Tuesday, December 29, 2009

Apa Gunanya Aku Belajar?

Hari-hari berlalu bagaikan angin lalu. Tapi angin lalu yang penuh makna. Sebenarnya ingin berkongsi tentang beberapa konsep falsafah sains yang baru dipelajari dari kuliah tadi. Tapi masa tidak mengizinkan.

Sekadar berkongsi pengalaman seorang peniaga, seorang anak, seorang pelajar, seorang abang, seorang kawan, seorang teman seorang sahabat, seorang da'ie, seorang pemain bola sepak yang terlalu mentah, seorang pengurus , seorang pemimpin, seorang pengikut, seorang anak usrah, seorang adik, seorang teman sebilik, seorang bakal suami, seorang bakal ayah, seorang seorang yang bermacam-macam seorang lagi yang bernama Mohd Nuruddin bin Mohamed.

Entah kenapa dan apa tujuan aku menulis kali ini? Tujuannya hanya untuk mengingatkan diri ini... Walau banyak mana sekalipun tanggungjawab dan bebanan diri, semua itu tidak bermakna jika aku melupakan hakikat sebenar aku hanyalah seorang hamba yang musafir lalu.

Hamba yang bagaikan pedagang yang berhenti di pohon rendang untuk berehat, lalu meneruskan semula perjalanan, seorang hamba yang hanyalah memasuki sebuah rumah melalui pintu depannya dan keluar melalui pintu belakangnya. Itulah perumpamaan-perumpamaan indah dari Baginda dan Nabi Nuh tentang detik-detik masa seperti dihuraikan Dr Yusuf Qardhawi didalam kitabnya, al-waqt fi hayatil-insan (detik-detik masa dalam kehidupan manusia).

Sibuk sangatkah aku sehingga terkeluar satu soalan yang tidak sepatutnya ditanya kepada Dr Ibrahim ? "what is the importance for me to learn and know this things in my practical life"?

Patut atau tidak patut, Dr Ibrahim Shogar telah memberi jawapan yang menghilangkan mengantuk aku didalam kuliah falsafah yang sememangnya mencabar konsentrasi.

Selepas riadhah petang ini (akal yang sihat berada pada badan yang sihat) dan ada kelapangan insyaALLAH akan saya kongsikan jawapan mudah Dr Ibrahim Shogar.



Moga dipanjangkan umur dalam redha-Nya

Monday, December 28, 2009

"Ingat Sokmo Hok Saim-Saim Pesey"



Pesan teman saya Tengku Faris Syafiq :
Fokus! Fokus!. Lalu tersenyum. Sahabat yang murah dengan senyuman dan budi pekerti.

Pesan teman saya Sharif Ahmad :
Buat apa-apa, kita kena ada perancangan dan fokus pada apa yang mendatangkan hasil.

Pesan teman saya 'abe' Afif Rabbani :
Asasnya dua sahaja. Time management dan Sikap kita.

Pesan teman saya Abdul Rahman al-Azmi :
Letak ke tepi semua 'benda-benda' itu. Fokus pada apa yang ingin dicapai.

Pesan teman saya Mujahid :
Jangan keterlaluan. Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Bersederhanalah

Pesan teman (mentor) saya, abang Ubaidillah bin Abdullah :
Kelemahan generasi muda sekarang adalah terlalu lemah dalam pembacaan dan terlalu malas untuk membaca..

Pesan teman saya AL-QURAN...
Jangan lupa baca saya, jangan lupakan saya supaya nanti saya pun tak lupakan awak kelak. Jangan melawan kata saya, takut-takut saya melaknat awak dengan sebesar-besar laknat nanti.. Jangan rendahkan saya dari kedudukan dalam hati awak, nanti saya takkan lekat dalam hati awak. Jangan mencintai orang-orang yang tidak mencintai saya, nanti hilang cinta awak kepada saya. Jangan biarkan diri saya dihina dikeji, saya takut awak dihina direndah-rendahkan kerana tidak mempertahankan saya...

Jangan dan jangan yang membawa konotasi negatif yang perlu difahami secara psikologi berbalik supaya kita selalu beringat dan diingatkan..

Asyiknya Bercinta..

Sebagaimana manusia yang
sering berjumpa akan melahirkan
perasaan sayang...

Pelajaran juga apabila selalu dikaji
dan diteliti akan melahirkan
perasaan sayang jua...

al-Quran lebih-lebih lagi
apabila sering dibaca difahami
ditadabbur dan diamalkan
akan melahirkan perasaan sayang...
rindu... cinta... yang amat kepada ALLAH..

Kata Tanpa Makna,
Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Friday, December 25, 2009

Sang Murabbi Itu Hammurabi Ke?




" Eh, jom, jom kita pergi tengok cerita Sang Murabbi malam ni"

"Sang Murabbi? Apa tu? pasal Hammurabi ke?"

Itulah dialog ringkas antara saya dengan rakan seuniversiti berlainan pengkhususan. Bukan cerita Sang Murabbi menjadi fokus saya kali ini. Tetapi, kepedulian dan pengetahuan tentang perkara sekeliling dan dunia Islami yang di anggap angan-angan oleh manusia-manusia yang hilang nilai 'common sense'.

