Skip to main content

Awak Dan Saya Melihat Jalan Pulang


Mahu pulang seperti zaman keakraban bersama al-Quran. Teman-teman saling mengingati tentang al-Quran. Wajah-wajah jernih penghafal al-Quran 4 tahun yang lalu sangat menyejukkan pandangan mata. Adakah pelajaran perubatan, kesihatan, pengiraan, dan penguasaan kemahiran kerja telah menghilangkan kejernihan riak wajah anak-anak muda ini pada hari ini? Sepatutnya bukan begitu, tapi itulah yang berlaku. Lalu, hilanglah impian melahirkan Ibnu Sina kerana yang lahir hanyalah produk kerangka peperiksaan, bukan produk kerangka amali menggabungkan teori kedalam amali, mengasimilasikan manhaj Qurani dalam nurani.

Sekadar muhasabah buat diri sendiri dan teman-teman seangkatan sebelum diriku. Tidak cukup untuk menegur dan memuhasabah adik-adik supaya tidak mengikut jejak buruk abang dan kakak jika abang dan kakak tiada usaha dan daya mahu mengubah kebiasaan yang ada supaya menjadi contoh ikutan yang baik buat teladan.

Awak, nta, nti, kamu, kalian, mereka dan saya sebenarnya mahu pulang kepada kejernihan hati. Ayuh pulangkan hati kita kepada Pemilik hati buat penjernihan dan penyucian. Jangan benarkan diri kita menghantar hati kita dalam keadaan terpaksa, gelap, berkarat dan keruh. Kerana pada hari itu, tiada gunanya lagi bantuan harta benda dan anak-anak. Hanya hati jernih dan suci diterimanya.

Ayuh diri dan teman kita pulang.. Jalan pulang sentiasa terbentang, hanya diri suka melencong. Al-Quran itu tersusun rapi, hanya diri jarang membuka membaca mentadabbur. Kuliah agama selalu diadakan, hanya diri mengasingkan diri dalam riak ketakburan. Ayuh diri aku menyeru diriku.. Pulanglah dan pulanglah sebelum kamu dipaksa pulang dalam kekeruhan wajah. Sungguh Hari itu mereka yang keruh wajahnya kerana keruh kolam amalannya. Sungguh hari itu mereka yang masam mukanya kerana masam mukanya dan mahal dirinya dari senyuman dan teguran kasih sayang.

Sungguh dan sungguh.. teman dan diri, jalan itu masih memanggil. Menanya diriku dan kamu apa tindakan dalam bencana Ghazzah, apa hatimu masih di McD?

Jalan itu memanggil dan tetap memanggil. Masa mudamu kian berpergian. Tua dirimu makin berdatangan. Dimana teguranmu pada kemungkaran..atau hati aku dan kamu sudah gelap dengan dosa? Atau cahaya iman sudah padam berterusan dalam jiwa dan ruh aku dan kamu? kembalilah diri.

Jalan pulang masih terbuka. Bacalah al-Quran. Banyakkan beristighfar. Lazimi Qiamullail. Keluarkan sedekah. Lazimi puasa. Ziarahilah kematian kerana nanti kematian pasti menziarahi aku dan kamu. Berkenalanlah dengan kematian sebelum kematian datang mengejutkanmu lalu menggusarkan seluruh alam dengan persiapan aku dan kamu yang tiada memuaskan hati buat jawapan soalan mungkar dan nakir.

Nota muhasabah buat diriku dan kamu..


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku...

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....


Aku dan kamu sebenarnya mahu pulang. Pulanglah diri selagi nyawa dikandung badan, semoga diri tergolong berjaya.


Abu Fateh,
Catatan kampung halaman.
29 Jumada-Thani 1431

Comments

Kakak Shakir said…
bagus ini..sy pun ingin mencari jln pulang juge
SuTeRa MaYa said…
syukran atas peringatan ini..

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…