oleh para anak muda yang seusia kita di zaman sahabat Ali karramallahu wajhah, tabi’, tabi’in, Sultan Muhammad al-Fateh, zaman Ibnu Sina, Imam Syafie, al-Biruni, al-Razi, Imam Nawawi dan beribu lagi nama anak muda yang tahu untuk membumikan falsafah menjadi suatu kenyataan.

Merenung kedalam misi UIAM ‘triple ICE’ = [Integration, Internationalization, Islamization, and Comprehensive Excellence] . Suatu adunan kepelbagaian, menjulang ke puncak antarabangsa, proses Islamisasi dan kecemerlangan dalam segenap aspek ruang-ruang kehidupan. Inilah yang sebenarnya telah berjaya dibuktikan oleh tinggalan warisan zaman-zaman kegemilangan Islam dahulu, cuma tinggal kepada kita sahaja samaada mahu membenarkan dan mengulangi sinaran mutiara-mutiara sejarah ummat itu ataupun membiarkan ianya tertimbus dalam dengan sikap kita yang lebih senang dan selesa dalam zon ketidakpedulian dan tiada daya untuk tunduk kepada tujuan dan cita-cita mulia Taman Ilmu dan Budi ini.

Aku melihat dalam harapan UIAM sebagai gudang Ilmu, gudang melahirkan orang bertaqwa, gudang melahirkan graduan yang masih hidup hatinya yang tahu tunduk kepada cita-cita dan tujuan, bukan lagi semata tewas dengan cinta nafsu dan syaitan.

Sungguh indah falsafah keilmuan, pendekatan tauhid, keterbukaan, Islamisasi, integrasi, peng-antarabangsaan, kecemerlangan secara holistik kerana itulah jua ajaran Islam.

Namun, keindahan itu hanyalah diatas kertas jika tiada dibumikan dan direalitikan dalam setiap jiwa, minda dan aksi para penghuni UIAM, sekalian anak muda harapan agama, bangsa dan Negara.

Sejenak aku berzikir dan berfikir ke dalam diri.
-Educating The Ummah, Serving The Nation-

[MNM, Abu Fateh]
29 Jun 2010.

Comments

fiey_ahmad said…
Berbuatlah apapun dengan cemerlang, Kejayaan akan menyusul kamu..

Berniatlah atas nama Tuhan, Ketenangan pasti bersama kamu..

Jangan dikejar kejayaan, dibimbangi kamu keciciran nilai-nilai kemanusiaan..Kejayaan bukan dinilai pada tingginya gred dan pencapaian, tetapi pada tingginya nilaian Allah pada hablun min Allah dan hablun minannas..

Be excellent, Success will be yours
be excellent...in a right understanding

meaningful advice from a meaningful person i inspired in life, study, involvement and rapport to everyone. thanks kak fiy.

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…