3 hari yang lepas, ada seorang sahabat yang saya hormati menemui saya menceritakan permasalahan kepimpinan. Mungkin ada kaitan dengan cerita Sang Murabbi bagi sesiapa yang dapat mengaitkannya. Ceritanya tentang bola sepak.

" Din, meh kawe nak bagitahu demo. Tadi kawe sampai kat padang 5.45 petang. Janji nak main 6.00 petang. Tapi, ada orang-orang 'penting' dalam persatuan kita nih datang 6.15 petang. Malu kawe din malu. Kawe jong ngurus benda ni kawe lah malu sangat-sangatnya dengan pihak lawan kita"

" Oh, sori ji. Tadi aku ada meeting dan aku oyat awal-awal mungkin aku tak dapat join friendly match untuk petang ni. Dan mumkin, kalau aku memang sibuk macamni lagi n tak dapat bagi komitmen untuk kulliyyah intersport games nanti, aku rasa kena pertimbang untuk tarik diri dari team bola ni. "

" Takpolah din, takdi aku dah sound semua orang. Kita kena ingat, nanti match betul-betul kalau kita lewat 5 minit, kita dikira kalah dengan kekalahan 3-0. Dan aku bagitahu dah tadi, lepas-lepas ni, korang nak main, main lah. Aku taknak main dah dengan sikap korang yang masih tak berubah-ubah lagi ni."

-Tergamam saya dengan kenyataannya itu- Ji, masih ada waktu dan ruang untuk kita perbaiki kelompangan ini. Inilah masalah yang timbul bila rapuhnya peribadi, hilangnya rasa kebersamaan. Masih ada waktu untuk aku bertindak membaiki suasana. Moga semuanya lancar kearah kebaikan.

" Tuh satu din. Lagi satu, mum ada tak masa Allahyarhamah isteri Ust Mohd Ali meninggal hari tu?"

" Ish, takkan mu tak ingat dah jie. Kan kita solat jenazah kat umah Ust hari tu sama-sama?"

"A'a, sori. Takdoklah, meh nak bagitahu. Aku bukey gapo. Benda ni benda basic benda asas. Benda kematian ni kalau tadok perasaan jugok tak tahu lah. Ada orang-orang penting tuh boleh dia buat tak tahu je dengar berita kematian ni? Duk rumah tidurlah, main gamelah, pergi shoppinglah. Allahuakbar.. aku tok tahu lah din. Ini kah pemimpin yang kita nak?"

" Benda ni benda asas. Takkanlah orang mati pun nak tunggu orang jemput kita dengan surat untuk gi melawat kematian? Ko mum rasa gane din?"

-Terdiam saya dibuatnya mendengar realiti yang berlaku dikalangan sahabat-sahabat rakan rakan seuniversiti.-

Teringat saya tentang beberapa peringatan Baginda tentang kepimpinan :

" Jika tidak dapat ia menjaga rakyatnya dengan nasihatnya, ia tidak akan mendapati bau syurga " - Bagaimana untuk pemimpin menjaga rakyatnya jika dirinya sendiri pun sudah hilang common sense. Kematian adalah common sense paling asas indikator hidupnya hati kita. Sekarang persoalannya, masih hidupkah hati kita?

Tiada masalah untuk hidup seperti orang ramai, bershopping-shopping, bermain game. Tapi jangan biarkan kita hanyut dengan salah satu dari alat propaganda yahudi untuk merosakkan remaja-remaja Islam supaya lupa dari memikirkan masalah ummat. Usah diharap untuk bicara Palestin mau pun perjuangan jika soal common sense dan pedulisme tentang masalah disekeliling yang asas seperti kematian pun kita biar bagaikan angin lalu.

Masih banyak ingin dibicara, tapi biarlah hati merehatkan keluar masuk darah buat seketika supaya diri ini menulis dengan tenang dan bermatlamat.

Renungkan satu lagi kalam Baginda dari riwayat Muslim :

Tidak ada seorang pemimpin pun yang dilantik untuk urusan kaum Muslimin kemudian ia tidak bersusah payah untuk mereka dan menasihati mereka, kecuali tidak dimasukkannya ke dalam syurga bersama-sama mereka. - Dipetik dari buku Jalan Dakwah : Antara Qiyadah dan Jundiyah (Jalan Dakwah : Antara Kepimpinan dan Tentera (pengikutnya))

Apa gunanya menjadi pemimpin jika mengheret diri ke lembah neraka? Masih ada waktu untuk kita berubah sebelum ajal datang menjelma.


Sunday, December 20, 2009

Selamat Hari Lahir Buat Diri - Andainya Sehati Sejiwa




Lafaz apa yang mesti ku ungkap,
untuk aku luahkan harapan
yang bergelora disudut hati
setelah kita berjauhan,


mengertilah sebenarnya rindu,
bukan hilang didalam lamunan,
sampai bilakah mesti ku nanti ,
kekasih yang sehati...
tiada .. pernah aku menyesali..
biarpun.. kemilaunya sering dikhianati mimpi..
namun.. ternyata keindahan itu..
tak sekali terhakis musim yang berjuta..


suka duka ku silih berganti,
walau pedih ku tabah untuk menanti,
keasyikannya terasa jua..
seandainya kita sehati sejiwa..


mendung cinta berarak berpisah,
tersingkaplah rindumu tika disenja,
yang membenam segala sangsi ku,
kasih sayang yang akan ku pertahankan..

