Tuesday, October 6, 2009

Tulislah Banyak Lagi

Kata-kata abangku Taufiq supaya saya terus menulis dan terus menulis. Apa-pun sehari dua ini masa terlalu ketat. Ada celahnya akan diberikan hikmah yang cukup ingin dikongsi bersama teman ziarah sekalian. Apa pun, carilah makna hidup dengan membetulkan kerangka pemikiran sebelum kamu melangkah ke arena masyarakat, apalagi ke arena kepimpinan.

Usah menerjunkan diri ke kancah kepimpinan kalau kerangka pemikiranmu masih keliru. tertukar antara dosa dan pahala. Tak kenal mana halal mana haram. Persiapkan diri. Perjelas kefahaman. Tambah senjata didada mu!

Tidak cukup hidup dalam kelompok sendiri semata. Bukalah mata dan tanganmu buat semua generasi dan lapis masyarakat, baru kau tahu tinggi rendahnya kamu dalam menata hidup!

Lagi perkongsian dari bapak Profesor Dr. Hamka:

"Bagaimana kalau aku mati, sebelum tercapai tujuanku? Mengapa tuan lupa bahawa membina dunia ini bukanlah pekerjaan kita seorang? Kalau sudah JELAS TUJUAN HIDUP tuan itu, percayalah bahawa orang yang datang dibelakang berani melanjutkannya."

No comments:

Masa Itu Nyawa