Monday, November 30, 2009

Tercapaikah Makna Diri?

Bangun pagi solat subuh. Membungkus diri kembali...ah lebih-lebih lagi dimusim sejuk ini.. alangkah leganya hati (lemahnya iman). Dikejutkan untuk makan pagi (macam ni punya perangai ada hati nak berumahtangga dah??)

Makan pagi, sambung tidur sikit hujan-hujan ni best jugak. Terlajak sampai menghampiri tengahari. Bangun lagi mencari makanan pagi jika masih ada yang tersisa. Main game sikit. Belek-belek paper apa berita Malaysia hari ini.

Solat zohor jap (alhamdulillah, masih ingat ALLAH). Makan tengahari. Gi kenduri kendara. Kalau takde jemputan mana-mana nak buat apa ye petang-petang gini...? (ish, buatla apa-apa yang berfaedah)

Solat asar jap lepas tido @ makan sebelum asar. Pastu keluar ronda-ronda kampung @ taman. Takpun masuk YM, chatting2 ke. Merayau-rayau kat blog-blog tanpa arah tuju. Cari gosip sana sini sikit.

eh, dah maghrib? Solat dulu. Pas maghrib layan astro. tak pun borak-borak. Masuk Isya'.. Aih, awai lagi ni. Isya' kan boleh dilewatkan (aduh..rosak camni)

Tengok2 movie dulu. Borak2, sms lagi. Hurm, ngantuk dah. Tido lah. Ops, solat Isya' dulu.

- entahlah jalan hidup siapakah ini -

Cadangan program dan aktiviti musim cuti yang masih berbaki buat siswa-siswa yang masih dan akan bercuti.

1) Baca Quran
2) Fahami makna apa yang dibaca.
3) Tolong kemas rumah
4) Ziarah saudara mara
5) Tolong ummi abah (ibu dan ayah)
6) Baca buku-buku ilmiah
7) Buat lawatan ke rumah jiran-jiran (uih, berat nih)
8) Cari guru-guru agama @ apa-apa bidang keperluan dan diminati. Belajarlaaa
9) Mengajar anak-anak saudara@ budak2 belajar (kalau kita pun dah pandai laa, kalau tak, balik rujuk aktiviti no 8 di atas)
10) Join program-program kemasyarakatan

Contoh aktiviti bersama masyarakat. Sekadar gambar hiasan.

11) Baca balik nota-nota sem lepas (aiwah, rajinnya!!, memangla, belajar bukan kerana exam kan!)
12) Buat pre-reading untuk subjek2 next sem. (ini memang budak baguslah)
13) Belajar memasakla kalau yang tak pandai-pandai lagi tu..
14) Jaga ayam itik kambing mak ayah kalau ada. Boleh latih sabar ni..
15) Jumpalah orang-orang yang kita tak dapat jumpa masa belajar kat Universiti, macam pak-pak Imam ke..(bukan suruh kahwin laa). Minta nasihat. belajar apa-apa yang patut.
16) Bedah siasat buku-buku ilmiah gitu.
17) Cuci tandas (ni ubat untuk orang-orang yang sombong dan ada rasa hebat dalam diri dia)
18) Cuci sinki yang tersumbat (ubat untuk penyakit yang sama, tapi level rendah sikit)
19) Rajin-rajinla pergi dengar kuliah agama sikit. (Main futsal pun main jugak, benda ni jangan tinggal)
20) Buatlah apa-apa kajian bermanfaat untuk masa depan diri dan keluarga. Biar faham itu bertambah, biar prejudis dan takut kepengecutan itu berkurang.

Banyak lagi aktiviti cadangan boleh diberi. Tapi persoalannya, tercapaikah dengan makna diri sendiri?

Jika saya yang ber'makna' = cahaya agama. Maksud yang mendalam dan jauh perlu dirungkai disitu. Memerlukan saya sentiasa mujahadah mensuci dan mempersiapkan diri supaya benar-benar diri ini mampu memberi cahaya kepada agama yang dianuti. (makna sebenarnya: melaraskan diri supaya selaras dengan cahaya agama Islam itu sendiri). Memperjuangkan makna diri supaya selaras dengan pegangan akidah dan ayat-ayat suci yang dibaca, dilagukan, difahami dan diamati sehari-harian. Moga benar diri ini dengan makna nama yang diberi sebagai seorang hamba dan khalifah di bumi ini.


Anda pula bagaimana? apa nama anda, dan apakah makna diri anda? sudahkah tercapai?

*Kewajipan kedua seorang al-akh

abu fateh,
Kubang Kerian.

Sunday, November 29, 2009

Akhbar Harian ; Wirid Songsang

Sinar Harian, (MB Pertahan Doa Minta Bala). Tajuk satu akhbar tabloid yang kian hari menyusup agenda tersirat. "Jatuhkan Islam, Hidup Sekular".

Hari demi hari, sinar harian semakin menggelapkan prinsip dan etika kewartawanan dunia media dengan menyiarkan berita-berita yang jelas melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Islam. Dikatakan sebagai wadah alternatif rakyat. Bermula dengan menyiarkan berita secara adil diawal keluarannya. Seimbang kepada semua pihak. Sekarang baru menunjukkan rupa sebenarnya dengan menyucuk-nyucuk berita-berita tidak pasti kedalam minda masyarakat.