[Nur feat Axl's : Andai kita sehati sejiwa..]



Sudah 23 tahun ya duhai diri?

Semalam banyak pesanan buat diri

Hari ini dan semalam ada hadiah buat diri.

Terima kasih insan-insan ikhlas yang menghadiahkan beberapa penghormatan buat diri,
menghadiahkan buku nota hati seorang lelaki karya Pahrol M. Juoi (sudah lama ingin memiliki buku ini), menghadiahkan buku pemilik cintaku selepas ALLAH dan Rasul karya Fatimah Syarha (sudah lama juga ingin memiliki buku ini, namun banyak benda perlu ditahan kehendak diri ini sekarang).

Segala penghormatan dan hadiah ini saya kembalikan kepada pemilik jiwa saya, ALLAH Maha Besar. Moga memudahkan rintisan saya menuju-Nya penuh makna keredhaan dan kerahmatan.


Kenapa lagu sehati sejiwa menjadi tema hari lahir ku?

Kerana aku rindu pada seorang teman,
Ingin mohon maaf pada seorang teman,
Ingin cinta dan terus mencintai teman seorang ini,
ingin bersama dari sekarang hingga kesyurga bersama teman yang satu ini,
Teman yang banyak membaiki diriku,
Teman yang banyak menolong aku,
Teman yang sentiasa mendengar masalah hati ku,
Teman hati yang takkan terganti,

Teman yang sentiasa tegas membimbing aku,
sentiasa terus menegur kejahatan ku,
sentiasa membalas terus keburukan diriku,
teman yang sanggup MENEMANIKU DIDALAM KUBUR..




AL-QURAN....


Teman abadi yang akan aku pertahankan!




Lafaz apa yang mesti ku ungkap?

untuk aku luahkan harapan
yang bergelora disudut hati?

setelah kita berjauhan (KERANA DOSA-DOSAKU)

mengertilah sebenarnya rindu
bukan hilang didalam lamunan (JAUH DILUBUK HATI INI MAHUKAN KESUCIAN HATI)

sampai bilakah mesti ku nanti (BACALAH AYAT-AYAT QURAN INI..)

kekasih yang sehati...
tiada .. pernah aku menyesali.. (KALAM-MU SUNGGUH TIADA TANDINGAN)

biarpun.. kemilaunya sering dikhianati mimpi.. (MIMPI BISIKAN SYAITAN DAN NAFSU)

namun.. ternyata keindahan itu..
tak sekali terhakis musim yang berjuta..
suka duka ku silih berganti,
walau pedih ku tabah untuk menanti (MENANTI BENAR-NYA JANJI RABBI)

keasyikannya terasa jua..(DALAM MENTADABBUR AYAT-AYAT MU)

seandainya kita sehati sejiwa..
mendung cinta berarak berpisah,
tersingkaplah rindumu tika disenja
(MEMBACA MEMAHAMI AYAT-AYAT MU PAGI DAN PETANG)

yang membenam segala sangsi ku,
kasih sayang yang akan ku pertahankan..

DEMI ALLAH TERCINTA, al-Quran dihati.. Ameen



Abu Fateh,
25710 Kuantan.

Wednesday, December 16, 2009

Andai Dapat Ku Undur Masa


Dalam sejuk merajuk seketika..

Kau menyangka aku pergi kerana dia..


Belum sempat ku jernihkan suasana..

engkau pula yang hilang entah ke mana..


puas sudah ku mencari..

kutinggalkan pesan tuk ku kirimkan..


berita agar dapat ku temui..

dirimu umpama sebutir permata.. yang sirna..


andai dapat..

ku undurkan waktu dalam dunia..


ingin ku ubah semula..

kata-kata dan tingkah laku ku..

yang salah agar dapat kita seiring menuju redha-Nya..


penyesalan yang tak ada kesudahan..
[ Nur feat AxIs...]




* Entah penyakit apa melanda telinga dan tangan ini untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Mungkin ada teman ziarah boleh memberi jawapan dan tekaan persepsi terhadap perubahan tingkah laku dan gerak tangan ini untuk menyatakan sesuatu.


Berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul. Sahabat saya, Sharif Ahmad selalu mengingatkan supaya membuat sesuatu biarlah yang mendatangkan hasil. Tumpukan usaha pada sesuatu yang mendatangkan hasil.


Ada sesuatu yang ingin yang saya ingin kongsikan dalam post kali ini.


Andai dapat ku undur masa? Andai dan bermacam andaian lagi boleh mengeruhkan persepsi minda dan pemahaman yang sepatutnya jelas tanpa ragu lagi.


Andainya aku memilih dia sebagai teman aku, pasti aku akan bahagia dan banyak aktiviti boleh dilaksanakan bersama-sama. Andai aku belajar bersungguh-sungguh, pastilah aku takkan menyusahkan ramai orang seperti sekarang. Andai aku tak menyatakan benda itu dulu, pastilah dia masih boleh menerima aku sebagai sahabat. Andai dan andai.


