Friday, April 30, 2010

Alunan Pagi - Nasyid as-Sobah, Maahad Muhammadi Terkenang tak Sudah

2004-2010, 6 tahun sudah berlalu



Seminggu sekali kami berhimpun setiap pagi.
'Perhimpunan besar menggamit rasa, mahu pulang menabur jasa'




نشيد الصباح

يا الَهي يا الَهي يا مُجيبَ الدعوات

Wahai tuhanku Wahai tuhanku
Wahai tuhanku yg menyambut segala permintaan


اجعل اليوم سعيدا وكثيرالبركات
Jadikanlah hari kebahagiaan
dan banyak keberkatan


واملاء الصدر إنشراحا وفم بالبسمات
Lapangkanlah dadaku dengan kelapangan
dan mulutku dengan senyuman


واعني في دروسي واداء الواجبات
Tolonglah dalam menghadapi pelajaran
disamping menunaikan kewajipan


وانرعقلي وقلبي بالعلوم النافعات
Sinarilah fikiran & hatiku
dengan ilmu yang penuh kegunaan


اجعل التوفيق حظي ونصيبي في الحياة
Jadikanlah taufiq sebagai habuan
dan keuntungn dalam kehidupan


واحمني واحمي بلادي من شرورالحادثات
Peliharalah aku dan negaraku
Dari kejahatan dan segala keancaman


واملاء الدنيا سلاما شاملا كل الجهات
Limpahkanlah dunia dengan segala kesejahteraan
mencakupi segala kebahagiaan


يا الَهي يا الَهي واستجب كل صلاتي
Wahai tuhanku Wahai tuhanku
terimalah segala permohonan


-Zikir itu untuk difahami, dihayati, diambil kekuatan dan menjadi makanan jiwa jika benar-benar difahami. -


Hamba pelayan ummat.
Mohd Nuruddin Mohamed
25200 Kuantan.

Thursday, April 29, 2010

Nilai Peperangan di Mata Kedamaian (ISLAM) - Hadith 8



HADITH 8

Dari Ibn ‘Umar radiyallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mengucap (la ilaha illallah) – bahawa tiada Tuhan melainkan Allah – (wa anna muhammada-rrasulullah ) – bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Maka apabila mereka perbuat demikian itu terpeliharalah mereka daripadaku; darah mereka dan harta mereka kecuali dengan hak Islam, dan hisab mereka atas Allah Ta’ala. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


SYARAHANNYA DAN NILAIANNYA:

Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari ‘Abdullah bin ‘Umar dan mempercayai nilai hukum yang amat penting dalam hubungannya dengan peperangan terhadap orang-orang yang memusuhi Islam; iaitu sejauh mana peperangan itu dilakukan, dan bilakah pula masa diberhentikannya.



Eentazhiriini,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Buka minda, buka buku, buka diskusi, jangan sekadar menghadap TV!

Wednesday, April 28, 2010

Jaga Tepi Kain Orang - NASIHAT Tanpa Kompromi - Hadith 7



" Alah, nak nasihat aku konon. Ko pon jalan tak betul. Cermin diri la dulu wei!" -salah siapa jika ini yang berlaku? salah penasihat yang tidak membetulkan diri dahulu atau salah yang dinasihati kerana sombong dengan kebaikan dan tiada rasa rendah diri untuk menerima teguran buat pembaikan diri? Yang pasti sang penegur telah menjalankan tanggungjawabnya. Soal dia benar atau pun salah, itu urusan sang penegur dengan Penciptanya. Namun, ia tetap memberi impak yang besar jika sang penegur tiada kekuatan dalam beramal dengan apa yang ditegur. Soalnya nasihat sekarang tiada memberi kesan dan tiada perawatan terhadap masalah sosial negara. kerana apa? Kerana sebagai satu contoh; Si ayah melarang anaknya berzina dan meminum arak tanpa memberi didikan dan penjelasan sebab-sebab larangan. Dalam masa yang sama juga si ayah menjalankan perniagaan arak dan membuka pub-pub dan kelab malam serta memberi lesen-lesen besar kepada jiran-jiran dan saudara mara si ayah untuk berniaga. -


Disini siapa yang bersalah? Berhenti menyalahkan orang lain mahupun kerajaan, mahupun apa-apa pertubuhan sekalipun jika anda sendiri belum mengerti apa maksud syahadah, dan apa maksud bacaan 7 ayat surah al-Fatihah yang anda baca setiap kali solat berserta tuntutannya. Menasihati diri menerima kebaikan dan melapangkan hati yang sempit dari menerima setiap kebenaran dari Al-Quran dan cara hidup Islam ajaran Nabi itulah yang lebih utama!

HADITH 7

Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausin Al-Dari (radiyallahu ‘anh), bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Agama itu nasihat. Kami berkata: Bagi siapa? (Nabi) bersabda: Bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan Imam-Imam kaum Muslimin dan bagi orang ramai mereka. Diriwayatkan oleh Muslim.


SYARAHANNYA:

Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausin Al-Dari. Ia adalah pada mulanya seorang yang berugama Nasrani, kemudian memeluk agama Islam sewaktu di Madinah.


Eentazhiriini,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Fajar Islam di balik kegelapan alam.

Tuesday, April 27, 2010

Kawasan Larangan Allah, Seketul Daging Menjadi Raja - Hadith 6




Situasi satu;
" Eh, tak ada sensitiviti ummat langsung nta ni!" Luah seorang wanita Muslimah kepada seorang lelaki Muslim yang menunggu temannya dihadapan Mcdonald's. Dua bulan kemudian, Muslimah itu pula yang membeli di Mcdonald's bersama anak-anak buahnya! - Renungkan apa maksud disebalik cerita ini?


Situasi dua;
"Kita kena boikot barang-barang Israel kerana seringgit kita berikan untuk membelikan barangan Israel adalah seumpama kita mendermakan sebutir peluru buat Israel membunuh saudara-saudara kita di Palestin!!" "Boikot, boikot, Israel. Boikot, boikot Yahudi! Down, down Israel, Down down Israel!!" Begitu sekali bersemangat hadirin dan sekalian pelajar yang menyertai demonstrasi aman didalam kampus setahun yang lalu. Namun, betapa pedihnya hati bila melihat mereka-mereka yang semangat melaungkan takbir dan kata-kata bergema ampuh ini layu dan cair dengan lelehan mayonis dan 'kebesaran' burger King hasil kreatif satu syarikat makanan yang jelas-jelas menjadi penyumbang besar kepada ekonomi Israel. Patutlah Israel tak takut pun dengan lantangnya suara kita, mereka sangat takut dengan jumlah solat subuh berjemaah di surau dan masjid yang menyamai jumlah seramainya ummat bersolat jumaat. Benar sekali kata-kata salah seorang yang amat ditakuti rejim zionis dahulu sehingga sekarang; "Ramai orang boleh berkata-kata, tapi tidak ramai yang boleh beramal. Dan medan beramal tidak sama dengan medan berjihad" - Imam al-Banna.


Situasi tiga;
(eh, halal ke tak eh benda nih? tengok cop JAKIM jap ada ke tak. oh, ada. Kira ok ah tu, boikot tak boikot pun kira apa aku. JAKIM lah tanggung dosa aku kalau benda ni tak tahu haram ke tak dah dia cop halal sangat.) - Pemikiran biasa kebanyakan manusia hari ini. Di mana Iman kita ketika itu?


Situasi empat;
"Jom-jom beli KFC ngan McD bagi kat ustaz kelas kita tuh. Tengok sikit betul tak diaa tuh sembang lebat sangat suruh kita boikot benda-benda syubhat ni." "Alah, aku tak percaya ah, dia tuh cakap je boleh ah. Minggu lepas baru makan Mcdonalds ngan aku kat KP. Semalam baru je ajak nak gi makan McD kat TC pulak" - Apa pandangan anda ?


Situasi lima;
"KFC dah declare dia tak ada apa-apa kaitan dengan Israel, so bolehla kita gi makan ramai-ramai." - " Tapi aku confuse lagi rr. Betul ke tu? " . laa, dah kerajaan pun bagi jaminan, ko pehal lak nak lebih-lebih dari JAKIM ni? Kalu kena boikot lagi pun bukan salah kita dahla dah jadi situasi macam ni. Makan je la beb, bukan haram pun." "Ye la, tak haram, tapi masih ada unsur-unsur keraguan yang leh membawa kepada haram kan? " "Ah, ikut suka kau laa.. - Dalam situasi ini, siapakah yang bersalah? kerajaan? KFC? saya? Anda? atau mereka dan keluarga mereka?.



Sahabat-sahabat dan sekalian teman ziarah dan pembaca tersayang, saya tiada kekuatan dalam membicarakan soal boikot mahupun perkara-perkara syubhat. Cuma saya gagahkan tangan untuk menaip jua sepotong hadith dari lidah Baginda seperti yang tertera dibawah buat renungan dan muhasabah bersama, sokmo dan selamanya.

HADITH 6

Dari Abu ‘Abdullah Al-Nu’man bin Basyir radiyallahu ‘anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hamper sangat (ternaknya) maka di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


SYARAHANNYA:

Hadith yang ke enam ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu ‘Abdullah al-Nu’man Bin Basyir. Al-Nu’man adalah orang Ansar suku Khazraj. Ibunya seorang sahabat, saudara ‘Abdullah bin Rawahah. Demikian pula ayahnya Basyir. Basyir pernah bertanya kepada Rasulullah; iaitu engkau telah mengajar kami cara kami mengucap salam kepada engkau, maka bagaimanakah pula kami hendak mengucap selawat ke atas engkau? Lalu Rasulullah berkata: Katakanlah!
(allahumma solli ‘ala muhammadin wa ‘ala aali-Muhammadin wa barik ‘ala Muhammadin wa ‘ala aali-Muhammadin kama barakta ‘ala Ibrahima wa ‘ala aali-Ibrahima fil-‘alamina innaka hamidum-majid)



Eentazhiriini,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Banyak tersebut..sebanyak itulah cinta..

Monday, April 26, 2010

Mengada-adakan Urusan Agama Yang Tiada Sandaran - Hadith 5


HADITH 5


Dari Umm al-Mukminin (Ibu sekalian orang-orang Mu’min) iaitu Umm ‘Abdullah ‘Aisyah (radiyallahu ‘anha) katanya: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini suatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan) itu tertolak. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan dalam riwayat Muslim: Barangsiapa mengerjakan suatu pekerjaan yang tiada di atasnya urusan kami, maka ia tertolak.


SYARAHANNYA

Hadith in diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah Umm al-Mu’minin, isteri Rasulullah. Menurut riwayat yang termasyhur, Rasulullah mengahwininya dalam usianya enam tahun di Mekkah, iaitu 3 tahun sebelum hijrah dan bercampur dengan dia pada bulan Syawal sekembalinya dari perang Badr pada tahun kedua hijrah ketika ‘Aisyah berusia 9 tahun. Ketika Rasulullah wafat, ‘Aisyah berusia 18 tahun dan hidup selama 40 tahun selepas itu.


Ahli hadith meriwayatkan hadith daripadanya sebanyak 2210 hadith. 174 daripadanya disetujui oleh Bukhari Muslim, 64 daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari sendiri, manakala 68 daripadanya diriwayatkan oleh Muslim.


