Skip to main content

Belajar Menulis Cerpen Mikro; Pesta Selut Kampung Petir



3 Hari lepas baru berlaku satu kekalutan dalam Kampung Petir. Dato' Paduka Seri Panglima Naya Pegawai Daerah Selut, Merangkap Panglima Besar Negeri Caa datang melawat dan ingin merasmikan Pesta Selut Sekampung. Lalu hebohlah 1kampung memukul gendang dan menepek poster dipintu-pintu rumah sekalian rakyat marhaen, menghebahkan kedatangan Dato' Paduka Seri Panglima Naya atau lebih mesra dipanggil abang Monggol.

Kampung Petir adalah kampung yang unik kerana ianya selalu terkejut dengan sergahan petir garang bukan semata dari langit nan biru, bahkan jua dari rakyat marhaennya yang sukakan ketenangan pohonan hijau.

Berangkatlah abang Monggol bersama angkatan perangnya (tersilap percaturan memilih penasihat) menuju ke Kampung Petir dibawah naungannya jua. Adab bertandang kerumah orang pastinya tuan rumah pemula bicara. Tersalah pilih Daeng Gelepar penasihat penjahat, lalu mengundang huru-hara.

Upacara Perasmian Pesta Selut yang sepatutnya berlangsung penuh gilang gemilang buat penduduk Kampung Petir berakhir penuh ketentuan. Musibah merujuk Daeng Gelepar penasihat pemusnah Negeri, bersama pemilik kedai kopi merah sebagai penganjur bersama Majlis di balairong Sultan Mehmet bilamana Daeng Gelepar mengarahkan tidak membenarkan Tokki Soleh sebagai tok ketua Kampung Petir daripada berucap dilaman kampungnya sendiri.

Tokki Soleh seorang ketua kampung yang punyai kredibiliti dan pengaruh yang besar di Kampung Petir terus menarik balik persembahan rakyat zapin makrifat besar-besaran dan segala persembahan dibawah seliaan jawatankuasa kampung daripada membuat persembahan hormat kepada tetamu dan penasihat Daeng Gelepar yang biadap itu.

Belum tiba malam lagi telah heboh satu kampung perlakuan keji Daeng Gelepar. Seluruh penduduk kampung mengurungkan diri didalam rumah dan meneruskan aktiviti keagamaan seperti biasa seperti tiada apa-apa yang penting berlaku walaupun perasmian itu adalah oleh Panglima Naya orang besar Negeri sendiri.

Dalam kesedihan penduduk itu turut dikongsi seorang dua Wali Allah yang turut sama telah lama menjadi penduduk Kampung Petir. Lalu terdetiklah dalam hatinya satu keinginan, biarlah Allah mengajar sedikit kebiadaban Daeng Gelepar dan Ke'jujuran' melampau Abang Monggol dan kebongkakan bergema kedai kopi merah itu buat saksian Balairong Sultan Mehmet yang keramat dengan air mata sekalian penduduk yang selalu terharu melihat persembahan Ilahi menunjukkan kebesaran-Nya.

Doa tak langsung yang sekadar detik hati dari Wali Allah itu terus termakbul. Penduduk Kampung Petir kehairanan kerana ditengah-tengah musim kemarau nan kering ini tiba-tiba sahaja Petir Pelaka dan Guruh Guruk saling memangkah di langit maghrib.

Hujan lebat turun tak henti diseluruh kampung, membasahi tanah tanaman yang menguning. Di Balairong Sultan Mehmet yang terbuka pula, Daeng Gelepar bagai tergamam bilamana kesemua jemputan utamanya menarik diri disaat akhir. Bahkan Abang Monggol sendiri menyembunyikan diri tidak mahu terlibat dalam majlis yang hilang seri dan hilang penontonnya itu lagi.

"Majlis kena diteruskan juga, kita telah menghabiskan berpuluh ribu untuk mendapat nama dan peluang dimalam ini, jangan sia-siakan peluang yang jawatankuasa Kampung Petir berikan kepada kita ini" arah Daeng Gelepar.

Tuan Bentara Alam terpaksa memukul jua gendang tanda majlis dimulakan. Namun, selepas gendang dipukul dan mahu menyerahkan medan Balairong kepada Daeng Gelepar menggantikan Abang Monggol membuat ucapan merasmikan Pesta Selut buat kali pertamanya di Kampung Petir, kuasa Allah sekali lagi menunjukkan keagungan-Nya. Petir menyambar dan memutuskan segala bekalan elektrik di Balairong dan kawasan sekitarnya.

Daeng Gelepar tetap gelepar mahu berucap didalam kampungnya yang tiada dia diterima penduduk sendiri, maka berucaplah jua Daeng Gelepar merasmi Pesta Selut. Sejurus Daeng Gelepar berucap, Tuan Bentara Alam terus mengumumkan majlis dan segala persembahan malam itu dibatalkan.

Pengurusan dan ketamakan serta penipuan Daeng Gelepar dan kedai kopi merah telah memakan diri. Pengurusan yang mengenepikan Tokki Soleh sebagai Tuk Ketua Kampung untuk berucap. Ketamakan populariti Daeng Gelepar untuk dimasukkan ceritanya ke dalam berita Sarwajagat dan juga penipuan Daeng Gelepar dalam berita Gelap Harian lusa harinya telah langsung dijawab oleh anak muda Ahmad Fadhlan pembantu khas Tokki Soleh bilamana Daeng Gelepar menafikan adanya dalam perjanjian untuk Tokki Soleh berucap. Sedangkan surat jemputan kepada Tokki Soleh untuk berucap dalam majlis daripada penganjur bersama kedai kopi merah juga masih disimpan sebagai bahan bukti.

Itulah akibat Daeng Gelepar jahil Quran sekadar mahu sedap betul bacanya, tiada mahu faham dan amal isinya.

Itulah cerita Adab Tetamu yang tiada adab, adab memasuki rumah orang yang dilanggar, dan cerita berjanji yang tiada dipatuhi.


"Kupersembahkan pada Mu...
yang terindah dalam hidupku...." - rapuh - [nur feat opick]


Abu Fateh,
Garapan susunan minda.
16150

Comments

klasik molek bahasa..ini cerita fiesta kelantan ni..hehehe
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Setiap yang meninggal dunia pasti menyesal. Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya. Jika dia orang jahat, dia menyesal kerana tak berhenti dari kejahatannya (HR Tarmizi)
haha..kena pada tepak
Fakeh said…
KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
Khaulah Azwar said…
Mabruk! Satu penulisan dari hati yg paling dalam. Ana suka membaca ceritera ini, ala2 Ketupat Cinta-FT. Jgn lupa publish lg cerpen mikro siri lain, ana tggu. Mgkn blh menyusul FT dgn 'buah tangan' NuruddinZenki :)

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…