Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Usahlah Berlagak; Secara Sembunyi Mahupun Terang.

Tidak lama dahulu, ada seorang ulama yang terkenal ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang hafiz Al-Quran serta hafiz beribu - ribu hadith sahih. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah di hantar oleh kedua ibubapanya menuntut di Hijaz. Bapanya adalah seorang ulama yang pernah mengembangkan Islam sampai ke negara selatan Siam. Mengikut ceritanya, walaupun bapanya itu bukan berbangsa Arab, namun dia menjadi antara yang pertama non-Arab mengimami solat fardhu di Masjidil Haram.

Pada suatu masa, ulama itu telah jatuh sakit, lantas tidak mampu mengimamkan solat fardhu di suraunya. Di antara para makmum yang regular bersolat di suraunya, tiba - tiba hadir seorang yang berpakaian compang-camping, kelihatan seolah-olah kahin ataupun majnun. Sejurus sebelum solat fardhu, ulama’ tersebut meminta orang yang berpakaian compang-camping itu menggantikan tempatnya menjadi imam. Subhanallah, terkejut bila saya mendengar cerita ni.

Setelah solat berjemaah selesai, maka imam tersebut telah memohon untuk…

Bacalah al-Quran

Muhasabah diri melihat tulisan pertama dalam blog ini Disember 2008. Al-Quran; Penanda Aras Terbaik Kehidupan Hati.

Mengutip mutiara peringatan dari satu Yahoogroup.. Buat sekalian hamalatul-Quran

Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Memperlekeh orang lain
Merendah-rendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Apabila jari telunjuk menunjuk kepada orang lain
Empat jari lain menunjuk ke arah kita sendiri
Tengok pada diri sendiri dulu
Jangan…

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik memperlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendah-rendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah ke sana ke sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah ke sana ke sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah ke sana ke sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik be…

Petua dan Nasihat Menyambut Buah Hati

"Bagaimanakah jika semuanya...
hilang dan pergi meninggalkan dirimu.." - Bila waktu telah berakhir - [Opick feat Nur]

Semalam menemani saudara Fakhrulrazi makan malam sambil melihat perlawanan antara Brazil menentang Portugal. Perlawanan pertama yang ku tontoni dalam siri Piala Dunia 2010 yang sudah memasuki fasa keduanya sekarang ini.

Dalam kelam malam berteman skrin besar kedai 'celup' yang sentiasa dipenuhi peminat bola sepak bilamana terdapatnya perlawanan antara pasukan-pasukan 'gergasi', tiba-tiba ditanya Fakhrul; " Malam ni berapa rejab dah? 15 rejab? ". Aku langsung mendongak ke langit kelam mencari bulan yang ditutupi awan gelap. Selang 5 minit lagi sekali aku mendongak dan dapat mengagak kenapa Fakhrul bertanyakan hari ini dah berapa Rejab.

Melihat ke dalam diri dan masa umur yang diperuntukkan. Sahabat-sahabat sudah melenggang ceria ke alam perkahwinan, moga mereka tabah menghadapi wajah-wajah sebenar setiap pasangan selepas memasuki tahap-ta…

Perkongsian Khas Buat Wanita

Bismillahhirrahmani rrahim...

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkan…

Belajar Menulis Cerpen Mikro; Pesta Selut Kampung Petir

3 Hari lepas baru berlaku satu kekalutan dalam Kampung Petir. Dato' Paduka Seri Panglima Naya Pegawai Daerah Selut, Merangkap Panglima Besar Negeri Caa datang melawat dan ingin merasmikan Pesta Selut Sekampung. Lalu hebohlah 1kampung memukul gendang dan menepek poster dipintu-pintu rumah sekalian rakyat marhaen, menghebahkan kedatangan Dato' Paduka Seri Panglima Naya atau lebih mesra dipanggil abang Monggol.

Kampung Petir adalah kampung yang unik kerana ianya selalu terkejut dengan sergahan petir garang bukan semata dari langit nan biru, bahkan jua dari rakyat marhaennya yang sukakan ketenangan pohonan hijau.

Berangkatlah abang Monggol bersama angkatan perangnya (tersilap percaturan memilih penasihat) menuju ke Kampung Petir dibawah naungannya jua. Adab bertandang kerumah orang pastinya tuan rumah pemula bicara. Tersalah pilih Daeng Gelepar penasihat penjahat, lalu mengundang huru-hara.