*Kedudukan ‘Aisyah bagi orang-orang mukmin adalah sebagai ibu yang dimuliakan dan dihormati dan dipandang sebagai ibu yang haram dikahwini.


Eentazhiriini,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Nantikan daku.

Sunday, April 25, 2010

Permulaan dan Pengakhiran Manusia - Hadith 4


HADITH 4

Dari Abu ‘Abd al-Rahman Abdullah bin Mas’ud radiyallahu ‘anh, katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan ia benar lagi membenarkan (1). , sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat iaitu rezekinya, dan umurnya, dan amalnya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan ‘amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan dengan ‘amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan ‘amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan ‘amal ahli syurga, maka masuklah ia kedalamnya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


SYARAHANNYA:

Hadith yang keempat ini diriwayatkan oleh Abu ‘Abd al-Rahman Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil bin Habib al-Hazali. Beliau adalah di antara orang-orang yang mendahului memeluk agama Islam serta terhitung dari golongan pembesar sahabah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau adalah orang yang amat berani membaca al-Quran di Mekah secara berterang-terangan hingga kerananya dia pernah diseksa.


Di samping itu ‘Abdullah bin Mas’ud adalah khadam Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang setia, ke mana saja Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pergi, beliau tidak ketinggalan turut sama. Beliau tidak pernah berenggang dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sama ada di rumah mahupun di perjalanan, dan beliau terkenal dalam kalangan sahabah sebagai seorang penyimpan rahsia Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.


Beliau adalah seorang yang kurus badannya, hitam warnanya lagi pendek. Tetapi ini tidaklah menjadi kurang dan hina peribadinya kerana beliau adalah lautan ‘ilmu dan karung yang penuh tepu dengan pengetahuan. Demikian menurut pengakuan Sayyidina ‘Umar sendiri kepada beliau.


Pada suatu hari pernah para sahabah tertawa melihat kedua belah kakinya yang kurus. Rasulullah pada saat itu juga berkata: Bahawa kaki ‘Abdullah dalam timbangan lebih berat dari bukit Uhud. Sebab itu tak usahlah diketawakan kerana kurus kedua belah kakinya, kerana yang menjadi ukuran ialah amalnya dan bukan kedua belah kakinya.


‘Abdullah pernah menjadi pengurus Bayt al-Mal di Kufah setelah kewafatan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau banyak meriwayatkan hadith. Menurut riwayat ada sebanyak 848 hadith yang disebut dalam kitab Bukhari dan Muslim.

*(1) Ertinya: Ia (Rasulullah) yang benar dan dibenarkan segala tindakannya.



Eentazhiriini,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Merenung diri.

Saturday, April 24, 2010

Objektif-Objektif Institusi-Institusi Tahfiz Al-Quran (secara langsung dan tidak langsung)


Sekarang marilah kita menentukan objektif-objektif yang diharapkan dari penubuhan maahad-maahad ini supaya kita mampu menyediakan kurikulumnya yang melayakkan seseorang pelajar untuk mencapai objektif-objektif tersebut


a) Membentuk kaedah makrifah di kalangan pelajar yang boleh membantu mereka untuk mempelajari ilmu-ilmu agama yang mereka perlukan (seperti hadith, tafsir, aqidah, fiqh, akhlak Islam, sistem kekeluargaan, asas-asas fiqh muamalat, sirah nabawiyyah, sejarah Khulafak Ar-Rasyidin sehingga sampainya Islam ke alam Melayu..). Perkara yang mesti didahulukan ialah mempelajari Al-Quran dari aspek tilawah, penafsiran, mengambil berat mengenai hafazan dan membangunkan seluruh cabang ilmunya.


b) Melahirkan generasi yang amat beriltizam dengan agamanya, memiliki akhlak Islam yang tinggi dan tarbiyyah yang bernilai. Dia juga memiliki hubungan yang kuat dengan Allah, amat menyayangi Nabinya, cintakan negaranya serta ummat Islam, mengasihani seluruh manusia dan menjaga maslahah ummah dan tanah air.


c) Menyediakan generasi dari aspek keilmuan yang menjurus kepada seluruh pengkhususan yang diperlukan oleh masyarakat.

i. Pengkhususan dalam bidang agama seperti dalam pelbagai bidang fiqh, usul fiqh, hadith, ulum Al-Quran, tafsir, aqidah dan sebagainya. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa dia mampu untuk mengajar ilmu-ilmu agama dengan kemampuan tahap tinggi. Juga memastikan akan kecukupan ulamak untuk memenuhi keperluan masyarakat yang menjadi rujukan agama yang diyakini akan keilmuan dan ketaqwaannya yang mampu mengeluarkan fatwa dengan penuh ketelitian yang boleh menenangkan jiwa. Ianya sama ada dari aspek memenuhi hajat umum masyarakat di dalam isu-isu kehidupan seharian atau untuk keperluan pelbagai institusi seperti lembaga pengawasan syarak. Juga untuk melahirkan para pengkaji tahap tinggi yang memiliki kelayakan ilmu dan kemampuan membuat kajian.

ii. Atau dalam bidang-bidang kemahiran seperti bidang kejuruteraan, ilmu fizik, kimia dan astronomi.

iii. Atau dalam bidang pentadbiran dan ekonomi.

iv. atau dalam bidang kemanusiaan, sejarah dan geografi.

iaitu para pelajar menjadikan dua tahun terakhir pengajian sekolah menengah mereka dengan menjuruskan kepada tiga bidang utama (pengajian syarak, bidang kemahiran dan matematik serta bidang sosial dan kemasyarakatan) di mana mereka memilihnya berdasarkan kepada minat dan kelayakan.


d) Mendorong / menggalakkan seluruh kemampuan istimewa dan memberikan peluang kreativiti yang dimiliki dengan memelihara bakat-bakat tersebut dan memberi tunjuk ajar kepadanya.


e) Meneruskan pembelajaran subjek-subjek yang mengandungi arahan-arahan agama dan akhlak dalam pelbagai bidang lapangan. Amat perlu dimantapkan hubungan praktikal untuk pelajar di antara silibus-silibus yang dipelajarinya dengan pengarahan agama dan akhlak yang perlu ditambah di dalam mempraktikkan pengkhususannya.

-Multaqa Institusi Tahfiz Kebangsaan 2009-,
3-5 Mac 2009, Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, Kuantan

Friday, April 23, 2010

Rukun Islam Lima Perkara - Hadith 3


HADITH 3

Dari Abu Abdal-Rahman ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiyallahu ‘anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Didirikan Islam atas lima (rukun): Syahadah (pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan puasa di bulan Ramadan. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

SYARAHANNYA:

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar, iaitu Abu Abd al-Rahman ‘Abdullah Ibn al-Khattab. Beliau seibu dengan Hafsah iaitu Zainab binti Maz’un, saudara perempuan dari ‘Uthman Ibn Maz’un. Ibn ‘Umar memeluk Islam di Mekah bersama ayahnya sewaktu beliau masih kecil lagi. Setelah itu berhijrah ke Mekah berserta ayahnya.


Di waktu terjadi peperangan Tabuk, beliau tidak diperkenankan turun berperang kerana umurnya masih muda. Tetapi dalam peperangan Khandak beliau ikut sama berperang dengan Umat Islam. Begitu juga dalam peperangan-peperangan yang lainnya.


Banyak ahli hadith meriwayatkan hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam daripada beliau, iaitu sebanyak 1630 hadith. Beliau adalah termasuk salah seorang sahabah yang banyak meriwayatkan hadith. Juga beliau adalah seorang sahabat yang sangat kuat mengikuti sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan sangat banyak dermanya, kadang-kadang sampai 30000 dirham yang disedekahkan dalam satu masa.



Eentazhiriini,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Bukit Indera Mahkota.

Thursday, April 22, 2010

Bila Ibu Melahirkan Tuan-Tuannya - Hadith 2



Satu hari di dalam wad pembedahan lelaki. " mad, dah minum air ke?" aku bertanya. " dah, sikit sahaja bang." Melihat pesakit yang baru keluar dari dewan bedah selama setengah hari itu masih kepenatan, aku beralih bertanya kepada sang ibu kepada anak yang masih kepenatan menahan kesakitan badan dibedah.


" em, makcik, ahmad dah minum air sebanyak mana ya tadi? ". "Ni, banyak ni ", ujar sang ibu sambil menunjukkan kepada botol air mineral spritzer 500ml yang masih berbaki lebih kurang dalam 200ml sahaja lagi. Sekadar untuk berbasa-basi dengan sang ibu, aku bertanya lagi; "ahmad takde makan apa-apa lagi kan?" Sang ibu yang baru sahaja sampai rumah terpinga-pinga dengan soalan si jururawat itu. Tiba-tiba sang anak yang kesakitan menjawab dengan nada yang keras dan bersifat ketuanan. " Orang dah bagitau kan tadi? !! " sambil menjeling kepada ibu tua yang hanya tampak kedut memenuhi wajahnya.


Sedikit demi sedikit ku melihat mata seorang ibu yang sudah berumur hampir pecah kaca-kaca air matanya. Aku sebak melihat situasi yang berlaku di depan mata segera mengubah topik persoalan dan perbincangan antara si ibu dan si anak.


Dalam kepedihan suasana itu aku terkenang saat aku yang dibedah dengan pembedahan yang sama, dan dijaga oleh ibuku. Tanpa meninggalkan aku, ummi tetap setia ditepi ku membacakan alunan ayat-ayat suci yang indah melegakan kesakitan kesan pembedahan. Dalam kesedihan situasi seperti itu juga lantas mengingatkanku akan satu tanda-tanda Qiamat yang jelas-jelas dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadith kedua dari 40 hadith yang dihimpunkan oleh Imam Nawawi rahimahullah dibawah..

HADITH 2
Dari ‘Umar radiyallahu ‘anh juga, katanya: Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah sallahu’alaihi wasallam tiba-tiba dating kepada kami seorang lelaki yang bersangatan putih kainnya, bersangatan hitam rambutnya, tidaklah kelihatan diatasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga ia duduk berdekatan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan meletakkan kedua telapak tangannya ke atas dua paha Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.


Kemudian ia berkata: Hai Muhammad! Khabarkanlah kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa Ramadhan, dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika dia sanggup pergi kepadanya. Ia berkata: Benarlah engkau! Maka kami pun tercengang kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.


Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal Iman. Rasulullah menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan para RasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada taqdir baikNya dan jahatNya. Ia berkata: Benarlah engkau!


Kemudian ia bertanya lagi: Maka sekarang khabarkanlah kepada ku darihal Ihsan. Rasulullah menjawab: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya maka sesungguhnya ia melihat engkau.


Akhirnya ia berkata (meneruskan pertanyaannya lagi): Maka khabarkan kepadaku darihal hari Qiamat. Rasulullah menjawab: Tidaklah yang dating daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku dari tanda-tandanya sahaja. Rasulullah menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Kemudian ia pun pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu Rasulullah bertanya: Hai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa yang bertanya itu? Kataku: Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu. Rasulullah berkata: Sesungguhnya itulah dia Jibril yang dating kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu. Diriwayatkan oleh Muslim.