Merujuk tajuk Sinar Harian, (MB Pertahan Doa Minta Bala), Tajuk yang digahkan supaya orang tersalah pandang jika tidak dibaca dan dikaji ucapan sebenar dan ayat sebenar yang digunakan MB.

Itulah bahaya besar ummat akhir zaman ini. Media memainkan peranan besar, senjata pemikiran yang paling suka digunakan yahudi dan sekutu-sekutunya untuk menjauhkan manusia dari agama sebagai satu cara hidup.

Sahabat-sahabat teman ziarah yang dikasihi,

Sebelum memulakan hari dengan membaca akhbar, membaca berita-berita dunia, mulakanlah dengan membaca berita-berita akhirat, khabar-khabar pasti yang selalu dilupakan dalam al-Quran.

Hati manusia sentiasa memerlukan ubat dan makanan untuk diaturkan keseluruh badan.

Sesungguhnya manusia yang tidak membuat wirid (amalan pendinding) harian (dengan membaca) Kitab ALLAH, maka dia telah terkena penyakit tetapi dia tidak terasa. Iman dalam hatinya lemah tetapi dia tidak terasa.

Sebaliknya berlaku hari ini manusia lebih percayakan akhbar-akhbar yang membawa berita-berita ciptaan manusia. Berita-berita yang bertemakan harian, hiburan, sukan dan bermacam benda lagi. Berita-berita ini tidak salah. Bahkan perlu untuk manusia mengetahui keadaan mereka-mereka yang berjauhan. Yang menjadi masalah bilamana ruang-ruang akhbar ini menjadi medan untuk menjauhkan manusia dari cara hidup yang sebenar. Cara hidup sebagai seorang muslim.

Oleh itu, sahabat-sahabat jauh dan dekat, kenal atau tidak dikenali. Mulakanlah hari anda dengan membaca al-Quran. Buat yang baru-baru ingin mengenal, mulalah dengan satu ayat. Bergeraklah sehingga mampu membaca satu muka surat al-Quran sehari.

Buat yang telah lama bermula atau yang 'pernah' menghafal al-Quran, mulakanlah dengan satu muka surat setiap kali selepas solat lima waktu sehari semalam. Tambahlah sehingga mampu membaca 1 juzuk (20 muka surat) setiap hari. 4 muka surat setiap kali selepas solat lima waktu bukanlah suatu yang susah.

Saya memberi cadangan yang realistik buat semua golongan kiranya. Mengambil kira kesibukan dan tahap purata masyarakat hari ini.



Namun, bagi yang mengaku seorang pejuang (apakah yang diperjuangkan kita? Aqidah atau ideologi?), terbaiknya menghabiskan sekurang-kurangnya sejuzuk setiap hari. Jika 5, 6 jenis akhbar dapat dibaca setiap hari, apalah kiranya untuk menjenguk kalam cinta dari ALLAH sekadar 2,3 minit setiap kali selepas solat waktu.

Janganlah menyongsangkan hidup kita dengan hidup berpandukan berita-berita akhbar tanpa bersandarkan indikator betul atau salahnya berita-berita akhbar itu; yakni al-Quran sebagai penanda aras betul atau salahnya khabar-khabar dalam akhbar-akhbar harian hari ini.

Janganlah menukar kiblat kita dari Kaabah kepada Amerika. Janganlah menukar pegangan kita dari Islam kepada kebangsaan. Janganlah menyongsangkan wirid kita dari al-Quran kepada akhbar-akhbar yang tiada TAQWA!

*Kewajipan pertama seorang al-akh.

Sunday, November 22, 2009

Aqidah dan Perjuangan


Merenung diri mencari erti,
Apakah Iman telah mem'beri'?

Menangisi nasib sang pejuang,
Lewat malam melupakan fajar.

Mujahid dakwah mencari diri,
terjumpa 'malam' dilubuk diri.

Dihujani air tanpa henti,
Moga mengalirkan air mata.

Dalam perit ujian berjuang,
Menanti AZAB ujian senang.

Patah tumbuh hilang berganti,
Matinya ulama' manakan dicari?

Pejuang ikhlas dalam pembentukan,
Hanya ikhlas sebenar pengukir!

Aku berjalan malam dan siang,
Melihat pejuang datang dan hilang.

Ku merenung saat tangisan..
hilang caknakah 'keikhlasan'?

ALLAH menanti penghujung malam,
Pejuang berjuang lewat malam.

ALLAH menanti memberi ampun,
'Pejuang' membiar melepaskan..

Wahai diri, engkaukah pejuang?
Dengan ALLAH sentiasakah meruang?

Aqidah ini satu pegangan,
pembenarannya menuntut PENGORBANAN!!!



-catatan nur fajar-

Wednesday, November 18, 2009

Pilihan Hati, Pilihanraya; Suatu Anjakan Paradigma!


Mungkin saya akan banyak mengarut dan bercerita benda-benda yang tak suka dibaca ramai orang sebelum saya masuk kepada tajuk yang ingin difokuskan. Namun, semuanya amat berkait rapat, saling faham memahamkan, saling rindu merindui, saling tolong menolong, saling teguh memperteguh.

Selamat membaca. Teruskan mencari makna-makna kebahagiaan dalam pilihan yang telah dan akan kita putuskan.


Kenapa perlu memilih?

