Wednesday, December 16, 2009

Andai Dapat Ku Undur Masa


Dalam sejuk merajuk seketika..

Kau menyangka aku pergi kerana dia..


Belum sempat ku jernihkan suasana..

engkau pula yang hilang entah ke mana..


puas sudah ku mencari..

kutinggalkan pesan tuk ku kirimkan..


berita agar dapat ku temui..

dirimu umpama sebutir permata.. yang sirna..


andai dapat..

ku undurkan waktu dalam dunia..


ingin ku ubah semula..

kata-kata dan tingkah laku ku..

yang salah agar dapat kita seiring menuju redha-Nya..


penyesalan yang tak ada kesudahan..
[ Nur feat AxIs...]




* Entah penyakit apa melanda telinga dan tangan ini untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Mungkin ada teman ziarah boleh memberi jawapan dan tekaan persepsi terhadap perubahan tingkah laku dan gerak tangan ini untuk menyatakan sesuatu.


Berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul. Sahabat saya, Sharif Ahmad selalu mengingatkan supaya membuat sesuatu biarlah yang mendatangkan hasil. Tumpukan usaha pada sesuatu yang mendatangkan hasil.


Ada sesuatu yang ingin yang saya ingin kongsikan dalam post kali ini.


Andai dapat ku undur masa? Andai dan bermacam andaian lagi boleh mengeruhkan persepsi minda dan pemahaman yang sepatutnya jelas tanpa ragu lagi.


Andainya aku memilih dia sebagai teman aku, pasti aku akan bahagia dan banyak aktiviti boleh dilaksanakan bersama-sama. Andai aku belajar bersungguh-sungguh, pastilah aku takkan menyusahkan ramai orang seperti sekarang. Andai aku tak menyatakan benda itu dulu, pastilah dia masih boleh menerima aku sebagai sahabat. Andai dan andai.


Satu kerangka pemikiran yang lari dari sifat kehambaan sebagai seorang hamba ALLAH jika kita masih bermain dengan andaian. Lari dari sifat redha terhadap ketentuan-Nya, lari dari sifat Qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada dalam konteks duniawi).


Namun dalam konteks hubungan sesama manusia, andai dan andai masih boleh di ambil kira buat menjadi renungan dan muhasabah.


Biarlah dengan air mata mengalir saat melafazkan kata TIDAK kepada kebathilan, walaupun mungkin akan ada hati yang mungkin terguris dan tercalar buat selama-lamanya. Namun, tiada lagi andaian dan andaian jika kita yakin ketentuan-Nya.


Biarlah pahit atau pedih ke ulu hati dalam membuat keputusan, namun itulah manifestasi cinta sejati. Manifestasi supaya keputusan kita tidak lari dari kehendak-Nya, bukan dengan kehendak mainan berbolak-balik ragu paluan syaitan dan bisikan nafsu.


Meletakkan diri 100% dijalan-Nya bererti menolak segala benda yang boleh menjejaskan matlamat jalan yang sukar dan panjang ini dari mengganggu kesucian batin dan emosi.


Namun, bukanlah bererti dengan menolak pemikiran andai dan kalau ini, saya takkan merujuk kepada sejarah silam. Segala kesilapan lalu sebenarnya adalah ubat mujarab yang terlalu amat pahit untuk ditelan dimasa silam.


Bukalah kembali lembaran kesilapan itu buat renungan supaya tiada lagi yang terluka mau pun menjauhkan diri kerana kelemahan diri.


Terima kasih buat 'musuh-musuh'ku yang sebenarnya adalah orang-orang yang kucintai kerana kalianlah banyak membentuk diri ini menjadi seperti ini hari ini.


Terima kasih buat insan-insan yang mengutuk dan mengeji diri ini kerana kalianlah sebenarnya sayangkan diri ini supaya menjadi insan berguna yang lebih baik dari hari semalam.


Tiada yang ingin ku kesali dari mengenali kalian-kalian kerana pertemuan dengan kalian sungguh bermakna dan membawa cahaya baru buat diriku.


Walau datangnya kalian-kalian menghiris hati dan pemikiran, namun kalianlah sebenar-benar teman yang ku cari buat membetulkan diri.


Walaupun mungkin hati ini masih belum mampu untuk menghadapi kalian secara bermuka, namun diri ini tetap bersyukur dan sekali lagi ingin mengucapkan segala puji hanya milik-Nya kerana menghadiahkan kalian semua dalam bentuk yang sungguh unik dalam diari memori hidup ini.


Tiada ragu lagi dalam diri ku. Jika benar kalian menerima masih diri ku ini, diri ini sentiasa terbuka buat semua teman dan lawan. Kerana sesungguhnya diri ini telah menetapkan aku tetap adalah seorang hamba dan khalifah-Nya walau dimana jua aku dicampakkan.


Sesungguhnya solatku,

amalan-amalanku,

hidupku,

matiku,

hanyalah milik-Nya dan kerana-Nya.


Moga diri ini pergi dengan hati dan jiwa yang selamat.

Abu Fateh,

25200 Kuantan.

No comments:

Masa Itu Nyawa