Skip to main content

Pilihan Hati, Pilihanraya; Suatu Anjakan Paradigma!


Mungkin saya akan banyak mengarut dan bercerita benda-benda yang tak suka dibaca ramai orang sebelum saya masuk kepada tajuk yang ingin difokuskan. Namun, semuanya amat berkait rapat, saling faham memahamkan, saling rindu merindui, saling tolong menolong, saling teguh memperteguh.

Selamat membaca. Teruskan mencari makna-makna kebahagiaan dalam pilihan yang telah dan akan kita putuskan.


Kenapa perlu memilih?

Untuk mencapai tujuan. Untuk memudahkan matlamat yang digariskan tercapai. Sebagai contoh; kenapa perlu memilih isteri ?. Jawapannya mudah, untuk meyejukkan mata, menenangkan hati. Wah, wah, bercakap sikit-sikit soal kahwin. Tak lah, contoh sahaja, contoh..


Hak Asasi

Kan manusia bebas memilih? Ya.

Habis tu, kenapa ada yang tak boleh dipilih, ada yang tak patut dipilih? Kan hak asasi manusia untuk memilih cara hidup yang dia suka? Kenapa orang suka pertikai pilihan hati saya? Kenapa orang tak setuju dengan pilihan cara hidup saya? Ikut suka sayalah nak pilih apa pun kan? Asalkan tak menyusahkan orang dan membahagiakan saya dahlah.

- Kenyataan hakikat yang berlaku hari ke sehari.

Sisi Bahasa; Kebebasan Memilih

Diri kita bebas untuk memilih bersikap. Sikap terhadap rakan, sama ada memandang serong tanpa meminta penjelasan. Membenci tanpa asas atau memilih menyayangi tanpa membezakan? Merendahkan diri untuk kebaikan atau menyombongkan diri dari kebenaran? Kita bebas memilih.

Dalam bahasa arab pilihan bermaksud ikhtiyar. Namun Prof Naquib al-Attas tidak mendefinisikan ikhtiyar semata-mata sebagai pilihan. Perkataan khayr yang saya pelajari dalam UNGS 2050 (Ethics and Fiqh for Everyday Life) membawa maksud kebaikan. Yang mana terangkum bersamanya makna ikhtiyar dan berasal dari akar kata yang sama, menyatakan bahawa pilihan yang dimaksudkan ialah yang membawa kepada kebaikan.

Makna ini teramat penting apabila ianya ditinjau dengan teliti dalam perbincangan falsafah yang berkait dengan kebebasan (freedom).

Maka, apa yang dikatakan sebagai ‘pilihan’ yang membawa kepada keburukan bukanlah suatu pilihan.

Oleh kerana kebebasan adalah tindakan yang diambil menurut fitrah kita yang hakiki, maka memilih apa yang sebenarnya baik itulah sebenarnya yang dinamakan ‘pilihan yang bebas’.

Memilih yang terlebih baik adalah tindakan yang sebenarnya bebas. Dalam bahasa yang mudah, memilih yang indah pada nafsu adalah suatu bentuk kongkongan pemilihan kerana berpunca dari gerak daya kehendak kuasa hayawani yang jahil tentang kebaikan dan keburukan.

Iffah, Hikmah, Shaja’ah, ‘Adalah

Mungkin empat terma ini adalah nama-nama cadangan buat anak-anak ku kelak (mesti bising bakal isteriku jika terbaca artikel ini).

Empat sifat diatas adalah manifestasi dari hati yang telah selamat dari segala racun-racun kehidupan. Tadi sempat menadah butir-butir mutiara dari Syeikh Abdul Kadir al-Mandaili bersama guru mengaji saya. Indahnya hati bila dihiasi sifat-sifat satu ‘jemaah’ dengan empat sifat diatas. Hancurlah budi dan pekerti bila hati dihiasi dengan sifat-sifat yang sebaliknya. Itulah antara intisari pendahuluan kitab penawar bagi hati.

