Friday, February 12, 2010

Pendidikan Sains Politik (6) - Empat Martabat Politik


Imam Ghazali berkata, " yang saya maksudkan dengan istilah siyasah (politik) itu ialah membaiki urusan manusia dengan cara memberi petunjuk kepada mereka ke arah jalan yang lurus dan menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat. Perkara-perkara ini tersusun diatas empat martabat :-


Martabat Pertama:

Iaitulah siyasah tertinggi yang dibawa oleh para Nabi dan pemerintahan mereka ke atas umat pada semua peringkat: yang tinggi dan yang rendah sama ada dari segi lahir mereka dan juga batinnya.


Martabat Kedua:

Sistem politik pada martabat yang kedua ialah siyasah para Khalifah, raja-raja dan sultan; dan pemerintahan mereka berlaku keatas semua golongan khas dan orang ramai tetapi sekadar dalam urusan-urusan zahir sahaja dan bukan sampai kepada perkara-perkara batin mereka.


Martabat Ketiga:

Pada martabat yang ketiga ialah siyasah para ulama yang muktabar yang benar-benar mengetahui hukum hakam agama Allah; iaitu ulama-ulama yang layak diakui sebagai Pewaris Nabi; dan pemerintahan mereka berlaku keatas perkara-perkara batin golongan khas sahaja dalam mana orang ramai tidak sampai untuk memahaminya dan para ulama ini tidak pula berkuasa memainkan peranan mewajib atau melarang peraturan orang ramai.


Maratabat Keempat:

Martabat ini ialah siyasah para pendakwah dan peranan mereka ialah menyentuh urusan kepercayaan batin orang ramai sahaja.



Perhatian Khas:

Didalam karyanya, berjudul "Fatihatul-'Ulum", Imam al-Ghazali berkata: " Yang paling mulia di antara makam atau martabat yang empat tadi, selepas makam kenabian, ialah martabat menibar ilmu pengetahuan, melatih jiwa manusia serta membersihkannya daripada sebaliknya menunjukkan jalan kepada mereka ke arah akhlak dan budi pekerti yang terpuji lagi membahagiakan insan; dan yang demikian itulah yang dimaksudkan dari pengertian "pengajaran".




Perkongsian pencerahan sudut pandang,
Petikan karya Abu Bakar Hamzah,
Imam al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik.
Abu Fateh,
25200 Kuantan.

No comments:

Masa Itu Nyawa