Wednesday, March 31, 2010

Al-Quran Penyejuk HyperMarket


Cerita Bas

Alhamdulillah menjejak kaki ke bumi serendah sekebun bunga jam 6.45 pagi. Sebelumnya menaiki bas Transnasional perjalanan jam 1 pagi dari Kuantan. Apa yang menarik hati ini dipagi hari ialah bas berhenti di pekan Peringat untuk penumpang solat subuh terlebih dahulu.

Benda ini adalah perkara biasa, namun pernah juga berlaku pemandu bas yang tidak mahu berhenti dan semata-mata mahu mengejar tiba ke destinasi tanpa mengambil kira waktu solat. Saya dikejutkan pakcik pemandu bas supaya solat subuh. Subhanallah.

Situasi berbeza diwaktu perjalanan saya dari Kelantan ke Kuala Kubu Bharu dan dari Kuantan ke Kedah suatu ketika dahulu. Pemandu bas terpaksa diminta supaya berhenti untuk kami penumpang menunaikan kewajipan. Bahkan ada yang berhenti dengan marah-marah dan tidak turun pun untuk solat subuh bersama-sama.



Cerita Hyper Market MYDIN baru di Kubang Kerian

Jam 8.15 pagi menemani ibu pergi membeli barang-barang keperluan rumah. Mydin baru dibuka seawal jam 8.30 pagi. Wah, awal betul. Saya dan ibu menjadi orang pertama memasuki ruang legar utama Mydin. Kami disambut bagaikan VIP, dengan satu barisan pekerja lelaki dan satu barisan pekerja perempuan berbaris menyambut pembeli-pembeli terawal. Dari kejauhan terdengar alunan ayat-ayat suci al-Quran dari corong pembesar suara Mydin. Sungguh menenangkan.

Memasuki pintu utama Mydin dengan disambut dan diucapkan selamat datang dan selamat pagi secara serentak, ditambah dengan tunduk secara terhormat semua pekerja Mydin membuatkan saya rasa agak malu dan serasa mahu tergelak. Namun, mungkin inilah rahsia kejayaan pasaraya Mydin. 'Customer's First'.

Semua pekerja didalam Mydin itu nampaknya bertenaga dan ceria. Mungkin juga kerana waktu masih terlalu awal dan pelanggan masih tidak terlalu ramai. Namun, itulah rahsia sebenar Baginda nabi menyuruh kita berpagi-pagi dengan bekerja.

Saya masih mencari kunci keceriaan itu. Akhirnya, setelah memasuki Mydin dan memilih satu dua keperluan, DJ Mydin mula bersuara menggantikan bacaan al-Quran. Mengucapkan selamat pagi, mengalu-alukan pelanggan dan terus mengajak sekalian pelanggan untuk membeli belah sambil berhibur.

Sedikit demi sedikit keceriaan dan ketenangan di pagi hari yang dipermulai dengan alunan ayat-ayat suci mula menyirna. Lagu-lagu menyentak jiwa dan membelit tujuan mengambil tempat. Menutup kembali pojok-pojok hati ketenangan insan.

Inilah kuncinya Nabi menyuruh kita berpagi-pagi dengan mengingati Allah. Semua makhluk tak kira jawatan, pangkat, miskin, kaya, mau pun cacat (fizikal; orang kurang upaya dan jiwa; orang tiada mengenal Ilahi) pasti tenang jika mengingati Yang Maha Kuasa. Namun, semuanya itu hanya sementara bila rencam ayat-ayat kotor alunan sang penyanyi mula menggantikan alunan ayat-ayat suci.

Itulah kesan al-Quran kepada hati, kepada kehidupan insan, kepada hidupan bergerak mau pun kaku. Kesannya menyejukkan hati, menenangkan suasana, menjernihkan minda. Bila ayat-ayat suci diganti dengan kata-kata pejal, keras, serabut, tiada seni, penuh kegilaan,dan seni kepalsuan sang penyanyi, maka bermulalah kegelapan minda dan kekerasan hati menzahirkan kepanasan suasana dan keserabutan akal.

Inilah punca kecil manusia hilang pertimbangan, tiada ketenangan memandu kehidupan.



Tangan menulis tanpa jiwa,
Hati membaca tiada rasa,
Ayat suci tiada dibaca,
Lalu jiwa tenggelam punca.


Zenki44,
31 Mac 2010,
Kubang Kerian.

1 comment:

iman sayyidah said...

masyAllah...bertuahnya mnjadi rakyt kelantan. satu2 ngri dimana Islam sgt2 dipraktikkan dlm urusan kehidupan.

indahnya apabila Islam memerintah!

Masa Itu Nyawa