Untuk mencapai tujuan. Untuk memudahkan matlamat yang digariskan tercapai. Sebagai contoh; kenapa perlu memilih isteri ?. Jawapannya mudah, untuk meyejukkan mata, menenangkan hati. Wah, wah, bercakap sikit-sikit soal kahwin. Tak lah, contoh sahaja, contoh..


Hak Asasi

Kan manusia bebas memilih? Ya.

Habis tu, kenapa ada yang tak boleh dipilih, ada yang tak patut dipilih? Kan hak asasi manusia untuk memilih cara hidup yang dia suka? Kenapa orang suka pertikai pilihan hati saya? Kenapa orang tak setuju dengan pilihan cara hidup saya? Ikut suka sayalah nak pilih apa pun kan? Asalkan tak menyusahkan orang dan membahagiakan saya dahlah.

- Kenyataan hakikat yang berlaku hari ke sehari.

Sisi Bahasa; Kebebasan Memilih

Diri kita bebas untuk memilih bersikap. Sikap terhadap rakan, sama ada memandang serong tanpa meminta penjelasan. Membenci tanpa asas atau memilih menyayangi tanpa membezakan? Merendahkan diri untuk kebaikan atau menyombongkan diri dari kebenaran? Kita bebas memilih.

Dalam bahasa arab pilihan bermaksud ikhtiyar. Namun Prof Naquib al-Attas tidak mendefinisikan ikhtiyar semata-mata sebagai pilihan. Perkataan khayr yang saya pelajari dalam UNGS 2050 (Ethics and Fiqh for Everyday Life) membawa maksud kebaikan. Yang mana terangkum bersamanya makna ikhtiyar dan berasal dari akar kata yang sama, menyatakan bahawa pilihan yang dimaksudkan ialah yang membawa kepada kebaikan.

Makna ini teramat penting apabila ianya ditinjau dengan teliti dalam perbincangan falsafah yang berkait dengan kebebasan (freedom).

Maka, apa yang dikatakan sebagai ‘pilihan’ yang membawa kepada keburukan bukanlah suatu pilihan.

Oleh kerana kebebasan adalah tindakan yang diambil menurut fitrah kita yang hakiki, maka memilih apa yang sebenarnya baik itulah sebenarnya yang dinamakan ‘pilihan yang bebas’.

Memilih yang terlebih baik adalah tindakan yang sebenarnya bebas. Dalam bahasa yang mudah, memilih yang indah pada nafsu adalah suatu bentuk kongkongan pemilihan kerana berpunca dari gerak daya kehendak kuasa hayawani yang jahil tentang kebaikan dan keburukan.

Iffah, Hikmah, Shaja’ah, ‘Adalah

Mungkin empat terma ini adalah nama-nama cadangan buat anak-anak ku kelak (mesti bising bakal isteriku jika terbaca artikel ini).

Empat sifat diatas adalah manifestasi dari hati yang telah selamat dari segala racun-racun kehidupan. Tadi sempat menadah butir-butir mutiara dari Syeikh Abdul Kadir al-Mandaili bersama guru mengaji saya. Indahnya hati bila dihiasi sifat-sifat satu ‘jemaah’ dengan empat sifat diatas. Hancurlah budi dan pekerti bila hati dihiasi dengan sifat-sifat yang sebaliknya. Itulah antara intisari pendahuluan kitab penawar bagi hati.

Iffah membawa maksud kesederhanaan dihuraikan oleh Professor Madya Muhammad Zainiy Uthman dari ISTAC sebagai membendung sesuatu perilaku supaya menurut lunas-lunas yang digariskan Shariah. Ianya sifat terpuji yang terhasil apabila kekuatan syahwat telah dikawal dan diawasi oleh akal. – Pengekangan dan perenggangannya digerakkan oleh akal.

Syajaah pula adalah sifat terpuji yang terhasil dari kemarahan yang telah dipandu oleh akal yang terlatih oleh shara’. Kerana ia melibatkan kekuatan mengawas dan mempertahankan sesuatu semasa melepaskan atau menahan rasa marah. Ianya bukan tahawwur (keganasan melampau) dan bukan pula jubun atau pun jubn (pengecut).

Hikmah pula sifat terpuji pada akal. Terbahagi kepada dua; akal ilmi dan akal amali. Akal ilmi merujuk kepada kekuatan akliah dan akal amali pula merujuk kepada penguasaan kekuatan akliah yang sepatutnya ke atas badan dalam melibatkan pentadbiran dan siasahnya badan empunya diri itu sendiri. Hikmah sifat yang terlalu besar. Memerlukan satu artikel keluaran khas untuk membincang dan membahaskan tentang hikmah ini semata.

Adalah pula adalah keadilan yang merupakan keadaan kesempurnaan pencapaian bagi ketiga-tiga sifat mahmudah yang telah disebutkan tadi..

Apa kaitan empat sifat ini dengan tajuk pilihan hati, pilihanraya ; suatu anjakan paradigma ini?

Tadi guru tasawuf saya berpesan. Islam itu ada 13 perkara. 5 rukun Islam, 6 rukun Iman dan 2 rukun Ihsan. Apa itu rukun Ihsan? 1) Menyembah ALLAH seakan-akan ALLAH melihat kita. 2) Jika tidak dirasakan begitu, maka sesungguhnya (sebenar-benarnya) ALLAH sedang melihat kita.