Satu kerangka pemikiran yang lari dari sifat kehambaan sebagai seorang hamba ALLAH jika kita masih bermain dengan andaian. Lari dari sifat redha terhadap ketentuan-Nya, lari dari sifat Qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada dalam konteks duniawi).


Namun dalam konteks hubungan sesama manusia, andai dan andai masih boleh di ambil kira buat menjadi renungan dan muhasabah.


Biarlah dengan air mata mengalir saat melafazkan kata TIDAK kepada kebathilan, walaupun mungkin akan ada hati yang mungkin terguris dan tercalar buat selama-lamanya. Namun, tiada lagi andaian dan andaian jika kita yakin ketentuan-Nya.


Biarlah pahit atau pedih ke ulu hati dalam membuat keputusan, namun itulah manifestasi cinta sejati. Manifestasi supaya keputusan kita tidak lari dari kehendak-Nya, bukan dengan kehendak mainan berbolak-balik ragu paluan syaitan dan bisikan nafsu.


Meletakkan diri 100% dijalan-Nya bererti menolak segala benda yang boleh menjejaskan matlamat jalan yang sukar dan panjang ini dari mengganggu kesucian batin dan emosi.


Namun, bukanlah bererti dengan menolak pemikiran andai dan kalau ini, saya takkan merujuk kepada sejarah silam. Segala kesilapan lalu sebenarnya adalah ubat mujarab yang terlalu amat pahit untuk ditelan dimasa silam.


Bukalah kembali lembaran kesilapan itu buat renungan supaya tiada lagi yang terluka mau pun menjauhkan diri kerana kelemahan diri.


Terima kasih buat 'musuh-musuh'ku yang sebenarnya adalah orang-orang yang kucintai kerana kalianlah banyak membentuk diri ini menjadi seperti ini hari ini.


Terima kasih buat insan-insan yang mengutuk dan mengeji diri ini kerana kalianlah sebenarnya sayangkan diri ini supaya menjadi insan berguna yang lebih baik dari hari semalam.


Tiada yang ingin ku kesali dari mengenali kalian-kalian kerana pertemuan dengan kalian sungguh bermakna dan membawa cahaya baru buat diriku.


Walau datangnya kalian-kalian menghiris hati dan pemikiran, namun kalianlah sebenar-benar teman yang ku cari buat membetulkan diri.


Walaupun mungkin hati ini masih belum mampu untuk menghadapi kalian secara bermuka, namun diri ini tetap bersyukur dan sekali lagi ingin mengucapkan segala puji hanya milik-Nya kerana menghadiahkan kalian semua dalam bentuk yang sungguh unik dalam diari memori hidup ini.


Tiada ragu lagi dalam diri ku. Jika benar kalian menerima masih diri ku ini, diri ini sentiasa terbuka buat semua teman dan lawan. Kerana sesungguhnya diri ini telah menetapkan aku tetap adalah seorang hamba dan khalifah-Nya walau dimana jua aku dicampakkan.


Sesungguhnya solatku,

amalan-amalanku,

hidupku,

matiku,

hanyalah milik-Nya dan kerana-Nya.


Moga diri ini pergi dengan hati dan jiwa yang selamat.

Abu Fateh,

25200 Kuantan.

Barah Hati


Salam akhir tahun.


Semalam aku tertidur pulas, kepenatan. Rutin biasa di awal semester menjengah. Tapi, fasa hidup kali ini lebih mencabar diri untuk membentuk diri.


Dalam tidur sekejap yang sangat-sangat berguna bagiku ini, aku bermimpi berjumpa Ustaz Bari. Dalam ketika berjumpa, terus ku bertanya kenapa aku menjadi tidak teratur, tidak terurus dan rasa hati sentiasa tak tenang.


Dengan senyum seorang guru yang mukhlis, Ustaz menjawab. Tinggalkanlah segala dosa-dosa yang sudah terbiasa aku lakukan. Benda-benda keburukan tuhlah menjadi barah bagi hati ku katanya.


Allahuakbar, benar sekali. kenapa hubungan aku dengan manusia kebelakangan ini semakin dingin? Sibuk sangatkah dengan jadual mesyuarat dan perbincangan? Tak. Persoalannya hubungan aku dengan ALLAH yang perlu diperbaiki terlebih dahulu.


Jika ada masalah hubungan aku dengan manusia, pasti puncanya aku mempunyai masalah dalam hubungan dengan ALLAH. Tiada yang boleh disalahkan melainkan diriku sendiri jua.


Melihat kembali, amalan-amalan wajib dan amalan-amalan yang aku wajibkan untuk diriku kian hari kian bertimbun. ALLAH... Macamana qiam ku? macamana wirid al-Quran ku? macamana mathurat ku? macamana puasa sunat ku? macamana adab-adab ku bersama sahabat, bersama guru-guru dan bersama ummi dan abah ku?


paling besar, macamana adab dan kredibiliti aku dihadapan ALLAH???


