Wednesday, December 16, 2009

Barah Hati


Salam akhir tahun.


Semalam aku tertidur pulas, kepenatan. Rutin biasa di awal semester menjengah. Tapi, fasa hidup kali ini lebih mencabar diri untuk membentuk diri.


Dalam tidur sekejap yang sangat-sangat berguna bagiku ini, aku bermimpi berjumpa Ustaz Bari. Dalam ketika berjumpa, terus ku bertanya kenapa aku menjadi tidak teratur, tidak terurus dan rasa hati sentiasa tak tenang.


Dengan senyum seorang guru yang mukhlis, Ustaz menjawab. Tinggalkanlah segala dosa-dosa yang sudah terbiasa aku lakukan. Benda-benda keburukan tuhlah menjadi barah bagi hati ku katanya.


Allahuakbar, benar sekali. kenapa hubungan aku dengan manusia kebelakangan ini semakin dingin? Sibuk sangatkah dengan jadual mesyuarat dan perbincangan? Tak. Persoalannya hubungan aku dengan ALLAH yang perlu diperbaiki terlebih dahulu.


Jika ada masalah hubungan aku dengan manusia, pasti puncanya aku mempunyai masalah dalam hubungan dengan ALLAH. Tiada yang boleh disalahkan melainkan diriku sendiri jua.


Melihat kembali, amalan-amalan wajib dan amalan-amalan yang aku wajibkan untuk diriku kian hari kian bertimbun. ALLAH... Macamana qiam ku? macamana wirid al-Quran ku? macamana mathurat ku? macamana puasa sunat ku? macamana adab-adab ku bersama sahabat, bersama guru-guru dan bersama ummi dan abah ku?


paling besar, macamana adab dan kredibiliti aku dihadapan ALLAH???


Dalam rona-rona kehidupan baru yang jadual perbincangan dan brainstorming lebih banyak dari jadual kelas ini, bagaimanakah seharusnya aku mengekalkan prestasi aku sebagai seorang hamba ALLAH yang faham, ikhlas, bertajarrud, dan menjaga semua hak-hak aku janji yang telah aku lafazkan dihadapan ALLAH?


Ada orang yang berjanji dengan persatuan dan terlalu obses dengan kehendak dan polisi persatuan sehingga dia terlupa dia sebenarnya ada perjanjian yang jauh lebih berat dan besar dengan ALLAHu jalla wa'ala.


Ada orang yang terlalu takutkan ancaman dunia dan terlalu prejudis terhadap kebenaran Islam, lalu nafsu diturutinya supaya perjuangan Islam disalah anggap dan dipandang serong segala orang yang berpenat lelah tanpa ada ruang untuk dirinya membuka minda.


Ada orang yang takut untuk meletakkan dirinya 100% dijalan ALLAH hanya kerana persoalan ukhuwah dan persoalan kisah-kisah lampau yang dibangkitkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab lagi memahami bahawasanya jalan ini jalan panjang.


Ada orang yang boleh tahan dengan ujian kesusahan, bahkan mampu sekali menimbulkan kesusahan kepada orang lain!!, tapi dia sendiri hanyut dan tenggelam dalam arus kesenangan yang mendesaknya memberikan prestasi yang terbaik buat tontonan manusia, bukan buat penilaian ALLAH.


Sungguh barah hati ini telah merebak dan menjalar kedalam rongga-rongga jiwa ramai orang yang berpersatuan, berorganisasi, berjemaah bahkan orang yang mengaku dirinya berjuang.


Apakah yang diperjuangkan? Hak persatuan? Pekerjaan? Gaji? Semuanya akan berakhir dengan satu konklusi bahawasanya perjuangan yang dinyatakan diatas hanyalah manifestasi dari satu teori yang kita semua telah tertipu dengan diri sendiri. Kita semua hanya bermain tenggelam timbul dalam teori materialistik, lalu melupakan akhirat.


Materialistik, atau kebendaan. Itulah hakikat yang dikejar-kejar oleh kita semua hari ini. Usah ditipu diri sendiri jika soal pokok ini pun belum kita selesaikan.
Persoalan akidah perjuangan.


Usah dibicara soal team building, soalan ibadah, maupun soal sikap jika persoalan pokok, "perjuangan ini adalah satu AQIDAH perjanjian kita dengan ALLAH" belum selesai dan belum jelas.


ALLAHUAKBAR!


Benarlah susunan rukun aku janji (baiah) yang disusun Imam Hasan al-Banna, bahawasanya persoalan pertama dan utama yang perlu diselesaikan adalah persoalan KEFAHAMAN.


Fahamkah kita tentang faham? fahamkah kita apa itu ikhlas? fahamkah kita apa itu tuntutan shahadah yang memerlukan suatu pembuktian?


Fahamkah kita...atau pun hati kefahaman kita telah ditutup oleh ALLAH disebabkan barah-barah dosa didalam hati kita yang selalu kita lazimi dari hari ke hari.


Muhasabah bersama jika saya dan anda seorang manusia...


*Ummi, doakan anakmu ini..

No comments:

Masa Itu Nyawa