Menggabungjalinkan ilmu penyucian jiwa (tasawuf), usuluddin (tauhid) dan feqah dalam satu masa merupakan satu keperluan untuk melahirkan seorang mukmin yang holistik. Menyeluruh atau dalam istilah yang selayaknya, seorang mukmin yang berTAQWA!.

Dalam bersiap membuat pilihan hati, segala-galanya perlu kembali kepada sumber rujukan wajib dan asas. Al-Quran dan Sunnah nabi. Ditambah dengan Qias dan Ijma’ Ulama’, insyaALLAH pemilihan kan menjadi berfokus dan bermatlamat.

Namun, jika dasar ditolak ketepi, lalu akhlak dijadikan hujjah, nescaya kitakan tenggelam dalam pencarian kerana perilaku umat Islam hari ini tidak menggambarkan Islam yang sebenarnya. Kembalilah kepada dasar dan makna sebenar Islam. Buang segala prejudis dan pandangan buruk. Beranilah mengakui kebenaran walaupun pahit!

Tiadanya keberanian untuk bersemuka itulah jubn (pengecut) yang memandulkan kebangkitan Islam. Beranilah memilih teman hidup yang memahami. Beranilah menolak jika belum bersedia dan tiada sekufunya. Berhikmahlah duhai diri yang menulis dan membaca..

Lebih benar dan adil jika sang pemimpin itu sendiri memahami karya-karya tokoh-tokoh ikhlas seperti Prof. Syed Naquib al-Attas dan Prof. Dr HAMKA. Namun, pemimpin-pemimpin yang mendominasi politik negara dan tempatan hari ini lebih mengenal dan meyakini Sigmund Freud daripada Saidina Umar, lebih mengimani falsafah-falsafah barat tanpa mengiktiraf usaha-usaha Islamisasi ilmu yang giat dijalankan Syed Naquib al-Attas dan ulama’-ulama seangkatan dengannya sejak tahun 1974 lagi .

Lebih parah bila ada makhluk yang memasuki pertubuhan Islam dengan membawa bersama mereka daki-daki jahiliyah, lalu memporak perandakan gerakan-gerakan Islam secara halus dan tersusun dari dalam.

Lalu lahirlah pilihan raya yang tidak adil. Wujudlah kepimpinan yang lesu. Pemimpin yang beku. Bertambah beratlah beban pembaikan masyarakat yang selayaknya dibawah tampuk pemimpin yang di pilih. Benarlah kata-kata yang mengatakan “Manusia itu mengikut agama pemimpin mereka”. Fakta sirah dan sejarah dunia terlalu banyak untuk dikemukakan sebagai bukti.


Ini Masanya Memilih

Kembali merehatkan minda. Cuba menganjak corak pemikiran dan sudut pandang teman pembaca sekalian dengan merenung kembali fakta-fakta falsafah dan ilmiah yang dikemukakan di atas. Mungkin berat bagi yang belum terbiasa dan tidak berminat dengan falsafah dan ilmiah. Mungkin terlalu ringan bagi mereka-mereka yang sudah terbiasa kerana corak bahasa dan pengolahan isu yang saya bawakan ini adalah corak seorang yang baru mula berjinak-jinak dengan persoalan falsafah dan hakikat.



Suka mengambil contoh dalam memilih isteri; adalah menjadi kewajipan untuk membuat pilihan yang bebas (lihat kembali apa erti kebebasan memilih) supaya bebas jua ‘pergerakan’ kita selepas perkahwinan - hanya jauhari mengenak manikam -. Apakah salah memilih yang cantik? Tidak salah, bahkan disarankan pula dalam 4 kriteria saranan Baginda. Namun, biarlah cantiknya itu pada akhlaknya. Cantiknya itu pada agamanya.

Melihat soal bebas memilih dalam pilihan raya amat berkait rapat dengan pilihan hati. Kerana pemimpin yang dipilih pastilah mereka-mereka yang ada tempat dalam hati kita. Bagaimana pula persoalan memenangi hati? Soalnya hatilah raja peribadi. Hatilah raja budi. Hatilah raja diri. Rosak hati rosaklah seluruh akhlak dan anggota badan.

Perumpamaan indah dari Nabi Muhammad S.A.W ini sangat bertepatan dengan prinsip ilmu tasawuf dan moral dan ilmu badan seperti fisiologi dan farmakologi. Segala-galanya dari hati ataupun kan jatuh ke hati.

Artikel ini hasil keberatan minda untuk menghadamkan masa-masa cuti dalam proses pengkaderan diri, penambah fahaman diri, penjelasan minda, perkongsian pemikiran.

Jua sebagai hadiah renungan buat teman-teman seuniversiti yang baru menamatkan peperiksaan akhir semester. Juga sebagai tanda maaf buat hati-hati yang terluka disaat diri ini masih belum belajar erti iffah dan hikmah. Juga hadiah renungan buat isteri-isteriku dan bakal isteriku (wah, moga tiada lagi yang terguris dong..teng teng).

Berbuatlah apa sahaja sesuka hati kita jika kita mampu memiliki bumi selain bumi ALLAH, udara selain udara ALLAH dan tubuh badan selain tubuh badan yang dimiliki (dipinjamkan kepada kita) oleh ALLAH! – Hikmah jika mahu memilih selain arahan dan larangan ALLAH, pilihlah tuhan selain ALLAH! -

Renungkanlah, disebalik keberatan itu ada keringanan. Disebalik keributan itu ada ketenangan Iman.