Dalam rona-rona kehidupan baru yang jadual perbincangan dan brainstorming lebih banyak dari jadual kelas ini, bagaimanakah seharusnya aku mengekalkan prestasi aku sebagai seorang hamba ALLAH yang faham, ikhlas, bertajarrud, dan menjaga semua hak-hak aku janji yang telah aku lafazkan dihadapan ALLAH?


Ada orang yang berjanji dengan persatuan dan terlalu obses dengan kehendak dan polisi persatuan sehingga dia terlupa dia sebenarnya ada perjanjian yang jauh lebih berat dan besar dengan ALLAHu jalla wa'ala.


Ada orang yang terlalu takutkan ancaman dunia dan terlalu prejudis terhadap kebenaran Islam, lalu nafsu diturutinya supaya perjuangan Islam disalah anggap dan dipandang serong segala orang yang berpenat lelah tanpa ada ruang untuk dirinya membuka minda.


Ada orang yang takut untuk meletakkan dirinya 100% dijalan ALLAH hanya kerana persoalan ukhuwah dan persoalan kisah-kisah lampau yang dibangkitkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab lagi memahami bahawasanya jalan ini jalan panjang.


Ada orang yang boleh tahan dengan ujian kesusahan, bahkan mampu sekali menimbulkan kesusahan kepada orang lain!!, tapi dia sendiri hanyut dan tenggelam dalam arus kesenangan yang mendesaknya memberikan prestasi yang terbaik buat tontonan manusia, bukan buat penilaian ALLAH.


Sungguh barah hati ini telah merebak dan menjalar kedalam rongga-rongga jiwa ramai orang yang berpersatuan, berorganisasi, berjemaah bahkan orang yang mengaku dirinya berjuang.


Apakah yang diperjuangkan? Hak persatuan? Pekerjaan? Gaji? Semuanya akan berakhir dengan satu konklusi bahawasanya perjuangan yang dinyatakan diatas hanyalah manifestasi dari satu teori yang kita semua telah tertipu dengan diri sendiri. Kita semua hanya bermain tenggelam timbul dalam teori materialistik, lalu melupakan akhirat.


Materialistik, atau kebendaan. Itulah hakikat yang dikejar-kejar oleh kita semua hari ini. Usah ditipu diri sendiri jika soal pokok ini pun belum kita selesaikan.
Persoalan akidah perjuangan.


Usah dibicara soal team building, soalan ibadah, maupun soal sikap jika persoalan pokok, "perjuangan ini adalah satu AQIDAH perjanjian kita dengan ALLAH" belum selesai dan belum jelas.


ALLAHUAKBAR!


Benarlah susunan rukun aku janji (baiah) yang disusun Imam Hasan al-Banna, bahawasanya persoalan pertama dan utama yang perlu diselesaikan adalah persoalan KEFAHAMAN.


Fahamkah kita tentang faham? fahamkah kita apa itu ikhlas? fahamkah kita apa itu tuntutan shahadah yang memerlukan suatu pembuktian?


Fahamkah kita...atau pun hati kefahaman kita telah ditutup oleh ALLAH disebabkan barah-barah dosa didalam hati kita yang selalu kita lazimi dari hari ke hari.


Muhasabah bersama jika saya dan anda seorang manusia...


*Ummi, doakan anakmu ini..

Monday, December 7, 2009

Aku Tegur Pun Salah..


Assalamualaikum Pak Mat.

Waalaikummussalam. Haa, hang. Macamana cuti? Hehe, mesti best noo cuti lama.

Eheh, tadak la Pak Mat. Cuti macam biasa lah duk rumah. Basuh kegheta ya Pak Mat?

A'a. Ni lah, kegheta aku g ambik Doktor dari Rusia ni tadi, pastuh gi parking kat bawah porch depan nu nun. Pastu bughung gi beghak la pulak. Esok orang nak bawak kereta ni gi KL lagi.

Oh.. Dak aih Pak Mat nak tanya ni. Pak Mat tau tak kat mana tempat-tempat orang duk 'dating' duk 'couple-couple' ni dalam UIA ni tak?

Kat mana lagi? Dekat-dekat meja makan mahallah tuh pun ramai. Mana lagi? Malaih eh aku nak cakap banyak. Korang pun dah besaq panjang. Umur-umur korang ni 22, 23, 24, tahun baya-baya anak aku lah ni. Tapi korang tak hormat pun orang-orang macam aku. Yang aku tegur, menjawab melawan aku balik pun ada.

Ya lah, aku ngaji tak tinggi macam koghang. Aku Malaih nak ceghita je, kan aku tegur ada lah orang-orang atas mula tegur aku. Pernah aku tegur, ada pulak Pakgad kata tu bukan bidang tugas aku.

Pernah aku tegur soghang budak tuh dia dengan pakai kain pelikat aje nak pergi hantaq awek dia ke mahallah. Aku tanya "hang hantar dia sampai sini dia takut ke nak balik ke mahallah dia"? Mak bapak hang kalau tau hang buat benda macamni apa hang nak jawab? Aku tanya, tanya dan tanya lagi sampai dia diam. Terus dia blah tinggal awek dia tuh.

Em..yang tuh rasanya Pak Mat pernah cerita kat saya..

