Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Al-Quran Penyejuk HyperMarket

Cerita Bas

Alhamdulillah menjejak kaki ke bumi serendah sekebun bunga jam 6.45 pagi. Sebelumnya menaiki bas Transnasional perjalanan jam 1 pagi dari Kuantan. Apa yang menarik hati ini dipagi hari ialah bas berhenti di pekan Peringat untuk penumpang solat subuh terlebih dahulu.

Benda ini adalah perkara biasa, namun pernah juga berlaku pemandu bas yang tidak mahu berhenti dan semata-mata mahu mengejar tiba ke destinasi tanpa mengambil kira waktu solat. Saya dikejutkan pakcik pemandu bas supaya solat subuh. Subhanallah.

Situasi berbeza diwaktu perjalanan saya dari Kelantan ke Kuala Kubu Bharu dan dari Kuantan ke Kedah suatu ketika dahulu. Pemandu bas terpaksa diminta supaya berhenti untuk kami penumpang menunaikan kewajipan. Bahkan ada yang berhenti dengan marah-marah dan tidak turun pun untuk solat subuh bersama-sama.



Cerita Hyper Market MYDIN baru di Kubang Kerian

Jam 8.15 pagi menemani ibu pergi membeli barang-barang keperluan rumah. Mydin baru dibuka seawal jam 8.30 pagi. Wah, awal betul…

New Breath There...

From those around, I hear a cry,
An awful soft,
A hopeless sigh

I hear their footsteps leaving slow..
And then I know my soul must fly..
A chilley wind
Begins to blow

Within my soul from head to toe
And then last Breath escapes my lips,
Its time to leave and I must go

So its True but its too late
They said each soul has its given date
When it must leave its body’s core
And meet with its eternal fate

Oh mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to heaven or hell

Decide which now do not delay
Come on my brother lets us pray
Decide which now do not delay


Oh God oh God!
I cannot see
My eyes are blind
Am I still me?
Or has my soul…
Been led astray
And forced to pay
A priceless fee?

Alas to dust
We all return
And shall rejoice while others burn
If only I know that before
The line grew short
And came my turn

And now as beneath the soil
They lay me with my record flawed

They cry not knowing I cried worse
For they go home I FACE MY GOD!

Oh mark the words that I do say
Who knows tomorrow co…

Kosong

Kosong markah membawa erti kegagalan.

Kosong bilik mungkin bererti tiada penghuni atau baru berpindah.

Kosong kertas jawapan didalam peperiksaan menjelaskan tiadanya ilmu tentang soalan ujian yang ditanya.

Kosong inbox mungkin bererti tiada yang mahu sms dengan dia atau pun dia seorang yang tidak suka menyimpan mesej.

Kosong blog dari dikemaskini dan diperbaharui keluaran katanya menandakan orang itu kosong masa dan juga idea didedikasikan untuk blog.

Kosong perut menggambarkan kelaparan.

Kosong gelas terisinya gelas dengan angin dan bendasing.

Kosong soff kedua disubuh hari ertinya penduduk sekitar tersebut hanya sedikit yang teguh imannya.

Kosong soff pertama disubuh hari disurau dan masjid dari dipenuhi mereka-mereka yang mengucap dua kalimah syahadah menggambarkan kosongnya kata-kata hebat.

Kosong persediaan membawa diri ke gerbang kegagalan.

Kosong ruangan televisyen melihat bola bila pasukan tak menarik bersaingan.

Kosong diri tentang sejarah menjelaskan ketidakmampuan untuk mencipta sejar…

Mati Yang Sebenarnya Hidup

Date of Birth
March 1937, Ashkelon, British Mandate of Palestine


Date of Death
22 March 2004, Gaza Strip, Occupied Territories, Israel (missile attack)


Personal Quotes
"Death threats do not frighten us, we are in search of martyrdom."