Pohon izin menutup ruang berkarya barang seminggu dua buat menyelami hakikat ‘Iman dan Kehidupan’. Moga bertambah imanku. Moga semakin gah Islam dengan bertambahnya mereka-mereka yang IKHLAS berjuang.

Moga Penulisan ini Membekas Makna Berterusan Walaupun Diri ini Sudah Tiada. Doakan Penulis.


Merenung dan memuhasabah diri.

Tuesday, November 17, 2009

Betul-Betul Cinta Ke?


Baca dan renungilah intipati cerita ini….



Dengan wajah muram seorang murid bersimpuh di hadapan syaikhnya. Sang syaikh dengan wajah dan suara berwibawa bertanya kepadanya,"Apakah gerangan merisaukanmu? " "Wahai syaikh, sudah lama aku ingin melihat wajah Nabiku SAW walau hanya lewat mimpi. Namun, sampai sekarang keinginanku belum juga terkabul," jelas si murid.

"Oo... rupanya itu yang kau inginkan. Tunggu sebentar..." Sang syaikh mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk muridnya.
"Nih..., bacalah setiap hari seribu kali, insya Allah kau akan bertemu dengan Nabimu."

Dengan wajah berseri pulanglah si murid membawa catatan itu. Namun, setelah beberapa minggu, kembalilah si murid ke rumah syaikhnya memberitahukan bahwa bacaan yang diberikannya tidak menghasilkan apa-apa. Sang syaikh segera memberikan bacaan lain. Namun, beberapa minggu kemudian muridnya kembalidengan lesu memberitahukan bahwa bacaan itu pun masih belum menghasilkan apa-apa.

Setelah diam beberapa saat, berkatalah sang syaikh, "Nanti malam datanglah engkau kemari. Aku mengundangmu makan malam." Sang murid mengangguk kemudian pulang ke rumahnya. Setelah tiba saatnya, pergilah ia ke rumah sang syaikh untuk memenuhi undangannya. Ia merasa heran melihat syaikhnya hanya menghidangkan ikan asin saja.

"Makan, makanlah semua ikan itu, jangan sisakan sedikit pun!" kata sang syeikh kepada muridnya. Karena tergolong murid taat, maka ia habiskan seluruh ikan asin yang ada.

Selesai makan ia merasa kehausan karena memang ikan asin membuat orang mudah kehausan. Ia segera meraih segelas air dingin yang ada di hadapannya. "Letakkan kembali gelas itu!" perintah sang syaikh. "Kau tidak boleh minum air itu hingga esok pagi, dan malam ini kau tidur di rumahku!"

Dengan penuh rasa heran diturutinya perintah syaikhnya. Malam itu ia tak bisa tidur. Lehernya serasa tercekik karena kehausan. Ia membolak-balikkan badannya, hingga akhirnya tertidur karena kelelahan. Apa yang terjadi? Malam itu ia mimpi,Syeikhnya menyodorkan segelas air dingin. Setelah minum, ia terjaga dari tidurnya. Mimpi itu sangat nyata. Seakan benar-benar terjadi padanya.

"Apa yang kau impikan?" tanya sang syeikh yang berdiri tak jauh darinya.

"Syaikh aku tidak memimpikan Nabiku SAW, aku mimpi minum air."

Tersenyumlah sang syaikh mendengar jawaban muridnya. Kemudian dengan bijaksana ia berkata, "Jika cintamu pada Nabi SAW seperti cintamu pada air sejuk itu niscaya kau akan memimpikannya."

Menangislah si murid. Ia baru sedar bahwa ternyata dalam hatinya belum cukup ada rasa cinta kepada Nabi. Ia masih lebih mencintai dunia daripada Nabi. Ia masih banyak meninggalkan sunahnya. Ia masih belum meneladani akhlaknya. ia masih lebih mencintai air...




Subhanallah….


Dipetik dari satu Yahoogroup yang disertai pemilik laman.

Monday, November 16, 2009

Jejak Sang Junjungan - Amru Khalid.


Telah datang rembulan kepada kami
Dari tempat Thaniyyatul Wada'

Wajib bagi kami bersyukur
Selama mana masih ada orang berdoa kepada ALLAH

Wahai orang yang diutus kepada kami,
Engkau datang dengan membawa perintah yang ditaati.

Engkau datang untuk memuliakan Madinah,
Selamat datang wahai sebaik-baik penyeru..

-Terjemahan Bait-bait syair penduduk Madinah menyambut kedatangan Nabi sallallahu 'alaihiwasallam

Rangkap asal:

Tholaal badru 'alaina,
Min thaniyyatul Wada'

Wajaba syukru 'alaina,
Ma da'a lillahi da'..

Ayyuhal mab'usufina,
Ji'ta bil amril mutho'..

Ji'ta syarraftal Madinah,
Marhaban ya khaira da'in..




Ya ALLAH, jika bukan kerana Engkau, kami tidak akan mendapat petunjuk,
Kami tidak bersedekah dan tidak solat.

Engkau telah menurunkan ketenangan kepada kami,
Maka teguhkanlah kaki-kaki kami jika kami berperang.

Lalu Rasulullah bersabda;

Ya ALLAH, sesungguhnya kehidupan hakiki adalah kehidupan akhirat.
Ampunilah kaum ansor dan muhajirin.

Lalu dijawab oleh mereka;

Kami orang-orang yang membaiat Muhammad untuk berjihad selama kami masih hidup..