Haa. tau pun. Ada lagi pernah jugak aku tegur budak lain, dia duk dating ngan awek dia. Pastuh dia menjawab. Ni lah budak-budak zaman sekarang. Aku tegur bukan aku nak menyibuk, bukan aku saja-saja tadak kerja.

Benda ni benda tanggungjawab. UIA? Katanya Islam, nih aku nak bawak benda-benda nak bagi baik untuk UIA pun aku kena tegur. Sebab apa? sebab ada lah orang-orang yang nak jaga budak-budak ni.

Hang tengok, hang tak tegor, hang terlibat! Jangan ingat hang tak buat apa-apa hang selamat. Sebab tuh aku tegur anak-anak kita ni.

Pernah sekali tuh aku tegur sorang budak pakai seluar ketat. Pompuan, tapi seluar ketat. Aku tanya dia, hang mai sini nak belajar ka nak tunjuk fesyen??. Terus senyap tak kkata apa budak tuh.

Eh, UIA nih dah cukup bbaik tau! Universiti sedia mahallah, sedia baih (bas), sedia tuh sedia nih, mak ayah bagi duit, bagi kete (kereta), bagi motor bagi benda tu benda ni, kamu datang UIA nak buat rosak UIA pulak. UIA, Universiti Islam dah tuh, tapi kamu datang sini buat perangai-perangai tak Islam.

Orang buat universiti elok-elok, kamu datang sini nak rosakkan benda elok suasana elok yang orang dah buat. Itulah yang aku sedih nih.

Ni lah masalahnya bila anak-anak duk jauh dari mak ayah. Dah rasa diri besar dan nak tunjuk perangai. Koghang kat rumah korang boleh disiplin, bila mak ayah tadak depan mata ginilah jadinya.

Dulu aku pernah jadi gad (security) kat kolej swasta. Aku tegur jugak student2, sampai Doktor dia bagi penghargaan kat aku. Aku bukan nak penghargaan tuh. Benda nih benda asas. Tanggungjawab kita.

Tuh aku tak ceghita lagi bab naik keta laki pompuan balik-balik tengah malam. kalu laki pompuan kluar sama-sama balik lewat malam tuh apa niat tuh? Buat kerja apa tuh? Pak gad bukan tanak tegur. Diorang pun dah bosan dah dengan perangai korang yang dah besar tapi tak matang-matang lagi ni.

Aku bulih tunjuk satu-satu keta mana bawak kuar pelajar pompuan.

Uish Pak Mat...banyak ke? (aku bertanya)

Hang nak tau, hang pi tunggu kat pondok gad (security). Hang tunggu tengok keta-keta kuar masuk UIA.

Aduh Pak Mat.. letihla macam ni...OK lah Pak Mat, banyak lagi nak borak dan tanya ni. Tapi jap ek nak jawab panggilan telefon ni jap.

OK, hang tulis no telefon hang kat sini (sambil menghulurkan secebis kertas kepada ku ). Nanti aku tengok benda-benda tak elok lagi, boleh aku telefon hang terus mai tengok sendiri.

Ok, Tima kasih Pak Mat.


**** Apakah masih hidup wahai hati-hati yang cintakan ALLAH. Dakwah adalah tanggungjawab mengajak kearah kebaikan yang dipikul secara bersama. Ayuh hidupkan hati kita untuk membina suasana yang baik, mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran****

*****Hang tengok, hang tak tegor, hang terlibat! Jangan ingat hang tak buat apa-apa hang selamat.****

= Kita tengok sahaja kemungkaran berlaku, kita tak tegur (taknak atau tak ada kekuatan atau malas atau buat-buat tak nampak atau ke hati kita memang dah mati betul?)

Lihatlah betapa tinggi kesedaran dakwah dan agungnya Islam dalam diri seorang pemandu bas.... Dimana nilai kita sebagai anak muda dan pelajar Universiti dimata ALLAH??

ALLAH..

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud : " Barangsiapa melihat kemungkaran hendaklah mengubahnya (mencegah) dengan tangannya (dimaksudkan disini dengan kuasa dan kemampuan), jika tidak mampu hendaklah dengan lidahnya jika tidak mampu juga hendaklah dengan menggunakan hatinya (membenci perbuatan mungkar tersebut). Dan (dengan hati ini) adalah selemah-lemah Iman...."

Ada juga satu sabda baginda yang lebih kurang maksudnya berbunyi begini (maaf, saya terlupa matannya, jika salah tolong betulkan) :

" Barangsiapa melihat kemungkaran hendaklah mengubahnya (mencegah) dengan tangannya (dimaksudkan disini dengan kuasa dan kemampuan), jika tidak mampu hendaklah dengan lidahnya jika tidak mampu juga hendaklah dengan menggunakan hatinya (membenci perbuatan mungkar tersebut). Dan (dengan hati ini) adalah selemah-lemah Iman... jika tiada benci didalam hatinya, itu menandakan tiadalah Iman didalam hatinya walaupun sebesar zarah...

ALLAHUAKBAR...
ALLAHUMMA AHYINA BIL IMAN...
WA AMIT BIL IMAN....
WAHSYURNA BIL IMAN....
WA ADKHILNAL JANNATA MA'AL IMAN....

