Saturday, February 20, 2010

Empat Perkara, Multi-Kegunaan


Ummi saya berkongsi; empat ciri-ciri asas bakal pemimpin muda pelapis yang hebat bakal dipersoalkan:


1) Qiamullail; buat setiap hari ke jarang-jarang buat?
2)Solat berjemaah; sentiasa buat ke selalu tinggalkan?
3)Al-Quran; dibaca setiap hari ke jarang-jarang baca?
4)Sunat Dhuha: buat sokmo ke jarang-jarang buat?


*4 senjata asas menghadapi badai ombak fitnah membiru dan merah di Kelantan, Selangor, dan Pulau Pinang yang penuh niat jahat dan tujuan materialistik.


*4 senjata asas menapis berita-berita mematikan jiwa-jiwa Mukmin, berita-berita penuh kehairanan tiada takut hari Akhirat dan kenal Allah serta beberapa khabar dari sidang kegelapan fakta bertopengkan membawa sinar fakta kepada sekalian rakyat.


*4 ubat mujarab buat 2 golongan:

1- pencari khabar (baca; wartawan beretikakan gaji dan berprinsipkan duit gaji, bukan berprinsipkan Allah melihat segala penipuan dan pemutarbelitan fakta) dan

2- penyebar berita (baca; pembaca berita yang fungsinya hanya membacakan penuh gaya dan semangat berita-berita fitnah, memandulkan gerak-daya fikir manusia ciptaan Allah) yang berjalan di muka bumi Allah mencari rezeki berasaskan 'sensasi' dan membangunkan malapetaka yang sedang tidur (baca; fitnah)


Abu Fateh,
16150 Kubang Kerian,

No comments:

Masa Itu Nyawa