Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Target Dakwah Individu. Setahun 2 Orang?

Renungan


Dengan mengandaikan seorang da’ie (pendakwah) hanya mampu mendakwah 2 orang mad’u (sasaran dakwah) sehingga berjaya dalam masa setahun, maka di tahun kedua akan akan berlaku 3 orang daie mendakwah 6 orang mad’u. Tahun ketiga pula 9 orang daie mendakwah 18 orang mad’u. Tahun keempat pula 27 orang daie mendakwah 54 orang mad’u. Tahun kelima pula 81 orang daie mendakwah 162 orang mad’u. Tahun keenam pula 243 orang daie mendakwah 486 orang mad’u. Tahun ketujuh pula 729 orang daie mendakwah 1458 orang mad’u. Tahun kelapan pula 2187 orang daie mendakwah 4374 orang mad’u. Tahun kesembilan pula 6561 orang daie mendakwah 13122 orang mad’u. Tahun kesepuluh pula 19683 orang daie mendakwah 39366 orang mad’u. Begitulah seterusnya.


Pada tahun kelima belas bilangan daie mencapai jumlah 4,782,969 orang dengan mad’u seramai 9,566,938 orang. Pada tahun ketujuh belas kita memiliki 43,046,721 orang daie. Ini bermakna seluruh penduduk Malaysia berada di peringkat daie dan tiada seorang pun yang men…

Mengkakukan Diri, Memberi Ruang Teman Meningkat Maju, Menuju Kemanisan Tautan Hati

Semalam dan hari ini orang disibukkan dengan kerja-kerja kuliah.

Semalam dan hari ini orang menamakan aku untuk menjawat amanah.

Semalam dan hari ini orang mencemuh tanpa menyedari ukhuwah.

Semalam dan hari ini orang membuang masa menunggu neraka berkawah.

Semalam dan hari ini orang melihat dunia penuh indah.

Semalam dan hari ini orang membaca untuk hidup mewah.

Semalam dan hari ini orang mengejar 'banyak' membuang kualiti ummah.

Semalam dan hari ini orang melihat gaji bercambah-cambah.

Semalam dan hari ini orang memperjuang prinsip hidup tiada ARAH!

Semalam dan hari ini orang mengambil pemimpin tanpa hidayah!

Semalam dan hari ini orang menyikapi organisasi tanpa Fitrah!

Semalam dan hari ini orang berPERSEPSI penuh membarah!

Semalam dan hari ini orang memandang yang tua tiada IZZAH!

Semalam dan hari ini orang mencebik yang muda bagaikan sampah!

Semalam dan hari ini orang meninggalkan pelapis yang lemah.

Semalam dan hari ini orang menipu dengan senyuman murah.

Semalam dan hari ini orang tertip…

Menahan Mahu Dengan Malu

Dari Abi Mas’ud ‘Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri radiyallahu’anh, katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu; ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki. Diriwayatkan oleh Bukhari.


Ulasan:

Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dari Abi Mas’ud ‘Uqbah bi Amru al-Ansari. Ia berasal dari Badr, kemudian mendiami di Kufah. Hadis riwayatnya ada sebanyak seratus dua hadith.

Nilaian dan Ibrah Ringkas:

Hadith yang ringkas tetapi kemas. Cukup untuk menjadi KPI (key performance index) sebagai seorang muslim yang mukmin dari segi perbuatannya. Kerana perbuatan mencerminkan sopan. Orang yang sopan tidak mahu berbuat sesuatu yang memalukan atau yang mendatangkan kecelaan. Ini kerana orang sopan adalah orang yang malu. Malu adalah adab dan tatatertib dunia dan agama sejak dari syariat para rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.

Itulah manusia yang selamat penyerahan dirinya ke…

Vitamin Asasi Hamalatul-Quran

Daripada Uthman radiyallahu’anhu meriwayatkan Rasulullah bersabda : “Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”



Mengikut hadith ini, ganjarannya (pahala) adalah umum iaitu sahaja di antara pelajar dan yang mengajarkan kepada orang lain. Al-Quran adalah asas atau dasar agama dan penjagaan serta penyebarannya adalah bergantung kepada keyakinan kepada di atas wujudnya.



Hadith di atas disokong oleh sebuah hadith lain Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana diriwayatkan oleh Said bin Salim radiyallahu ‘anhu; “ Jikalau seseorang telah mendapat ilmu mengenai al-Quran menganggap seseorang lain yang diberi dengan sesuatu yang lain itu lebih bernasib baik daripadanya, dia telah menunjukkan sikap tidak hormatnya kepada rahmat Allah yang diturunkan kepadanya kerana usahanya mempelajari al-Quran.”



Dengan itu, jelaslah bahawa oleh sebab al-Quran itu adalah Perkataan Allah, ianya adalah tertinggi dari segala sesuatu, sebagaimana dinyatakan dalam beberapa…

Kalau Tuhan Itu Betul-Betul Baik, Kenapa Buat Neraka?

Sebuah perkongsian.

