Sunday, November 29, 2009

Akhbar Harian ; Wirid Songsang

Sinar Harian, (MB Pertahan Doa Minta Bala). Tajuk satu akhbar tabloid yang kian hari menyusup agenda tersirat. "Jatuhkan Islam, Hidup Sekular".

Hari demi hari, sinar harian semakin menggelapkan prinsip dan etika kewartawanan dunia media dengan menyiarkan berita-berita yang jelas melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Islam. Dikatakan sebagai wadah alternatif rakyat. Bermula dengan menyiarkan berita secara adil diawal keluarannya. Seimbang kepada semua pihak. Sekarang baru menunjukkan rupa sebenarnya dengan menyucuk-nyucuk berita-berita tidak pasti kedalam minda masyarakat.

Merujuk tajuk Sinar Harian, (MB Pertahan Doa Minta Bala), Tajuk yang digahkan supaya orang tersalah pandang jika tidak dibaca dan dikaji ucapan sebenar dan ayat sebenar yang digunakan MB.

Itulah bahaya besar ummat akhir zaman ini. Media memainkan peranan besar, senjata pemikiran yang paling suka digunakan yahudi dan sekutu-sekutunya untuk menjauhkan manusia dari agama sebagai satu cara hidup.

Sahabat-sahabat teman ziarah yang dikasihi,

Sebelum memulakan hari dengan membaca akhbar, membaca berita-berita dunia, mulakanlah dengan membaca berita-berita akhirat, khabar-khabar pasti yang selalu dilupakan dalam al-Quran.

Hati manusia sentiasa memerlukan ubat dan makanan untuk diaturkan keseluruh badan.

Sesungguhnya manusia yang tidak membuat wirid (amalan pendinding) harian (dengan membaca) Kitab ALLAH, maka dia telah terkena penyakit tetapi dia tidak terasa. Iman dalam hatinya lemah tetapi dia tidak terasa.

Sebaliknya berlaku hari ini manusia lebih percayakan akhbar-akhbar yang membawa berita-berita ciptaan manusia. Berita-berita yang bertemakan harian, hiburan, sukan dan bermacam benda lagi. Berita-berita ini tidak salah. Bahkan perlu untuk manusia mengetahui keadaan mereka-mereka yang berjauhan. Yang menjadi masalah bilamana ruang-ruang akhbar ini menjadi medan untuk menjauhkan manusia dari cara hidup yang sebenar. Cara hidup sebagai seorang muslim.

Oleh itu, sahabat-sahabat jauh dan dekat, kenal atau tidak dikenali. Mulakanlah hari anda dengan membaca al-Quran. Buat yang baru-baru ingin mengenal, mulalah dengan satu ayat. Bergeraklah sehingga mampu membaca satu muka surat al-Quran sehari.

Buat yang telah lama bermula atau yang 'pernah' menghafal al-Quran, mulakanlah dengan satu muka surat setiap kali selepas solat lima waktu sehari semalam. Tambahlah sehingga mampu membaca 1 juzuk (20 muka surat) setiap hari. 4 muka surat setiap kali selepas solat lima waktu bukanlah suatu yang susah.

Saya memberi cadangan yang realistik buat semua golongan kiranya. Mengambil kira kesibukan dan tahap purata masyarakat hari ini.



Namun, bagi yang mengaku seorang pejuang (apakah yang diperjuangkan kita? Aqidah atau ideologi?), terbaiknya menghabiskan sekurang-kurangnya sejuzuk setiap hari. Jika 5, 6 jenis akhbar dapat dibaca setiap hari, apalah kiranya untuk menjenguk kalam cinta dari ALLAH sekadar 2,3 minit setiap kali selepas solat waktu.

Janganlah menyongsangkan hidup kita dengan hidup berpandukan berita-berita akhbar tanpa bersandarkan indikator betul atau salahnya berita-berita akhbar itu; yakni al-Quran sebagai penanda aras betul atau salahnya khabar-khabar dalam akhbar-akhbar harian hari ini.

Janganlah menukar kiblat kita dari Kaabah kepada Amerika. Janganlah menukar pegangan kita dari Islam kepada kebangsaan. Janganlah menyongsangkan wirid kita dari al-Quran kepada akhbar-akhbar yang tiada TAQWA!

*Kewajipan pertama seorang al-akh.

1 comment:

Paksi said...

Jom sertai komuniti paksi.net! Dengan penampilan yang lebih anggun dan ceria

- artikel tarbiyah, cerpen dll
- muat turun ebook, mp3, buletin ar-risalah
- dengar radio online (IKIM dan Nasyid fm)
- forum
- submit link blog anda
- tonton koleksi video menarik
- dapatkan kartun, wallpapers dll
- hantar karya anda (kartun, wallpaper, artikel)
- tinggalkan testimoni anda

Jom bersama membina generasi baru. Semoga usaha ini barakah.

Masa Itu Nyawa