SYARAHANNYA:

Hadith yang kedua ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dari ‘Umar Ibn al-Khattab juga. Imam Bukhari tidak turut meriwayatkannya dari sanad (jalan) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tetapi beliau ada pula meriwayatkan bersama Imam Muslim dari Abu Hurayrah.



Eentazhiriini,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Kampung Paya Pulai,
Temerloh.

Wednesday, April 21, 2010

Antara KitabAllah dan Kitabulwajh (facebook)


Sekadar sebuah komentar di laman facebook

Hanya tersenyum dari jauh, sejauh senyuman arwah Nabil dan kak Hajar meninggalkan kita.

Now all over the world know why and why that's Islam is so and so. It's not Islam should be blamed over, it's muslims who cross over. No wonder why people run away from the truth, no wonder why the Prophet's peace be upon him sadly cried. It's us whose fancy most the 'kitabulwajh'(Read: FB) and let the 'kitabullah' just keep clean, clear and untouched from day to day, time to time. We claimed pursuing jannah, but we act no towards it. We know Izrail 70times visit us everyday, but have prepared for the promised time with him even an hour a day? -That's all is not me who wrote why, how, so and so, we and so on. It's all stated in the 'kitabullah' (not kitabulwajh), sunnatu rasulihi, and consensus of ulama' that some people say they life for it, they strive for it. Honestly, do we really life for it and strive for it?

Kita diazankan di telinga kanan sewaktu lahir, kemudian diiqamatkan di telinga kiri. Kemudian kita disolatkan setelah mati. Antara azan, iqamat dan solat...alangkah singkatnya masa hidup ini untuk diberikan kepada selainNya.

Dr Yusuf Qardawi mengatakan hidup ini adalah untuk tauhid, kerana tauhid dan demi menegakkan tauhid serta mati kerana tauhid. Itulah intipati seruan azan, iqamat dan solat.

Menyeru manusia membesarkan Allah, mengajak manusia mencintai Nabi dan menyuruh manusia menegakkan agamaNya.

Azan, iqamat dan solat, itulah 3 perumpamaan indah dan mudah Allah berikan jika dapat kita mengaitkannya dengan kelahiran, kehidupan dan kematian.

Andai solat itulah kematian. Benarlah sekali kesan solat itu memberi natijah pertemuan kita dengan Allah kelak. Kalau solat yang dikatakan medan bicara sama Allah kita abaikan khusyuknya, usah marah jika Allah mengabaikan kita di medan bicara akhirat. Kalau al-Quran adalah Kitabullah yang kita gantikan dengan kitabulwajh sebagai teman hidup kita. Jangan marahkan diri dan Allah jika Allah menyembam muka kita dan membuat kita berjalan dengan muka dihari mahsyar kelak, bukan dengan petunjuk cahaya al-Quran yang kita selalu damba-dambakan. Kalau solat berjemaah yang begitu sekali tinggi dan hebatnya falsafah kepada pentingnya hidup berjemaah dalam membawa Islam kita tinggalkan.. jangan mengeluh jika diakhirat nanti kita keseorangan dihumbam neraka.

Semua kata-kata ini bukanlah marahan maupun cacian. Ianya lahir dari hati yang sayangkan pejuang-pejuang dan mereka-mereka yang cintakan kebaikan dan kebenaran. Moga Allah memasukkan kita semua dikalangan ikhwan Baginda yang mahu diterima-Nya.

Semua kata-kata diatas juga bukanlah milik penulis yang hina lagi berdosa ini. Ianya untaian butir-butir mutiara dari kitabullah, sunnah, ijma' ulama dan qias. Bukan dari 'kitabulwajh' senjata lucifer dan pengikut-pengikutnya.

Semua kata-kata diatas juga bukanlah milik penulis yang hina lagi berdosa ini. Ianya untaian butir-butir mutiara dari kitabullah, sunnah, ijma' ulama dan qias. Bukan dari 'kitabulwajh' senjata lucifer dan pengikut-pengikutnya.

Dah jadi entri blog lah pula panjang macam ni. Harap ada manfaat.

Salam sayang buat semua.

INI LANGKAHKU!, LANGKAH KITA BERSAMA!


Islam, “If you’re not ready to die for it, put the word “freedom” out of your vocabulary.” – Malcolm X


Abu Fateh,
Pondok Talhah,
25200 Kuantan.

Tuesday, April 20, 2010

Setiap Amalan Berdasarkan Niat - Hadith 1


HADITH 1
Dari Amir al-Mu’minin Abu Hafs Umar Ibn Khattab radiyallahu ‘anh, katanya: Aku dengar Rasulullah sallalahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Hanya segala ‘amal dengan niat dan tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.


Diriwayatkan hadith ini oleh dua orang Imam hadith iaitu Abu ‘Abdullah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah(1) al-Bukhari dan Abu al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi dalam kitab sahih keduanya, iaitu kitab yang amat sahih di antara segala yang pernah disusunkan.


SYARAHANNYA:
Hadith yang pertama ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Sayyidina Umar Ibn Khattab bergelar Amir al-Mu’minin (raja segala orang beriman). Beliau, khalifah Islam yang kedua, terkenal sebagai seorang yang berani dalam urusan menegak kebenaran. Orang Islam menyebut beliau dengan panggilan Abu Hafs, ertinya bapa singa, mengingat keberanian kepahlawanan beliau itu.

Beliau banyak juga meriwayatkan hadithnya, semuanya berjumlah kira-kira 569 hadith. Di antara hadith itu ialah hadith yang pertama ini.


*(1)Ertinya petani menurut bahasa orang Bukhari


Eentazhiriini,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Suasana baru perbetul niat.

Monday, April 19, 2010

Aku Janji Hak Milik Siapa?


Assalamualaikum. Selamat mengundi buat penghuni Hulu Selangor, selamat menghadapi peperiksaan professional pertama buat sahabat perubatan tahun dua dan juga buat sahabat pergigian tahun satu, dua dan tiga yang akan menghadapi peperiksaan profesional pada akhir bulan 5 nanti, selamat berjuang. Selamat bercuti buat yang sedang bercuti. Selamat melangkah ke alam kerjaya buat yang mula memasuki alam praktikal dan posting buat yang sedang berposting. Tak dilupakan warga-warga tahun akhir yang masih menunggu presentasi terakhir untuk dipersembahkan sebelum meninggalkan bumi kuantan sebulan dua lagi.


Cawan yang kosong jika tidak diisi dengan air pasti terisi dengan habuk atau pun bendasing-bendasing yang tidak diperlukan badan sebenarnya.


Rumah yang kosong dari zikir dan bacaan Al-Quran itu bagaikan kubur-kuburan. Itulah perumpamaan yang dilarang Baginda supaya kita tidak mengosongkan bilik-bilik dan rumah kita bagaikan kuburan yang tiada lagi kedengaran zikir dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


Cuti yang kosong dari pengisian, begitulah juga boleh melahir dan menghasilkan insan yang kaku dan terisi oleh anasir-anasir yang membekukan minda dan menyejukkan semangat bahawasanya hidup ini adalah satu perjuangan, boleh melupakan kita bahawa hidup ini adalah ikatan Aqidah dan perjuangan.


Ikatan Akidah yang kita ikat dengan Allah di Luh Mahfuz di suatu ketika dahulu, yang kita semua bersaksi di alam roh suatu ketika dahulu bahawa kita hidup demi satu KALIMAH terangkum dua penyaksian. La ilaha illallah, Muhammadu rrasulullah.. Masih ingatkah kita akan peristiwa itu? Jika terlupa, silalah melihat kembali peristiwa bai’ah dan Aku Janji kita dengan Allah dahulu di dalam surah al-A’raf ayat 172.


Ada manusia terlalu tegas dengan Aku Janji kerjaya dan pekerjaan sebagai pekerja kerajaan. Terlalu takut untuk berkata benar sehingga terlupa MoU dia dengan Allah. Terlalu taksub dengan Aku Janji ciptaan manusia sehingga membelakangkan Bai’ah dan Aku Janji dia dengan Allah, Raja segala Raja, Pengurus segala pengurus, Pencipta sekalian yang dicipta, Penguasa segala alam. Buat orang-orang seperti ini, perbaharuilah persaksian anda, perbetulkanlah akidah anda. Jangan sampai menganggap rezeki anda ditangan kerajaan, kerana kerajaan juga kurniaan Allah, Raja segala Raja. Telusuri dan amali kembali pengertian sebenar dua Kalimah syahadah.


Dengan kalimah ini kita diazankan sewaktu lahir ditelinga kanan, dengan kalimah yang sama kita diiqamatkan disebelah kiri sehingga akhirnya kita pasti PERGI dan disolatkan juga terisi penuh pembuktian terhadap dua kalimah ini.


Dengan itu sedarkah kita kalimah itu adalah kalimah tauhid, kalimah aqidah, kalimah syahadah yang memerlukan pembuktian, memerlukan pengEsaan, menuntut penyaksian. Kerana apa? Kerana kita hidup dengan kalimah itu, demi menegakkan kalimah itu, dan kita pasti mati walaupun kita berjuang atau pun tidak demi kalimah itu.


Cukupkah dengan bangun tidur bangun setiap hari tanpa ada jasa buat kemenangan Islam? Biarlah orang lain bercuti tanpa terisi, jangan kita mengikut jejak tradisi.


Mungkin sudah terlalu panjang aluan pengisian penyeri ruang 3 bulan perpisahan berjauhan sekalian sahabat yang berlainan pengkhususan semua.


Sebelum mengakhiri celoteh bai’ah atau aku janji ini, saya sertakan 4 vitamin penting untuk memberi kekuatan sahabat-sahabat memcermin diri membina Iman dan Islam di dalam diri
1. Solat berjemaah jangan tinggal.
2. Al-Quran dibaca sekurang-kurang 1 juz setiap hari
3. Al-Quran ditadabbur 1 muka surat setiap hari (seeloknya dihafal jua)
4. Zikir mathurat setiap hari.


Wa akhiran, sebenarnya banyak lagi vitamin yang Imam Hassan alBanna tinggal buat kita makan dalam 38 kewajipan al-akh didalam risalah ta’alimnya, sama-samalah kita ambil sedikit-sedikit kerana sedikit yang berterusan tiada putus diamalkan itulah paling dicintai Baginda Nabi, Imam dan Raja segala orang muttaqin, bukan Raja dunia yang tiada mengenal akhirat, mengasingkan Agama dari Negara, mengasingkan Ibadah dan Perundangan, mengasingkan sifat kekeluargaan dalam pekerjaan dan menafikan Islam adalah satu cara hidup bukan sekadar untuk individu bahkan secara bernegara!


Kita memohon kepada Allah, Raja segala Raja dari kesesatan pemimpin-pemimpin jahil lagi menyesatkan yang mengelilingi sekalian Raja-raja dunia bersekongkol dan memberi nasihat kepada kerosakan alam ciptaan Raja segala Raja. Biarlah sekalian pewaris Firaun yang bermaharalela ini tersenyum lebar selama hidup, kerana mereka pasti kekal dalam bermasam durja sesaat Izrail datang menjemput ke alam yang sebenarnya hidup.


