Sunday, January 31, 2010

Communicable Disease (1) CACAR AIR

Antara serangga penyebab jangkitan cacar air













Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang.

Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:

• Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
• Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
• Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.


Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang
tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.


Gejala-gejala :

• Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
• Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
• Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
• Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.


Cacar air
Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.


Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem
pertahanan badan yang lemah.


Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

• Jangkitan kuman pada kulit
• Jangkitan pada darah
• Radang paru-paru
• Keradangan otak



Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?


Amnya:
• Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari
daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
• Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
• Minum banyak air masak.
• Ambil makanan yang seimbang.
• Sentiasa membasuh tangan.


Untuk rasa gatal:
• Sapu losen kalamine di tempat ruam.
• Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran 'baking soda' dengan air suam beberapa kali sehari untuk
mengurangkan rasa gatal.
• Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
• Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.


Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan
yang teruk, iaitu:
• Berumur 12 tahun ke atas.
• Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
• Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
• Bayi yang baru lahir.


Bagaimana cacar air boleh dicegah?

• Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
• Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
• Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.


Perkongsian kesihatan,
Sumber :
http://pkdag.com/pdf/Kanak2/penyakit%20khusus/JANGKITANKHUSUS.pdf
Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Selamat Hari Lahir ke-25


31/1/1985-31/1/2010 - Mohd Taufiq Bin Mohamed

Belajar di Mesir ? Bila nak balik lagi? =)



Memang hobi dia main bola. Jom lawan team Kuantan pulak =)


Di depan Maktabah Alex, Egypt


Dalam Maktabah Alex, Egypt


Suka sangat jalan-jalan ni...

Wah, dah 25 tahun ye abangku seorang ini. Semoga najah selalu.

Saturday, January 30, 2010

Imam Ghazali Bicara Politik. - Pendidikan Sains Politik (5)

Masjid Umawi, Dimashq. Tempat terletaknya pustaka Imam al-Ghazali di Syria.


Dalam karyanya yang berjudul "Fatihatul-'Ulum" (Pengantar Berbagai Pengetahuan) al-Ghazali memulakan falsafah politiknya seperti berikut.


"Segala matlamat hidup manusia itu terkumpul di dalam urusan agama dan keduniaan; tidak wujud sistem agama melainkan dengan mengwujudkan sistem dunia kerana dunia itu adalah merupakan ladang untuk ke Akhirat; dan ladang inilah yang akan menyampaikan insan kepada ALLAH Ta'ala jika insan itu menggunakan dunianya sebagai alat perantaraan dan perjalanan tetapi bukan sebagai tempat kediaman yang berkekalan. Urusan dunia tidak tersusun tanpa tersusunnya pekerjaan manusia sedangkan segala pekerjaan dan perusahaan manusia itu terbagahi kepada tiga bahagian yang pokok:- "



Yang Pertama:

Bahagian ini merupakan asas-asas pokok yang kalaulah tidak dengannya maka urusan dunia tidak akan berjalan dengan baik; iaitu sebanyak empat perkara (a) Pertanian iaitu untuk keperluan makan dan minum (b) Ilmu jahit menjahit untuk keperluan pakaian; (c) Pembinaan iaitu untuk membina tempat tinggal; dan (d) Politik iaitu untuk perpaduan, pergaulan dan tolong menolong kerana kepentingan hidup serta cara-cara mengawalnya.


Yang Kedua:

Bahagian ini ialah merupakan bahagian persiapan awal bagi setiap perkara tersebut di dalam bahagian pertama tadi, misalnya seperti pertukangan besi yang menjadi persiapan awal kepada urusan pertanian iaitu dengan menyediakan alat-alat jenteranya dan juga seperti tenunan dan jahitan dan alat-alat yang diperlukan


Yang Ketiga:

Bahagian ini untuk mencantikkan perkara-perkara pokok tadi serta untuk menyusun pelaksanaannya seperti pengisaran tepung dan membuat roti, membuat pakaian dan jahitannya.


Imam al-Ghazali menggambarkan perkara-perkara tadi sebagai anggota-anggota seorang manusia; iaitu tiga jenis:-


(a) Asas-asas seperti hati, jantung dan otak; iaitulah anggota-anggota yang asasi.

(b) Alat-alat seperti perut; urat saraf dan kelengkapan dalam perut; dan

(c) Penyempurna dan Penghiasan iaitu seperti kuku, jari dan kening.


Imam al-Ghazali berkata bahawa semulia-mulia perusahaan dan asas-asasnya yang empat tadi ada yang paling mulia antara yang empat itu ialah "Politik untuk Perpaduan dan Pembaikan". Oleh itu maka perusahaan ini (politik) memerlukan kesempurnaan lebih banyak dari apa yang diperlukan oleh bidang-bidang yang lain; dengan lain perkataan, bahawa barang siapa mampu menyempurnakannya maka berertilah dia telah mampu mengawal dan menguasai semua bidang yang lain seluruhnya.



Perkongsian pencerahan sudut pandang,
Petikan karya Abu Bakar Hamzah,
Imam al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik.
Abu Fateh,
25200 Kuantan.



Friday, January 29, 2010

Impetus to Redha - Cerita Angin



Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist



Sebuah cerita seorang makhluk ALLAH yang bernama angin. Angin yang bertiup meniupkan udara kesegaran buat makhluk-makhluk ALLAH yang lain jarang disyukuri akan fungsinya angin itu. Lebih-lebih lagi buat mahkluk ALLAH yang bernama manusia.


Ada manusia yang sangat-sangat bersyukur kerana kewujudan angin redup, angin sepoi-sepoi bahasa menyenangkan hati, menyejukkan badan. Saya teringat dua tahun yang lalu di Bumi manusia 'Orang Putih' kulitnya, bercakap bahasa lahjah Nabi tercinta. Bumi Syam tersebut sangat nyaman dan sejuk lebih-lebih lagi dimusim bunga.


Udara dimusim bunga begitu menyenangkan walaupun matahari panas terik, tapi anginnya begitu sejuk. Bagaikan berada dibawah sinaran matahari dan dalam masa yang sama berada didalam sebuah bilik berhawa dingin. Begitulah sedap dan nyamannya udara di Damascus di musim bunga.


Namun, angin yang ingin saya ceritakan ini ada masanya dikeji dan dipuji. Ketika musim sejuk, angin ini tidaklah terlalu sangat digemari kerana tiupannya itu kadang-kadang menyebabkan ada yang sakit. Ketika musim panas pun kadang-kadang tidak digemari kerana tiupannya itu membawa hawa panas menyentuh kulit.


Itulah angin, tetap bertiup mengikut arahan ALLAH. Cuma kitalah manusia yang selalu mengeluh dan memuji angin tanpa melihat kepada pencipta angin itu sendiri. Apakah tujuan angin diciptakan dan apakah tujuan kita diciptakan? Kalau angin boleh tabah menerima cercaan manusia jahil yang tidak memahami...alangkah indahnya jika saya pun boleh mengambil pengajaran daripada angin itu.


Tapi saya pedih juga jika angin itu telah memainkan peranannya semampunya, namun tetap ada mulut-mulut jahat yang tidak pernah puas mengutuk dan mengatakan angin tidak mengambil bahagian secara baik dan proaktif dalam setiap gerak kerja kehidupan dimuka bumi.


Namun, angin tetap angin. Angin tetap akan menyokong pokok-pokok dan semua hidupan lain untuk terus hidup selesa walaupun hidupan lain memandang serong dan memandang lalu semata-mata kepada angin.


Saya suka mengambil momentum (impetus) dari sifat sabar dan redha angin dalam bekerja Ihsan dan Ikhlas semata-mata kerana ALLAH. Siapakah kita? Angin atau pun debu-debu pasir yang bakal menjadi bahan bakar api neraka kelak?


Jawapan ada dalam diri kita masing-masing. Jangan tanya orang lain. Jujurlah dan ikhlaslah dan menilai diri sendiri sebelum menjadi penghukum kepada sifat dan keadaan orang lain. Belajarlah memahami sebelum menyatakan pendirian dan mahukan diri kita difahami!


Semoga kita mengambil pengajaran dari sifat angin yang terus bekerja walau dalam senang atau pun susah. Walau dalam sejuk ataupun panas. Walau dicerca, dikeji dan dikutuk dari belakang. Walaupun mendapat pujian yang tidak ikhlas. Walaupun manusia langsung tidak mengerti dia sebenarnya langsung tiada nilai dibandingkan angin jika dia jahil dalam mengenal Tuhannya, ALLAH!



Makna Impetus dari Merriam-Webster Online Dictionary


Function: noun
Etymology: Latin, assault, impetus, from impetere to attack,

from in- + petere to go to, seek — more at feather
Date: 1641
1 a (1) : a driving force : impulse

(2) : incentive, stimulus b : stimulation or encouragement

resulting in increased activity2 : the property possessed

by a moving body in virtue of its mass

and its motion —used of bodies moving suddenly or

violently to indicate the origin and intensity of the motion


Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Thursday, January 28, 2010

Pendidikan Sains Politik (4) - Ulama Ummat Bicara Berhemat


Suatu hakikat yang patut disebut di sini ialah bahawa Imam al-Ghazali tidaklah menulis karya-karyanya dalam bidang sains politik dengan bertakhta di menara gading tanpa sebarang pengalaman dan percubaan luar biasa.

Memang diketahui bahawa Imam al-Ghazali pernah berkhidmat sebagai ulama fekah dan juga sebagai penasihat undang-undang di istana raja-raja Saljuk di negeri Nisabur; dan peranannya semakin ketara pada zaman Nidzamul-Mulk, Perdana Menteri yang telah memberi layanan istimewa kepada al-Ghazali.

Tokoh-tokoh sezamannya memerhati dan berkata bahawa pembunuhan ke atas Nidzamul-Mulk telah memberi kesan yang muram kepada al-Ghazali sehingga dikatakan beliau telah mengubah cara berfikir dan corak hidupnya akibat kematian Nidzamul-Mulk itu.

Kesan yang menekan ini nyata disebut oleh al-Ghazali sendiri dalam karyanya yang berjudul "al-Munqiz min al-Dzalal" (Penyelamat dari Kesesatan).

Salah satu karya al-Ghazali yang terkenal dalam bidang sains politik ialah "al-Tik al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk" (Empang Tercanai Pada Nasihat Raja) yang ditulis khas bagi Sultan Muhammad Shah dalam mana al-Ghazali berkata,
"Ketahuilah...... hai Sultan Dunia, raja Timur dan Barat bahawa ALLAH telah menganugerahkan kepadamu berbagai nikmat yang nyata dan anugerah yang berganda; maka wajiblah engkau bersyukur kerananya malah engkau berkewajipan mencanangkan dan menghibahkannya."