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam



Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.



Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.



Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah dida…

Quran Dijauhi, Musibah dan Bala' Mendekati

Cuba menulis seringkas mungkin supaya masa tidak terbuang. Supaya tujuan terus pada matlamat. Sakitnya badan bila tidak membaca al-Quran. Lebih sakitnya hati bila dihijab dari untuk membuka kitabullah.

Semua yang mempunyai hati yang hidup pasti mengetahui rasa pedih, sedih, dan takut yang saya maksudkan jika diri dihijab dari mengingati Allah. Itulah antara sebesar-sebesar hijab. Jika di dunia pun Allah telah menghalang kita dari menatap, membaca, memahami dan mengamalkan kalam-Nya, apa mungkin Allah akan sudi untuk melihat dan gembira dengan kita di akhirat nanti?

Cukuplah masa-masa berlalu dibuang sia-sia. Penuhilah masa itu sebagaimana pesanan Maulana Muhammad inamul Hasan rahimahullah:
1) Sibukkanlah dirimu dalam usaha agama, jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam urusan agama.
2) Gunakanlah waktumu untuk agama, jika tidak waktu kamu pun akan habis tapi bukan dalam urusan agama.
3) Gunakan hartamu untuk agama, jika tidak harta kamu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
4) Mati…

Cerita Memasak Isi dan Kulit

Nak tahu tak satu cerita din? Boleh jugak, Apa dia?

Nu'aim suka sangat kenakan aku. Pernah banyak kali dia tegur sambil marah kat aku. Nak marah pun ada, tapi apa yang dia marah kat aku tuh ada kebenarannya biasanya.

Pernah sekali dia tegur cara aku masak. Adalah sekali tuh aku masak ayam. Marah-marah pulak tuh tegur. Katanya, " hei Barra'!! ko masak apa ni? (selepas mencuba memakan ayam yang aku masak). Aku pun peliklah, apesal lah dia ni nak marah-marah. Tapi bila aku cuba ayam yang aku masak memang rasa tak cukup masak pun, patutlah dia marah.

Lepas tuh, dia nak tengok cara aku masak. Bila dia tengok api yang aku guna terus dia marah lagi kat aku. " Patutlah mum masak tak betul-betul masak. Kalau nak masak, jangan guna api besar. Kalau guna api besar, memang nampak kat luar macam masak, tapi kat dalam tak masak lagi."

Bila aku cek (rujuk) balik sebelum-sebelum ni, patutlah aku masak tapi tak rasa sedap dan tak rasa macam yang sepatutnya. Lepas tuh aku rasa bersy…

Kedaulatan Negara; (PSP 11)

Imam al-Ghazali memberi penjelasan mengenai teori kedaulatan negara sekiranya sama dengan apa yang dijelaskan, kira enam kurun kemudian, oleh Thomas Hobbes. Bezanya ialah Hobbes masih berpegang kepada andaian sedangkan al-Ghazali sudah lama berpegang kepada bukti amali.

Zaman al-Ghazali banyak mempunyai persamaan dengan zaman Thomas Hobbes dalam mana kedua-dua zaman tersebut penuh dengan pelbagai fitnah dan umat merasai amat perlu diwujudkan keamanan dan pemeliharaan peraturan melalui suatu kekuasaan (sultan) yang gagah yang mampu meletakkan batas-batas kuasa terhadap segala perbuatan yang mengancam jiwa raga manusia dan harta kepunyaan mereka oleh sebarang punca kekacauan.

Sebenarnya, perasaan takut kepada fitnah dan hasutan adalah merupakan sebab musabab yang memerlukan keamanan dan kepada suatu kekuasaan (sultan) bersama dalam mana kedaulatan kedaulatan bertapak dengan teguh sekiranya boleh menyekat perselisihan pendapat dan pertelagahan berbagai kehendak serta lahirnya kacau bilau d…

Agama Dan Negara; (PSP 10)

Seperti mana Imam al-Ghazali menjadikan "keduniaan" itu sebagai syarat asasi bagi "keagamaan" maka beliau juga menjadikan "negara" (daulah) sebagai asas dan tapak bagi "keduniaan" dalam mana beliau menghubungkan sudut-sudut kegiatan insan dalam bidang-bidang kerohanian, kebudayaan, perekonomian, kesihatan dan politik; dan dengan pengubungan itu Imam al-Ghazali menjadikan kehidupan insan, kedua-dua sudut (individu dan kemasyarakatan), sebagai suatu badan yang saling menyempurna antara satu sama lain sekiranya matlamatnya tidak dapat dicapai melainkan didalam bentuk sebuah "daulah" (negara).

Dalam hal ini bererti Imam al-Ghazali menolak kesahihan wujudnya berbagai sistem seperti urusan keagamaan, akhlak dan hubungan-hubungan sivil seelum wujudnya "negara". Dalam konteks ini, Imam al-Ghazali kelihatan lebih hampir kepada Thomas Hobbes akan tetapi jauh dari John Loke dan J.J Ruseau.