- Syair-syair disaat kesusahan dan kepenatan menggali parit (khandaq), semasa perang khandaq.



Rangkap asal;

Allahumma lau la anta mahtadaina,
wa la tasoddaqna wa la sollaina,

fa'anzalta ssakinata 'alaina,
wa sabbiti l-'aqdama in laqina,

Ketika lewat (lalu) kepada mereka, lalu Baginda bersabda ;

allahumma innal 'aisha 'aishu l-akhirah,
faghfirlil ansori walmuhajirah..

Lalu mereka (muhajirin dan ansor) menjawab;

nahnu llazina baya'u Muhammadan,
'ala l-jihadi ma baqaina abadan..

Mencari ketenangan diri selepas menatap karya menggugah perasaan oleh Amru Khalid. Sirah Baginda dalam bentuk cerita yang menyentuh hati dan menyentap kealpaan diri.

Masih mengharap jejak-jejak Sang Junjungan ini dapat dituruti. Buku-buku sebegini banyak menyedarkan diri yang terleka dan hampir-hampir hanyut. Ampunkan hamba yang berdosa ini ya ALLAH. Terimalah taubat hamba yang hina ini ya ALLAH. Aku malu dengan Nabi Muhammad.. Layakkah aku menjadi ummat Baginda dengan diri yang sentiasa terpalit dosa dan tahapan nafsu masih ditahapan nafsu-ammarah bissu..

ALLAH, berilah ketenangan buat hati-hati ini. Ampunkanlah dosa kedua umi abah ku. Berikanlah yang terbaik buat insan-insan yang ku sayangi dunia dan akhirat. Terimalah kami sebagai ummat-mu duhai Sang Kekasih Agong..

Hanya rahmat dan redha ALLAH dan syafaat mu duhai Baginda yang kami ummatmu dambakan


"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DIMANA JUA KAMU BERADA DUHAI DIRI!!!"

Berimankah kita?


Segala Puji-pujian hanya milik-Nya. Selawat dan salam buat junjungan tercinta, ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. 'Alaikum bil jamaah, fainna yadullahi ma'aljamaah (wajiblah keatas kamu hidup secara berjemaah kerana kekuasaan dan pertolongan ALLAH itu bersama kelompok jemaah ), wa man syazza, syazza finnar.. (barangsiapa bersendirian, dia akan bersendirian didalam neraka).

Pertama sekali marilah kita pakat-pakat bersyukur, minta ampun kepada ALLAH. Sebab itu kita duk baca sokmo dalam ucapan muqaddimah, innalhamdulillah nahmaduhu wa nasta'inuhu wa nastaghfiruhu (sesungguhnya segala puji itu hanyalah bagi ALLAH, kami memuji-Nya, meminta pertolongan dengan-Nya, dan memohon keampunan dari-Nya).

Inilah yang sepatutnya, kita minta pertolongan kepada ALLAH, ini tak, duk minta pertolongan kepada selain ALLAH. Dah gitu, tak ingat pulak untuk minta diampunkan dosa daripada ALLAH.

Bab Beriman Kepada ALLAH, dari kitab Mustika Hadith, Keluaran Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Masuklah Islam secara menyeluruh. Kita tengok nak suruh masuk Islam ni bermula dari sekecil-kecil perkara kepadalah sebesar-besar perkara. Tapi masalah masyarakat kita hari ini, masuk Islam masa dapat anak sahaja, untuk azankan anak yang baru lahir. Itu pun tertukar lagi kena azan untuk anak lelaki dan iqamat untuk anak perempuan ke macamana?

Padahal kena buat sama sahaja untuk anak lelaki mahupun anak perempuan. Azankan bayi ni ditelinga kanan, dan iqamatkan ditelinga kiri.

Sambungan ayat tadi, masuklah Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Tak usah dok bagitahulah kita tak ikut Islam ni kita ikut pragmatis ke, kita ikut nasionalis ke, ikut liberalis ke, ikut integriti ko gapo ke lah. Quran dah bagitahu dah, kalu kita tak ikut Islam, sah sah dahlah kita ikut syaitan.

Tak payah banyak bicara kata ikut budayalah apalah ke. Kalau hidup kita tak ikut dan berpandu Quran, berilah apa-apa nama sekali pun, apa jenama sekalipun, semuanya 'brand-brand' ciptaan syaitan yang ditukar nama supaya nampak menarik dan orang taknak ikut jalan Islam.

Dari sebesar-besar perkara kepada sekecil-kecil perkara, segala-galanya bermula dari 'makrifatullah'. Kenal ALLAH. Tak cukup setakat kenal, kena akui Keesaan ALLAH. Bila dah mengaku barulah selesai segala masalah kita ni. Bila selesai, barulah ada penyesalan dalam diri kita.

Sebab itulah hakikat kita mengakui, barulah dapat menyelesaikan masalah dan timbullah penyesalan atas dosa-dosa dan kesilapan kita. Hakikat ini telah disimpulkan oleh 'ulama dalam kalimah " awwalud-din ma'rifatullah ".

Inilah Aqidah ahlussunnah waljamaah. Yang diikuti melalui jalan al'Asyariah dan juga al-Maturidi. Kalau tak melalui jalan inilah biasanya ada masalah walaupun orang tu kata dia ahlussunnah ahlussunnah pun.

