Skip to main content

Bacalah al-Quran


Muhasabah diri melihat tulisan pertama dalam blog ini Disember 2008. Al-Quran; Penanda Aras Terbaik Kehidupan Hati.

Mengutip mutiara peringatan dari satu Yahoogroup.. Buat sekalian hamalatul-Quran

Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Memperlekeh orang lain
Merendah-rendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Apabila jari telunjuk menunjuk kepada orang lain
Empat jari lain menunjuk ke arah kita sendiri
Tengok pada diri sendiri dulu
Jangan…

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik memperlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendah-rendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah ke sana ke sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah ke sana ke sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah ke sana ke sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergayut di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menonton televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menghadap computer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membaca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang-sembang hal politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber sms, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menghadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik beremel dengan kawan-kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik study, Al-Quran kamu tak baca

Kenapa kamu tak baca?
Tak sempat
Sibuk
Tak faham
Tak reti
Malas

Dapat surat dari pejabat tanah
Dalam bahasa Melayu
Kamu boleh baca


Dapat surat peguam
Dalam bahasa Inggeris
Kamu boleh baca

Dapat surat daripada Allah
Dalam bahasa Arab
Kamu tak boleh baca

Apa nak jadi?
Rugi, rugi, rugi
Itu sahaja bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu ke sana ke mari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa-apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah inisiatif sendiri
Untuk memperbaiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri sendiri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
Hanya tulisan sahaja yang tinggal
Lagi istilah juga tidak berguna lagi
Kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini


Buah hikmah Siti Hafriza Kamaluddin, Generasi ke-6 Persijilan Darul-Quran UIA.

Comments

Khaulah Azwar said…
Terima kasih ats bingkisan puisi yg sangat & amat bermakna. Benar, kdg2 kita yg menggelarkan diri sbg pejuang agama Tuhan, pendakwah, aktivis dsb masih boleh memberikan jwpn sibuk dan tak sempat utk bc Al-Quran. Hitung & hisab amalan kita kerana masa masih ada utk kita berubah. Terima kasih sekali lagi ust Nuruddin al-Hafiz :)
terima kasih buat ukht hafriza. Ana jumpa karya ini dari postingan beliau dalam lambakan YG. Banyak hikmah yang perlu di ambil dan banyak jua perlu disaring dan dibuang dari simpanan emel-emel kita semua rupanya. Moga ada kebaikan buat yang membaca.

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…