Adapun karyanya yang berjudul "al-Mustadzhiri" (iaitu nama sempena Sultan Mustadzhiri sendiri) maka ditulis di Kota Baghdad sebagai menyambut keinginan Khalifah ketika "tersiar Perintah Mustadzhiri menunjukkan supaya hamba ini menyusun sebuah kitab untuk menolak fahaman golongan Batiniyah, sekiranya mengandungi penyingkapan terhadap amalan bid'ah, kesesatan dan cara-cara penipuan mereka dan perbuatan menguasai orang ramai terutama mereka yang jahil, dan juga bagi menerangkan niat jahat serta penyelewengan, penipuan serta kedurjanaan mereka dari golongan Islam dan juga untuk mendedahkan segala kekarutan dan keburukan mereka yang membawa kepada pencabulan rahsia dan penyingkapan keperibadian mereka itu.

Demikianlah bagaimana al-Ghazali itu menyedut dari pengalamannya dalam bidang politik pada zamannya dengan bersandarkan iman, ilmu pengetahuannya berasaskan dasar-dasar keadilan Islam.

Semuanya itu telah membolehkannya menyampaikan dakwah Islamiah ke dalam hati para ulama zaman itu. Dengan demikian al-Ghazali telah berjaya melahirkan karya yang amat berguna lagi bermutu tinggi dalam bidang politik setanding dengan karya-karya oleh Socrates, John Loke dan Thomas Hobbes sebagai contohnya.



Perkongsian pencerahan sudut pandang,
Petikan karya Abu Bakar Hamzah,
Imam al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik.
Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Pendidikan Sains Politik (3) - Karya-Karya Imam al-Ghazali


Memang benar bahawa Imam al-Ghazali adalah seorang tokoh politik yang ulung lagi agung; beliau telah melahirkan beberapa karya yang amat bernilai dalam bidang politik. Misalnya di dalam karyanya yang berjudul "al-Iqtisad fil-I'tiqad" (Kesederhanaan dalam Kepercayaan) dalam mana beliau membincangkan dari hal "Imamah" (Kepimpinan) bagi sebuah negara Islam.

Al-Ghazali telah mengupas secara amali hakikat politik dan selok beloknya dengan panjang lebar didalam karyanya yang berjudul "al-mustadzhiri" dan juga di dalam Kitab Ihya' Ulumuddin, jilid yang kedua dalam mana beliau mengupas tajuk "al-Ma'khuz wal-Akhiz" (yang diambil dan yang mengambil) berkenaan harta kekayaan seseorang sultan sesebuah negeri.

Sebagai ahli sains politik, al-Ghazali telah banyak membuat penyelidikan dan kajian terhadap karya-karya orang lain termasuklah sebuah karya yang amat terkenal berjudul "Kasyful-Asrar wa Hatkul-Astar" (Penyingkapan Rahsia dan Pencabulan Tabir) yang dihasilkan oleh hakim (kadi) bernama Abul Talib dalam mana al-Ghazali membuat penolakan terhadap puak-puak Rafidi dari golongan Batiniyah.

Berasaskan kitab Kasyful-Asrar inilah al-Ghazali membentuk karyanya yang berjudul "al-mustadzhiri" tadi. Di samping itu al-Ghazali juga telah menulis darihal hukum-hakam mengenai Ketua Negara seperti terdapat di dalam karyanya yang berjudul "al-Iqtisad fil-I'tiqad" yang telah pun disebut sebelum ini.


Perkongsian pencerahan sudut pandang,
Petikan karya Abu Bakar Hamzah,
Imam al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik.
Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Pendidikan Sains Politik (2) - Karya-Karya Yang Tertinggal


Terdapat bukti yang nyata bahawa Imam al-Ghazali pernah belajar ilmu sains politik dari gurunya yang bernama Imam Juwaini (wafat pada 478 Hijrah). Nama penuh gurunya itu ialah Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf bin Muhammad bin Abdullah bin Heweh al-Juwaini. Imam Juwaini terkenal dengan sebutan Abul Ma'ali al-Juwaini dan digelar Imamul-Haramain. Gelaran ini ialah sempena dengan beliau pernah bertugas sebagai imam sembahyang di kedua-dua buah masjid besar iaitu Masjid al-haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Berikut ialah senarai beberapa buah karya dalam bidang sains politik semata-mata untuk ingat mengingat kepada para pencinta bidang penyelidikan dan kajian:

1. GhiyatulUmam fil-Iltiyath al-Dzulam (Pertolongan Umat Terhadap Kezaliman); Imam Juwaini;

2. al-Ahkam al-Sultaniyah (Hukum-hukum Tata Pemerintahan), Imam al-Mawardi;

3. al-Ahkam al-Sultaniyah (Hukum-hukum Tata Pemerintahan), oleh Kadi Abu Ya'la

4. al-Siyasiyah al-Syar'iyyah fi Islah al-Raie wal-Ra'ieyah (Polisi Syara' Dalam Memperbaiki Pemerintah dan Rakyat) oleh Ibnu Taimiyah;

5. al-Turuq al-Hukmiyah (Qaidah Membuat Keputusan) oleh Ibnul Qaiyim (Murid kepada Ibnu Taimiyah)

6. Tahrir al-Ahkam fi Tadbir Ahli-Islam (Pembukuan Segala Perintah Demi Mentadbir Umat Islam) oleh Imam Ibnu Jamaah;

7. I'anatul-Insan 'ala ahkamil-Sultan (Pertolongan Kepada Insan Terhadap Pemerintahan Sultan) oleh Imam Ibnu Jamaah;

8. Tahrir-Suluk fi Tadbiril-Muluk (Penyusunan Cara Pada Pentadbiran Raja) oleh Abul-Fadzl, Muhammad al-'Araj;

9. al-Minhaj (Peraturan) oleh al-Hulaimi, wafat 404-H;

10. al-Durrath al-Gharra Fi Nasihatil Salatin wal-Qudal wal-Umara' (Mutiara Cemerlang Pada Nasihat Sultan, Hakim dan Pembesar) oleh Mahmud Islam yang dikarangnya pada tahun 843-H dan

11. al-Jawahir al-Mudziah fil-Ahkam al-Sultaniyyah (Sinaran Permata Tentang Tata Pemerintahan Negara) oleh Abdul Rauf al-Manawi pada tahun 1031-Hijrah.

Disamping itu terdapat pula beberapa karya yang ditulis khusus tentang bidang pentadbiran dan nasihat kepada raja-raja dan pembesar-pembesar negeri, di antaranya ialah:-

1. al-Adab al-Kabir (Peradaban Agung) oleh Ibnu al-Muqaffa';

2. al-Taj (Mahkota) oleh al-Jahidz;

3. Sirajul-Muluk (Pelita Raja) oleh al-Turtusi;

4. al-Manhaj al-Masluk fi siyasah al-Muluk (Peraturan yang Dipakai dalam Polisi diRaja) oleh Abdul Rahman bin Abdullah untuk al-Nasir Salahuddin Yusuf, dan

5. al-Jauhar al-nafis fi siyasat al-Rais (Permata Bernilai Pada Perjalanan Pengetua) oleh Ibnu Haddad yang dikarangnya pada tahun 649 Hijrah.

Senarai di atas bukan sesuatu yang lengkap; ia cuma sebagai sentuhan sambil lalu dan peringatan semata-mata.


Perkongsian pencerahan sudut pandang,
Petikan karya Abu Bakar Hamzah,
Imam al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik.
Abu Fateh,
25200 Kuantan.


Pendidikan Sains Politik (1) - Pengenalan


Ramai orang masih menganggap kononnya falsafah politik atau sains politik adalah ilmu pengetahuan pusaka para pemikir bangsa Yunani Tua kemudian diwarisi pula oleh Dunia Barat moden. Anggapan seperti itu tentulah meleset jika diuji dengan neraca ilmiah zaman sains dan teknologi sekarang.


Mungkin masih ramai orang kurang menyedari hakikat bahawa sejarah sudahpun membuktikan tanpa ragu bahawa tamadun Islam telah dan terus menerus menyumbang kepada umat manusia suatu falsafah politik yang lengkap untuk tujuan membina negara kebajikan yang adil lagi mulia di muka bumi.


Rata-rata di dunia ini, Imam al-Ghazali lebih terkenal dengan bidang falsafah disamping karya-karyanya dalam bidang pendidikan insan; dan amat jarang sekali, jika pernah orang memperkatakan kaitannya dengan sains politik pada hal beliau adalah seorang ahli politik yang mempunyai falsafah politiknya sendiri. Dalam ruang yang amat sederhana ini penulis akan cuba menyentuh hal tersebut sekadar yang terdaya.



Perkongsian pencerahan sudut pandang,
Petikan karya Abu Bakar Hamzah,
Imam al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik.
Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Tuesday, January 26, 2010

Cinta Itu Ada Buktinya - Kisah Halus



Kisah menarik suka saya kongsikan bersama sekalian teman ziarah. Semalam adalah hari peperiksaan pertengahan semestar buat pelajar tahun kedua fakulti saya. Peperiksaan adalah perkara biasa buat mereka yang sudah membuat persediaan awal. Namun, ada satu peristiwa menarik Iman saya berlaku di awal pagi peperiksaan semalam.

Seperti sudah saya nyatakan dalam entri sebelum ini yang ringkas menyatakan rentak emas yang telah kembali saya temui dan serasikan kembali dengan diri ini. Mungkin peristiwa awal pagi semalam ada kaitannya dengan hidup saya selepas mendapat kembali EMAS tersebut.

Seperti biasa, tidur malam peperiksaan mestilah tidur awal. (Hmmm, kunci jam dulu. Harap-harap bangun awal macam biasa insyaALLAH).

Detik berlalu, kipas terus berpusing, jam sudah menunjukkan angka 1 pagi. Mata masih belum boleh terlelap. Ya ALLAH, bukan boleh study dah pun masa ni. Mata tak ngantuk lah pulak. Saya mengurangkan kelajuan kipas, memperlahankan suara muzik alam pengulit tidur.

Kipas tetap berpusing, jam terus berdetik waktu. Jam sudah menunjukkan jam 2.30 pagi. Mata masih belum boleh terlelap. Saya menukar selimut yang lebih nipis buat menyejukkan badan yang tiba-tiba berpeluh. Mengambil tasbih digital buat berzikir mengulit tidur. Teringat Syekh Nuruddin al-Banjari pernah pesan supaya banyakkan berzikir kalau tak dapat tidur. Sebab syaitan tak suka kita berzikir, jadi syaitan akan usaha buat kita mudah mengantuk.

