Thursday, January 21, 2010

Rumah Ehsan: Hidup Bukan Kehidupan

Penat badan merasai lopak-lopak jalan lebuh raya Jerangau-Jabor dari Kuantan menuju Dungun. Perjalanan hampir dua jam dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda UIA yang agak sederhana tidaklah terlalu memenatkan walaupun jalan-jalan dilalui rosak teruk kesan hujan musim tengkujuh yang lalu.

Sampai di Rumah Ehsan, kami diberikan taklimat ringkas tentang Rumah Ehsan Dungun yang merupakan salah satu dari dua Rumah Ehsan yang terdapat di Malaysia. Satu lagi terdapat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Rumah Ehsan ditubuhkan bertujuan sebagai penempatan untuk mereka-mereka yang sakit melarat dan tidak mempunyai saudara mara lagi untuk menjaga mereka. Ianya berada dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selepas mendengar taklimat, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan memasuki bilik atau pun wad yang berbeza. Keadaan di mana-mana wad pun hampir sama, kecuali yang membezakan bila memasuki wad yang berlainan jantina.

Saya didalam kumpulan pertama memasuki wad lelaki. Awal-awal lagi dipesan, tiada gambar boleh diambil didalam wad dan bilik penghuni kerana sebab-sebab tertentu dan 'privasi'. Melihat suasana didalam wad saya cukup-cukup sedih dan terkilan melihat orang-orang tua yang tiada orang mahu menjaga mereka.


Bila ditemu bual, didapati kebanyakan mereka tiada saudara mara, isteri meninggal, anak-anak tak mahu jaga dan bermacam-macam cerita lagi yang saya peroleh. Tiada banyak yang dapat saya kongsikan secara jelas kali ini tentang suasana di Rumah Ehsan.


Disana sememangnya terdapat jururawat-jururawat yang memang sentiasa bertugas bergilir syif untuk menjaga kebanyakan warga-warga tua yang sakit melarat dan tiada saudara mara ini. Disana jua terdapatnya doktor-doktor bertugas yang bergilir datang melihat dan merawat penyakit pesakit-pesakit. Pembantu-pembantu am, tukang masak, dan sukarelawan-sukarelawan yang prihatin datang melawat dan membantu meringankan beban hidup hari hari terakhir seorang warga tua.


Boleh dikatakan semuanya untuk kelengkapan kesihatan hidup adalah lengkap dan terjaga jika hidup di Rumah Ehsan. Tapi, cukupkah hidup tanpa kehidupan? Eh, tak cukup lagi ke orang dah bagi layanan hidup di Rumah Ehsan tu? Bukan tak cukup. Soalnya kehidupan mereka bagaikan hilang. Mereka hidup, tapi mereka bagaikan tiada kehidupan.



Hari-hari terakhir dalam hidup sepatutnya bersama anak cucu tersayang beribadah dan mengajar memberi butir-butir hikmah buat bekalan orang-orang muda. Tapi realiti yang berlaku, ada anak-anak yang tak mahu menjaga emak ayah dan meninggalkan mereka di Rumah Ehsan..


Saya merenung masa sekarang dan masa depan. Mohon ALLAH menjadikan saya anak yang soleh buat Ummi dan abah. Membalas jasa mereka, kasih sayang mereka yang tidak bersyarat bukanlah mudah jika hati sendiri masih dipenuhi serabut-serabut kepentingan dunia.


Memberi segala kelengkapan hidup dan segala keperluan kesihatan hanyalah memberi ruang untuk hidup. Untuk memberi sebuah kehidupan, kasih sayang, perhatian, meluangkan masa, berkongsi rasa dan sudi menabur jasa itulah kunci sebuah kehidupan.


Anak-anak hari ini jika tidak dididik dengan akhlak mulia terhadap ibu bapa dan orang-orang tua, bahananya kitalah yang akan merasainya bila kita tua nanti. Kita mampu mendidik sebuah keluarga. Tapi kita juga memerlukan suasana yang kondusif untuk anak-anak kita mengambil contoh dan saling berinteraksi dengan anak-anak mereka yang faham erti 'kehidupan'.


Cukupkah melihat sekadar diri sendiri dan suasana sekeliling? Kita perlu kembali juga kepada puncanya. Puncanya bermula dari sistem pendidikan. Panjang untuk menceritakan kenapa puncanya adalah sistem pendidikan. Untuk memudahkan cerita, cuba kita rujuk, kaji, fahami dan selidiki kembali sistem pendidikan di negara kita. Adakah ianya berlandaskan al-Quran dan Sunnah atau ianya berkiblat dan berpandukan sistem pendidikan barat semata-mata?


Jika kita fahami asas ini, kita akan terus mengkaji dan terus mengkaji apa, kenapa, bagaimana dan macam mana seharusnya anak-anak kita dididik. Apa pun, berjiwa besar dan bercita-cita tinggi adalah perlu. Mengubah sistem pendidikan yang ada adalah satu kewajipan supaya kita boleh melahirkan masyarakat yang faham erti KEHIDUPAN, bukan sekadar tahu untuk HIDUP.