Biarlah sekalian pewaris Nabi diseksa, dihina, dikeji, ditipu, dikonspirasi, ditembak, ditahan, dibunuh, dipecat, dan segala macam bentuk kejahatan oleh kerja-kerja Iblis, Dajjal dan para pendokongnya yang bertopengkan Nasionalisme, Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Emperialisme, Kapitalisme, Materialisme, dan segala macam isme-isme baru yang sebenarnya merupakan berhala-berhala moden yang dijenamakan semula dalam bentuk yang menarik supaya manusia terlupa siapa sebenarnya mereka. Itulah kehebatan syaitan dalam dunia propaganda supaya segala kejahatan dilihat sebagai pembela kebenaran, supaya segala kenistaan dilihat sebagai jalan kebaikan. Biarlah sekalian yang merindukan Nabi dan mahu menjadi pendokong Nabi sakit dan menderita terlebih dahulu selama nyawa masih bernafas, kerana pasti dan pasti di saat kepergian yang abadi, mereka ini tersenyum lebar kerana kemenangan sebenar telah dicapai.


Kemenangan mempertahankan akidah dan ganjarannya adalah pasti dari Raja segala Raja pada hari tiada Kerajaan lagi yang berkuasa melainkan Kerajaan Allah, dan semua Raja mahu pun pembesar Negara di saat itu tiada daya untuk berkata-kata melainkan dengan kebenaran dari Dia, Allah Maha Besar, Allah Maha Agong. Saat itu, segala-galanya akan dikembalikan, segala-galanya akan dibalas. Itulah intipati ayat ke empat surah al-Fatihah yang dibaca sekalian muslim tak kira siapa pun yang bergelar Raja mahu pun pembesar 17 kali setiap hari jika penuh solat mereka. Tapi apakah mereka memahami pengertian dan pemaknaan ayat tersebut? Kehidupan dan pendirian mereka menggambarkan segala-galanya bertentangan dengan setiap pembacaan ayat-ayat di dalam surah Pembuka Al-Quran tersebut.


Penutupnya suka dikongsikan satu bahan bacaan dibawah yang sangat –sangat menikam jiwa dan Iman yang rapuh.


Fudhail bin Iyadh mengatakan: " Wahai Waki'! Tidakkah kamu mendengar apa yang ALLAH firmankan?" Waki' menjawab: "Saya belum mendengarnya. " Fudhail mengatakan: "ALLAH Subhanahu wa Ta'ala berfirman: " Seorang hamba yang mengaku mencintaiKu, tidaklah jujur kalau dia tidur dan melupakanKu ketika dia diliputi malam." (Lihat Siyar A'lam An-Nubala', biografi Muhammad al-Musayyab, no 2753)
-rujukan: Jagalah ALLAH, ALLAH pasti menjaga mu. - Dr Aidh Abdullah al-Qarny


Selamat memperhambakan diri hanya kepada Allah, Raja segala Raja bukan kepada raja-raja dunia yang tiada berkuasa. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Eentazhiriini,
Mohd Nuruddin Mohamed,
Seperjalanan Temerloh-Kuantan.

Sunday, April 18, 2010

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun


Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando oghe bejughuh, di antagho tando oghe baik-baik, po kito lloni panggil tok woli tok woli ialah bilo dio bdoa, dio bdoa gapo? Rabbana hablana min azwajina; hey Tuhan beghilah pado kami; (kami kami tuh sapo?) kami tuh anok bini kami dan anok cucu kami, qurrata a’yunin tenang butir mato memandey.


Makno oghe hok baso jenih bejughuh, oghe hok baso jenih tok woli ialah bilo dio bdoa, selain pado dio mitok apung doso ko mitok gotu goni, dio mitok jugok supayo anok bini dio jjughuh, menunjukkan tok woli tok woli ni tidok baso oghe tok bbini dok. Baso oghe bbini. Baso oghe bbini dan mitok pado Alloh taala supayo bini dio dan laki dio, anok dio dan cucu dio anok buoh dio jughuh jughuh belako.


Qurrota a’yunin ni maknonyo sedap mato mmandey. Asal makno qurroh ni maknonyo apo ni oghe panggil ketenengan hati, supo, misalnyo supo asal makno qurroh ni tetap. Kito gi kkeda nok caghi baghe. baghe hok kito tughun dumoh supo kito kato kito tughun dumoh gak nak caghi paku duo eci. Kito gi kkeda besi. Tengok tuh gak, mato kito duk lilah lilah g caghi, tengok hok tuh hok tukul, hok nii hok cat tengok tuju ko semin, tengok pah tuh gak hoh! Bilo jjupo paku 3 eci hok kito nok tuh gak, mato kito pon tok lilah lilah dohla. Keghano apo? Keghano mato kito jjupo dengan bendo hok kito duk caghi..mato kito teney, bbulat tengok pado bendo tuh keghano kito tughun dumoh nok caghi bendo tuh , tidok nok caghi semin, tidok nok caghi zink tidok nok caghi gotu begonih. Selagi tok jjupo mato kito duk lilah lilah, lilah lilah.


Hah, anok cucu kito tuh pon, kito nok sughuh “heh Tuhan bialah anok cucu aku ni, mato aku teney nnengok dio” tidoklah kato tengok anok kito gak hisap dadoh, bilo tringat tengok anok kito isap dadoh wal iyazubillah gak duk tengok , mato kito duk tengok anok oghe lainlah. Anok oghe lain hok bedeghu gi masjid, bedeghu gi ko tepak hok kijo halal apo semua tuh. Tengok anok oghe gak teney, tengok anok kito gak tok sedak mato menengok. Keghano apo? Tok semaye, tok gapo ha; “hei Tuhey, aku toksey lagu tuh” walaupong anok aku gaji besar, walaupong anok aku ghumoh besar, tapi mato tok teney. Keghano apo? Keghano anok aku tuh, keghano aku tahu bilo anok lagu ni, bilo aku mati ko, tokdey mati lagih, tuo lagi pong, waktu aku tuo ni pong dio tok mmadu pado aku.


Oghe panggil pado hok baso anok lagu ni anok yang mementingkan kebendaan, yang mementingkan harto bendo, bukan dio mementingkan pado kehormatey, bukey mementing pado moral politik, bukey mementing pada nilai, mementing pado adab semuo takdok. Dio mementing pado harto bendo. Aku tuo sikit, yo wok gi kolo chepo tok samo pok tuo bia duduk situ. Hok lagu kito panggil tidok qurrota a’yun. Ae jadi, Tuhan kato woli woli Aku oghe oghe mukmin jughuh bilo dio bedoa katKu, mako daley banyok-banyok doa dio berdoa begonia. Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrota a’yun. Dio ingat ko anok bini. Jadi kigho-kighonya bilo ertinyo dio ingat ko anok bini, dio bbini, dio blaki, dio caghi suami dio caghi isteri apo semua sekali. Itu ayat-ayatNya, dua tigo pat ayat dio bawok semua sekali ayat menunjukkan bahawo ugamo kito setuju benar kalu kito ni berkahwin...


Petikan kedua 14 minit pertama Kuliah 1 Munakahat; oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz dari kitab karangan Imam al-Ghazali. (Terjemahan ke bahasa baku insyaAllah akan di usahakan)



Abu Fateh,
Taman Seberang Temerloh.
27 April 2010

Saturday, April 17, 2010

G6PD


G6PD (glucose-6-phosphate-dehydrogenase) anemia – Lemone Burke 1106t, 1109

G6PD (glucose-6-phosphate-dehydrogenase) anemia is caused by a hereditary defect in RBC metabolism. It is relatively common in people of African and Mediterranean descent. The defective gene is located on the X chromosome and therefore affects more males than females. There are many variations of this genetic defect.


G6PD is an enzyme that catalyzes glycolysis, the process in which an RBC derives cellular energy. A defect in G6PD action causes direct oxidation of haemoglobin, damaging the RBC. Hemolysis usually occurs only when the affected person is exposed to stressors (e.g., drugs such as aspirin, sulphonamides, or vitamin K derivatives) that increases the metabolic demands on RBCs. The G6PD deficiency impairs the necessary compensatory increase in glucose metabolism and causes cellular damage. Damaged RBCs are destroyed over a period of 7 to 12 days.


When exposed to a stressor triggering G6PD anemia, symptoms develop within several days. These may include pallor, jaundice, hemoglobinuria (haemoglobin in urine), and an elevated reticulocyte count. As new RBCs develop, counts return to normal.

Terjemahan langsung;

G6PD (glucose-6-phosphate-dehydrogenase) anemia ialah satu kondisi yang disebabkan oleh kerosakan faktor didalam metabolism sel darah merah. Kebiasaannya ia berkait rapat dengan orang-orang di Afrika dan dataran Mediterranean. Gen yang rosak itu terletak pada kromosom X, oleh sebab itu, ianya lebih mudah dijumpai pada lelaki berbanding wanita. Terdapat banyak variasi (jenis) kerosakan yang berlaku pada gen ini.


G6PD adalah enzim yang memangkin proses glikolisis, proses di mana sel darah merah mendapat tenaga sel. Kerosakan di dalam tindakan G6PD menyebabkan proses pengoksidaan haemoglobin berlaku secara langsung, merosakkan sel darah merah. Hemolisis (pemecahan sel darah) biasa berlaku bilamana pesakit terdedah kepada faktor penekan sebagai contoh; ubat-ubatan seperti aspirin, sulphonamides atau pun vitamin K yang boleh meningkatkan kadar keperluan metabolic kepada sel darah merah. Kekurangan G6PD merencatkan keperluan peningkatan pembayaran balik di dalam kadar metabolik glukosa dan menyebabkan kerosakan kepada sel. Sel darah merah yang rosak akan dimusnahkan dalam tempoh 7 ke 12 hari.


Tanda-tanda penyakit akan kelihatan dalam tempoh beberapa hari bila terdedah kepada faktor penekan yang mengakibatkan G6PD anemia. Antaranya ialah pucat, kekuningan, kewujudan haemoglobin di dalam air kencing, dan peningkatan kadar retikulosit. Bila sel darah merah yang baru terbentuk semula, kadar bilangannya akan kembali kepada normal kembali.


Harap ada pembetulan fakta dan pembetulan ayat supaya berlaku pencerahan fakta jika ada yang tersilap mahupun susah untuk difahami.


Abu Fateh,
Momjer Seberang Temerloh.
29 April 2010.

Friday, April 16, 2010

Imbasan Pendidikan Tahfiz Dan Cadangan Penyelesaian


PROF DR MOHAMMAD TAWFIQ RAMADHAN (AL BOUTI)

Sebagai permulaan, saya berpendapat adalah amat penting untuk saya mengisyaratkan kepada beberapa perkara-perkara penting berikut:


1. Tidak sepatutnya bagi seorang hafiz Al-Quran yang telah meletakkan dirinya sebagai khadam Al-Quran dan ilmu-ilmunya, jahil terhadap ilmu-ilmu lain. Sesungguhnya seseorang itu sama sekali tidak akan memahami Al-Quran dengan kefahaman sebenarnya selagi mana dia tidak menguasai ilmu-ilmu lain yang boleh membantunya untuk memahami Al-Quran sama ada dalam lingkungan ulum syarak atau bidang ilmu-ilmu lain. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu untuk mengagihkan pembahagian harta pusaka bertepatan dengan kehendak Al-Quran jika dia tidak menguasai asas-asas matematik? Bagaimana dia boleh mengetahui arah kiblat jika dia tidak mengetahui asas-asas geografi dan pemetaan? Bagaimana dia mampu memahami aspek mukjizat Al-Quran jika dia tidak mengetahui pelbagai seni balaghah di dalam Bahasa Arab?