Habis posisi dipusingkan badan. Namun badan dan mata masih belum mahu tidur. Akhirnya menutup terus nasyid dan muzik ringan pengulit tidur. Akhirnya saya tertidur dan sempat melihat jam sudah menunjukkan angka 3 pagi lebih.

Baru sejam tidur, saya terjaga lagi. Melihat jam dalam lebih kurang 4.30 pagi. Suatu benda yang agak pelik berlaku. Saya melihat Handbook of Oxford Clinical Medicine saya yang terletak diatas meja belajar tiba-tiba bergerak ke arah kaki saya tanpa ada orang yang mengangkatnya. Saya sudah merasakan sesuatu yang tidak enak dihati.

Memberanikan diri menendang Handbook of Oxford Clinical Medicine yang dilihat semakin menghampiri kaki saya tanpa ada orang yang membawanya. Terasa sekali ada tubuh yang memegang buku tersebut kerana tendangan saya mengenai batang tubuh yang tidak dapat dilihat. Kecut seketika hati ini. Lalu tiba-tiba merasakan diri tidak dapat bernafas dan tidak bersuara serta bergerak.

Ah, sah dah. Kena tindih lagi. Itulah pertama saya buat tahun kedua di Kuantan ini ditindih makhluk halus lagi. Terus saya buat tak tahu dan tertidur lagi.

Bangun lewat pagi semalam kerana tidur yang cukup-cukup terganggu dan tidak cukup. Saya membuat analisa diri. Apa puncanya makhluk tu nak tindih aku lagi? Dah lama dah aku tak kena tindih. Di Kuantan ni rasanya baru dua tiga kali kena. Tak macam di Darul Quran yang memang hampir tiap-tiap bulan berperang nak bangun subuh. Natijahnya saya bangun mewakafkan diri di masjid setiap malam supaya tidak terlepas subuh dan boleh fokus kepada al-Quran yang dihafal.

Di UIA PJ pula suasananya cukup berbeza kerana hampir setiap hari saya diusik dan ditindih makhluk halus ini. Hari pertama memasuki tingkat 4 UKC1 pun sudah cukup membuatkan hati saya gelisah dan panas tak tentu arah. Istilah keras saya abaikan sahaja kerana memangnya bangunan-bangunan yang saya huni semua itu dibuat daripada batu. Memang keras pun!

Banyak cerita-cerita pelik mula saya dengar dan kutip tentang UIA PJ. Saya abaikan semuanya dan fokus kepada mengejar cita dan menjaga amanah al-Quran.

Teringat kisah seorang teman saya, Ilham yang pernah menceritakan dia akan di uji makhluk-makhluk ini bila kita telah ada azam untuk berubah, telah mula berubah, telah mula mempunyai satu zikir khusus untuk pertahanan diri kita. Ah, tak perlulah saya ceritakan disini kerana semuanya memerlukan kekuatan hati dan iman untuk berkongsi cerita-cerita pelik ini.

Berbalik kepada kisah saya pagi semalam. Baru teringat, rupanya betullah kata Ilham. Kerana saya telah mendapatkan kembali rentak EMAS yang cukup-cukup susah dan berat dimata orang awam. Kerana itulah saya yakin makhluk itu kembali menguji dan cuba mengusik ketahanan mental saya terhadap rentak EMAS ini kembali.

Apakah rentak EMAS itu? Carilah dalam diri dan Iman anda masing-masing. Kita semua mempunyai rentak EMAS kita yang tersendiri yang jarang kita terokai dan pegang secara betul-betul.

Bukan soal rentak EMAS yang ingin saya kongsikan kali ini. Soalnya, kita perlu menyedari persoalan hubungan kita dengan ALLAH dan hubungan kita dengan manusia. Jika kita telah mempunyai azam untuk berubah, pasti azam kita itu diuji. Jika kita telah mempunyai tahu, mahu, dan mampu menuju perubahan, pasti lebih besar ujian makhluk itu akan menguji, mengacau dan memacu emosi kita kearah kejahatan yang pelbagai.

Setiap orang ada tahapan berbeza. Lain tahapnya, lain ujian dihantar ALLAH. Rendah iman kita, mungkin askar Syaitan biasa yang dihantar Raja Iblis untuk menguji dan menggoda kita. Tinggi iman kita, mungkin pangkat Jeneral pula Syaitan yang turun mengacau kita.




Tapi jangan lupa. Syaitan itu ada dalam dua rupa. Jin dan manusia. Kita boleh rujuk tafsiran surah an-Nas, surah ke 114 dalam al-Quran. Hidup ini takkan sunyi dari ujian syaitan dari kalangan jin dan manusia. Kalau syurga itu dikatakan mahal, apakah harganya? ALLAH telah berjual beli dengan kita sekalian orang-orang mukmin akan Syurga ini dengan nilaian tubuh badan, jiwa raga, dan seluruh harta benda kita untuk mendapatkan Syurga ini. (rujuk surah at-Taubah ayat 111).

Mahalnya harga Syurga...nak jual dengan segala nilaian yang ada pada diri kita, jasad, jiwa, harta dan segalanya-galanya milik kita harganya Syurga? Sanggup ke kita korbankan semua itu untuk dapatkan Syurga ALLAH?

Untuk kahwin pun kita sanggup korbankan segala-galanya. Demi si dia yang 'tercinta' kita sanggup berhabis duit, berjaga malam, bertanya khabar dan bermacam-macam 'ber' lagi kita korbankan. Jadi, takkan Syurga barang dagangan ALLAH itu dijual murah-murah?. Orang bercinta ada buktinya. Orang berkahwin ada tanda hatinya.

Inikan pula soal bercinta dengan ALLAH. Pasti dan pasti memerlukan bukti yang jelas dari segenap tubuh dan jiwa kita terhadap agama kita ini. Perlu ke cinta kepada ALLAH? Kalaulah ini persoalan yang ditimbulkan, saya suka menimbulkan kembali satu persoalan, kita hidup ini diatas bumi kita ke bumi ALLAH yang punya? Kita bernafas ini udara ALLAH ke udara kita yang punya? Kita makan ini mulut ALLAH yang punya ke kita yang beli?

Setiap orang bercinta ada pembuktiannya. Orang menghafal al-Quran usah bicara soal cinta ALLAH jika bacaan al-Quran sehari masih belum mencecah angka satu juzuk. Kata Imam Fadhil bin 'Iyadh, usah bicara soal cinta ALLAH jika kita belum cinta akan Kalamullah..

Al-Quran itu kalamullah, yakni kata-kata ALLAH. Kalau orang bercinta, sudah pasti surat-surat cinta, pesanan-pesanan ringkas si dia sungguh sukar dipadam dan dilupuskan. Itu adat cinta manusia dengan manusia. Inikan pula cinta dengan ALLAH, kalau surat-surat cinta dari ALLAH melalui kalam-Nya, al-Quran belum terpahat rapi didalam jiwa dan peribadi seorang mukmin, usah bicara soal cinta ALLAH!

Pendapat ini mungkin keras, tapi inilah yang selayaknya. Habis tu, macammana nak jawab kalau orang tanya tentang cinta kita kepada ALLAH? Adab orang belajar, kata 'ulama; diamkanlah diri kita. Jangan dijawab kita tidak cinta kepada ALLAH kerana itu boleh merosakkan akidah. Jangan berani membuta dijawab kita cinta akan ALLAH kerana setiap kata cinta itu memerlukan pembuktian dan bakal dipertanggungjawabkan. Bersederhana dan merendahlah dalam bergaul. Tanamkan tekad dihati untuk cintakan ALLAH walaupun kita semua insan berdosa!

Cinta itu ada buktinya... Itulah sebabnya kita diciptakan ALLAH. Tanda dan bukti ALLAH sangat sayang dan cintakan hamba-hambaNya. Hanya hamba-hambanya sahaja yang angkuh membalas cinta dengan keji dan dosa kepada ALLAH pencipta kita.

ALLAH, ampunkanlah dosa hamba-hamba Mu yang angkuh dan engkar ini. Tunjuk dan permudahkanlah jalan-jalan buat hamba-hamba Mu ini membuktikan kembali cinta kami kepada-Mu..

Ya Wadud.. Ya Rahimm.. Ya Ghofur.. Ya Rahman... irhamna ya ALLAH..



Abu Fateh,
25200 Kuantan,
Bilik Abe,
Sedang di Uji..

Read a lot, Write less!


A Simple advice from my Ustaz, Assistant Prof. Dr Ibrahim Shogar after we finish mid-term examination on Philosophy of Science.

A Very deep and meaningful advice for me that I like share altogether this time. Hence I just stop here.


Abu Fateh after 2 paper examination,
25200 Kuantan

Sunday, January 24, 2010

10 Penanda Aras






Motivasi Buat Diri



Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhu'lah.

Tika tangan letih menggapai cita, maka berdoalah.

Tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.

Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t. agar tunduk disaat yang lain angkuh, agar teguh disaat yang lain runtuh, agar tegar disaat yang lain terlempar.

Tahniah buat pasangan Hafiz Khairuddin (Mesir) dan Atiqah Azam (Mesir) kerana dikurniakan seorang permata hati penyeri hidup, Wafa' binti Hafiz.

Selamat bercuti buat yang sedang bercuti. Selamat berjuang yang sedang menghadapi peperiksaan pertengahan semester.

Alhamdulillah berjaya mendapatkan kembali rentak emas 4 tahun yang lalu. Selamat tinggal silamku. Selamat datang Cahaya Agama. Moga diri terus tegar dan segar memotivasikan diri sendiri dan membahagi kebahagiaan kepada semua manusia.

Thursday, January 21, 2010

Rumah Ehsan: Hidup Bukan Kehidupan

Penat badan merasai lopak-lopak jalan lebuh raya Jerangau-Jabor dari Kuantan menuju Dungun. Perjalanan hampir dua jam dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda UIA yang agak sederhana tidaklah terlalu memenatkan walaupun jalan-jalan dilalui rosak teruk kesan hujan musim tengkujuh yang lalu.

