Monday, March 29, 2010

Kosong


Kosong markah membawa erti kegagalan.

Kosong bilik mungkin bererti tiada penghuni atau baru berpindah.

Kosong kertas jawapan didalam peperiksaan menjelaskan tiadanya ilmu tentang soalan ujian yang ditanya.

Kosong inbox mungkin bererti tiada yang mahu sms dengan dia atau pun dia seorang yang tidak suka menyimpan mesej.

Kosong blog dari dikemaskini dan diperbaharui keluaran katanya menandakan orang itu kosong masa dan juga idea didedikasikan untuk blog.

Kosong perut menggambarkan kelaparan.

Kosong gelas terisinya gelas dengan angin dan bendasing.

Kosong soff kedua disubuh hari ertinya penduduk sekitar tersebut hanya sedikit yang teguh imannya.

Kosong soff pertama disubuh hari disurau dan masjid dari dipenuhi mereka-mereka yang mengucap dua kalimah syahadah menggambarkan kosongnya kata-kata hebat.

Kosong persediaan membawa diri ke gerbang kegagalan.

Kosong ruangan televisyen melihat bola bila pasukan tak menarik bersaingan.

Kosong diri tentang sejarah menjelaskan ketidakmampuan untuk mencipta sejarah.

Kosong katil diwaktu fajar memancar iman dari wajahnya.

Kosong-kosong istilah meminta maaf suka dilanggari.

Kosong poket jangan sekali kosongkan hati.

Kosongnya rumah jika al-Quran tiada didengari.

Kosong masa tiada dipenuhi pembunuh senyap potensi anak muda!

Kosong dada dari ilmu membawa padah memandai dan beku.

Kosong hati dari terisi membawa syaitan masuk mengisi.

Kosong hidup dari perjuangan membawa diri ditelan zaman.

Kosong hidup dari Pegangan melempar diri hanyut informasi.

Kosong-kosongkan hati dari maksiat, moga kelak badan selamat.

Kosong-kosongkan minda dari khayalan pasti realiti jelas tergambar.

Kosong senyum membawa petaka marah sekeliling.

Kosong idea memagar tangan terpagar dek maksiat.

Kosong catatan kurangnya ilmu dapat diingat.

Kosong ulangan membawa lupa yang celaka!

Kosong kehadiran membuat Guru tiada meredhai.

Kosong akal dari membaca petanda diri hilang kepimpinan.

Kosong hari dari al-Quran menggelapkan hati dari petunjuk.

Kosong rindu kepada Allah petanda hati sedang lupa.

Kosong takut kepada Dia petanda mudah diri yang derhaka.

Kosong CINTA kepada yang SATU mengisi cinta kepada nafsu.

Kosong kepentingan kepada diri moga kembali diterima ILAHI.



-Selamat mengosongkan masa anda buat Allah dan Rasul-Nya dan kerana Allah dan Rasul-Nya-


22 Mac 2010
Abu Fateh,
Bangunan Kulliyyah Perubatan,
UIAM Kampus Kuantan,
Kuantan 25200

3 comments:

zaiton zakaria said...

my heart 'full',reading your entry about 'zero'

teruskan menulis. menantikan buku sulung nt!

Ummu Iffah said...

subahanallah

mcmana boleh fikir dgn byk skali?

amik masa tak?

Nurturing The Ummah said...

zaiton zakaria:

Kosongnya Iman hanya Dia yang tahu. Buku? Doakan tangan ini tetap menulis dan sentiasa 'terjaga'. Perlu menghadam buku-buku 'berat' dan mendarah dagingkan tulisan kedalam nafas kehidupan ini dahulu insyaAllah.


Ummu Iffah:

Alhamdulillah setengah jam. Relativiti masa dengan keberkatan sangat infiniti walau dipenggal-penggal.
Relativiti masa dengan kebiasaan sangat terhad untuk dijangkau akal.

Masa Itu Nyawa