Tuesday, December 29, 2009

Apa Gunanya Aku Belajar?

Hari-hari berlalu bagaikan angin lalu. Tapi angin lalu yang penuh makna. Sebenarnya ingin berkongsi tentang beberapa konsep falsafah sains yang baru dipelajari dari kuliah tadi. Tapi masa tidak mengizinkan.

Sekadar berkongsi pengalaman seorang peniaga, seorang anak, seorang pelajar, seorang abang, seorang kawan, seorang teman seorang sahabat, seorang da'ie, seorang pemain bola sepak yang terlalu mentah, seorang pengurus , seorang pemimpin, seorang pengikut, seorang anak usrah, seorang adik, seorang teman sebilik, seorang bakal suami, seorang bakal ayah, seorang seorang yang bermacam-macam seorang lagi yang bernama Mohd Nuruddin bin Mohamed.

Entah kenapa dan apa tujuan aku menulis kali ini? Tujuannya hanya untuk mengingatkan diri ini... Walau banyak mana sekalipun tanggungjawab dan bebanan diri, semua itu tidak bermakna jika aku melupakan hakikat sebenar aku hanyalah seorang hamba yang musafir lalu.

Hamba yang bagaikan pedagang yang berhenti di pohon rendang untuk berehat, lalu meneruskan semula perjalanan, seorang hamba yang hanyalah memasuki sebuah rumah melalui pintu depannya dan keluar melalui pintu belakangnya. Itulah perumpamaan-perumpamaan indah dari Baginda dan Nabi Nuh tentang detik-detik masa seperti dihuraikan Dr Yusuf Qardhawi didalam kitabnya, al-waqt fi hayatil-insan (detik-detik masa dalam kehidupan manusia).

Sibuk sangatkah aku sehingga terkeluar satu soalan yang tidak sepatutnya ditanya kepada Dr Ibrahim ? "what is the importance for me to learn and know this things in my practical life"?

Patut atau tidak patut, Dr Ibrahim Shogar telah memberi jawapan yang menghilangkan mengantuk aku didalam kuliah falsafah yang sememangnya mencabar konsentrasi.

Selepas riadhah petang ini (akal yang sihat berada pada badan yang sihat) dan ada kelapangan insyaALLAH akan saya kongsikan jawapan mudah Dr Ibrahim Shogar.



Moga dipanjangkan umur dalam redha-Nya

No comments:

Masa Itu Nyawa