Monday, November 16, 2009

Jejak Sang Junjungan - Amru Khalid.


Telah datang rembulan kepada kami
Dari tempat Thaniyyatul Wada'

Wajib bagi kami bersyukur
Selama mana masih ada orang berdoa kepada ALLAH

Wahai orang yang diutus kepada kami,
Engkau datang dengan membawa perintah yang ditaati.

Engkau datang untuk memuliakan Madinah,
Selamat datang wahai sebaik-baik penyeru..

-Terjemahan Bait-bait syair penduduk Madinah menyambut kedatangan Nabi sallallahu 'alaihiwasallam

Rangkap asal:

Tholaal badru 'alaina,
Min thaniyyatul Wada'

Wajaba syukru 'alaina,
Ma da'a lillahi da'..

Ayyuhal mab'usufina,
Ji'ta bil amril mutho'..

Ji'ta syarraftal Madinah,
Marhaban ya khaira da'in..




Ya ALLAH, jika bukan kerana Engkau, kami tidak akan mendapat petunjuk,
Kami tidak bersedekah dan tidak solat.

Engkau telah menurunkan ketenangan kepada kami,
Maka teguhkanlah kaki-kaki kami jika kami berperang.

Lalu Rasulullah bersabda;

Ya ALLAH, sesungguhnya kehidupan hakiki adalah kehidupan akhirat.
Ampunilah kaum ansor dan muhajirin.

Lalu dijawab oleh mereka;

Kami orang-orang yang membaiat Muhammad untuk berjihad selama kami masih hidup..

- Syair-syair disaat kesusahan dan kepenatan menggali parit (khandaq), semasa perang khandaq.



Rangkap asal;

Allahumma lau la anta mahtadaina,
wa la tasoddaqna wa la sollaina,

fa'anzalta ssakinata 'alaina,
wa sabbiti l-'aqdama in laqina,

Ketika lewat (lalu) kepada mereka, lalu Baginda bersabda ;

allahumma innal 'aisha 'aishu l-akhirah,
faghfirlil ansori walmuhajirah..

Lalu mereka (muhajirin dan ansor) menjawab;

nahnu llazina baya'u Muhammadan,
'ala l-jihadi ma baqaina abadan..

Mencari ketenangan diri selepas menatap karya menggugah perasaan oleh Amru Khalid. Sirah Baginda dalam bentuk cerita yang menyentuh hati dan menyentap kealpaan diri.

Masih mengharap jejak-jejak Sang Junjungan ini dapat dituruti. Buku-buku sebegini banyak menyedarkan diri yang terleka dan hampir-hampir hanyut. Ampunkan hamba yang berdosa ini ya ALLAH. Terimalah taubat hamba yang hina ini ya ALLAH. Aku malu dengan Nabi Muhammad.. Layakkah aku menjadi ummat Baginda dengan diri yang sentiasa terpalit dosa dan tahapan nafsu masih ditahapan nafsu-ammarah bissu..

ALLAH, berilah ketenangan buat hati-hati ini. Ampunkanlah dosa kedua umi abah ku. Berikanlah yang terbaik buat insan-insan yang ku sayangi dunia dan akhirat. Terimalah kami sebagai ummat-mu duhai Sang Kekasih Agong..

Hanya rahmat dan redha ALLAH dan syafaat mu duhai Baginda yang kami ummatmu dambakan


"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DIMANA JUA KAMU BERADA DUHAI DIRI!!!"

No comments:

Masa Itu Nyawa