Sampai di Rumah Ehsan, kami diberikan taklimat ringkas tentang Rumah Ehsan Dungun yang merupakan salah satu dari dua Rumah Ehsan yang terdapat di Malaysia. Satu lagi terdapat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Rumah Ehsan ditubuhkan bertujuan sebagai penempatan untuk mereka-mereka yang sakit melarat dan tidak mempunyai saudara mara lagi untuk menjaga mereka. Ianya berada dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selepas mendengar taklimat, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan memasuki bilik atau pun wad yang berbeza. Keadaan di mana-mana wad pun hampir sama, kecuali yang membezakan bila memasuki wad yang berlainan jantina.

Saya didalam kumpulan pertama memasuki wad lelaki. Awal-awal lagi dipesan, tiada gambar boleh diambil didalam wad dan bilik penghuni kerana sebab-sebab tertentu dan 'privasi'. Melihat suasana didalam wad saya cukup-cukup sedih dan terkilan melihat orang-orang tua yang tiada orang mahu menjaga mereka.


Bila ditemu bual, didapati kebanyakan mereka tiada saudara mara, isteri meninggal, anak-anak tak mahu jaga dan bermacam-macam cerita lagi yang saya peroleh. Tiada banyak yang dapat saya kongsikan secara jelas kali ini tentang suasana di Rumah Ehsan.


Disana sememangnya terdapat jururawat-jururawat yang memang sentiasa bertugas bergilir syif untuk menjaga kebanyakan warga-warga tua yang sakit melarat dan tiada saudara mara ini. Disana jua terdapatnya doktor-doktor bertugas yang bergilir datang melihat dan merawat penyakit pesakit-pesakit. Pembantu-pembantu am, tukang masak, dan sukarelawan-sukarelawan yang prihatin datang melawat dan membantu meringankan beban hidup hari hari terakhir seorang warga tua.


Boleh dikatakan semuanya untuk kelengkapan kesihatan hidup adalah lengkap dan terjaga jika hidup di Rumah Ehsan. Tapi, cukupkah hidup tanpa kehidupan? Eh, tak cukup lagi ke orang dah bagi layanan hidup di Rumah Ehsan tu? Bukan tak cukup. Soalnya kehidupan mereka bagaikan hilang. Mereka hidup, tapi mereka bagaikan tiada kehidupan.



Hari-hari terakhir dalam hidup sepatutnya bersama anak cucu tersayang beribadah dan mengajar memberi butir-butir hikmah buat bekalan orang-orang muda. Tapi realiti yang berlaku, ada anak-anak yang tak mahu menjaga emak ayah dan meninggalkan mereka di Rumah Ehsan..


Saya merenung masa sekarang dan masa depan. Mohon ALLAH menjadikan saya anak yang soleh buat Ummi dan abah. Membalas jasa mereka, kasih sayang mereka yang tidak bersyarat bukanlah mudah jika hati sendiri masih dipenuhi serabut-serabut kepentingan dunia.


Memberi segala kelengkapan hidup dan segala keperluan kesihatan hanyalah memberi ruang untuk hidup. Untuk memberi sebuah kehidupan, kasih sayang, perhatian, meluangkan masa, berkongsi rasa dan sudi menabur jasa itulah kunci sebuah kehidupan.


Anak-anak hari ini jika tidak dididik dengan akhlak mulia terhadap ibu bapa dan orang-orang tua, bahananya kitalah yang akan merasainya bila kita tua nanti. Kita mampu mendidik sebuah keluarga. Tapi kita juga memerlukan suasana yang kondusif untuk anak-anak kita mengambil contoh dan saling berinteraksi dengan anak-anak mereka yang faham erti 'kehidupan'.


Cukupkah melihat sekadar diri sendiri dan suasana sekeliling? Kita perlu kembali juga kepada puncanya. Puncanya bermula dari sistem pendidikan. Panjang untuk menceritakan kenapa puncanya adalah sistem pendidikan. Untuk memudahkan cerita, cuba kita rujuk, kaji, fahami dan selidiki kembali sistem pendidikan di negara kita. Adakah ianya berlandaskan al-Quran dan Sunnah atau ianya berkiblat dan berpandukan sistem pendidikan barat semata-mata?


Jika kita fahami asas ini, kita akan terus mengkaji dan terus mengkaji apa, kenapa, bagaimana dan macam mana seharusnya anak-anak kita dididik. Apa pun, berjiwa besar dan bercita-cita tinggi adalah perlu. Mengubah sistem pendidikan yang ada adalah satu kewajipan supaya kita boleh melahirkan masyarakat yang faham erti KEHIDUPAN, bukan sekadar tahu untuk HIDUP.


Asasnya bermula dari dalam diri kita. Bermula mendidik diri, membentuk keluarga terpandu, membimbing masyarakat terarah, lalu menubuh suatu gagasan kebaikan dan kebajikan di atas runtuhan jahiliyah moden yang bersarang kuat didalam hati seluruh pelusuk masyarakat kita yang terjajah hati dan peribadinya ini.


Apakah jahiliyah moden itu? Ibunya bernama materialistik (kebendaan) dengan anak-anaknya yang ramai hidup subur dinegara ini dengan anak sulongnya adalah nasionalisme yang gagah memepertahan adik kembarnya sekularisme.


Salah tingkah, isme-isme ini akan menular masuk kedalam seluruh pemikiran anak-anak muda yang banyak emosi dari fikirnya, lalu menolak front-front kebaikan kerana salah tingkah. Oleh itu, jangan salah tingkah. Mulakan dari diri.


Memberi kefahaman dan penjelasan kepada semua tentang beza hidup dengan kehidupan. Implikasinya, kepentingannya, kewujudannya dan keharusannya difahami supaya hidup kita semua amat bermakna dalam mencari bekal buat suatu alam kehidupan yang tiada lagi mati selepasnya...



*Anak saudara saya yang kedua, Nafi'.



Nama : Nafi' bin Mohd Nurul Hisyam
Tarikh dan Hari lahir : 8 Desember 2009 /
Hari Selasebersamaan 21 Zulhijjah 1430H
Tempat Lahir : Hospital Tibah, Tanta Mesir.
Berat lahir : 3 kg Masa lahir :
Jam 6.00 malam
Kelahiran : Normal
Doktor yang menyambut : Doktorah Dhuha Syafi'e - ehsan http://hisyamzahra.blogspot.com/



Moga jadi ahlul Quran seperti Imam Nafi' dan jadi manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain ya anakanda.




Abu Fateh,
25200 Kuantan.
Pasca Pilihan Raya Kampus.

Tuesday, January 19, 2010

Hikmah 'Aqidah Dari Ladang Fiqh Sirah Dr. Ramadhan al-Bouti







Dari segi akidah kepercayaan langsung tidak berubah sejak Nabi Adam 'Alaihi Wasallam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam, Nabi yang terakhir, iaitu kepercayaan kepada ALLAH yang Esa.

Ini tegas sekali bila melihat di mana da'wah para Anbiya' seluruhnya bersendikan dua asas penting:

1) 'Aqidah kepercayaan
2) Perundangan dan akhlaq.

Ramai orang hari ini boleh menerima 'Aqidah dan Akhlaq Islamiyah, tapi terlalu ramai yang sombong dan jahil dari menerima dan mengakui kebenaran perundangan hanyalah dari ALLAH.

Bila kita meneliti dan mengkaji serta terus mengkaji tentang perjuangan para Anbiya', maka langsung tidak tergambar kepada kita yang seruan para 'Anbiya itu akan berlainan di antara satu dengan yang lain mengenai soal 'aqidah, sebab soal 'aqidah adalah soal berita dan perkhabaran dan tidak akan berlainan perkhabaran dan berita dari seseorang itu sekiranya perkara itu benar.

Tidak diterima oleh 'aqal manusia bahawa ALLAH telah menutus seorang Nabi mengatakan ALLAH itu tiga-Maha Suci ALLAH, kemudian diutuskan seorang Nabi lain mengatakan bahawa ALLAH itu Esa dan kedua-dua perkhabaran itu kemudian dianggap benar belaka. Ini tidak mungkin berlaku.

Ini bersangkut dengan 'aqidah, bersangkut tasyri' (perundangan). Perundangan (ahkam) ini pula bertujuan mengatur penghidupan sesebuah masyarakat (Masyarakat yang mahu bebas dari agama akan benci kepada pengaturan kearah kebaikan, mereka dan kita sentiasa lupa segala-galanya adalah aturan ALLAH. Kita yang sombong dari merujuk kepada Kitab ALLAH dan Rasul-Nya buat panduan hidup).

Peribadi manusia adalah berbeda kualiti dan kuantitinya sesuai dengan pengutusan seseorang Nabi itu, sebab tasyri' itu bukanlah untuk menyampaikan perkhabaran dan berita semata-mata, tetapi bertujuan untuk mengadakan dan mewujudkan masyarakat yang sempurna.

Sudah barang pasti dimana masa dan keadaan sesuatu kaum itu memberi kesan dan pengaruh-pengaruh terhadap perkembangan perundangan sebab timbulnya undang-undang itu adalah demi muslihat dan kepentingan serta faedah manusia untuk dunia dan akhirat.

Dengan 'aqidah inilah juga ALLAH mengutus Nabi Musa kepada keturunan Israel di mana ALLAH telah menceritakan tentang ahli sihir Fir'aun yang telah beriman dengan Nabi Musa. Firman ALLAH yang bermaksud :

"Ahli-ahli sihir itu menjawab: sesungguhnya kepada Tuhanlah kami kembali. Dan kamu tidak membalas dendam dengan menyiksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan menyerah diri kepadaMu " (Surah al-A'raf 7: 125-126).




*Petikan Fiqh Sirah 1. Muka surat 34-38. (Terbitan Dewan Pustaka Fajar).


Maka bersabarlah duhai yang beriman jika kamu diuji, ditikam dari belakang, dikutuk sepuas hati golongan-golongan yang jahil tentang kejahilan mereka, dikeji, difitnah, disalah fahami. Ingatlah syurga itu manis, pasti pahit sekali harga yang perlu kita bayar kan? Ingatlah akhlaq Baginda bila dilontar dengan batu dan dihalau keluar dari Thoif. Baginda hanya mendoakan hidayah buat kaum-kaum Thoif walaupun ditawarkan oleh Malaikat untuk menghancurkan kampung Thoif itu.




Indahnya jawapan Baginda: " Mereka itu tidak mengetahui. Mudah-mudahan ALLAH memberi hidayah kepada mereka, moga-moga lahir pejuang agama ALLAh dari tulang sulbi mereka. " Indahnya akhlaq Islam tayangan dan ajaran Baginda. Ayuh contohi Nabi.

Ayuh solat malam dan sedekah jangan kita tinggalkan.