Asasnya bermula dari dalam diri kita. Bermula mendidik diri, membentuk keluarga terpandu, membimbing masyarakat terarah, lalu menubuh suatu gagasan kebaikan dan kebajikan di atas runtuhan jahiliyah moden yang bersarang kuat didalam hati seluruh pelusuk masyarakat kita yang terjajah hati dan peribadinya ini.


Apakah jahiliyah moden itu? Ibunya bernama materialistik (kebendaan) dengan anak-anaknya yang ramai hidup subur dinegara ini dengan anak sulongnya adalah nasionalisme yang gagah memepertahan adik kembarnya sekularisme.


Salah tingkah, isme-isme ini akan menular masuk kedalam seluruh pemikiran anak-anak muda yang banyak emosi dari fikirnya, lalu menolak front-front kebaikan kerana salah tingkah. Oleh itu, jangan salah tingkah. Mulakan dari diri.


Memberi kefahaman dan penjelasan kepada semua tentang beza hidup dengan kehidupan. Implikasinya, kepentingannya, kewujudannya dan keharusannya difahami supaya hidup kita semua amat bermakna dalam mencari bekal buat suatu alam kehidupan yang tiada lagi mati selepasnya...



*Anak saudara saya yang kedua, Nafi'.



Nama : Nafi' bin Mohd Nurul Hisyam
Tarikh dan Hari lahir : 8 Desember 2009 /
Hari Selasebersamaan 21 Zulhijjah 1430H
Tempat Lahir : Hospital Tibah, Tanta Mesir.
Berat lahir : 3 kg Masa lahir :
Jam 6.00 malam
Kelahiran : Normal
Doktor yang menyambut : Doktorah Dhuha Syafi'e - ehsan http://hisyamzahra.blogspot.com/



Moga jadi ahlul Quran seperti Imam Nafi' dan jadi manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain ya anakanda.




Abu Fateh,
25200 Kuantan.
Pasca Pilihan Raya Kampus.

4 comments:

Mr W. A. A. said...

Wah, header blog ni dah mcm blog politikus dah. Kalau dah jd seseorang nanti, jgn jadi jauh dan hanya perjuang kepentingan sendiri sudahlah.

Aku sebenarnya tak adalah kesian sangat kat mereka. Mungkin itukah balasan yang mereka terima? Jangan salahkan anak-anak kalau campak mereka ke tempat sedemikian semata-mata. Jika dikorek dan dikorek cerita daripada mereka, tak mustahil keluar perihal benda-benda yang tak sepatut mereka lakukan dulu masa muda-muda dan Allah jadikan tindakan anak-anak mereka sbg balasan?

Memang patut pun mereka terima balasan mcm tu. Mereka inilah menghasilkan warganegara yang rosak. Kalau anak-anak mereka jenis org korporat, sudah tentu sibuk dan tak ada masa untuk ibu bapa mereka. Lantas, mereka campakkan ke tempat sebegitu. Mereka lebih sibuk soal nak beli title, kompeni, profit, rasuah, arak, betina dan seumpamanya.

Semua peringkat generasi keluarga ini menyusahkan orang lain saja.

Tak pernah aku temukan mak bapak yang soleh dicampak anak ke neraka dunia mcm tu. Selalunya orang soleh, anak-anak mereka yg dewasa selalu ambil berat. Mati pun tenang dan bukan sorang2. Mcm family mu la, Din. Haha.

Sekadar pandangan pada waktu sore yg membosankan.

Nurturing The Ummah said...

Humm.. header tuh my sis lah tolong buat. Hehe, ceroj2.. meh kita sama2 hadam apa itu politik dari kaca mata Islam, dari kaca mata umar al-khattab, umar abdul Aziz ibnu sina, al-farabi, ibn khaldun, ibn taimiyah, al-mawardi, etc... dan paling utama sekali Rasulullah sendiri. =)

Yang jadi masalah hari ini, orang melayu (majoriti) melihat politik dari kaca mata machievelli, freud, lincoln, bush, henry ford, dan macam-macam lah lagi.

Apa pun, pembacaan itu suatu nikmat. teruskan meneroka khazanah-khazanah permata ilmu tinggalan orang-orang terdahulu.

Em, betul ceroj. Kalau dikorek memang banyaklah ceritanya... tapi cuba baca satu kisah dari ustaz pahrol tentang catatan hati seorang anak... ada satu kisah menarik. Nanti lepas exam ingatkan saya untuk kongsikan ya. =)

Mr W. A. A. said...
This comment has been removed by the author.
Nurturing The Ummah said...

hehe. dah baca pun komen tuh ceroj. Takpe. meh kita sama2 bukak balik buka apa ertinya kita menganut Islam dalam bab terakhir yang menyarankan kita mesti meyakini hari esok adalah untuk Islam... :) Jadi kitalah yang kena sama-sama bekerja merealisasikan matlamat dan jalan itu menjadi realiti, bukan sekadar imaginasi dan fantasi kertas...

Masa Itu Nyawa