Tuesday, February 9, 2010

Impak 'Teori Pembentukan' Plato.

Antara ayam dan telur, mana satu yang keluar dahulu? Mudah sahaja soalan pertama Doktor Shogar semalam tentang teori pembentukan yang dikemukakan oleh Plato.

" Egg Ustaz.". Jawab seorang teman saya. " If you said egg, why?" Balas Dr. Shogar. Terdiam kawan saya.

" Chicken Ustaz." Jawab seorang yang lain pula. " Why?" Tanya Dr. Ibrahim Shogar.

" Ok, Maybe it's quite complicated for your level to explain this things. Let's the philosopher to discuss about this. But, our focus is about the continuity in the changeability process that occurs in in our life."

" From this , it will cause the permanency condition which will lead to the two main problem in this world;
1. Ethical problem
2. Scientific problem

Persoalan etika membawa permasalahan bagaimanakah jika apa yang kita miliki terlepas dari tangan kita, sama ada hilang, kematian orang tersayang, kegagalan, hak kita di ambil orang lain, kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita mahukan, mahupun apa jua malapetaka yang melanda kita di dunia ini berlaku.. Bagaimanakah kita boleh berbahagia jika perkara sebegini menimpa kita?

Persoalan sains pula membawa permasalahan , jika dunia ini kekal dan sentiasa berubah kondisinya sepanjang masa, manakah antara salah satunya (kekal ataupun berubah?) adalah perkara yang palsu?.

Islam membawa satu sudut pandang yang mudah dan menyejukkan hati dalam menangani kedua-dua permasalahan ini. Dalam soal etika, Islam membawakan konsep percaya kepada Hari Qiamat. Konsep yakin kita hidup ini didalam dunia hari ini dan bakal diberikan pembalasan atas segala sesuatu perbuatan kita di Akhirat kelak adalah satu konsep yang wajib di Imani dan digerakkan oleh kita semua dalam seluruh aspek kehidupan kita.

Bukan sekadar berfalsafah diatas kertas-kertas peperiksaan dan karya-karya ilmiah tanpa memberikan gambaran praktikal yang nyata terhadap falsafah dan konsep ilmu yang dipelajari. Berpencak bukan sekadar menari jari jemari, bahkan berpencak dengan seluruh aspek kehidupan kita dalam memanifestasikan ilmu-ilmu yang dipelajari kedalam seluruh rongga-rongga nafas kehidupan kita.

Berkaitan persoalan sains pula, Islam membawakan solusi dua konsep untuk difahami dan dipegang jua. Konsep percaya kepada perkara-perkara Ghaib dan Shahadah. Perkara-perkara nampak dan perkara-perkara yang tidak nampak dilihat oleh mata kasar kita. Dalam bab Ghaib inilah sains tidak mampu menuturkan kata dan lumpuh dalam berbicara. Di sinilah peri pentingnya kewujudan kehidupan beragama.

Dalam beragama itulah diajarkan pegangan yang wajib diimani tentang kewujudan ALLAH, Malaikat, Jin, Syaitan dan bermacam makhluk halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Contoh yang mudah ialah, kita sendiri tidak mampu untuk melihat satu sel pun dari berjuta-juta sel yang membentuk tubuh badan kita ini .

Persoalan ringkas ini sudah cukup membuka ruang minda kita untuk melihat siapa sebenarnya kita, siapa sebenarnya ALLAH. Bukalah mata kita melihat kebenaran terbentang luas disekeliling kita (kalau tidur dalam majlis ilmu itu, susahlah pula melihat keindahan taman-taman syurga kan?). Buka dan bukalah mata lahiri

Moga terbuka mata hati dengan sentiasa melihat kelemahan diri dan membesarkan Keagongan Pencipta kita. Biar falsafah itu dilihat mengantuk dan tidak menarik, tapi sebenarnya disitulah tersimpannya seribu satu hikmah agung untuk didalami dan ditelusuri buat bekalan para penuntut ilmu dan pejuang agama ALLAH.


Kenangan bersama Fathi Basri (kejuruteraan UIA Gombak) di dalam Kota tinggalan Empayar Rom - Greek Maharaja Trojan .



Abu Fateh,
Tidak salah sangka,
Menghormati kepercayaan yang diberikan sahabat-sahabat,
Sayang semua adik beradik,
Kampus Jalan Hospital,
25200 Kuantan.

2 comments:

mumtaz said...

salam...a.nuruddin,masih ingat ana?ana adam fariz mml spm batch08, stam batch09...ana sangat2 tertarik dgn artikel yg ditulis oleh abe sebelum2 ini dan sekarang pun...apa pun,ana ucap 'gudluck' n selamat maju jaya dlm setiap urusan...

sebenarnya no. telefon hok abe bg ko ana dulu dah takder...alhamdulillah,mujurla ana jumpa blog abe nie...kalu boleh, mohon andai sekiranya berkesempatan, silalah mesej ke no ana 013-4530309...

<<<ana cukup tertarik nak tahu lebih lanjut ttg apa yg diistilahkan oleh abe 'Rentak Emas' coz ana terlepas baca artikel bkn pkara tersebut...

wslm,salam ukhwah fillah...

Nurturing The Ummah said...

InsyaALLAH. Rentak Emas itu berkait rapat dengan minda kita yang berpusat kepada apakah ianya?

Adakah ianya adalah study-centered, money-centered, family-centered, work-centered, society-centered-, meeting-centered......? pernahkah kita terfikir apa itu God-centered? :)

Masa Itu Nyawa