Sebab tuh jugak kita kena belajar tasawuf digabungkan dengan feqah. Kalau sekadar belajar salah satu sahaja, akan membawa masalah kefahaman dalam pengamalan dan membawa kesan yang tak elok kepada diri kita. Itulah pentingnya kita belajar juga kitab Hikam untuk tasawuf.

Tapi ada golongan di Mekah yang tak boleh tengok kitab Hikam ni, siap kena tangkap lagi kalau kita bawa kitab Hikam ni. Bahan-bahan politik dan gerakan-gerakan Islam pun tak dibenarkan di Mekah. Silap-silap kita boleh ditangkap kalau kita ditahan bersama bahan-bahan itu dengan kita. (akan dibincangkan kemudian mengenai masalah dunia arab masakini).

Masalah di Malaysia ni pulak, ada orang yang nak buat satu aliran. Aliran yang membenarkan pelajar-pelajar untuk memilih samaada mahu mengambil atau tidak subjek agama sebagai subjek dalam pelajaran. Kalau benda ni benar-benar berlaku, nantilah kalau kita panjang umur kita akan dapat melihat kehancuran bangsa dan negara sebab mengetepikan agama dalam kehidupan.

Inilah bahana memilih pemimpin yang bencikan agama dan menganggap agama itu sebagai candu. Sedangkan agama adalah kehidupan. Bila agama dipisahkan dari kehidupan dan diganti dengan unsur-unsur (nasionalisme, sekularisme, kapitalisme, liberalisme dan bermacam-macam isme lagi) lain, maka nantikanlah saat-saat kehancuran ummat dan bangsa ini.

Sebagaimana sebuah bangunan, mestilah mempunyai tapak yang kukuh. Barulah tegak bangunan itu. Asas mesti kukuh bagi setiap bangunan. Begitu juga dalam agama ini, tapak yang mesti dikukuhkan ialah " awwalud-din ma'rifatullah ".

Bila asas mengenal ALLAH ini telah kukuh barulah akan adanya sifat Ihsan. Adanya perasaan ALLAH sentiasa duk tengok kita tak kira dimana kita duduk dan buat.

Ini tidak, duk main integriti-integriti. Integriti ni baik depan orang sahaja. Belakang orang buat jahat pun tak apa, sebab integriti ini tak ada TAQWA.

TAQWA inilah istilah dalam Islam yang lebih hebat dari integriti. Tapi kita terlalu ikut 'orang putih'. Sikit-sikit istilah mestilah hok 'orang putih', padahal Islam sedia lama dah istilah-istilah untuk kehidupan kita ini.

.............................................................................................


Berkaitan dengan nikmat;

Nak kehek air liur pun satu nikmat. Antaranya tubuh badan yang lengkap. Tanpa ada masalah dan cacat, maka wajiblah kita ni bersyukur kalau nak bandingkan dengan orang-orang kurang upaya (OKU) yang ALLAH tarik nikmat badan yang lengkap dari dia.

Tapi, kita tengok orang OKU pun, kita jangan kata benda tak elok. Kita kena kata "subhanallah". Sebab apa kena kata subhanallah? Sebab Subhanallah = Maha Suci ALLAH. Tiada yang sempurna melainkan ALLAH sahaja. Kita sempurna macammana pun tetap ada cacatnya sebagai makhluk ini. Hanya ALLAH hok sempurna tanpa cacat dan cela.

Sebab tu, gunakanlah nikmat-nikmat ni dijalan yang betul. Ini tak , ALLAH bagi telinga, kita buat dengar Muzik yang ALLAH larang. ALLAH bagi mata, kita buat tengok filem-filem dan gambar-gambar tak elok. Kena ingat, dari mata jatuh ke hati. Dari mata, boleh merosakkan hati.

Patut tak orang bagi hadiah yang begitu sekali hebat kepada kita, contohnya bagi duit sejuta. Tapi kita tak ada perasaan pun untuk ucapkan terima kasih dan tak ada rasa kasih dan sayang pun kepada orang yang bagi duit sejuta tu kepada kita. Patut tak?

Sebagaimana begitu, samalah juga dengan patut tak kita taknak kenal dan bersyukur serta membuat taat kepada Pemberi anggota tubuh badan kita yang harganya jauh lebih mahal dari duit sejuta. Bahkan, tak ternilai walaupun cagaran harganya satu dunia untuk digantikan dengan nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, dan segala macam nikmat yang ada di tubuh badan kita ini..

Patut kah kita...?
Patut kah kita...?



#Kuliah Maghrib Surau Istana Negeri, Ustaz Abdul Bari bin Abdullah

Redhakah Ibuku?


Memetik kata-kata teman yang banyak mendidik jiwa ini untuk menjadi insan yang lebih baik dan matang.

" Mencari dengan hati yang tulus dan ikhlas,
lebih baik dari memiliki tapi tidak menghargai "

Salam rindu membahagi bahagia dan sayang. Saya paling tidak berminat untuk semata-mata memetik karya-karya orang lain untuk dimuatkan kedalam laman saya yang sederhana ini. Namun karya seorang lagi hamba ALLAH yang tidak dikenali ini (moga ALLAH merahmati-Nya) saya pohon izin disiarkan kembali juga disini sekali lagi.

Moga lebih banyak hati-hati yang keras dan hitam disucikan dengan air mata fitrah dengan memberi masa untuk membaca kisah realiti yang sememangnya berlaku dan sentiasa berlaku disekeliling kita ini semua.