2. Apabila kita hendak mengklasifikasikan pelbagai ilmu yang wajib kita mempelajarinya sebagai melaksanakan tuntutan sabda Baginda S.A.W di dalam sabdaannya: "Menuntut ilmu adalah menjadi kefardhuan ke atas setiap muslim.", maka sesungguhnya nas ini datang dalam bentuk umum. Berdasarkan kepada perkara ini, maka amat penting untuk kita memahami bahawa setiap muslim berperanan untuk membentuk dirinya dan melaksanakan seluruh tanggungjawab terhadap diri sendiri, Tuhan dan masyarakatnya. Dia juga berperanan untuk membangunkan sesuatu yang boleh memberikan kemaslahatan, kedamaian, dan kekuatan kepada masyarakatnya.

Islam menegaskan bahawa pembelajaran yang memungkinkan seseorang individu untuk mampu melaksanakan peranannya secara individu adalah fardhu ain yang mana setiap individu wajib membekalkan kepada dirinya sehingga dia mampu menunaikan kewajipan terhadap Allah, dirinya dan masyarakat kerana ilmu ini adalah salah satu anasir pembentukan syakhsiah yang sejahtera lagi sempurna.

Islam juga meletakkan bahawa mempelajari sesuatu yang boleh memberikan kemaslahatan, kedamaian dan kekuatan kepada masyarakat adalah sebagai suatu kefardhuan. Akan tetapi kefardhuan tersebut dituntut dari aspek kemasyarakatan dalam bentuk menyempurnakan kesempurnaan di mana ianya boleh menyempurnakan keperluan ummah didalam pelbagai lapangan. Setiap kumpulan menjurus kepada sesuatu pengkhususan bertepatan dengan kelayakan dan keinginannya. Kefardhuan ini dinamakan sebagai wajib kifayah. Setiap muslim mestilah membekalkan dirinya dengan pelbagai ilmu yang membolehkannya melaksanakan tanggungjawab diri dan kemasyarakatan.


3. Oleh itu, maka peranan institusi-institusi tahfiz ini terjelma dari aspek menyediakan satu generasi mencintai Al-Quran, akhlak Al-Quran dan ilmu-ilmu bersangkutan dengan Al-Quran. Dia hendaklah membekalkan dirinya dengan pelbagai ilmu yang boleh membentuk keperibadiannya serta melayakkannya untuk melaksanakan peranan kemasyarakatannya untuk menghasilkan kemaslahatan, kedamaian dan kekuatan di dalam pelbagai bidang pengkhususan. Di antara pengkhususan ini adalah pengkhususan ulum syarak tahap tinggi. Begitu juga dengan ilmu-ilmu lain seperti perubatan, kejuruteraan, astronomi, fizik, elektronik, biologi, kimia, industri dan sebagainya.

Nanti akan lahir di dalam masyarakat seorang doktor, jururawat, pegawai-pegawai kesihatan yang beristiqamah lagi amanah dalam kerja dan kariernya; seorang jurutera yang bertaqwa lagi beristiqamah dalam medannya; ahli astronomi yang boleh memberikan kepada kita apa yang diperlukan berkenaan waktu-waktu solat, puasa, arah kiblat dan tanda-tanda kebesaran Allah di langit dan bumi.. Begitulah fungsi setiap ilmu.


4. Bukanlah sesuatu kebenaran dengan memisahkan kekuatan beragama dari kehidupan dan terbatas di masjid sahaja. Juga satu kesilapan membuat pengkhususan ilmiah lain yang jauh dari memahami hakikat-hakikat Ad-Deen, nilai-nilai akhlak yang tertegak di atasnya. Jesteru, maka wajib ke atas kita menjadikan para pelajar di institusi-institusi tahfiz ini sebagai pelopor yang memiliki pelbagai pengkhususan yang boleh memajukan masyarakat dan menjadi contoh dalam seluruh lapangan kehidupan samaada dalam bidang perindustrian, perniagaan, perubatan dan kemahiran.

-Multaqa Institusi Tahfiz Kebangsaan 2009-,
3-5 Mac 2009, Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, Kuantan

Thursday, April 15, 2010

PSP 9


....Penghubung di antara "dunia" dan "agama" yang dibawa oleh Imam al-Ghazali tadi adalah sesuatu yang sihat dan bersifat ilmiah. Beliau menjadikan penghubungan tersebut sebagai asas dan tapak bagi wujudnya "fakeh" dan sultan dalam mana beliau tidaklah merendahkan "keduniaan" berdepan dengan "keagamaan" malah beliau menegaskan bahawa sebutan "keduniaan" itu merupakan "sebutan" yang mempunyai berbagai pengertian.


Pada suatu segi "keduniaan" itu bererti "Berlebihan nikmat, bersedap-sedapan, berlebihan dari keperluan dan kemustahakkan"; dan pada suatu segi yang lain ia bererti "semua perkara yang diperlukan sebelum mati".


Di dalam karyanya yang berjudul "al-Iqtisad fil-'Itiqad",, Imam al-Ghazali menegaskan lagi, "bahawa salah satu dari dua pengertian tadi ialah yang pertamanya berlainan dari pengertian "keagamaan" manakala pengertian yang kedua pula ialah "syarat" baginya - oleh itu silaplah sesiapa yang tidak dapat membeza di antara kalimat-kalimat yang mempunyai pelbagai pengertian.


Misalnya kita berkata, "peraturan agama wujud dengan pengertian dan ibadat hal mana tidak sampai kepada maksudnya melainkan dengan kesihatan badan, masih hidup dan mempunyai kadar yang diperlukan dari pakaian, tempat tinggal, bekalan dan keamanan....oleh itu saya menegaskan bahawa barangsiapa mendapati keamanan dirumah kediamannya, sihat tubuh badannya, mempunyai makanan untuk harinya, seolah-olah dia telah mencapai keperluan keduniaannya.

Walau bagaimana pun, manusia tidak mencapai keamanan bagi nyawa, tubuh badan, harta dan kediamannya serta rezeki makanannya dalam semua keadaan malah hanya pada masa-masa dan keadaan yang tertentu sahaja;

oleh itu, nyatalah bahawa tidak tercapai dan tidak tersusun urusan keagamaan itu melainkan dengan tercapai keamanan bagi perkara-perkara yang mustahak tadi; kalau tidak, barangsiapa sibuk menjaga keselamatan dirinya sepanjang masa sebab takutkan pedang para penzalim, sibuk dengan urusan mencari rezekinya sambil mengawal diri dari orang-orang yang gagah, maka di manakah pula ada masanya untuk menumpukan usaha mencari ilmu pengetahuan dan mengamalkannya padahal ilmu dan amalan itu adalah dua wasilah (perantaraan) yang membawanya ke arah kebahagiaan di akhirat; itulah sebabnya maka saya berkata bahawa sistem dunia, iaitu kadar keperluan itu adalah merupakan syarat bagi agama. ".

Perkongsian pencerahan sudut pandang,
Petikan karya Abu Bakar Hamzah,
Imam al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik.
Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Tuesday, April 13, 2010

Hyperemesis Gravidarum; Loya dan Muntah Ketika Mengandung



Hari pertama saya kembali berkhidmat kepada masyarakat setelah seminggu berulang alik tiga empat kali meredah negeri-negeri wilayah timur menuju ibu kota. Dari ibu kota menuju ke negeri-negeri wilayah timur. Dari wilayah timur menuju ke Shah Alam. Dari Kota metropolitan menuju ke kampung halaman. Dari kampung halaman menuju ke selatan. Dari selatan kembali ke wilayah timur mengejar majlis perkahwinan sahabat, Ahmad Azrol.

Alhamdulillah masih diberikan nafas untuk terus bergerak dalam ujian kesusahan dan kesenangan. Hati yang bergelap sangat memerlukan cahaya dan kekuatan elektrik untuk dibangkitkan semangat Iman dan ruh kehambaan. Belajar dari kesederhanaan para hamba-hamba dicintai-Nya dan persiapan hebat golongan-golongan Illuminati memangkin diri untuk tidak duduk diam dan membiarkan diri ini terkapar bagaikan bangkai dan himar yang tiada dinilai disisi-Nya.

Sekadar sedikit perkongsian supaya diri tiada dilupakan akan ilmu alat yang dipelajari ini. Memang pelajar adatnya jahil lagi terhina. Itulah adat dan adab dalam menuntut, menghinakan diri dihadapan pengajar dan juga mereka-mereka yang berilmu.

Memasuki medan masyarakat tanpa persediaan itulah maruah pasti tercabar. Mendekati masyarakat melalui bidang kesihatan sangat-sangat memerlukan kerendahan hati dan kecintaan mendalam kerana itulah jalan menjadikan pekerjaan sebagai ibadah dengan membetulkan niat untuk manfaat orang ramai dan mencari redha Ilahi melalui jalan yang sangat amat terbentang luasnya.

Rutinan harian dihari-hari pertama disesuatu tempat, saya dan sahabat diorientasikan terlebih dahulu berkenaan tempat dan beberapa orang penting yang perlu kami kenali sebelum memulakan sesi pembelajaran melalui sendiri liku-liku suka duka, mudah dan payah sebagai seorang perawat.

Terlalu banyak istilah-istilah yang kami terlalu jahil dan sememangnya tiada langsung diketahui apakah erti dan fungsi disebalik pengistilahan yang tersebut. Banyak bertanya, ramahkan mulut, inisiatif sendiri dan rajin mencatat itulah antara kunci penyelesaian pertama.

Selepas sejam diorientasikan, kami dibahagikan kepada beberapa stesen ataupun shif supaya semua ahli kumpulan boleh merasai semua tugasan yang berbeza. Berbeza? memang sangat berbeza lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan kisah-kisah didalam hospital. Benarlah; lain padang, lain belalang, lain orang, lain ragamnya.

Selepas rehat tengahari, kami direhatkan lagi sejam didalam bilik rehat oleh Penyelia Klinikal kami, Sister Hong buat penjelasan dan pencerahan tentang istilah-istilah yang terlalu banyak dijahili kami. Alhamdulillah diperingkat permukaannya telah semakin cerah dan kelihatan isi butir pengendalian seterusnya. Namun, peringkat dasar dan pengkhususan masih memerlukan kami membuat penyelidikan dan tambahan maklumat secara individu.

Dalam banyak-banyak istilah ada satu yang suka dikongsikan buat pengetahuan bersama. Hyperemesis Gravidarum atau loya dan muntah berterusan ketika mengandung yang serius ketika mengandung itulah istilahnya. Keadaan ini boleh membawa kepada dehidrisi ataupun kekurangan air.

