Friday, March 26, 2010

Kelas Terakhir; Falsafah Kehidupan

Dari diari kehidupanku....

" In which date we discussed this topic? ". Soal ustaz Ibrahim. Semua orang hanya mendiamkan diri. 15 December 2009 ustaz.. Sayup suara si kecil memecah ruang-ruang udara didalam kelas Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu.

"Actually, I just want to check and know how organize all of you. Just take it as a hisab on yourself. Please be organize person. Do things in systematic way. Concern about the time, concern about the things."

Suasana kelas yang riuh rendah bagai menghilangkan suasana sebenar kelas adalah sebagai salah satu taman dari taman-taman syurga. Kelas adalah majlis ilmu yang dijamin Rasul sebagai 'raudhah min riyadhil jannah' nampaknya hanya dianggap tempat untuk tidur dan bergurau senda.

Kelas bersama seorang ustaz yang merendahkan diri, kata-katanya penuh dengan selingan ayat al-Quran, hadith, Kaedah Fiqh, kata-kata Ulama' dan cerita nasihat sungguh mengasyikkan bagi diri ini. Pengajian Sains dan Falsafah ini cukup-cukup memberi satu dimensi baru kepada minda dan sudut pandang diriku ini. Apakah benar jalan hidup ku didalam bidang kejururawatan?

Selalu sangat ditanya kepada diriku kenapa awak ambil kursus ini? Awak nampak sesuai menjadi ustaz.

Teringat satu kisah didalam pengajian bahasa arab di Bumi Syam. Syekh Bilal yang mengajar saya pernah menceritakan kisah hidupnya. Belajar seperti biasa didalam bidang kejururawatan. Keluar menjadi seorang jururawat lelaki. Kemudian mengikuti program khidmat watani selama dua tahun (Kem Khidmat Negara). Keluar dari kem terus bekerja sebagai Mumarridh (jururawat) selama beberapa tahun. Kemudian akhirnya berkhidmat sebagai guru(Pensyarah di Maahad Abu Nour) dan Imam disebuah Jami'.

Kisah hidup setiap orang tiada ketetapan yang pasti. Hidup turun naik bertukar arah, melawan arus, mengikut angin.

Menjadi guru, jururawat, agamawan, ustaz, budayawan, 'budakyawan', politikus, doktor, ahli farmasi, doktor gigi, ahli undang-undang, profesor, canselor, tukang masak, tukang sapu sampah, mahu pun pencuci mangkuk tandas sekali pun kalau tiada rasa kehambaan seindah ajaran Baginda, tiada ertinya hidup ini menuju Allah.

Kata-kata terakhir ustaz Ibrahim petang tadi cukup bermakna buat diri ini. "I teach you not the knowledge, but I teach you how to get the knowledge". Sedap ayat tuh, kata teman saya Rizal Marsudin.

Mendapat ilmu menerap kehambaan. Itulah erti hidup menuju Allah


-selingan peperiksaan akhir tahun kedua-
19 Mac 2010,
Kulliyyah of Medicine,
IIUM Kuantan Campus

No comments:

Masa Itu Nyawa