Abu Fateh,
25200 Kuantan

Sepetang Bicara Tentang Usrah





Usrah adalah sebuah keluarga. Pernah ditanya kepada saya oleh seorang sahabat tentang usrah dan peranannya. "Din, nak tanya mum, mum pernah ikut usrah jugak kan?" "Ya, kenapa ji?" Setahu akulah, usrah yang kita ikut kat maahad dulu bukan macam usrah sekarang, usrah sekarang lebih kepada kepimpinan dan kekuasaan, bukan pembentukan diri macam yang aku ikut kat sekolah dulu."

Em, dulu kau ikut bawah abang tek kan? A'a, kau ingat lagi dia? Ingat, dia belajar kat Mesir sekarang.

"Aku rasa, mum pun tahu apa tujuan dan sejarah usrah nih kan? Bermula dengan Imam Hassan al-Banna dan bagaimana cara-cara dia buat usrah, aku rasa mum pun tahu kan macammana? Tapi itulah masalah, aku tengok usrah sekarang tak sama macam usrah-usrah yang aku ikut kat sekolah. Kan tujuan usrah adalah untuk memperbaiki diri kita dan sahabat-sahabat dalam usrah?"

"Memang betul jie, usrah ni tujuan dia adalah untuk pembentukan individu muslim. Tapi yang kita belajar dulu kat sekolah terlalu asas dan tidak pergi lebih jauh lagi. Kalau kita nak tahu lebih jauh, kita kena istiqamah dengan usrah, belajar banyak benda dalam tu. Kalau nak lebih puas hati, kenali betul-betul siapa Imam Hassan al-Banna, kaji, selidiki, apa yang Imam al-Banna nak bawa, apa ideologi dia, apa cara pembawaan dia, apa matlamat sebenar dia memulakan gerakan dia dengan usrah-usrah kecil."

" Yup, aku setuju. Sepatutnya kita memahami, mengkaji dan meneliti sebelum kita buat ataupun ambil apa-apa tindakan."

" Baik, memahami. Itulah Sebabnya Imam Hassan al-Banna juga meletakkan rukun pertama dari 10 rukun bai'ah adalah FAHAM. Kalau dalam buku 7 habits of Highly Effective People pun Stephen Covey menyatakan adalah penting untuk First to UNDERSTAND then to be understood. Sebab tu kita kena memahami betul-betul sesuatu perkara sebelum kita buat apa-apa penghakiman mahupun memberikan apa-apa persepsi."

" Itu baru FAHAM jie, banyak lagi rukun-rukun dibawahnya. Yang kedua pulak Ikhlas, banyaklah lagi 8 lagi rukun yang semuanya Imam Hassan al-Banna gariskan buat panduan kita untuk diikuti. Bukan senang-senang Imam Hassan al-Banna buat ni. Semuanya ada sandaran dalil Quran, Hadith dan logik akal."

" Ye, betul din. Mum oyat ni baru aku ingat balik. "

" Tapi masalahnya takkanlah segala-galanya perlu Islamik?? ". Bukan masalah Islamik tak Islamik jie, kalau kita tengok apa yang kita belajar dalam UNGS 2030, 2040, 2050 pun, kita dah belajar tentang apa itu sekular kan? Tapi itulah masalah sebab kebanyakan dari kita masih melihat politik dari kacamata era kebangkitan Kristian yang mana mereka mengasingkan politik dari gereja semata-mata kerana pihak gereja telah menyalahkan gunakan politik untuk kepentingan peribadi dan penyempitan ilmu. Semua tu kita dah belajar dalam subjek UNGS kan? "

" Sepatutnya kita kena berani dan lebih banyak mengkaji dan melihat apa itu politik dari perspektif Islam. Kalau tak, apa ertinya hinggakan Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi pun menulis sebuah buku khas untuk menerangkan tentang Agama dan Politik. Kalau kita tengok dalam Quran, kita takkan jumpa satu ayat pun sebut tentang siasah secara jelas. Siasah tuh ialah politik didalam bahasa arab."

"Benda ni sama jugak dengan perkataan 'aqidah'. Perkataan aqidah pun tak pernah disebut dalam Quran, tapi intipati dan segala benda berkaitan akidah telah disebutkan secara tak langsung. Persoalan beriman kepada ALLAH, Rasul, Malaikat, Kitab-kitab ALLAH dan Hari Kiamat adalah persoalan akidah. Tapi, adakah dengan al-Quran tak pernah menyebut perkataan aqidah menyebabkan kita menolak yang ummat Islam perlu mempunyai akidah yang selamat? "

"Aha, benda ni baru aku ingat din. Ulama yang mula-mula asingkan istilah-istilah ni untuk memudahkan ummat Islam mempelajari Islam kan? "

" Aha, betul-betul jie. Sama juga dengan politik. Kalau kita memahami apakah persoalan politik, kita akan jumpa banyak ayat-ayat menceritakan tentang kerajaan, kekuasaan dan kepimpinan didalam al-Quran. Semua ini adalah persoalan politik. "

" Kalau kita ingat balik subjek RKUD (Philosophy of Science) yang kita belajar kat UIA ni, kita akan tahu macamana pendefinisian sesuatu perkara itu secara bahasanya, kalimahnya, istilahnya, rasminya dan bermacam-macam lagi konsep berkaitan."

" Benda ni adalah satu proses jie. Kita perlu berani mendepani benda ni secara matang dan teruskan sikap suka mengkaji dan meneliti kita sebelum kita menentukan sesuatu keputusan ataupun pendapat. Apa yang kita belajar dalam kelas tuh kebanyakannya teori semata-mata. Praktikalnya kita sendiri perlu berusaha mencari makna yang sebenar disebalik apa-apa yang kita pelajari ini. UIA hanyalah medan teori, praktikalnya terlalu besar dan luas diluar sana jie. "

" Jadi, kalau kita mencari tapi masih belum berjumpa itu macamana pula? "

Saya tersenyum. "Teruskan mencari jie. InsyaALLAH kalau kita mencari untuk memahamkan diri dengan sebenar-benar faham dan kita Ikhlas dalam mencari, ALLAH akan permudahkan jalan buat kita dalam pencarian ini. "

" Apa pun jie, jangan biarkan kita dikuasai emosi dan juga persepsi masa-masa silam kita serta jangan biarkan suasana sekeliling mempengaruhi kita. Memang benar, tiada manusia sempurna, sebab tu kita apa-apa pun kena refer kepada Nabi sebagai contoh."

" Betul tuh, aku dalam apa-apa pun pemerintahan ke, ibadah ke aku letak Nabi sebagai contoh utama. "

" Memang baguslah jie. =). Tapi kita kena faham juga, setiap orang ada kemampuan berbeza, ada kepakaran berbeza, ada tahap kefahamn berbeza. Kita kena raikan semua orang. Tapi sekali lagi jie, jangan biarkan diri kita dipengaruhi persepsi mahupun emosi dari berita-berita emosi. Kita mahasiswa nih kena melihat sesuatu benda secara menyeluruh dan adil berlandaskan ilmu dalam menentukan pendapat dan pilihan keputusan kita. "

" Betul din, kawe setuju. Kita kena kaji dan fahami sesuatu tuh dulu."

" Hehe, suka aku tengok mum nih jie. Teringat aku zaman-zaman kat DQ dulu. Di saat aku tidak memahami secara menyeluruh dan aku suka menghukum berdasarkan peribadi orang, bukan berdasarkan perkara dan pokok persoalan yang perlu difahami dan dilaksanakan. Lalu aku melawan arus, tapi tetap positif jua untuk mencari walaupun aku hilang kerana aku rasa pendapat aku betul. Sebab tuh aku nak kongsikan lagi, kita manusia biasa, tak ada yang sempurna. Hanya Nabi kita yang maksum. Tahap pemahaman dan kemampuan kita berbeza dalam menyumbangkan sesuatu. "

" Ingat tak Khalid al-Walid? Dia tuh ada orang menceritakan apa sangatlah ayat Quran yang dia hafal dan ingat? (kalau salah fakta tolong perbetulkan). Tapi siapa dia Khalid al-Walid tuh? Pedang ALLAH. Panglima Islam yang cukup hebat dalam memberi sumbangan untuk Islam. Sebab tuh kita kena faham, memang orang-orang yang nak bawak Islam ni tak ada yang sempurna. Setiap orang ada kemampuan dan fokus masing-masing dalam memberi sumbangan untuk Islam."

"Dalam bab ni kita kena berlapang dadalah jie dengan semua orang. =). Tak semua yang mengaku berjuang mahupun tak semua yang jadi pemimpin itu adalah orang yang sempurna kerana semua masih dalam proses pembelajaran dan terus belajar. Apa pun yang penting kita jangan mudah menghukum. Benda ini sukar untuk difahami dalam masa yang pendek ni jie."

" Tak apa jie, kita buat baik dengan semua orang. Balasannya kelak pasti ada disisi ALLAH. Mungkin kadang-kadang orang akan nampak aku ni macam banyak mengalah sangat kot. Tapi mengalah bukan bererti kalah jie. Mengalah kita ada strategi, ada keperluan untuk kita mengalah demi kebaikan orang ramai."

Pengalaman dan pembacaan kita akan memudahkan pemahaman dan penerimaan kita secara menyeluruh terhadap semua lapisan golongan masyarakat kan jie kan?

Oklah tuh jie, lewat dah ni. Demam-demam ni kena main jugak petang-petang ni. Keluarkan peluh sikit supaya tak jadi manja sangat dengan demam.

Betul din, demo jangan layan sangat demam tuh. Kena lawan gak. Jom main futsal petang ni.


* Itulah sekadar ringkas isi-isi penting perbincangan perkongsian saya bersama sahabat sekuliah tentang realiti semasa masalah-masalah yang berbangkit.

Saya cukup suka dan sudi untuk meluangkan masa menerima pendapat dan memberi penjelasan secara persahabatan murni seperti yang dimulakan oleh sahabat saya Hamzi. Cukuplah segala keputusan berlandaskan emosi dan kisah-kisah silam yang tidak membawa erti.



Ada ramai orang mengaku mengikut manhaj Imam al-Banna, tapi mereka lupa apa ajaran dan bagaimana berjiwa besar serta berfikiran jauh dan menyeluruhnya Imam al-Banna. Lalu emosi di ambil dijadikan teman, mainan perasaan dijadikan penentu hidup, luka hati dijadikan panduan. Taqlid membuta dijadikan sandaran. Ilmu yang sedikit begitu dibanggakan.

