Thursday, February 11, 2010

Saat Rindu Berbicara


Anta ma'a man ahbabta..

awak akan bersama dengan orang yang awak cintai...

cukupkah aku bertemankan Isteri dan kekasih hati didalam Syurga? Adakah Isteri dan kekasih hati mampu mengiring aku ke Syurga cinta nan mahal itu..

alangkah indahnya jika temanku adalah para kekasih ALLAH yang sangat-sangat dikasihi-Nya..

Ingin menyatakan cinta kepada Baginda tapi hati ini selalu sahaja menjauh dari ajaran dan pesanan baginda.. lalu malu menemani lubuk hati kecil..

Apakah masih ada ruang cinta buat insan-insan berdosa dan penuh noda seperti ku?

aku tiada harta, tiada upaya, tiada ilmu, tiada kemampuan, tiada hak untuk memiliki..aku hanya ada satu rasa cinta kepada ALLAH dan Rasulallah buat ku kongsikan bersama sekalian teman-teman rindu sekalian..

indahnya hidup dalam kepayahan meninggalkan manisan gula-gula maksiat dan dosa hitam..

Salam rindu buat rindu dan sekalian yang rindukan ALLAH dan Rasul-Nya..


Abu Fateh,
2.45am,
Lembah Kehidupan,
Jalan Berliku.

1 comment:

Nurturing The Ummah said...

ALLAH akan membuktikan isi hati mu

Masa Itu Nyawa