Kebiasaannya hampir semua wanita akan mengalami loya dan muntah atau lebih dikenali sebagai 'morning sickness' didalam 3 bulan pertama mengandungkan anak. Punca berlakunya keadaan ini ialah bilamana paras hormon HCG (Hormon Chorionic Gonadotropin) dalam darah, yang dirembeskan oleh plasenta ibu meningkat.

Tanda-tanda biasa yang boleh dilihat kepada ibu mengandung yang mengalami hyperemesis gravidarum ini ialah turunnya berat badan, kepala rasa ringan dan berisiko untuk pengsan!

Jika pemeriksaan badan dilakukan, kita boleh melihat kemungkinan tekanan darah yang rendah dan kadar denyutan nadi yang tinggi. Jika melalui doktor, ujian pengesahan boleh dilakukan dengan melakukan ujian hematocrit dan ujian urine ketones.

Di samping itu, buat perawatan kecemasan dan secara mudah, ibu mengandung yang terkena hyperemesis gravidarum boleh mengambil langkah makan secara kerap tetapi dalam kadar yang sedikit-sedikit. Pengambilan makanan kering seperti crackers juga boleh membantu meredakan rasa loya dan ingin muntah. Mengambil banyak air kosong juga sangat disarankan buat mengurangkan rasa loya dan mencegah badan dari kehilangan lebih banyak air.

Hyperemesis gravidarum ini biasanya hanya dialami diperingkat minggu ke 2 sehingga minggu ke 12 kehamilan sahaja, dan ianya akan hilang bila memasuki fasa kedua separuh terakhir kehamilan. Dengan penjagaan yang elok dan rapi, insyaAllah ibu dan anak dalam kandungan tidak akan menghadapi masalah dengan keadaan ini.

Kemungkinan komplikasi yang bakal ditempuh pesakit hyperemesis gravidarum ialah penurunan berat badan, masalah psikologi (jika sakit tidak diurus dengan sewajarnya), dan juga kehilangan air dari badan yang boleh membawa kepada terganggu sistem badan yang lain lagi



Jika terdapat sebarang masalah, segeralah mendapatkan khidmat pakar kesihatan dan pegawai perubatan anda. Rujuklah kepada yang pakar jika masalah anda masih berterusan.

Begitulah bicara tentang badan dan fungsinya. Ada ketikanya sakit ada ketikanya lemah. Begitulah jua Iman dan fungsinya terhadap kita. Ada ketikanya turun ada ketikanya tersangat-sangat lemah. Jika masih dihijab penyakit hati dan dosa dari menghadap Allah, berdampinglah dengan orang-orang yang jasadnya di dunia, hatinya di akhirat.

Itulah doktor-doktor hati yang jika kita melihat wajahnya, sebelum dia berkata-kata pun, hati kita sudah terasa kelazatan ibadah, hubungan dengan Allah dan kerinduan kepada akhirat.

Lihatlah, bersahabatlah, berdampinglah dengan orang yang jasadnya didunia, hatinya diakhirat. Merekalah pewaris para Nabi, merekalah orang-orang penuh berisi diisi tenaga Al-Quran, para pekerja di-jalan Allah dan sekalian orang-orang yang sememangnya saya dan anda mengetahui, dengan melihat wajah mereka, hati kita tersangat tenang, tersangat rindu akan hari yang Kekal, membuak rindu kepada Baginda, membakar timbunan dosa-dosa hati, lidah dan jasad, membuka jalan mendekati Ilahi.



Merawat diri,
Abu Fateh,
19 April 2010,
Poliklinik Balok, Kuantan.

Monday, April 12, 2010

Mukaddimah Imbasan Pendidikan Tahfiz dan Cadangan Penyelesaian


PROF DR MOHAMMAD TAWFIQ RAMADHAN (AL BOUTI)

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan orang yang mengikutnya dengan ehsan sehingga ke hari Qiamat.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas jemputan dan peluang yang diberikan untuk menziarahi negeri yang baik ini dan tempat yang penuh keberkatan di mana saya berada di sini adalah bertujuan untuk membangunkan usaha berkaitan Al-Quran, perkhidmatan, pengajaran dan pembelajarannya.

Saya memohon kepada Allah agar Allah menerima dan memakbulkan usaha-usaha anda dan mengurniakan ganjaran pahala kepada pihak yang berkenaan yang telah mendokong multaqa ini dan aktivit yang baik dilaksanakan serta menjadikannya sebagai sedeqah jariah yang sentiasa memberikan kebaikan sehingga hari Qiamat.

Sidang hadirin sekalian,

Perkara terpenting di dalam rancangan ini adalah bermatlamat untuk mewujudkan sebuah generasi yang mantap hubungan dengan Al-Quran dari aspek teori dan amali. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya".



-Multaqa Institusi Tahfiz Kebangsaan 2009-,
3-5 Mac 2009, Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, Kuantan.

Sunday, April 11, 2010

Peranan Faqih (1), PSP 8


Sambungan dari PSP 7..
Dalam semuanya itu, seorang faqih (ulama fekah) itulah yang mengetahui segala hukum kanun Siyasah dan jalan menengah di antara manusia apabila mereka bergaduh terutama bergaduh kerana nafsu-syahwat;

ulama faqih ialah guru kepada sultan, pemberi pertunjuk kepadanya ke arah siyasah umat dengan cara membetulkan urusan mereka di dunia ini; dan hubungan ulama fekah dengan agama ialah bahawa dunia ini ialah suatu tahap menuju ke akhirat, malah dunia ini ialah ladang bagi akhirat;

oleh itu tidak sempurna agama melainkan dengan kesempurnaan dunia; dengan sebab itulah lahir kata-kata sakti "Agama dan negara adalah dua berkembar; agama merupakan asas dan pokok pangkal manakala sultan pula ialah pengawal;

dan sesuatu yang tidak mempunyai asas maka dengan sendirinya runtuh, dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal dengan sendirinya hilang dan reput...


* Begitulah juga hati yang tenang itu asasnya al-Quran yang dijaga dengan mujahadah. Tiada mujahadah hilanglah al-Quran dihati.. -Abu Fateh


19 April 2010,
Perkongsian pencerahan sudut pandang,
Petikan karya Abu Bakar Hamzah,
Imam al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik.
Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Saturday, April 10, 2010

Mereka Berzikir, Kita Bagaimana?


MasyaAllah...lihatlah alam terbentang indah


Subhanallah...


Sekali lagi siapakah aku?


Adakah kita seperti alam, sentiasa berzikir?


Mencari ketenangan melihat alam berzikir kepada-Nya


Zenki,
Bukit Panorama,
Sungai Lembing,
8 April 2010.

Friday, April 9, 2010

Mendampingi Makhluk Berzikir


Meredah awan dingin


Ketika awan berzikir

Di atas awan?


Siapakah aku?



Selepas subuh, surau di kaki Bukit Panorama


Zenki,
Bukit Panorama,
Sungai Lembing,
8 April 2010

Thursday, April 8, 2010

10 Bersaudara Bintang Al-Quran



Kisah Nyata membesarkan anak menjadi hafiz al-Quran dan berpotensi besar dan berprestasi cemerlang. 10 Bersaudara Bintang al-Quran berbicara secara inspiratif kepada kita bahawasanya ditengah kesibukan bagaimana sekalipun, kita masih sempat dan mempunyai ruang untuk menjadikan anak kita bagaikan bintang.


Buku ini berkongsi kisah, bagaimana menularkan semangat dan mengajarkan al-Quran kepada anak-anak kita dan apa sahaja ikhtiar yang akan ditempuh untuk merealisasikan putra dan putri kita menjadi pemikul amanah al-Quran, terutama di tengah budaya media hari ini yang begitu terbuka dan rapuh dari nilaian kemuliaan insani.


Inilah sebuah kisah mengujakan lagi luar biasa tentang sebuah keluarga yang terlalu sibuk yang kesepuluh anaknya tumbuh menjadi bintang bergemerlapan terisi kecemerlangan.




Ibu Wirianingsih dan Pak Tamim adalah satu pasangan yang jarang sekali berada dirumah mendampingi anak-anaknya yang berjumlah sepuluh orang. Pak Tamim atau Mutamimul 'Ula adalah anggota DPR-RI juga pimpinan PKS yang begitu sibuk dengan tugasan dakwah. Sedang Ibu Wirianingsih atau Bu Wiwi bukanlah perempuan 'rumahan' kerana kini selain menjadi Staf Departemen Kaderisasi DPP PKD dan Ketua Aliansi Selamatkan Anak (ASA) Indonesia, juga sebagai Ketua Umum PP Salimah, organisasi Muslimah yang cabangnya tersebar di 29 provinsi dan lebih dari 400 daerah di Indonesia. Selain itu, dia juga berperanan sebagai Presidium Badan Musyawarah Organisasi Islam Wanita Indonesia (BMOIWI), Federasi dari 36 organisasi Muslimah Nasional Pusat. Dengan semua kesibukan tersebut, Wiwi memiliki semangat kuat untuk membangun generasi Qurani di dalam keluarganya.





Itulah sekadar mukaddimah tentang buku 10 Bersaudara Bintang al-Quran yang ditulis oleh Izzatul Jannah atau nama asalanya ialah Setiawati Intan Savitri yang telah menulis lebih empat puluh judul buku, baik fiksi mahupun bukan fiksi. Merupakan lulusan pascasarjana Fakultas Psikologi UGM merupakan sekaligus Kepala Divisi Pendidikan TKIT Alam Miftahul Jannah Surakarta.


Buku terbitan Sygma Publishing ini memiliki 150 muka surat ini bermula dengan layangan kata pesan seorang ibu buat Putra Putrinya.


Buku ini mempunyai 5 bahagian utama yang menceritakan sudut-sudut penting pembinaan generasi Qurani yang dimulakan dengan pendahuluan banyak menyentuh berkisar sejarah Al-Quran, Al-Quran sebagai Mukjizat, janji Allah tentang al-Quran akan dijaga sampai hari Kiamat, pegumpulan al-Quran dan pemuliharaan al-Quran.


Bahagian pertama ialah Komitmen menjadi Sebahagian dari "Penjaga" al-Quran begitu menceritakan sejarah hidup Pak Tamim dan Bu Wiwi yang begitu aktif dengan kegiatan amal Islami diperingkat pengajian lagi sehingga akhirnya Allah mempertemukan pernikahan dijalan dakwah ini yang mana hingga kini mereka berdua belum menyelenggarakan walimatul ursy lagi kerana mengerti apakah keutamaan hidup di dunia ini.


Bahagian kedua bermain sekitar Ikhtiar Membina Keluarga Qurani. Disini keseimbangan proses kearah pembentukan begitu ditekankan bersama dengan tata tertib dalam keluarga, visi dan konsep yang jelas, pembiasaan dan pengurusan waktu, mengharmonikan tujuan dan memberikan hadiah merupakan antara cara dan sarana dalam membentuk anak-anak mereka yang cemerlang. Cuma diakhirnya sangat ditekankan bahawasanya kesabaran itulah kunci.