Lalu kabur mata hati tentang kebenaran panduan hidup dari al-Quran, Sunnah, ijma' Ulama, Qias, serta bermacam-macam lagi disiplin ilmu yang bermati-matian dipelajari didalam kelas-kelas Universiti dan usrah.

Benarlah kata-kata Bapak Natsir; “Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” –Bapak Natsir.


Bertuhankan Allah, ada syaratnya. Beragamakan Islam, ada tuntutannya.


Menulis Mengubat Sakit,
Abu Fateh,
25200 Kuantan,
Dalam Cuti Sakit.

Sunday, January 17, 2010

Tanda dan Simptom bukanlah Etiologi



Membezakan antara tanda-tanda dan simptom dengan etiologi atau punca-punca adalah satu perkara yang penting didalam penyelesaian sesuatu masalah. Sebagai contoh, Stupor adalah satu simptom dan tanda-tanda bagi penyakit hilangnya tahap kesedaran yang tinggi, dan kesedaran bagi mereka-mereka yang stupor biasanya hanyalah bila dirangsang dengan rangsangan yang kuat seperti kesakitan dan sebagainya.

Saya tidak mahu berbicara dari sudut pandang perubatan mahupun kesihatan berkaitan dengan stupor ini. Saya suka melihat stupor dari sudut pandang kehidupan seorang yang hidup.

Tutup sebentar bicara stupor. Kembali kepada fokus tanda-tanda dan punca-punca.

Ada orang melihat isu-isu kehidupan hanyalah dari sudut pandang tanda-tanda yang berlaku, dan kesakitan-kesakitan yang timbul dalam kehidupan. Lalu, ramailah menjadi doktor, jururawat mahu pun ahli farmasi yang cuba untuk mengubati simptom dan tanda-tanda sebuah kesakitan yang berlaku ini.

Dari sudut pandang perubatan moden, tanda-tanda dan simptom bagi sesuatu penyakit inilah yang biasanya diubati dan difokuskan. Mungkin akan ada doktor pakar membangkang pandangan saya ini. Cuma saya bercakap berdasarkan pengalaman dan ilmu dari doktor-doktor perubatan yang juga mengamalkan perubatan lain seperti homeopathy.

Memendekkan kalam, sebagai contoh isu penggunaan Kalimah ALLAH oleh non-Muslim. Adakah isu ini isu simptom atau pun isu punca?. Terlalu ramai orang-orang yang kononnya menjadi pembela agama ALLAH bila isu ini dinaikkan. Sedangkan bilamana syariat ALLAH diperjuangkan di Kelantan dan Terengganu suatu ketika dulu dan sekarang pun, mereka-mereka inilah yang menentang pelaksanaan syariat ALLAH dari dilaksanakan.

Ada juga yang mengambil pendirian berdiam diri bila syariat ALLAH yang jelas-jelas kita bacakan didalam al-Quran ini dicabar dimahkamah dunia, ditohmah dihina dikeji. Sekarang timbul isu penggunaan kalimah ALLAH, ramai yang keluar menjadi hero melarang dan mengancam non-Muslim dari menggunakan kalimah ALLAH.

Saya bukanlah ahli didalam bidang ini untuk memberikan hukum boleh atau pun tidak. Cuma suka saya mengajak pembaca merenung antara dua perkara. Wajarkah jika sibuk-sibuk berdemonstrasi mempertahankan kalimah ALLAH, kemudian kita tertinggal solat yakni perintah ALLAH yang utama.

Daripada lemas dengan perbalahan tanda-tanda dan simptom ciptaan mereka-mereka yang berada dibelakang tabir 'skrip' polemik penggunaan kalimah ALLAH ini, lebih baik kita menganalisa kenapa boleh jadi sebegitu? Adakah perkara ini berlaku kerana kita kurang cakna terhadap gerakan missionari di negara kita? Jangan lupa, setiap penganut agama masing-masing pasti mempunyai perancangan tersendiri untuk mengembangkan agama masing-masing.

Seharusnya agama ISLAM lebih-lebih lagi bisa dan giat kerja penerangan dan pendakwahan serta pelaksanaan hukum-hukum ALLAHnya. Namun, sebaliknya berlaku dinegara kita. Masjid dikakukan. Pengtauliahan penceramah agama begitu sukar sekali diperoleh. Syariat ALLAH disekat dari dilaksanakan. Kemudian, timbul isu agama lain mencuba 'angin' atau sebenarnya 'angin' ini adalah 'angin' yang dibuat-buat oleh mereka yang selama ini mengkakukan masjid, membekukan potensi ummah, menghalang pelaksanaan hukum-hukum ALLAH ? Kemudian merekalah bertindak pantas menjuarai isu kononnya merekalah pejuang agama.

Apakah ini satu tanda-tanda yang begitu hebat sehingga semua orang tertumpu kepada tanda-tanda ini untuk diubati tanpa melihat kepada punca kenapa perkara ini berlaku? Merawat simptom tidak akan menyembuhkan kerana akan ada simptom-simptom lain lagi yang bakal muncul dan menguji. Kembalilah kepada punca.

Apa puncanya? Nabi bersabda yang bermaksud: " Aku meninggalkan kepada kamu dua perkara. Jika kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Al-Quran dan Sunnahku.

Inilah punca masalah bila ada media dan pihak-pihak tidak bertanggungjawab memanaskan isu ini tanpa ilmu dan tanpa merujuk kepada Quran dan Sunnah. Meninggalkan Quran dan Sunnah adalah punca berlakunya polemik pada hari ini. Puncanya dimana? Rujuklah kuasa pemerintahan hari ini, menerima dan cuba mengamalkan Quran dan Sunnah atau meninggal dan menentang Quran dan Sunnah.

Sebaik-baik ikutan dan teladan adalah Rasulullah s.a.w.

Kembali kepada stupor dari sudut pandang kehidupan seorang yang hidup. Ada ramai manusia yang stupor dan terus stupor kerana kemewahan hidup dan keselesaan kedudukan yang dimiliki. Mereka-mereka inilah yang perlu disedarkan dari stupor dengan memberi rangsangan kesakitan dan kepedihan supaya mereka-mereka ini kembali berpijak ke bumi nyata di alam realiti.


**********
Dengan itu, ahli-ahli kelab stupor mempunyai misi besar mengembalikan cara hidup kita sebagaimana selayaknya ajaran Nabi.

Mahu jadi ahli kelab (buat yang memahami)? Perlu mempunyai masa, rasa dan jasa untuk mencintai dan mengikut jejak langkah Nabi s.a.w.

Mulakan dengan mujahadah wirid harian sebanyak 1 juz setiap hari. Kemudian bolehlah cuba-cuba memohon kepada Presiden dan Penasihat. :)

Perokok Pasif, Pembunuh Senyap, Senjata Halus


Baru balik dari makan pagi di kedai makan JPA (Jabatan Pertahanan Awam). Demam yang diharap kebah agak terganggu prosesnya. Melihat 1/3 dari pekerja-pekerja am dan kakitangan hospital merokok, terdetik kecewa yang amat dilubuk hati.


Bekerja menjaga kesihatan orang ramai, tapi kita sendiri yang menghisap rokok. Common sense yang hilang dari manusia akhir zaman. Bukan soal melayu atau mana-mana bangsa.


Teringat dua tahun yang lampau, pengalaman di jawazat (imigresen) Syiria. Terpampang begitu banyak sekali papan tanda mamnu'u tadkhin (dilarang merokok) didalam pejabat jawazat. Namun, realiti yang berlaku, hampir 80% pegawai didalamnya bekerja sambil menghisap rokok. Bukan persoalan bangsa. Tapi persoalan iman.


Rokok, antara senjata senyap ciptaan barat untuk merosakkan ummat Islam. Buktinya, jika kita meneliti kandungan didalam rokok yang mana terdapatnya banyak kandungan tar, nikotine, arsenik dan bermacam lagi bahan-bahan penyebab penyakit-penyakit kronik untuk paru-paru, hati dan jantung.


Rosaknya bukan sekadar buat perokok yang aktif, tapi juga buat mereka-mereka yang tidak merokok tapi terdedah kepada asap rokok orang-orang yang merokok. Mereka-mereka yang tidak berdosa dan bersalah inilah yang lebih teruk menanggung azab dan sakitnya kerana mereka juga secara tidak langsung telah menjadi perokok pasif (orang-orang tidak merokok yang banyak terdedah kepada asap rokok).



Bukti dari segi sejarah dan imperialisme dadah juga merupakan antara senjata utama barat untuk meleka dan merosakkan ummat. Kenapa begitu premis ayat yang saya nyatakan? Lihatlah apakah antara tujuan utama Amerika beria-ia mahu menakluk Afghanistan. Kerana kejamnya Taliban? Kerana negara tidak maju dibawah Islam? Semuanya hanyalah alasan yang dicipta-cipta, kononnya untuk memberikan hak kebebasan kepada wanita-wanita Afghan.



Sedangkan antara tujuan utamanya ialah untuk mengembangkan kembali perniagaan dadah sedunia. Ini kerana Afghanistan adalah negara pengeluar utama pokok opium didunia. Daripada pokok opium inilah dadah banyak dadah boleh dihasilkan.



Bila mana Taliban menguasai Afghanistan, penanaman pokok ini dilarang dan ini memberi impak yang besar kepada negara-negara Imperialis seperti Amerika yang amat bergantung kepada hasil-hasil haram sebegini. Dengan 90% daripada pengeluaran pokok opium didunia adalah berpusat di Afghanistan, maka menjadi misi yang besar buat Amerika untuk menguasai dan 'membebaskan' pokok dadah dari dilarang penanamannya oleh Taliban.



Kita dengan gembiranya menghisap rokok dan membunuh anak-anak kita secara senyap. Membunuh orang-orang disekeliling kita secara tidak sedar. Menjayakan perancangan yahudi dalam memusnahkan ummat Islam dari aspek kesihatan. Berhentilah wahai sekalian perokok daripada menjadikan sekalian orang yang tidak bersalah disekeliling anda menjadi perokok pasif!



Berilah makna kehidupan buat orang-orang disekeliling kita dengan berkorban sedikit kemahuan yang boleh membunuh secara senyap ini.


Abu Fateh,
25200 Kuantan,
Kampus Jalan Hospital.

Thursday, January 14, 2010

InsyaALLAH!


InshaAllah
by: Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You cant see which way to go
Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you cant repent
And that its way too late
Yourre so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way

Turn to Allah
His never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps dont let me go astray
Youre the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insya Allah x3
Insha Allah well find the way



* A soft, light music give a new breath to stay up, put utmost trust jus to ALLAH.. InsyaAllah.


