Saturday, March 27, 2010

Memali (2) : Profil ringkas syuhada dan tahanan









...Selain mereka yang gugur syahid ini, masih terdapat beberapa pengikut as-Syahid Ust Ibrahim yang cedera parah akibat terkena tembakan pihak polis. Mereka ialah:

1. Saudara Ahmad b. Ayub (37 tahun)
2. Saudara Mat Piah b. yunus (40 tahun)
3. Saudara Abdullah bin Che Soh (30 tahun)
4. Mohd Khir b. Sulaiman


Senarai mangsa Memali yang ditahan di Pusat Pemulihan Kem Kamunting, Taiping mulai 22 Januari 1986:

1. Razali Abd. Kadir
2. Abd Hamid Hj. Omar
3. Abd Rahman Salleh
4. Zulkifli Ishak
5. Husin Yahya
6. Sobiri Hassan
.....sehingga 36 orang kesluruhannya.

Sementara itu, senarai tahanan di dalam penjara pula mencapai sehingga 116 orang. Semua tahanan muslimat telah ditahan di Penjara Alor Setar. Muslimin pula di lock-up Kulim, Jitra, Gurun, Sungai Petani, Kuala Nerang dan Alor Setar.

Disamping itu terdapat juga beberapa orang juga ditahan hanya untuk siasatan selama satu minggu sahaja.

Hasil kecederaan parah dalam peristiwa Memali, Hj Abd. Rahman Jusoh ditahan dirumah sakit dan kemudian dibebaskan dalam keadaan nazak. Akhirnya beliau meninggal pada 31.1.1986

Begitu juga dengan Hassan bin Abdullah yang lumpuh seluruh anggotanya akibat deraan polis. Turut ditahan dirumah sakit dan dibebaskan dalam keadaan lumpuh. Akhirnya meninggal pada Februari 1988 setelah 3 tahun menderita.

Selain mereka, seramai 4 orang lagi tahanan Memali telah meninggal dunia antara tahun 1987-1990.

-satu perkongsian pencerahan fakta dari C.N. AL-AFGHANI-

5 comments:

fiey_ahmad said...

Masih ramai orang tidak tahu kisah di sebalik Memali ini...

Kisah yang disembunyikan dan tidak dipedulikan...

Allah, izinkan semangat syahid mereka membakar dalam jiwa-jiwa kami..

fiey_ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hanya Allah saja yg tau samada mereka mati syahid ke tidak..lagipun yg mati ni pun sebab lawan polis2 yg beragama Islam..mana ada org Islam mati syahid berperang dgn org Islam? Ada akal gunalah..

Anonymous said...

syahid ke berbunuhan sesama islam?

Anonymous said...

Kesian perjuangan yang sia-sia..

Masa Itu Nyawa