Friday, July 9, 2010

Belajar Tentang Anak Kecil (Paediatrics)




Malas dan penat usah dibicara. Namun, lupa akan ilmu itulah yang ditakuti.

Sekadar catatan ringkas tentang kelas pertama paeds. Tiada apa yang menarik dan mencabar lagi kerana kebanyakan hanya berkisar pengenalan.

Namun, dalam pengenalan itu sudah cukup untuk menunjukkan peri pentingnya menguasai segala jenis ilmu yang dipelajari dahulu, dihadam, dilumat, diasimilasi dan menjadi asas yang kukuh dalam menerangkan perkara yang semakin berkembang-berkembang dan berkembang secara semakin semangat.

Bila ditanya kepada Madam Yee, bagaimana untuk dapat cemerlang dalam subjek Paed?

Ada beberapa cara yang terlalu sangat mudah dan praktikal untuk dibuat, tapi jarang orang nak amal dan buat untuk skor dalam pengajian ini. Petua mudah Madam Yee;

1. Belajar benda betul, betul-betul secara betul.
2. Belajar bersungguh-sungguh
3. Siapkan assignment
4. Hantar assignment pada waktunya
5. Dan jaga masa.

Belajar paeds tak payah; tapi agak amat payah jika tiada gabungjalin antara semua sukatan pelajaran yang sudah dipelajari sebelum ini.

Tunggu apa lagi? Jom belajar kerana Allah.

[MNM, Abu Fateh],
Cheras,
6 Julai 2010,
1.20 pagi.
Catatan seorang anak.

No comments:

Masa Itu Nyawa