Iffah membawa maksud kesederhanaan dihuraikan oleh Professor Madya Muhammad Zainiy Uthman dari ISTAC sebagai membendung sesuatu perilaku supaya menurut lunas-lunas yang digariskan Shariah. Ianya sifat terpuji yang terhasil apabila kekuatan syahwat telah dikawal dan diawasi oleh akal. – Pengekangan dan perenggangannya digerakkan oleh akal.

Syajaah pula adalah sifat terpuji yang terhasil dari kemarahan yang telah dipandu oleh akal yang terlatih oleh shara’. Kerana ia melibatkan kekuatan mengawas dan mempertahankan sesuatu semasa melepaskan atau menahan rasa marah. Ianya bukan tahawwur (keganasan melampau) dan bukan pula jubun atau pun jubn (pengecut).

Hikmah pula sifat terpuji pada akal. Terbahagi kepada dua; akal ilmi dan akal amali. Akal ilmi merujuk kepada kekuatan akliah dan akal amali pula merujuk kepada penguasaan kekuatan akliah yang sepatutnya ke atas badan dalam melibatkan pentadbiran dan siasahnya badan empunya diri itu sendiri. Hikmah sifat yang terlalu besar. Memerlukan satu artikel keluaran khas untuk membincang dan membahaskan tentang hikmah ini semata.

Adalah pula adalah keadilan yang merupakan keadaan kesempurnaan pencapaian bagi ketiga-tiga sifat mahmudah yang telah disebutkan tadi..

Apa kaitan empat sifat ini dengan tajuk pilihan hati, pilihanraya ; suatu anjakan paradigma ini?

Tadi guru tasawuf saya berpesan. Islam itu ada 13 perkara. 5 rukun Islam, 6 rukun Iman dan 2 rukun Ihsan. Apa itu rukun Ihsan? 1) Menyembah ALLAH seakan-akan ALLAH melihat kita. 2) Jika tidak dirasakan begitu, maka sesungguhnya (sebenar-benarnya) ALLAH sedang melihat kita.

Menggabungjalinkan ilmu penyucian jiwa (tasawuf), usuluddin (tauhid) dan feqah dalam satu masa merupakan satu keperluan untuk melahirkan seorang mukmin yang holistik. Menyeluruh atau dalam istilah yang selayaknya, seorang mukmin yang berTAQWA!.

Dalam bersiap membuat pilihan hati, segala-galanya perlu kembali kepada sumber rujukan wajib dan asas. Al-Quran dan Sunnah nabi. Ditambah dengan Qias dan Ijma’ Ulama’, insyaALLAH pemilihan kan menjadi berfokus dan bermatlamat.

Namun, jika dasar ditolak ketepi, lalu akhlak dijadikan hujjah, nescaya kitakan tenggelam dalam pencarian kerana perilaku umat Islam hari ini tidak menggambarkan Islam yang sebenarnya. Kembalilah kepada dasar dan makna sebenar Islam. Buang segala prejudis dan pandangan buruk. Beranilah mengakui kebenaran walaupun pahit!

Tiadanya keberanian untuk bersemuka itulah jubn (pengecut) yang memandulkan kebangkitan Islam. Beranilah memilih teman hidup yang memahami. Beranilah menolak jika belum bersedia dan tiada sekufunya. Berhikmahlah duhai diri yang menulis dan membaca..

Lebih benar dan adil jika sang pemimpin itu sendiri memahami karya-karya tokoh-tokoh ikhlas seperti Prof. Syed Naquib al-Attas dan Prof. Dr HAMKA. Namun, pemimpin-pemimpin yang mendominasi politik negara dan tempatan hari ini lebih mengenal dan meyakini Sigmund Freud daripada Saidina Umar, lebih mengimani falsafah-falsafah barat tanpa mengiktiraf usaha-usaha Islamisasi ilmu yang giat dijalankan Syed Naquib al-Attas dan ulama’-ulama seangkatan dengannya sejak tahun 1974 lagi .

Lebih parah bila ada makhluk yang memasuki pertubuhan Islam dengan membawa bersama mereka daki-daki jahiliyah, lalu memporak perandakan gerakan-gerakan Islam secara halus dan tersusun dari dalam.