Ya ALLAH hidupkanlah kami dengan Iman....
matikanlah kami dengan Iman....
kumpulkanlah kami (di hari Mahsyar) dengan Iman....
dan masukkanlah kami ke dalam syurga dengan Iman.....

* Seorang pemandu bas telah melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkarnya dan mempunyai jawapan bila bertemu dan ditanyakan oleh ALLAH kelak akan tanggungjawabnya.
Kita macamana?

Sebarang komen atau cadangan efektif untuk peningkatan kesedaran atau penguatkuasaan mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran bolehlah dikongsikan bersama di blog ini. http://nuruddinzenki.blogspot.com/ atau pun http://iiumkcampro.blogspot.com/ . Atau pun jua mungkin perkongsian dari tempat berbeza bersama dengan perspektif sudut pandang yang berbeza juga amat-amat di alu-alukan.


Kalam Nurzein,
Abu Fateh,
25200 Kuantan.

Saturday, December 5, 2009

Puncanya Satu Sahaja...


Semalam saya balik dari majlis makan kesyukuran dan doa selamat sempena menduduki rumah baru seorang doktor M.O, Dr. Fadli kenalan kerja didalam wad, merangkap senior saya didalam perjalanan nafas panjang ini, merangkap juga orang kampung saya(keluarga mertuanya).

Tiada banyak yang ingin saya kongsikan berkenaan dengan makan malam tersebut, melainkan perut saya kenyang sekali (alhamdulillah) dan dapat merapatkan tali silaturahim ukhuwah Islamiyah tanpa mengira umur dan pekerjaan. Dapat juga berkira-kira untuk memiliki rumah sepertinya suatu masa kelak (huhu, perlu ke?).

Dapat juga belajar menghadapi kerenah rakan-rakan ceria yang kadang-kadang memeningkan kepala sendiri untuk saya mengejar kelajuan pergerakan dan corak pemikiran mereka. Contoh termudah, sahabat saya Sharif dan Yusuf. Dua sahabat yang aktif mencorakkan masa depan sendiri dan negara. :)

Dalam perjalanan pulang ke Mahallah, Sharif membuka cerita akan seorang kawannya yang tidaklah dikatakan Islamik sangat hidupnya. Namun kawannya tersebut, (katakan bernama si Y.) telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggoncangkan dan menggegarkan dirinya yang selama ini selalu 'gegar'.

Si Y telah mengatakan, " dalam melihat situasi orang-orang yang gagal dalam hidup mau pun peperiksaan kebelakangan ini (mengambil contoh orang-orang terdekat disekelilingnya), aku tengok satu sahaja puncanya diorang ni gagal."

" Yang pertamanya biasalah mestilah kena berdisiplin kan tuh takyah citerlah. "

" tapi yang kedua ni, janganlah buat benda-benda tak elok atau pun benda-benda mengarut. Yang ni aku jaga betul. Kalau korang tak jaga yang kedua ni hilanglah berkat korang dalam belajar ilmu ni. "

" Berkat nih, kalau hilang, habislah korang. Bijak genius macamana pun tak da maknanya. "

Adeh, aku dengar pun kalah bila orang macam Y ni pun begitu sekali yakin akan benda keberkatan ni. Kita yang belajar dari latar belakang sekolah agama ni pun jarang-jarang dah ingat tentang keberkatan ni. Katanya Sharif.

Itulah serba ringkas. Hidup yang ceria kan berterusan jika kita bergaul dengan semua orang dan dapat mengambil kebaikan dari setiap orang walaupun macammana sekali orang tersebut.

Lebih-lebih lagi bila sentiasa bergaul dengan sahabat-sahabat yang mampu meningkatkan estem diri seperti Sharif dan Yusuf yang sentiasa terkehadapan ini. (wah, entri kali ini macam buat Sharif dan Yusuf je, ada apa-apa ka ni? hehe).

Itulah teman-teman ziarah sekalian, puncanya satu sahaja..KEBERKATAN..

* Berkat dalam bahasa arabnya bermaksud barakah. Barakah adalah barang yang lebih. Maksudnya, dengan keberkatan, ada kelebihan yang tak mampu difikir oleh minda, tak mampu anggar oleh matematika duniawi, segalanya kelebihan dan kurnia dari ALLAH.

Contoh yang mudah, jika keberkatan mengiringi hidup kita, pernah berlaku seorang yang terlalu sibuk dengan tanggungjawab-tanggungjawab luaran, lalu hanya punyai sedikit masa untuk mengulangkaji pelajaran. Namun 3 jam pembelajarannya bagaikan 3 hari pembelajaran orang-orang biasa.

Semua ini kurniaan ALLAH buat hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan sentiasa berusaha. Oleh itu, teruskanlah bekerja dan berusaha dalam segenap lapangan dengan hati yang suci murni berpasakkan niat yang ikhlas buat pembaikan generasi mendatang.

Abu Fateh,
Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.

Wednesday, December 2, 2009

Kenangan 2005; Pahitnya Ubat


Membelek Diari dan catatan sepanjang tahun 2005, pasca remaja baru keluar dari kepompong persekolahan. Penuh dengan cerita-cerita lucu ketidakmatangan diri ini dalam menentukan jalan hidup dan membuat keputusan.