Selamat membaca..


UntukmuIbu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,
yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam.

Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah
dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba
la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak
dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan
rotan di tangannya.

Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa
dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang
kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua
tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di
kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.

“ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi.

Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.

Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah
hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.

Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya.

Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..
Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara.

Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.

Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya.

Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di
wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi.

Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan
perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.

Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik
perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak
bongsunya itu.

Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak.

Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan
hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.

“Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah
dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu.

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang
perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke
Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di
satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada
sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung
bermanik.

Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia
segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula.

“Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”
Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz
meyakinkannya.

“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang
semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi.

Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along
hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

“Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua
tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar,
berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.

Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan
cuti sekolah selama seminggu bermula esok.

Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa
beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja
dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.

Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh
setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya
kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba
menduga.

Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan
perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satuje, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe.

Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu
baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.

Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.

“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan
panjang lebar. Fariz mengangguk .

“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.

Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya.

Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya.

Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.

Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada
ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan
semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

“Ha..hadiah….untuk… .ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.

Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang
menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi.

Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih
dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia
sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya.

Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima.

Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... ......... .

Sincerely,

Rifqah,

Design Department,
rifqah@jutasama. com.my
Tel: 03–5123 0088
Fax: 03-5123 0077
Ext: 162



Jutasama Sdn Bhd
Lot 1930, Batu 7,
Jalan Bukit Kemuning,Seksyen 32,
40460 Shah Alam,
Selangor, Malaysia


Dipetik dari satu yahoogroups yang pemilik laman ini sertai.
Moga Melembutkan hati semua golongan.

Friday, November 13, 2009

I Like Brave Person!



I like brave person,
Who is not afraid of great difficulties.

He lives like fierce bird, independent,
he passes with a very strong intention.

I like brave person,
the one that helps truth like Umar al-Khattab radiallahu'anhu,
and protect weak person intentionally,
and depend upon obstacles.

I like brave person,
whose heart BELIEVE IN ALLAH,
and like HIS guidance,
and he does not bow his head
except for HIM (ALLAH).




*I like brave person and I want to be this brave person!
*Translated from one nasheed, from like-poem.

Tuesday, November 10, 2009

Bahagiakah IBU BAPA kita?


Salam rindu membahagi bahagia dan sayang. Saya paling tidak berminat untuk semata-mata memetik karya-karya orang lain untuk dimuatkan kedalam laman saya yang sederhana ini. Namun karya seorang hamba ALLAH yang tidak kenali ini (moga ALLAH merahmati-Nya) saya pohon izin disiarkan kembali juga disini sekali lagi.

Moga lebih banyak hati-hati yang keras dan hitam disucikan dengan air mata fitrah dengan memberi masa untuk membaca kisah realiti yang sememangnya berlaku dan sentiasa berlaku disekeliling kita ini semua.

Selamat membaca..


Assalamualaikum ,


Hayatilah kisah ini…….dan jagalah sebaik mungkin kedua ibu bapa kita sementara ada hayatnya……..

sub:bahagiakan ibu bapa

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya

turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu..

Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah.... oo...Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke

sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii..... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena
bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga

sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu

seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan

harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu.. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula

kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun

tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak

akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang?... " "Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.

Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz

menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik

tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?.... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan.. Sikap degil dan tak

mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang

berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah.. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap

keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing..

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat

Intan yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan

menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang

duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun

sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap

abah macam kau ni!"



"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan

membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.



"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?,

telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat.

Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang,

tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`,

mereka duduk berborak di ruang tamu.


"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.... Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi

abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan

dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun

habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri.

Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit

kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis....

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man.

Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok

pakai duit pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan

Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai

ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah

bersuara cuba meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama... Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-

sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya

dengan rasa kesal.

Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa

abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila

menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak

Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak

cili api." "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.

Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak

dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar

yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang

hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak......"

"Habis tu?" "Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu.. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak.

Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa

selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya..

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali

kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az

dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa

dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana

Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang

tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia..

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang

jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas

keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan..."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan......"ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh

kesyukuran..

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati

dengan perasaan gembira bercampur hiba..

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di

Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar

perbualan dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan

akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan

itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam

keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak

terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata

sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah.... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei..

"Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari

mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat

kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia

gelihati.." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi

jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"

"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman menukar tajuk perbualan..

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long

Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata..

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya...

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana,dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju

bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az.... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada

tepi pintu. "Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya..

" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan...

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu

mengelilingnya.. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik

haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.

Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei

menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak

kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit

kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan

sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian

mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .. Hanya

satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."



Tamat.....

Menitik air mata saya

Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda

hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Renung-renungkan. .....

Allah telah menetapkan setiap yg di jadikan olehNYA pasti ada perkara yg TERSIRAT...

Bermohonlah supaya kita di beri HIDAYAHNYA... kerana ia adalah jalan yg sukar ditemui w/pun kita

Seorang yg CELIK matanya...


*Umi, abah, ampunkan dosa-dosa din ye. Doakan nuruddin ini bahagia dalam makna seorang hamba yang redha dan mahukan di redhai-Nya dunia akhirat ye.. Doakan anakmu yang banyak berdosa ini ya ummi abah, adik abang kakak dan sahabat-sahabat imanku semua..

Masa Itu Nyawa