Lalu lahirlah pilihan raya yang tidak adil. Wujudlah kepimpinan yang lesu. Pemimpin yang beku. Bertambah beratlah beban pembaikan masyarakat yang selayaknya dibawah tampuk pemimpin yang di pilih. Benarlah kata-kata yang mengatakan “Manusia itu mengikut agama pemimpin mereka”. Fakta sirah dan sejarah dunia terlalu banyak untuk dikemukakan sebagai bukti.


Ini Masanya Memilih

Kembali merehatkan minda. Cuba menganjak corak pemikiran dan sudut pandang teman pembaca sekalian dengan merenung kembali fakta-fakta falsafah dan ilmiah yang dikemukakan di atas. Mungkin berat bagi yang belum terbiasa dan tidak berminat dengan falsafah dan ilmiah. Mungkin terlalu ringan bagi mereka-mereka yang sudah terbiasa kerana corak bahasa dan pengolahan isu yang saya bawakan ini adalah corak seorang yang baru mula berjinak-jinak dengan persoalan falsafah dan hakikat.



Suka mengambil contoh dalam memilih isteri; adalah menjadi kewajipan untuk membuat pilihan yang bebas (lihat kembali apa erti kebebasan memilih) supaya bebas jua ‘pergerakan’ kita selepas perkahwinan - hanya jauhari mengenak manikam -. Apakah salah memilih yang cantik? Tidak salah, bahkan disarankan pula dalam 4 kriteria saranan Baginda. Namun, biarlah cantiknya itu pada akhlaknya. Cantiknya itu pada agamanya.

Melihat soal bebas memilih dalam pilihan raya amat berkait rapat dengan pilihan hati. Kerana pemimpin yang dipilih pastilah mereka-mereka yang ada tempat dalam hati kita. Bagaimana pula persoalan memenangi hati? Soalnya hatilah raja peribadi. Hatilah raja budi. Hatilah raja diri. Rosak hati rosaklah seluruh akhlak dan anggota badan.

Perumpamaan indah dari Nabi Muhammad S.A.W ini sangat bertepatan dengan prinsip ilmu tasawuf dan moral dan ilmu badan seperti fisiologi dan farmakologi. Segala-galanya dari hati ataupun kan jatuh ke hati.

Artikel ini hasil keberatan minda untuk menghadamkan masa-masa cuti dalam proses pengkaderan diri, penambah fahaman diri, penjelasan minda, perkongsian pemikiran.

Jua sebagai hadiah renungan buat teman-teman seuniversiti yang baru menamatkan peperiksaan akhir semester. Juga sebagai tanda maaf buat hati-hati yang terluka disaat diri ini masih belum belajar erti iffah dan hikmah. Juga hadiah renungan buat isteri-isteriku dan bakal isteriku (wah, moga tiada lagi yang terguris dong..teng teng).

Berbuatlah apa sahaja sesuka hati kita jika kita mampu memiliki bumi selain bumi ALLAH, udara selain udara ALLAH dan tubuh badan selain tubuh badan yang dimiliki (dipinjamkan kepada kita) oleh ALLAH! – Hikmah jika mahu memilih selain arahan dan larangan ALLAH, pilihlah tuhan selain ALLAH! -

Renungkanlah, disebalik keberatan itu ada keringanan. Disebalik keributan itu ada ketenangan Iman.

Pohon izin menutup ruang berkarya barang seminggu dua buat menyelami hakikat ‘Iman dan Kehidupan’. Moga bertambah imanku. Moga semakin gah Islam dengan bertambahnya mereka-mereka yang IKHLAS berjuang.

Moga Penulisan ini Membekas Makna Berterusan Walaupun Diri ini Sudah Tiada. Doakan Penulis.


Merenung dan memuhasabah diri.

Comments

izzatkamal said…
salam akhi...
sori ye..
erm. bara berpeluang nak baca entry ni..
susah sket nak baca..ayat terlalu dlm utkku..haha
tp bile baca dgn teliti..dalam maknanya tu..
smg dapat buat pilihan yg tepat utk calon2 isterimu..haha
ape2 pon terus berjuang..biar sempit atau luas jln itu..
wslm

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…