Sunday, January 17, 2010

Tanda dan Simptom bukanlah Etiologi



Membezakan antara tanda-tanda dan simptom dengan etiologi atau punca-punca adalah satu perkara yang penting didalam penyelesaian sesuatu masalah. Sebagai contoh, Stupor adalah satu simptom dan tanda-tanda bagi penyakit hilangnya tahap kesedaran yang tinggi, dan kesedaran bagi mereka-mereka yang stupor biasanya hanyalah bila dirangsang dengan rangsangan yang kuat seperti kesakitan dan sebagainya.

Saya tidak mahu berbicara dari sudut pandang perubatan mahupun kesihatan berkaitan dengan stupor ini. Saya suka melihat stupor dari sudut pandang kehidupan seorang yang hidup.

Tutup sebentar bicara stupor. Kembali kepada fokus tanda-tanda dan punca-punca.

Ada orang melihat isu-isu kehidupan hanyalah dari sudut pandang tanda-tanda yang berlaku, dan kesakitan-kesakitan yang timbul dalam kehidupan. Lalu, ramailah menjadi doktor, jururawat mahu pun ahli farmasi yang cuba untuk mengubati simptom dan tanda-tanda sebuah kesakitan yang berlaku ini.

Dari sudut pandang perubatan moden, tanda-tanda dan simptom bagi sesuatu penyakit inilah yang biasanya diubati dan difokuskan. Mungkin akan ada doktor pakar membangkang pandangan saya ini. Cuma saya bercakap berdasarkan pengalaman dan ilmu dari doktor-doktor perubatan yang juga mengamalkan perubatan lain seperti homeopathy.

Memendekkan kalam, sebagai contoh isu penggunaan Kalimah ALLAH oleh non-Muslim. Adakah isu ini isu simptom atau pun isu punca?. Terlalu ramai orang-orang yang kononnya menjadi pembela agama ALLAH bila isu ini dinaikkan. Sedangkan bilamana syariat ALLAH diperjuangkan di Kelantan dan Terengganu suatu ketika dulu dan sekarang pun, mereka-mereka inilah yang menentang pelaksanaan syariat ALLAH dari dilaksanakan.

Ada juga yang mengambil pendirian berdiam diri bila syariat ALLAH yang jelas-jelas kita bacakan didalam al-Quran ini dicabar dimahkamah dunia, ditohmah dihina dikeji. Sekarang timbul isu penggunaan kalimah ALLAH, ramai yang keluar menjadi hero melarang dan mengancam non-Muslim dari menggunakan kalimah ALLAH.

Saya bukanlah ahli didalam bidang ini untuk memberikan hukum boleh atau pun tidak. Cuma suka saya mengajak pembaca merenung antara dua perkara. Wajarkah jika sibuk-sibuk berdemonstrasi mempertahankan kalimah ALLAH, kemudian kita tertinggal solat yakni perintah ALLAH yang utama.

Daripada lemas dengan perbalahan tanda-tanda dan simptom ciptaan mereka-mereka yang berada dibelakang tabir 'skrip' polemik penggunaan kalimah ALLAH ini, lebih baik kita menganalisa kenapa boleh jadi sebegitu? Adakah perkara ini berlaku kerana kita kurang cakna terhadap gerakan missionari di negara kita? Jangan lupa, setiap penganut agama masing-masing pasti mempunyai perancangan tersendiri untuk mengembangkan agama masing-masing.

Seharusnya agama ISLAM lebih-lebih lagi bisa dan giat kerja penerangan dan pendakwahan serta pelaksanaan hukum-hukum ALLAHnya. Namun, sebaliknya berlaku dinegara kita. Masjid dikakukan. Pengtauliahan penceramah agama begitu sukar sekali diperoleh. Syariat ALLAH disekat dari dilaksanakan. Kemudian, timbul isu agama lain mencuba 'angin' atau sebenarnya 'angin' ini adalah 'angin' yang dibuat-buat oleh mereka yang selama ini mengkakukan masjid, membekukan potensi ummah, menghalang pelaksanaan hukum-hukum ALLAH ? Kemudian merekalah bertindak pantas menjuarai isu kononnya merekalah pejuang agama.

Apakah ini satu tanda-tanda yang begitu hebat sehingga semua orang tertumpu kepada tanda-tanda ini untuk diubati tanpa melihat kepada punca kenapa perkara ini berlaku? Merawat simptom tidak akan menyembuhkan kerana akan ada simptom-simptom lain lagi yang bakal muncul dan menguji. Kembalilah kepada punca.