Bermula manis, kembali pahit, berlama indah, hampir selamanya gundah.

Itulah ringkasan jalan hidup seorang anak muda pasca SPM 2004. Memulakan hidup dibumi Kuala Kubu Bharu dengan membawa diri yang kosong dan tiada pedoman tetap. Mencari erti hidup disebalik kiri kanan bukit yang menghijau. Berteman alunan tasik yang meredupkan jiwa, seiring itulah jua lidah ini sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci-Nya buat mengubat jiwa menundukkan diri.

Kejahilan tentang hidup secara organisasi menyebabkan diri ini menolak prinsip kebaikan yang dibawa secara 'kurang hikmah'. Mencari dan terus mencari lalu di uji dengan ujian makhluk-makhluk hitam mencakar hati melempar jauh dari ukhuwah Islamiyah.

Terlihat kembali, rupanya terlalu banyak hutang-hutang silam yang masih belum dilunaskan. Perlu dimasukkan kembali sebagai peringatan hari ini supaya pergi ku sekejap nanti tidak tergantung terhalang ke langit.

Kenangan, takkan bermakna jika semuanya manis. Kadang-kadang yang paling pahit itulah yang sekarang ini ku rasakan begitu manis dan penuh bermakna. Biar diri ini tidak terpilih ke dalam soffatul-mukhtarah di bumi Hulu Selangor, kerana kejahilan diri. Moga diri ini dan sahabat-sahabat yang baru terpilih tetap terpandang di sisi-Nya dan penghuni langit.

Mengenang nasib diri. Sangat berharap mencontohi tawadhuknya waliyullah Uwais al-Qarny. Biar diri terbuang, niatku dan teman tetap bersatu. Biar diri menepi, bukan melarikan diri, tapi mencari kefahaman buat penjelasan dan keinsafan. Maafkan penulis kepada semua warga-warga 'organisasi' kerana kejahilan dan kekerasan hati (asbab kejahilan)untuk melengkapkan diri dengan tuntutan kalimah syahadah. Moga taubat ini diterima.

Buat yang belum terbuka atau yang masih mengeraskan hati. Moga ALLAH melembutkan hati-hati kalian kerana kalian adalah pemuda pemudi aset kebangkitan Islam.

Semoga hari ini ku rasa pahit, manis kemudian hari kita kecap bersama. Sayang semua teman ziarah dan semua warga Darul Quran (sukarnya menaip kalimah Darul Quran di dalam entri..)



Kenangan kata-kata dari baju APIUM (Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri).:


whatever comes will be up front,
struggles hard to be in front,
work hard to gain victory,
so there's no pain memory,

face through a lot of test,
and try to be the very best,
ensure that there's no enemy,
cause that is the best strategy,

build up a wall of self confidence,
so things you do won't be nonsense,
from here we continue our journey,
and forever wish to live in harmony..!

p/s: Ayat macam english-malay. Harap teman-teman dapat betulkan sebarang kesilapan yang terlepas pandang.


Buang pakaian lama. Ambil kembali pakaian disiplin dan bermatlamat. Selamat menempuh semester baru. Salam peperiksaan buat adik-adik SPM sekarang, dan salam belajar dan bekerja kepada warga-warga siswa dan pekerja.

Abu Fateh,
16150 Kubang Kerian.

Tuesday, December 1, 2009

Pelajaran Penting

1-Sirah yang bersih.

2-Sejarah salafussoleh.

3-Hadith Rasulullah (sekurang-kurangnya Matan Arbain an-Nawawiyyah).

4-Risalah usul aqa'id.(pokok aqidah)

5-Risalah usul furu'. (masalah-masalah fiqh).


* Ilmu Quran, sunnah dan sirah adalah asas untuk ummat Islam. Ilmu menurut Imam shatibi terbahagi kepada tiga kategori.

1) Ilmu teras/ tunjang (sulb al-'ilm)
2) Ilmu pelengkap (mulahhu al-'ilm)
3) Tidak kedua-duanya (tidak bermutu)

Sementara ciri-ciri ilmu teras yang diperincikan oleh Imam Shatibi lagi adalah :

1)Bersifat umum dan mencakupi
2)Tetap dan berterusan
3)Sifat ilmu itu adalah sebagai hakim dan bukan sebagai yang dihukum.

Setiap ilmu yang mempunyai ketiga-tiga ciri di atas layaklah dipanggil sebagai ilmu teras atau tunjang. Setiap penuntut ilmu dan pengajar mestilah berpegang serius kepada prinsip ini untuk memastikan asas yang teguh bagi setiap binaan ilmu yang dituntut dan diajari.

# Perbahasan di atas adalah dari kriteria pertama ilmu yang disarankan dipelajari dan diajari, iaitu; Ilmu tersebut mestilah karya asli (karya kreatif.)

Ciri-ciri dan kategorinya telah disenaraikan diatas.


*** Sumber:
- Kewajipan ketiga al-akh
- Konsep pendidikan menurut Imam al-Shatibi. (Kertas kerja Doktor Yusuof al-Qardhawi)

Masa Itu Nyawa