Upacara Perasmian Pesta Selut yang sepatutnya berlangsung penuh gilang gemilang buat penduduk…

Seputar Kerapuhan Jiwa dan Peristiwa

Maahadian Persijilan & Diploma Generasi ke-6 (SPM 2004), Darul Quran dalam kenangan. Pasti wajah-wajah ini bangkit mengubah landskap aturan duniawi. [sedang dan akan..]

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.."

"Menciptakan mu dari segumpal darah.."

"Bacalah, dan Tuhan mu lah yang Maha Mulia.."

"Dia lah yang mengajar manusia dengan pena.."



Entri kali ini terlalu panjang. Jika berani, silalah baca.


Aku yang makin disengat penyakit tangguh. Dalam seribu isu dan hikmah yang berlalu dalam diari hidup ini, ana tidak menulis, hanya membaca, memerhati, menahan dan cuba mengkoreksi diri.

Terkadang aku banyak menyesal kerana tiada mencatat, terkadang aku bersyukur tiada menulis kerana ditakuti tulisanku hanya mengundang dosa dan menambah benci.

Sekadar menoleh seketika melihat isu dan hikmah yang berlalu tanpa responsif larian tangan menadah hujan hikmah buat perkongsian bersama.

Lebih mudah jik…

Awak Dan Saya Melihat Jalan Pulang

Mahu pulang seperti zaman keakraban bersama al-Quran. Teman-teman saling mengingati tentang al-Quran. Wajah-wajah jernih penghafal al-Quran 4 tahun yang lalu sangat menyejukkan pandangan mata. Adakah pelajaran perubatan, kesihatan, pengiraan, dan penguasaan kemahiran kerja telah menghilangkan kejernihan riak wajah anak-anak muda ini pada hari ini? Sepatutnya bukan begitu, tapi itulah yang berlaku. Lalu, hilanglah impian melahirkan Ibnu Sina kerana yang lahir hanyalah produk kerangka peperiksaan, bukan produk kerangka amali menggabungkan teori kedalam amali, mengasimilasikan manhaj Qurani dalam nurani.

Sekadar muhasabah buat diri sendiri dan teman-teman seangkatan sebelum diriku. Tidak cukup untuk menegur dan memuhasabah adik-adik supaya tidak mengikut jejak buruk abang dan kakak jika abang dan kakak tiada usaha dan daya mahu mengubah kebiasaan yang ada supaya menjadi contoh ikutan yang baik buat teladan.

Awak, nta, nti, kamu, kalian, mereka dan saya sebenarnya mahu pulang kepada kejerni…

Angka 4 Dalam Hidupku

4 Hari, 4 Semester, 4 Angka, 4 Isteri, 4 Alam, 4 Tahun Pengajian, Anak ke-4, 4.0 CGPA, 4 mata (idea Amir Hakim, bukan nama sebenar) dan 4 kerajaan Rakyat (idea Amir Hakim, bukan nama sebenar) lalu melahirkan nama gelaran zenki44. Apakah ini rahsia diriku? Aku suka merungkai dan melihat kedalam diri supaya aku beriman dengan ayat 21 surah az-Zariyat yang bermaksud :(dan kedalam dirimu, apakah kamu tidak melihat (akan keagungan dan kehebatan kejadian penciptaan dirimu)).

4 teruna hati mereka tergantung kepada masjid (suatu doa dan sekadar gambar hiasan)


4 Hanyalah angka yang tiada kaitan dengan mati mahupun hidup, berjaya ataupun tidak kehidupan aku ini dipentas ujian yang luas tapi hakikatnya terlalu sebentar sahaja sebenarnya.


4 Hari

Bermula esok, hanya tinggal 4 hari lagi untuk aku menghabiskan sisa-sisa praktikal aku di Hospital Temerloh ini. Terkesan dengan seorang teman; kredit buat beliau (Muhammad al-Barra') yang selalu mengkoreksi diri, ' aku kerja 4-8 minggu dalam hospita…

Hadiah Harian US$2.4 Juta Buat Israel Dari PEROKOK Muslim!

Jumlah penduduk dunia- 6.5 billion.