Apa puncanya? Nabi bersabda yang bermaksud: " Aku meninggalkan kepada kamu dua perkara. Jika kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Al-Quran dan Sunnahku.

Inilah punca masalah bila ada media dan pihak-pihak tidak bertanggungjawab memanaskan isu ini tanpa ilmu dan tanpa merujuk kepada Quran dan Sunnah. Meninggalkan Quran dan Sunnah adalah punca berlakunya polemik pada hari ini. Puncanya dimana? Rujuklah kuasa pemerintahan hari ini, menerima dan cuba mengamalkan Quran dan Sunnah atau meninggal dan menentang Quran dan Sunnah.

Sebaik-baik ikutan dan teladan adalah Rasulullah s.a.w.

Kembali kepada stupor dari sudut pandang kehidupan seorang yang hidup. Ada ramai manusia yang stupor dan terus stupor kerana kemewahan hidup dan keselesaan kedudukan yang dimiliki. Mereka-mereka inilah yang perlu disedarkan dari stupor dengan memberi rangsangan kesakitan dan kepedihan supaya mereka-mereka ini kembali berpijak ke bumi nyata di alam realiti.


**********
Dengan itu, ahli-ahli kelab stupor mempunyai misi besar mengembalikan cara hidup kita sebagaimana selayaknya ajaran Nabi.

Mahu jadi ahli kelab (buat yang memahami)? Perlu mempunyai masa, rasa dan jasa untuk mencintai dan mengikut jejak langkah Nabi s.a.w.

Mulakan dengan mujahadah wirid harian sebanyak 1 juz setiap hari. Kemudian bolehlah cuba-cuba memohon kepada Presiden dan Penasihat. :)

9 comments:

Nurul Asyikin Abdul Razak said...

mudah-mudahan ramai lg yg berminat u joint 'kelab stupor' kt ni din...pahni penasihat dan presiden kito kn wat interview molek sapo hak nok masuk ni...biar jelah matlamat kt...jauh lg perjalanan hidup kt ni...habis 'sini'...'sano' tuh selama-lamanya.(klu hak mano tok pehe'stupor' tuh, baek tnya dulu lah sblm nyapuk deh...,buke gapo takut sesat xtw mano)

AnjeRuby a.k.a Kak Abell said...

ruby isma likes this article (mcm fb plak..)

Nurturing The Ummah said...

First to understand then to be understood.

-nuruddin suka tubuhkan kelab mari membaca, memahami, menghafal, menghayati dan mengamalkan Quran- Al-Quran Youth Club.

Hurul Ummi said...

salam ziarah.
wah artikelnya bagus2.fikrah hampir serupa.

pelik kenapa umat lebih suka tumpu hal-hal kontroversi berbanding kerja-kerja dakwah?

kalau nama Allah pon nak dipolitikkan tak tahu lah nak cakap apa.umat hancur lebur.takboleh selamatkan dah.sangat berpecah belak.berpuak.

tunggu saja keajaiban.
mujadid kebenaran.

zaiton zakaria said...

salam..kelab stupor tu apa?

Nurturing The Ummah said...

buat Hurul Ummi, keajaiban bukan semata-mata ditunggu. Keajaiban perlu dicipta. Bukan sekadar mendapatkannya. :)


Buat zaiton zakaria, ianya kelab kesedaran dan bangun malam. Penasihat kelab menyerahkan kepada Presiden kelab lembaga Pengarah kelab untuk membuat pertimbangan jika zaiton berminat untuk menganggotai kelab ini. =)

Nusaybah Jr. said...

boleh contact Jeneral kalau ada yang berminat..
nanti,kita akan syura bersama dengan ahli lembaga pengarah
Kelab ini...
sesungguhnya,ia suatu yang berbaloi..

zaiton zakaria said...

ohh..x sangka, mok usrah pum terlibat jugak ye dengan kelab stupor ni.

komplot lagi...
psywar sungguh...

k.khai... ambo cadangankan 'daftar' suma nama usrah kita
=)

Nurturing The Ummah said...

Em. excited nampaknya ukhti zaiton.

Em, syarat penyertaannya ketat, dan kita telah ada wakil dari dentistry seorang setakat ini.

Apa pun,penasihat serah kepada presiden kelab untuk setup mesyuarat bersama lembaga pengarah penerimaan atau penolakan ahli-ahli baru.

Sekali lagi -nuruddin suka tubuhkan kelab mari membaca, memahami, menghafal, menghayati dan mengamalkan Quran- Al-Quran Youth Club. =)

Masa Itu Nyawa