Abu Fateh,
25200 Kuantan

Mengubat Stress!

Menjaga memahami dan mengingati al-Quran, Kelas, Perbincangan, Mesyuarat, Latihan Role-play, Perancangan, Bersosial bersukan bersama rakan-rakan siswa, Pelaksanaan program-program kepimpinan, Kelangsungan gerak kerja Islam, Diskusi bersama pensyarah.

Meluangkan masa menyelesai masalah, mendengar luahan anak-anak buah, berkongsi rasa didalam kumpulan-kumpulan kecil, menyimpul jalan pemudah bicara bersama senior-senior, meraikan pendapat dan idea-idea sahabat, prihatin terhadap isu-isu semasa.

Menambah bahan-bahan ilmiah bukan akademik sebagai persiapan diri, belajar memahami buku-buku falsafah untuk subjek sains dan falsafah, latihan klinikal yang begitu penting untuk kerjaya, pemahaman teori-teori dan fakta-fakta asas sains, perubatan dan pembedahan buat cita-cita kerjaya.

Perancangan berkeluarga, bersama Ummi dan abah, menjaga kebajikan adik-adik, melawan kehendak sendiri, mengikut arahan tanpa rela hati (rela-relakanlah diri), memberi ruang untuk semua sekadar mampu. Memberi dan memberi masa, rasa dan jasa. Bukan sekadar memberi bahkan bersedia untuk menerima seadanya.

Stress? Siapa tak stress kalau semua benda-benda pokok diatas tidak diurus dengan baiknya kerana setiap pokok-pokok perkara diatas mempunyai begitu banyak sekali ranting-ranting dan buah-buah yang perlu dijaga sebaik mungkin buat menuju satu sahaja.

Pokok-pokok ini semua bermula dari akar yang satu. Menuju redha ALLAH. Berpaksikan hidup ini adalah tanggungjawab yang bakal dipersoalkan kelak.

Melahirkan banyak pokok-pokok (moga indah ditaman hati ini), yang moga buah-buahnya dapat dirasai semua teman-teman yang mengenali diri yang kecil lagi kurus ini (fizikal bukan ukuran hati).

Lega meluah kepenatan minda dan badan melalui tarian tangan diatas papan kekunci yang hitam putih keluaran HP ini. Masih stress??

Buat analisa diri. Solat jemaah terjagakah?

Subuh diawal waktu kah?

Quran diberi masa kah?

Senyum selalu menguntum kah?

Hidup selalu memberi kah?

Memberi dengan kasih sayang kah?

Khabar ibu dan ayah sudah ditanya kah?

Masih stress lagi ker kalau semua ni dah buat?

Kata teman saya, cuba makan dan jangan lupa tahajud... Oh, patutlah otak penat dan tak bermaya. Oksigen kurang sampai ke otak kerana kekurangan karbohidrat dan lemak-lemak penting untuk otak. Makan kena jaga ikut aturan.

Tahajud? Em, patutlah stress menimpa-nimpa pun, buah tahajud lama dah ditinggalkan didalam selimut pemanas badan dipagi hari yang dingin.

Selamat makan! Jangan lupa tahajud!

-Keperluan badan, minda, ruh dan kreativiti pemikiran perlu seimbang, berikan hak pada setiap yang berhak -

Sayangi diri anda. Senyum-senyum selalu. Ceria-ceriakan dirimu dengan khabar-khabar gembira dari al-Quran, itulah sebaik-baik ubat.

Salam sayang,
Abu Fateh,
25200 Kuantan.





*Baru habis kelas falsafah bersama Dr Ibrahim Shogar dari Sudan, begitu tertarik dengan nasihat beliau diakhir kelas supaya kita menghabiskan masa-masa muda lebih lebih lagi diuniversiti ini dengan al-Quran.

Kerana bila telah bekerja dan habis belajar, pasti dan pasti kita akan disibukkan dengan bermacam-macam tanggungan dan kewajipan yang lain lagi..

tak percaya? Tanyalah sahabat-sahabat alumni kita yang sudah memulakan alam rumahtangga dan kerjaya. :) Dia sangat-sangat menyarankan semua siswa menghafal al-Quran keran disitulah sumber ibu segala-gala ilmu...

(memahami dan melaksanakannya adalah lebih utama, ni dari konteks awlawiyat lah, tapi konteks masa, hanya orang-orang tua mampu memahami betapa penting dan bergunanya masa-masa muda dan masih belajar ini ye :))

Tuesday, January 12, 2010

Direct Sharing : Swing Perception on Diet



A meaningful 2 hours class with Assoc. Prof. Dr Nik Mazlan Mamat from kulliyyah of Allied Health Sciences. With 126 powerpoint slides, it gaves negative mindset of fear to getting sleepy. A humble and enjoyable style of teaching from Prof. deny the first bad impression.


I just like share some important notes here as sharing is caring. :)


We start with Natural instinct. (I purposely take from the middle of notes because at the beginning mostly about scientific and evidence based knowledge). This just a simple and light sharing. :)


•Allah Ta’ala gives us the instinct of loving delicious foods and drinks.



‘O you who believe eat of the good things where with we have provided you, and render thanks to Allah if it is (indeed) He whom you worship.’ (Surah Al Baqarah: 172)

•Allah Ta’ala wants the best for us in regards to food, clothing, shelter, guidance etc.

•Human beings are divided into three categories in regard to natural instincts:

1.Those who acknowledged these natural instincts but are totally helpless in controlling them.
2.Those who discover their natural instincts and try to ignore some of them.
3.Us, the Muslims. We acknowledge our instincts and control them with the guidance of Qur’an and the Sunnah of Rasulullah


While, from Islamic perspectives...


•Nutritional practices of Rasulullah includes all three.

–for maintenance of health
–for the prevention of diseases
–as treatment for diseases

•A lot of emphasis was given to good practices that is preventive in nature.

•Rasulullah said, ‘The stomach is abode of disease.’ And he also said,
’…if the stomach is diseased, then the blood vessels end up becoming diseased as well.’
(This was transmitted by Abu Nu’aim)


Variety is the Spice of Life




‘It is he who brings forth all manners of plants: creepers and upright trees. The date palm and crops of different shape and taste (its fruits and its seeds) and olives, and pomegranates, similar (in kind) and different (in taste). Eat of their fruit when they bring fruit, and pay the Zakah thereof on the day of harvest and be not extravagant, verily He likes not the extravagance.’
(Surah Al-An’am:141).


Practice Moderation


•Rasulullah said, ‘The Tribe of Adam fill no container worse than the way they fill their own stomachs. Let the Tribe of Adam have a few mouthfuls to strengthen their loins. If possible, one third of the stomach is for food, one third for drink, and one third for one’s breath.
(This was transmitted by an-Nasai & at-Tirmidhi)

•Rasulullah said, ‘The believer puts food into one stomach, the unbeliever into seven.’

Wisdom will not enter a stomach stuffed with food. The less man eats, the less he drinks; and the less he drinks, the less he sleeps; and the less he sleeps, the more blessed will be his old age. The more a man eats, the more he drinks; and the more a man drinks, the heavier will he sleep; and whoever sleeps heavily, loses the blessings of old age.


Why Muslim have one stomach and non-muslim have 7 stomach? From practice we know we just have one stomach, even cow only have four stomach. How come Prophet said that unbelivers have put into 7 stomach?.

After I studied then I know that our stomach have seven section anatomically. Subhanallah. Then Muslim must take a food as needed, as advised by the prophet. We cannot fill up all the seven section of storage food which is from stomach until jejunum..






Healthy Diatery Practices


•Rasulullah said, ‘We are a people who do not eat unless we are hungry, and when we eat, we do not satisfy our hunger.’

•Rasulullah said, ‘Digest your food with the name of Allah and with a prayer. And do not go to sleep immediately after eating, for this this will make you constipated.’ (This was transmitted by Abu Nu’aim)

•Ibn Sina said, ‘Never have a meal until the one before it has been digested.’

•Rasulullah said, ‘Eat some supper, even if it is only a handful of dry bread, for going without evening meal makes you grow old.’
(This was transmitted by at-Tirmidhi)


•Jabir is reported to have said, ‘Never go without supper, even if it is only a handful of dates, for going without it ages the man.’
(This was transmitted by Ibn Maja)



Abu Fateh on class Medical Surgical Nursing 5,
10.30 am - 12.50 noon
13/1/2010, 25200 Kuantan.

Menulis Mencari Rasa

Melihat benda-benda terlarang.

Melihat gelagat tiada terkawal.

Tertinggal walaupun satu waktu solat berjemaah!

Menghadap komputer 24 jam.

Mengambil facebook sebagai ganti al-Quran sebagai kawan sejati!

Mengingatkan hati yang bukan milik diri.

Tidur yang tiada INGAT.


Tulisan diatas adalah peringatan KERAS dari hati yang cuba melembutkan diri dengan air mata keinsafan. Teringat ummi saya pernah menyuruh saya keluar dari rumah sewaktu kecil kerana degilnya diri ini dahulu.

Pendekatan keras yang memberi kesan bila saya semakin menaiki tangga umur ini. Memberi saya ruang untuk memahami kepenatan ummi yang mendidik dan menjaga 7 orang adik beradik yang 5 orangnya adalah lelaki yang berbagai ragam.

Benarlah nasihat khas ummi kepada anak-anak lelakinya. Perkahwinan bukanlah suatu yang manis semata-mata. Manisnya mungkin setahun, dua tahun pertama. Realiti hidup tak selalunya indah. Namun kisah hidup ummi jika mampu saya rakamkan disini lebih menyedihkan dan memerihkan hati ini.

Jika orang lain di awal perkahwinan itulah detik-detik manisnya, tapi ummi dan abah di uji ALLAH dengan ujian yang cukup-cukup berat dengan ujian 'santau' buatan orang-orang yang dengki. Kalau saya, mungkin saya tidak sekuat dan seteguh ummi dalam menghadapi ujian seberat itu disaat-saat penting. Mungkin saya tidak sekuat abah dalam mendepani perkara itu walaupun lelaki lain bahasa komunikasinya, namun abah tetap abah yang saya hormati dalam pendiriannya.

Semua ini takkan mampu dihadapi ummi dan abah saya jika ummi dan abah dahulu keras hati dan lupakan ALLAH. Alhamdulillah, hari demi hari berlalu saya yang banyak berada dirumah, hanya meninggalkan rumah untuk tinggal di asrama bermula memasuki Darul Quran 4 tahun yang lalu. Hari-hari pedih dan sedih banyak saya lalui bersama ummi.