Jumlah orang-orang Islam- 1.3 billion.


Jumlah perokok di dunia- 1.15 billion.


Jumlah Muslim yang merokok- lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)
Pengeluar rokok terbesar di dunia- Phillip Morris.


Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain)


Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.


Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.


Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta)


Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.



Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.


12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam …

Intabih ya syabab!!! Dua' Qunut Nazilah, IQRA'!

Terjemahan: Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu. Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya …

No one should test Turkey’s patience, PM Erdoğan warns

Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan, who cut his trip to Chile short after Israel's attack on a Turkish-led humanitarian aid flotilla on Monday, said in an address to his party's parliamentary group on Tuesday that Israel should not test Turkey's diplomatic patience and that Turkey would do everything in its diplomatic power to give the deserved response.


He said Turkey would act together with the international community to give the deserved response to Israel using all possibilities offered by international law and diplomacy.


“This bloody massacre by Israel on ships that were taking humanitarian aid to Gaza deserves every kind of condemnation,” he said, demanding that Israel immediately halt its “inhumane” blockade of Gaza. The flotilla was the ninth attempt by sea to breach the three-year blockade Israel and Egypt imposed after Hamas took over the Gaza Strip in 2007, home to 1.5 million Palestinians. Israel allowed five seaborne aid shipments to get through but snapped t…

Pertubuhan Yahudi Mahu Amerika Putuskan Hubungan Dengan Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anw…

Gaza: Kenyataan Rasmi MB Kelantan

Bismillahir Rahmanir Rahim


Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan dua puluh (20) nyawa.


Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun. Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel.


Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan.


Paling penting ialah saya menyeru para ulama’ seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan Solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menye…

Kronologi 3: Talian Hayat dan Menanti Pembebasan

06.09 petang, Mesir/Palestin(berita ringkas) : Sumber dari safa.ps melaporkan dari Israel pada waktu asar tadi bahawa Tel-Aviv telah memutuskan bagi memindahkan semua tawanan armada pembebasan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di utara tanah yang dijajah 1948.


Menurut radio Israel, jumlah aktivis/sukarelawan armada pembebasan yang dilepaskan pulang seramai 630. Dinyatakan, proses yang diambil bagi menyempurnakan urusan pelepasan dalam masa beberapa jam akan datang.


Menurut berita Al-Jazeerah bahawa ketetapan penjajah berhubung pelepasan aktivis/sukarelawan itu tanpa didakwa atau dihadapkan ke mahkamah.


Keputusan pelepasan itu berikutan dari tekanan antarabangsa ke atas Israel bagi membebaskan kesemua sukarelawan/aktivis setelah tindakan penjajah menjejaskan hubungan antara Israel dengan Turki malah juga hubungan Israel dengan masyarakat antarabangsa.


Bagaimanapun, penjajah masih menahan sukarelawan dari Palestin 1948 yang menyertai armada pembebasan, terutamanya Ketua Gerakan …

Kronologi 2: Talian Hayat dan Hari Pembebasan

11.45 malam, Mesir/Palestin : Menurut wartawan Al-Jazeerah yang berada di jambatan Raja Hussein yang menghubungkan antara Tebing Barat(Palestin) dengan Jordan, bahawa dijangkakan 120 aktivis/sukarelawan yang telah dibebaskan penjajah akan tiba di situ tetapi tergendala di pihak penjajah. Berikutan dinyatakan, akan tiba beberapa jam di jambatan Raja Hussein.


Menurut wartawan Al-Jazeerah, Yaseer Abu Hilalah bahawa pihaknya tidak dapat menghubungi aktivis/sukarelawan itu secara langsung dan nama-nama yang dilepaskan tidak diketahui memandangkan makluman ini hanya disampaikan kepada kedutaan Jordan di Tel-Aviv.


Setakat ini, dari jumlah 120 aktivis yang dilepaskan ada tujuh yang mengalami kecederaan. Sumber berita Al-Jazeerah


22.16 malam, Mesir/Palestin : 120 aktivis/sukarelawan akan dikembalikan ke Negara masing-masing pada malam ini melalui jalan darat, Jordan.


Radio Israel menghebahkan, 120 aktivis itu dari Kuwait, Bahrain, Yaman, Algeria, Indonesia, Oman, Maghribi, Mauritania dan Azerba…