"Mati dalam ketaatan lebih baik dari hidup dalam kedurhakaan" - Tuan Guru


Dedikasi kumpulan suara gerakan dari Indonesia kepada mereka-mereka yang pergi dahulu

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestlna

Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam clnta-Nya


Monolog hati;

" Syekh Ahmad Yassin kekurangan fizikal. Kami sempurna fizikal. Tapi syekh, rohani dan jiwanya besar sekali. Kami semua terlalu kecil jiwa dan kekurangan kekuatan rohani. Butanya …

Memali (2) : Profil ringkas syuhada dan tahanan

...Selain mereka yang gugur syahid ini, masih terdapat beberapa pengikut as-Syahid Ust Ibrahim yang cedera parah akibat terkena tembakan pihak polis. Mereka ialah:

1. Saudara Ahmad b. Ayub (37 tahun)
2. Saudara Mat Piah b. yunus (40 tahun)
3. Saudara Abdullah bin Che Soh (30 tahun)
4. Mohd Khir b. Sulaiman


Senarai mangsa Memali yang ditahan di Pusat Pemulihan Kem Kamunting, Taiping mulai 22 Januari 1986:

1. Razali Abd. Kadir
2. Abd Hamid Hj. Omar
3. Abd Rahman Salleh
4. Zulkifli Ishak
5. Husin Yahya
6. Sobiri Hassan
.....sehingga 36 orang kesluruhannya.

Sementara itu, senarai tahanan di dalam penjara pula mencapai sehingga 116 orang. Semua tahanan muslimat telah ditahan di Penjara Alor Setar. Muslimin pula di lock-up Kulim, Jitra, Gurun, Sungai Petani, Kuala Nerang dan Alor Setar.

Disamping itu terdapat juga beberapa orang juga ditahan hanya untuk siasatan selama satu minggu sahaja.

Hasil kecederaan parah dalam peristiwa Memali, Hj Abd. Rahman Jusoh ditahan dirumah sakit dan kemudian dibebaskan dala…

Kelas Terakhir; Falsafah Kehidupan

Dari diari kehidupanku....

" In which date we discussed this topic? ". Soal ustaz Ibrahim. Semua orang hanya mendiamkan diri. 15 December 2009 ustaz.. Sayup suara si kecil memecah ruang-ruang udara didalam kelas Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu.

"Actually, I just want to check and know how organize all of you. Just take it as a hisab on yourself. Please be organize person. Do things in systematic way. Concern about the time, concern about the things."

Suasana kelas yang riuh rendah bagai menghilangkan suasana sebenar kelas adalah sebagai salah satu taman dari taman-taman syurga. Kelas adalah majlis ilmu yang dijamin Rasul sebagai 'raudhah min riyadhil jannah' nampaknya hanya dianggap tempat untuk tidur dan bergurau senda.

Kelas bersama seorang ustaz yang merendahkan diri, kata-katanya penuh dengan selingan ayat al-Quran, hadith, Kaedah Fiqh, kata-kata Ulama' dan cerita nasihat sungguh mengasyikkan bagi diri ini. Pengajian Sains dan Falsafah ini cukup-cuku…

Kesakitan..

Panahan mata menusuk hati mematikan,
hati mati tiada mampu lagi beramalan,

Apa boleh dibuat selain bersabar?

Gelisah diuji dengan pandangan,
Empat mata dua hati saling bergetaran,
Melarikan pandangan takutkan hukuman,
Hukum alam tidakkan bersalahan,
Hukum hati 'menahan' menyeksakan,
Menentang keinginan membunuh perasaan..

Keputusan dibuat mengikut saranan,
Terkapar kelu satu jalinan,
Terurai hampir ikatan impian,
Tiada daya dapat ku peran,
Hanya mengharap saling kesabaran..

Moga Akhirat sebuah pertemuan,
Halal memandang tiada perpisahan..

-Monolog aku kesakitan.
19 Mac 2010,
Central Facilities Brother (CF Bro) ,
Mahallat Talhah,
UIAM Kuantan Campus.



P/S:
Nasihat teman.

Jangan dilayan perasaanmu dengan panahan syaitan ini kerana kelak ia akan mengganggu langkahan yang telah kamu mulakan