Anak lelaki yang keempat, menjadi ketua kepada 3 adik-adik sementara abang-abang di asrama dan diluar negara. Dikala itulah banyak peristiwa dan kisah-kisah lama ummi menceritakan kepada saya buat pengajaran. Cerita-cerita ummi bukanlah rekaan, semuanya berakhir pengajaran.

Lebih memberi pengajaran melihat dan hidup bersama kesusahan ummi dan abah dalam membesarkan anak-anak yang 7 ini. Mulut boleh berkata-kata menjanjikan khidmat, tapi realitinya sukar diduga.

Ibu dan bapa boleh membesar dan mengorbankan segala-galanya demi anak-anak tercinta. Cinta mereka tanpa bersyarat. Anak-anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibu dan ayah yang hanya berdua. Air mata sudah banyak kali berderai melihat ummi dan abah mengorbankan segala kepentingan diri untuk kepentingan anak-anak.

Disini saya menuntut janji dan kepada diri sendiri. Jadilah anak yang soleh. Anak-anak yang lembut hatinya. Anak-anak yang mampu berkhidmat kepada orang-orang tuanya tanpa ada walau sekelumit rasa menyesal maupun bosan.

Saya menulis kali ini tanpa rasa. Saya menulis untuk mencari rasa. Menghidupkan hati yang keras, mengingat pengorbanan dan jasa-jasa ummi dan abah.

Teringat amaran keras dari baginda buat anak-anak yang keras hatinya terhadap ibu ayah. "Engkau, harta engkau, dan segala apa yang engkau miliki adalah hak milik ibu bapa engkau!" - Merujuk satu peristiwa seorang sahabat yang mengadu kepada baginda akan sifat ayahnya yang selalu meminta-minta harta miliknya.

Ummi, abah, terima kasih mendidik anak mu ini. Doakanlah hatinya lembut dan melembutkan, wajahnya jernih dan menceriakan, kalamnya mudah membuka hati, jalannya Istiqamah di jalan ALLAH, tidurnya ibadah seorang hamba, malamnya bangun mencari redha-Nya, siangnya pantas menajam potensi, mulutnya terjaga dari menyakiti, dadanya bersih disinari al-Quran..

Perkenankanlah doaku ini buat ummi abahku jua kerana mereka juga adalah anak kepada hamba-hamba-Mu..perkenankanlah ya ALLAH..

Ummi, selamat hari lahir. Kasihmu takkan terbalas.

Monday, January 11, 2010

Selamat Hari Lahir Ummi


Ibu.. bergenang air mata ku, terbayang wajahmu yang redup sayu..
kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak bertepian
biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
tidak pun kau merasa jemu
mengasuh dan mendidik kami semua anakmu,
dari kecil hingga dewasa
hidupmu kau korbankan,
biarpun dirimu telah terkorban
tak dapat kubalasi
akan semua ini
semoga tuhan memberkati,
kehidupan mu ibu
Ibu..kau ampunilah dosaku,
andainya..
pernah menghiris hatimu..
restu mu yang amat aku harapkan,
kerana..
disitu letak syurgaku..
tabahnya melayani kenakalan anakmu,
mengajar ku erti kesabaran..
Kau bagai pelita dikala aku kegelapan,
menyuluh jalan kehidupan..
Kasih sayang mu
sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan..
Ibu..kau ampunilah dosaku,
andainya..
pernah menghiris hatimu..

restu mu yang amat aku harapkan,
kerana..
disitu letak syurgaku..

tabahnya melayani kenakalan anakmu,
mengajar ku erti kesabaran..

Kau bagai pelita dikala aku kegelapan,
menyuluh jalan kehidupan..
bagaikan kasih ibu
sewaktu kecilku
moga bahgia ibu didunia
dan diakhirat sana
Selamat Hari Lahir ke-51 buat Ummi ku, Wan Norma binti Wan Abdurahman

Ikhlasnya Gen - Y


Menulis dari hati, melakar dari hati, memberi dari hati. Segala-galanya perlu datang dari hati. Dua hari yang lepas saya ringan tangan mengingatkan sahabat-sahabat supaya sanggup dan menyanggupkan diri untuk menerima amanah membawa kebaikan.


Dalam keringanan tangan ini, saya terlupa tentang keberatan hati orang-orang yang akan menerima tersebut. Saya mudah dan ringan berkata-kata kerana apa? Kerana saya belum merasai pahit pedihnya bebanan amanah itu.


Manakah yang lebih utama? Kepentingan sendiri atau kepentingan orang ramaikah? Saya ingin membuka minda bukan kepada orang-orang yang ditekan dan ditanya buat kali ini. Saya ingin dan amat-amat mahu mereka-mereka yang banyak mengatur, meminta dan merencana itu untuk turut sama merasai pahit pedihnya amanah itu.


Mulut mudah mengatur bicara, hati mudah menentu jalan buat orang lain, tangan senang menekan sms 'arahan', minda ligat membuat polisi itu dan ini. Tapi teman, pernahkah teman merasai sendiri bicara sendiri? Pernahkah teman menyedut sendiri penentuan sendiri? pernahkah teman mengambil rasa empati dalam membuat arahan? pernahkah teman melihat kewajaran polisi itu dan ini dari sudut pandang yang luas mengambil kira kemampuan pelaksana dan kepentingan umum untuk sesebuah matlamat?


Membuat teori dan perancangan tidak seindah dan semudah melaksana teori dan menilai kembali sesuatu idea dan perancangan tersebut.


Dikatakan tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tapi, kalau tangan yang memberi tidak dengan hati yang ikhlas dan merakyat, tidak mustahil tangan yang menerima juga kurang ikhlasnya dalam menerima amanah kepemimpinan!


Menurut kajian United Nation, generasi yang lahir selepas 1980-an adalah generasi-Y atau pun lebih terkenal dengan gelaran Gen-Y. Salah satu sifat Gen-Y ini adalah mereka tidak akan komited dengan sesuatu melainkan mereka telah memahami betul-betul sesuatu perkara tersebut.


Dalam kita mendepani mad'u dan sahabat-sahabat bahkan dalam mendepani diri kita sendiri sebagai Gen-Y, adalah perlu sebuah kerasionalan dan sebuah 'rasa' diberi buat pemahaman Gen-Y ini. Dengan pemahaman inilah Gen-Y ini akan mampu bergerak laju merangka dan melaksana buah-buah kepemimpinan idealis laksana Baginda Nabi.


Namun, sekadar memahami tanpa disusuli ikhlas dan amal (gerakkerja tersusun), kita ibarat seorang pembaca buku yang hebat, tapi gagal membaca masyarakat sekeliling. Mampu memahami isu dan topik perbincangan tanpa mampu merasai pahit manis masyarakat sekeliling.


Berbagai tema dan motto boleh dibuat. Namun adakah realitinya tema dan motto itu dibumikan kedalam akhlak dan gerak kerja kita sehari-harian. " Hidup Biar Bermakna Menuju ALLAH", manifestasinya dimana? Blog pun jarang dikemaskinikan, hati pun kurang terjaga, ulangkaji pelajaran pun tiada kesungguhan, dimana maknanya sebuah perjalanan menuju ALLAH ini?


Hidup Biar Berjasa sebagai contoh satu lagi tema yang boleh difikirkan bersama. Adakah semata-mata motto yang dipalukan tanpa adanya ruang untuk hati, minda, jiwa, jasmani dan semangat kita memberikan MASA, RASA dan JASA kepada agama ALLAH?


Bercakap semua orang boleh bercakap. Menggoreng semua orang boleh menggoreng. Tapi sebelum bercakap menjelaskan kekalutan, pastikanlah pendirian dan kenal pasti isu tersebut berpandukan Quran dan Sunnah. Jangan semata-mata mahu menjuarai isu ummah, kita terleka dan terlupa yang kita sudah menari mengikut alunan nyanyian musuh.



Kegopohan kita menunjukkan kemenangan golongan-golongan munafik dalam memalu gendang dan menulis skrip sebuah kemenangan munafik yang mana kita adalah pelakon-pelakon tambahan tanpa berbayar pelengkap sebuah filem " Kalimah ALLAH, berhakkah mereka? ".


Teman, fahami isu, telusuri sirah Baginda, fahami al-Quran dan Sunnah, pelajari Fiqh Islami, pasti isu ini kita fahami secara menyeluruh, bukan sekadar tahu bercakap menggoreng isu kesana-sini sehingga hangit kulit ayam dibakar, sedang isinya tiada bermasak, dagingnya pejal tetaplah kaku!

Lama tidak menulis,tersipu melihat istiqamahnya mentor saya Ustaz Hasrizal dalam menulis memberi masa rasa dan jasa buat pemahaman ummah, memberi pencerahan minda, bukan sekadar menjuarai isu dan membuta tuli.

Katanya teman saya, Sharif Ahmad, itulah masalah bila buta isu. Penjelasan saya, melihat isu dari skrip musuh-musuh ALLAH, lalu menari mengikut petikan kecapi mereka, membuat kita hilang pertimbangan sunnatullah dan syariatullah. Hilang minda da'ie dan dakwah dalam diri kita, lalu menuding jari mempersalah golongan HAK untuk membawa gambaran sebenar bahawasanya Islam itu indah dan mudah. Inilah mereka-mereka yang termakan gula-gula munafik dalam membuat isu untuk dijuarai sendiri.

Banyakkan merenung, banyakkan bermusafir melihat Islam diluar Malaysia, bukan sekadar melihat dan mengamalkan Islam dari kerangka MELAYU semata-mata. Fahami isu, pelajari ilmu, teladani Rasulullah, tingkatkan jihad kelimuan, teruskan bekerja dengan kefahaman.

Jika kefahaman belum bersuluh, terangi dengan banyakkan pembacaan secara merujuk, bukan sekadar menjadi Ustaz Google yang segala-galanya ilmu datang dari internet. Internet memang ruang ilmu yang luas, tapi kerangka ilmu yang asas perlu diperkukuh terlebih dahulu, barulah FAQIH dan KOMPETEN kita rasai bersama.

Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tiada berbuah. Ilmu tanpa faham ibarat Kakak Tua yang hanya tahu berkata-kata, Ilmu dan amal tanpa Ikhlas... habis sirna segala jasa. Ikhlasnya gen-Y jika dapat memberi MASA, RASA dan JASA kepada semua golongan.

Moga Istiqamah.

Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Masa Itu Nyawa