Bagi al-Ghazali, tidak mungkin wujud masyarakat s…

Sakit Kepala

Seminggu pertama berlalu, dipenuhi dengan seribu satu jadual yang sebenarnya tidaklah padat dan memenatkan sangat pun jika dibandingkan dengan orang-orang terdahulu bersusah payah dalam menuntut ilmu dan berjuang mengembangkan kebenaran yang satu ini (Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh dan Rasul Allah)

Seminggu sebelum tahun ketiga dibuka, saya diberi peluang berulang alik ke Kuala Lumpur dan Kelantan sebanyak 3 kali dalam tempoh seminggu dan berulang alik dari Kuantan ke Gombak sebanyak 4 kali dalam tempoh dua hari.

Tidak cukup tidur adalah perkara biasa dalam rutin menuntut ilmu. Jika para ilmuan terdahulu berjalan beratus-ratus kilometer untuk mendapatkan satu atau pun dua hadith, apalah penatnya kita hari ini berjalan dengan kenderaan berhawa dingin merentas bukit dan gunung untuk perjalanan beribu kilometer dalam tempoh 3, atau 4 hari sahaja.

" Barangsiapa bersusah payah dalam perjalanan menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalan kepadanya menuju Syurga "…

Belajar Tentang Anak Kecil (Paediatrics)

Malas dan penat usah dibicara. Namun, lupa akan ilmu itulah yang ditakuti.

Sekadar catatan ringkas tentang kelas pertama paeds. Tiada apa yang menarik dan mencabar lagi kerana kebanyakan hanya berkisar pengenalan.

Namun, dalam pengenalan itu sudah cukup untuk menunjukkan peri pentingnya menguasai segala jenis ilmu yang dipelajari dahulu, dihadam, dilumat, diasimilasi dan menjadi asas yang kukuh dalam menerangkan perkara yang semakin berkembang-berkembang dan berkembang secara semakin semangat.

Bila ditanya kepada Madam Yee, bagaimana untuk dapat cemerlang dalam subjek Paed?

Ada beberapa cara yang terlalu sangat mudah dan praktikal untuk dibuat, tapi jarang orang nak amal dan buat untuk skor dalam pengajian ini. Petua mudah Madam Yee;

1. Belajar benda betul, betul-betul secara betul.
2. Belajar bersungguh-sungguh
3. Siapkan assignment
4. Hantar assignment pada waktunya
5. Dan jaga masa.

Belajar paeds tak payah; tapi agak amat payah jika tiada gabungjalin antara semua sukatan pelajaran yang su…

Hari Pertama Di Tahun Ketiga

Seperti kebiasaan disetiap awal semester, kami pelajar-pelajar kejururawatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pasti diberi tazkirah, kata-kata semangat, ubat minda dan vitamin permulaan daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Sister Rubya Hassan, Senior Felo Akademik.

Bermula dengan menceritakan kisah pelajar-pelajar terbaik graduan kuliah kejururawatan 3 generasi yang telah bergraduasi cukup untuk membuka minda kami tentang satu perkara. Terutama sekali dengan generasi ke-3 yang baru bergraduasi. Terdapat tiga orang pelajar terbaik dalam akademik. Bahkan 3 orang pelajar itu juga merupakan pesaing sihat dan hebat dalam segala bidang sukan, ko-kurikulum, kurikulum, berpersatuan dan khidmat masyarakat.

Disini dapat disimpulkan dengan beberapa persoalan. Kenapa orang-orang tidak sibuk jarang berjaya? Adakah orang-orang yang hanya tahu membaca itu tidak cukup cemerlang? Atau pun pelajar-pelajar yang tidak cemerlang itu disibukkan dengan bukan keperluan dan kepentingannya? Ataupun o…

Bingkisan Nurani Buat Adik-Adik Baru

Kutitipkan khas buat semua adik-adik tahun pertama di Kuantan dan adikku Nor Nabilah Mohamed juga tahun pertama di Gombak, selamat hari lahir ke-19.

Enheritance The Past, Enlighten The Future.
Mewarisi Saat Kegemilangan, Menyinari Masa Hadapan.

Merangkak bertatih seorang anak kecil, berlarian berkejaran seorang kanak-kanak, akhirnya ditakdirkan Ilahi ke Kuantan, Universiti Islam Antarabangsa kampus kesihatan, bumi Tadahan Ilmu dan Budi.

Melihat langit Ilahi dengan seribu harapan. Merenung 250km dari ibu kota menjauhi kampus Pusat Asasi Petaling Jaya. Mencari pengalaman baru dan memulakan hidup baru yang pasti jauh berbeza dari alam Pra-Universiti.

Sejenak menyorot ke jendela alam Kegemilangan Islam. Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, 4 khalifah yang diberi petunjuk meneruskan deligasi penyampai kebenaran. Di celahan itu, adanya Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah seorang anak muda yang tenang tapi hebat dalam catatan tinta emas sejarah dengan membuka kota Syam buat Islam yang kininya menjadi Jordan, Sy…