Bahagian ketiga membawakan cabaran dan hikmah mendidik anak menghafal al-Quran dimulakan dengan bagaimanakah method perlaksanaan, bagaimana melayani cabaran,dan menanami hikmah didalam anak-anak supaya mereka mengerti sehingga mereka mengakui kebahagiaan dan kegembiraan dengan hidayah, berkah dan hikmah. Pelik bukan jika anak disekolah rendah berbicara soal hidayah, berkah dan hikmah? Itulah yang sepatutnya.


Bagian keempat inilah menceritakan siapakah 10 bersaudara Hafal al-Quran yang banyak dan berkualiti itu. Apakah pencapaian mereka diperingkat keluarga, sekolah, daerah, negeri, wilayah, negara, bahkan antarabangsa! Indahnya juga kerana diakhirnya dikongsikan bersama jua bagaimana untuk menerapkan 'bingkai da'i' kedalam pengurusan keluarga.


Bingkai pertama dimulakan dengan kemampuan mengenal dengan baik karakter dan kemampuan putra dan putrinya. Bingkai kedua ialah menerapkan peraturan yang disepakati dan ditaati bersama. Bingkai ketiga ialah mewariskan tanggung jawab, karakter, dan kepimpinan kepada anak-anak dan yang terakhir ialah kemestian untuk melibatkan keluarga besar yang lain juga supaya pendidikan dan pentarbiyahan menjadi lebih mudah dan terkawal. Bahagian ini diakhiri dengan profil lengkap setiap seorang dari 10 bersaudara bintang al-Quran ini beserta pendidikan dan pencapaian mereka.


Bahagian terakhir buku ini menggamit tanggungjawab sekalian penghafal al-Quran supaya kembali mengingati dan membongkar diri tentang rahsia mengapa menjadi Hafiz al-Quran begitu penting! Dimulakan dengan kelebihan-kelebihan semasa didunia lagi diikuti kelebihan diakhirat serta kunci kejayaan menjadi hafiz al-Quran. Banyak sangat yang ingin dikongsi, namun penutup buku ini begitu menarik sekali untuk diterokai lebih-lebih buat mereka yang percaya akan janji-janji Allah dan Rasul-Nya.


Sekadar lampiran perkongsian beberapa kunci menjadi Hafiz Quran yang berjaya sebelum ulasan buku ini diakhiri:


1- Bacaan al-Quran yang benar. Perlu berguru, berguru, berguru dan seeloknya bersanad sehingga Rasulullah dari segi bacaan yang terjaga hukum tajwid dan sekalian hukum al-Quran itu.
2. Niat yang ikhlas serta pemahaman akan kelebihan yang benar.
3. Menjauhi kemaksiatan dan dosa.
4. Memanfaatkan masa muda
5. Memanfaatkan waktu efektif dan waktu luang.
6. Memilih tempat yang tepat.
7. Motivasi diri yang kuat dan tekad yang benar.
8. Mengoptimumkan seluruh indera badan.
9. Menggunakan satu cetakan mushaf.
10.Bacaan yang baik dan benar.
11.Hafalan yang saling berikatan.

dan diakhiri dengan memahami makna ayat yang dihafal.


Sekadar itulah perkongsian ringkas buku ini. Moga ada manfaat dan memberi inspirasi bukan sekadar retoriksi bait-bait kata dan gerak tangan!


Terima kasih buat akh Raisul Fadhla bin Safiruddin yang sudi memberi peluang saya membaca buku beliau ini. Terima kasih juga buat akh Khairul Fikri bin Sebri kerana memberi ruang saya membaca dan menganalisa terlebih dahulu sedikit buku ini buat perkongsian bersama sebelum dititipkan buat bacaan bersama beliau dan isteri.


Abu Fateh 44,
Hidup Mahu Menjadi Ahli al-Quran,
Keluarga Allah dan Pilihan-pilihan-Nya,
Doakan buat semua, terimalah kami..

Wednesday, April 7, 2010

Kira-Kira di Awal Cuti

Gambaran Minda Sebelum tiba di Bukit Panorama diwaktu fajar.



Cuti semester kedua bagi UIA telah boleh dikatakan bermula bagi pelajar yang mengikuti sistem pengajian semester. Apakah pengisian cuti kita kali ini? Ada ramai teman saya yang mahu menghabiskan cuti ini untuk keluarga dan diri semata.


Tak kurang juga yang melapangkan cuti ini untuk semata-mata membaca. Lebih-lebih lagi banyak buku yang dibeli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lalu. Soalnya, apakah bahan bacaan tersebut?


Saranan saya, banyakkanlah membaca bacaan berat membakar minda dan iman supaya lembut lidah kita untuk menyampaikan saranan dan pesanan, juga supaya mudah cair hati teman sasaran pendengar yang dituju.


Rasa berat dan malas buat benda-benda baik? (Allah itu kan baik, takkan Dia nak menyusahkan hamba-hamba-Nya kan? Jadi, buat baik sikit-sikit sudahlah dih...) -pandangan yang biasa kita terbuai sama.


Berkiranya kita dengan Dia. Berkiranya kita dalam nak buat kebaikan. Berkiranya kita nak tinggalkan katil di malam hari. Berkiranya kita dengan hak kita.


Teruskanlah berkira-kira dan bermain kalkulator sebanyak mungkin mengira banyak mana kita dah berkira-kira dengan Allah, Kitab Allah, Rasulullah, Malaikat, Ketentuan-Nya dan Hari Pembalasan-Nya.


Jika masih berkira-kira, jangan lupa untuk memberi masa yang lama dan tegang bila urusan kira-kira kita dengan Allah nanti.


Dan jangan sesekali mengeluh dan menyalahkan Allah jika urusan kira-kira kita di hari pengumpulan kelak begitu sukar dan begitu sekali dikira-kira kerana suatu masa dahulu di dunia kita terlalu sangat berkira-kira dari memberi di Jalan Allah, terlalu sangat berkira dari mengikut jalan Rasulullah, terlalu sangat berkira dari membaca al-Quran, terlalu sangat berkira dari berjaga malam, terlalu sangat berkira dari meninggalkan orang-orang tersayang demi Dia yang selalu kita laung-laungkan kita sayangi..

Teruskanlah berkira-kira akan keburukan kita, supaya nanti keburukan itu tidak menyusahkan.


Teruskanlah bermudah-mudah dengan hak Pencipta dan sekalian yang dicipta, semoga permudahan itu memudahkan jalan kita kembali kepada Allah.


Mengira makna kehidupan.


Abu Fateh,
Melihat fajar menyapa hari,
Menaiki Bukit Panorama,
Sungai Lembing,
Pahang.

Tuesday, April 6, 2010

Ceritera Orang Kampung



Setelah lama tidak menulis, jari jemari menjadi kaku dan sentiasa menggesa untuk kembali ke punat backspace. Lintasan hati juga jadi ragu dan tidak yakin dengan pemilihan kata. Turut menyampuk kata bicara di kolong minda, mengingatkan kerja itu dan tugasan ini. Aduh, sungguh terpaksa bermujahadah untuk menulis.

Oh ya, apa pula yang hendak dituliskan? Samada terlalu banyak atau memangnya tiada idea yang sedang bersarang di ruang fikir sekarang ini wahai tuan punya laman? Katanya Wak, blog saya ini isinya cerita. Santai berhikayat. Jadi Wak, izinkan saya bercerita lagi.

Tapi, maafkan saya jika ceritanya tidak menarik. Al-maklumlah berkisah dengan nafas termengah begini. Ritmanya kadang-kadang sekata. Ceritanya tidak ke mana, nafasnya yang berjela-jela. Begini wak, di kampung saya ada ramai orang yang bujang dan berdara. Sedikit sahaja yang sudah berkeluarga.

Namun, semuanya hidup penuh rukun dan aman. Bahkan kalau dahulu, anak-anak kecil yang lahir dari keluarga yang sedikit itu dianggap bagai anak saudara semua yang bujang trang tang-tang itu. Erat dan kemas ikatan ukhuwwah itu. Atau Mantap sungguh rasa persaudaraannya kalau dalam bahasa kita.

Biasalah, bila ramai-ramai begini kerenahnya juga bermacama-macam. Antara ragam yang banyak itu, ada satu yang saya nak cerita kepada Wak sekarang. Begini, di kampung saya ada dua buah sekolah berubat. Ubat 'Hati' dan Hati. Semua yang duduk di sini atau lebih tepatnya saya katakan SEMUA yang datang ke kampung saya itu sebenarnya ingin belajar di sekolah tersebut.

Jadi bolehlah kalau nak digelarkan masyarakat kampung saya itu golongan yang baik dan berjihad, seperti kata Hadis. Selain itu, sudah menjadi adat hidup berkampung, ada penghulunya dan ada kegiatan sosialnya. Kalau kematian, pakat-pakat mereka membaca Yasin. Kalau berkahwin, Pakat-pakat mereka bergotong-royong berkenduri. Begitu juga diadakan perhimpunan umum sekali sekala untuk lebih mengeratkan hubungan.

Yang anehnya wak, ada yang seakan leka dari tujuan asal bermukim di kampung itu bila terlalu sibuk dengan kegiatan. Sekolah pun jarang sangat hadir. Ada juga yang terlebih fokus kepada matlamat berkampung di situ sehingga tidak bergaul dengan jiran-jiran. Ada lagi yang lebih aneh, tidak ke kenduri tahlil dan tidak ke sekolah. Di rumah sahaja. Eh, macam-macamlah Wak jenis orang ini ya.

Satu ketika saya pernah dengar ceramah kumpulan yang pertama. Katanya, pelajar sekolah Hati tidak sesuai bernikah sekarang. Kerana kerja rumahnya terlalu banyak, bertimbun-timbun. Berbeza dengan sekolah 'Hati'. Pelajarnya punya ruang waktu lapang yang lebih. Jadi tidak peliklah jika majoriti yang berkahwin itu dari sekolah 'Hati'.

Beliau melanjutkan lagi. Kalau yang beraktiviti pula, lagi tinggi darjah kesibukannya. Lalu dicontohkan dengan aktiviti di bendang sana, di kedai kopi Tiang sini, di tepi kali seberang sempadan dan sebagainya. Saya ternanti-nanti Wak, kalau-kalau dia akan masukkan juga aktiviti ke kelas dan talaqqi. Tak adalah pula. Jadi fahamlah saya, kalau sibuk itu, sibuk sungguh sehingga sempat lalu sahaja depan sekolah. Tapi di akhirnya disarankan kepada kami yang mendengar agar bersungguh belajar dan mengaut pengalaman. Saya tengok orang di sebelah terangguk-angguk tersenyum. Agaknya dia pun faham macam saya juga.

Tapi Wak, saya rasa, bab nikah kahwin ini, khasnya bila melibatkan golongan sedang belajar macam kami, tak cukup dengan hanya dilihat dari sudut homeworknya sahaja. Tak habis lagi babnya. Kalau nak dikatakan lebih sukar itu lebih sesuai agaknya. Itupun tak berapa kena pula bila dikenangkan kebanyakan yang ke sekolah Hati itu majoritinya yang pernah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan di pra-sekolah sebelum ke sini.

Berbanding dengan majoriti pelajar sekolah 'Hati', purata pelajarnya sederhana sahaja sebelum ini. Bukankah lebih masuk akal, jika yang susah dan sukar itu diselesaikan oleh yang lebih advanced ?

Tapi saya ingat lagi kalam hikmah Raja Ali radiallahu anhu katanya, Kalau agama ini timbangannya akal, pastinya sapu atas khuf itu lebih tepat. Eh! Apa ni wak, tiba-tiba masuk cerita Raja Ali pula? Hm, Sebenarnya begini. Saya sengaja selit kalam Raja Ali tadi itu sebab nak khabarkan kepada Wak, saya masih boleh menanggapi lagi cerita aneh ini.

Dalam bab berkeluarga tadi, Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam pesan supaya pentingkan iman dan taqwa. Rasanya kalau beragama itu, Abdullah bin Ubay pun mengaku muslim, tapi yang beriman dan bertaqwa itu terbukti menerusi tingkah laku dan pengorbanan seperti Saidina Hamzah, Khalid Al-Walid, Hanzalah dan para Sahabat yang lain radiallahu anhum semuanya.

Jadi faktor homework itu tak berapa kuat. Ditambah lagi dengan pemahaman sibuk semasa belajar itu hanya terhad setakat sibuk beraktiviti bukan belajar sahaja. Lebih baik jika ditekankan kefahaman tentang tanggungjawab hidup sebagai hamba, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai orang kampung, bagai pasangan kelamin dan sebagai walid atau ummi. Tapi itu kalau saya yang berceramah wak. Wak Senyum sahaja.

Bahkan jika hendak dikatakan belajar di sekolah Hati tidak sibuk tidaklah tepat seratus peratus. Kerana kerja rumahnya tetap ada. Cuma lebih menjurus kepada pembacaan dan hafalan. Selain itu, musyafahah dengan masyayikh di rumah-rumah mereka juga perlu untuk mengentalkan ilmu. Studygroup, berbincang dengan kawan yang lebih pandai, tuisyen dan banyak lagi nama kelas yang sepatutnya dihadiri oleh penuntut sekolah 'Hati'.

Kalau hendak disebut dan disenaraikan, sebenarnya penuntut kedua-dua sekolah ini tidak berbeza dari sudut assignment dan kerja rumahnya. Namun itu tidak penting. Apa yang lebih utama ialah sikap. Sikaplah yang membezakan antara pelajar yang berjaya ataupun sebaliknya. Bukannya sekolah. Sikaplah yang menentukan tahap persediaan seseorang samada kekal dengan status 'single' atau sudah layak berpunya.

Wak, dah larut malam ni. Saya pun dah melalut panjang pula. Kalau nak diikutkan sedap berbual, sampai bila pun tak habis. Itu baru sikit cerita anehnya. Ada lagi yang pelik dan ajaib.

InsyaAllah Wak, jika ada kesempatan dalam kesempitan, akan saya ceritakan pula tentang kisah aneh di sekolah saya. Khasnya di bangunan baru yang sedang dibina. Juga ada cerita tentang orang beranak. Ha! Yang ini lagi entah apa entah yang hendak dikata. Senang cerita, tak payah kata, bercerita, hanya yang benar sahaja, untuk dikongsi bersama. Mana tahu, ada faedahnya. Jumpa lagi Wak!


Dari minda abangku hisyam_zahra online.
http://www.hisyamzahra.blogspot.com/

Monday, April 5, 2010

Senyummu di Depan Saudaramu adalah Sedekah



Rasulullah saw. bersabda, "Senyummu di muka saudaramu adalah sedekah," dan bukan "Senyummu untuk saudaramu." Dalam hadits di atas dipakai kata "muka", kerana pada wajah terdapat banyak indra, dan ia merupakan gambaran hakiki seorang manusia. Oleh kerananya, sebuah senyuman yang tidak terlihat oleh saudara kita, tidak akan mempunyai erti dan tidak akan berkesan.

Senyuman adalah gambaran isi hati yang menggerakkan perasaan dan memancar pada wajah seperti kilatan cahaya, seakan berbicara dan memanggil, sehingga hati yang mendengar akan terpikat.

Senyuman yang dibuat-buat tidaklah sama dengan senyuman yang tulus ikhlas. Senyuman yang dibuat buat adalah sebuah kreasi seni, tak lebih dari sebuah plastik. Sedangkan senyuman yang tulus ikhlas adalah fitrah; ia ibarat bunga yang mekar di tangkamya, indah dipandang mata, dan harum baunya, yang menjadikan jiwa terlena dan bersimpati.

Mengenai hal ini Rasulullah telah mengingatkan kepada kita dengan sabdanya,
"Kamu tidak akan dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia."

Lima puluh tahun yang lalu, penemuan ilmiah menyebutkan bahwa tumbuh-tumbuhan akan semakin subur manakala berada di tempat yang di situ terdapat alunan suara berirama slow, dan tumbuh-tumbuhan itu akan merasa "gembira" tatkala pemiliknya menyirami-nya dengan air yang sejuk. Namun sebaliknya, tumbuhtumbuhan itu akan "menangis" tatkala ada yang memetik tangkai dan bunganya.

Rasulullah saw. bersabda,
"Uhud adalah gunung yang mencintai kita dan kita pun mencintainya."

Jika demikian keadaan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda padat, maka keadaan manusia yang telah diberi oleh Allah swt. nikmat berupa indra dan akal tentu lebih dari itu. Itulah rahsia yang tersimpan dalam diri manusia. Manakala ia dapat menyibak rahsia itu, Allah akan membukakan baginya penglihatan dan mata hati mereka yang lalai dan terlena dalam kemaksiatan. Dengan iman, perasaan, dan kekuatan ruhiah, Islam mengubah banyak manusia dengan sebuah perubahan yang tidak bisa dilakukan oleh kekuatan-kekuatan materi.

Seorang da'i hendaklah merasakan nikmat iman yang tulus ikhlas, sehingga ia dapat menembus batu sekeras apa pun dan dapat menumbuhkan pepohonan meski di tengah padang pasir yang gersang. Ia akan dapat mencetak khairu ummah (umat terbaik). Kalau kita teliti, maka akan kita ketahui bahwa yang menyebabkan generasi pertama umat ini masuk Islam adalah senyuman yang tulus, pandangan yang teduh, pergaulan yang simpati, dan ucapan yang berkesan.

-Jalan Menuju Hati-

Sunday, April 4, 2010

Tugas Kita


Dalam memberikan arahan (taujih) tentang tugas dakwah, Imam Syahid Hasan Al-Banna memberikan perumpamaan dengan perkataannya, "Di setiap kota terdapat pusat pembangkit tenaga elektrik. Para pegawai memasang instalasinya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel,setelah itu aliran elektrik masuk ke pabrik-pabrik, rumah-rumah, dan tempat-tempat lain.

Jika aliran elektrik tersebut kita matikan dari pusat pembangkitnya, niscaya seluruh penjuru kota akan gelap gulita. Padahal saat itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pembangkit elektrik, hanya saja tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan."

Demikianlah, Allah swt. telah menurunkan Al Qur'an Al-Karim kepada kita, dan dialah sebesar-besar energi dalam kehidupan ini. Allah swt. berfirman:
"Sesunggubnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itupula) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maidah: 15-16)

Begitu pula dengan Al-Qur'an Al-Karim, ia adalah pusat pembangkit "tenaga" bagi kaum muslimin, tetapi sumber kekuatan itu kini dicampakkan oleh kaum muslimin sendiri, sehingga hati mereka menjadi gelap dan tataan kehidupan pun menjadi rusak.

Tugas kita sebagai da'i adalah seperti tugas para pegawai elektrik, mengalirkan kekuatan ini dari sumbernya ke setiap hati orang-orang muslim agar senantiasa bersinar dan menerangi sekelilingnya.

Allah swt. berfirman:
"Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengahtengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (Al-An'am: 122)

Tatkala Anda ingin memikat hati mad'u, Anda harus ingat bahwa Anda adalah seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala Anda berdakwah, Anda harus ingat bahwa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka Anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya.

-Jalan Menuju Hati-

Saturday, April 3, 2010

Menyebarkan Salam Berarti Menebar Cinta Kasih



Dari Abu Darda' ra. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Pada hari kiamat nanti Allah akan mem-bangkitkan beberapa kaum; di wajah mereka terdapat cahaya; mereka berada di atas mimbar-mimbar yang ter-buat dari permata. Orang orang ini kepadanya, padahal mereka bukan para nabi dan bukan pula syuhada."


Abu Darda' berkata, "Seorang Arab Badui tiba-tiba ber-lutut dan berkata, 'Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami sehingga kami dapat mengenali mereka.' Rasulullah saw. bersabda, 'Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, dari kabilah dan negara yang berbeda-beda, berkumpul untuk melakukan dzikrullah.'" (HR. Thabrani dengan sanad Hasan)


Seorang muslim yang mempunyai dasar hati yang bersih ketika membaca hadits ini, dengan kehalusan perasaan dan kesadaran hati nurani, tentu takjub dengan anugerah ilahiah itu. Suatu anugerah yang hanya diberikan Allah kepada orang-orang tertentu; bukan para nabi dan bukan pula para syuhada, namun orang lain ingin sekali menjadi seperti mereka karena kedudukannya di sisi Allah swt. Sifat-sifat mulia yang dapat mengangkat derajat pemiliknya ini mampu menggerakkan perasaan seorang Badui, hingga la bertanya kepada Rasulullah saw. agar lebih mengenal mereka, tertarik, lalu mencintai mereka. Juga agar ia dapat membantu mereka dalam menegakkan kebenaran.


Rasulullah saw. menjelaskan, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, dari kabilah dan negara yang berbeda-beda, berkumpul untuk melakukan zikrullah." Rasulullah saw. telah memudahkan jalan untuk mereka, agar hati dapat bertemu dengan hati, ruh saling berpelukan, nurani terpaut dengan nurani, dan perasaan pun menjadi dinamis.


Inilah cara dakwah yang cerdas, yang dapat menjadikan hati orang-orang beriman berdebar-debar karena rindu dan ingin bertemu dengan saudara-saudara mereka tercinta. Alangkah agungnya perkataan orang Badui itu, "Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami sehingga kami dapat mengenali mereka."


Setiap kali Rasulullah saw. menjelaskan sifat-sifat mereka yang luhur dan akhlaknya yang tinggi, setiap kali pula kerinduan itu bertambah, sebagaimana dikata-kan dalam sebuah hadits. "Ruh adalah satu pasukan yang solid: yang saling mengenal akan saling terikat, yang saling mengingkari akan bercerai-berai."


Da'i yang terbimbing dengan pertolongan Allah senantiasa mendukung berbagai kebaikan, keutamaan, dan akhlak mulia, baik yang ada pada saudaranya sendiri maupun pada yang lain, sehingga ia sendiri menjadi penganjur dan penyeru kepadanya. Selain itu, ia gemar menyebutkan berbagai perilaku mulia yang sementara tersembunyi pada diri orang lain. Dengan itulah ia menjadi mediator yang mengantarkannya ke hati mereka.


Syair menuturkan:
Saya mencintainya sebelum melihat
Karena indahnya sifat yang disebut
Seperti surga yang dicinta
Karena keindahannya, meski belum diindra


-Jalan Menuju Hati-

Masa Itu Nyawa