Skip to main content

Sabarlah Wahai Saudara ku




Membelek akhbar menghilang penat, mencari berita. Terbaca racun penyempit dada. Hampir 80% adalah propaganda psikologi penipuan demi penipuan. Penyaduran demi penopengan.

Semuanya kerana salah guna kuasa hak milik rakyat 1Malaysia dipergunakan untuk kepentingan sempit parti dunia yang jelas ditolak ALLAH dan Rasul akan dasarnya. Kebangsaan, dasar lapuk sedari zaman Firaun yang masih kukuh dipertahan dan diperjuang oleh sebuah parti tegar dengan kegelapan akhirat menidakkan kebenaran kitab ALLAH dan kalam Rasul-Nya.

Membuka blog faisal tehrani, sejuk sedikit hati menyantap bacaan ilmiah berbau sindiran halus nan tajam buat sang penguasa yang jahil tentang hakikat 'hidup' dan 'maknanya'.

Semalam seorang guru mengaji saya memberitahu. Realiti Malaysia rakyatnya sudah sebati dengan rasuah dan tak kenal dosa pahala. Itulah cabaran paling besar dengan masyarakat hari ini. Itulah penghalang besar kepada negara baik yang diredhai ALLAH.

Musuh ALLAH menang bukan kerana hebatnya. Bantuan ALLAH tidak datang bila pejuang-pejuang agamanya melakukan maksiat. Inilah pesan keramat Saidina Umar buat kita semua. Renungan tajam buat diri. Bertaubatlah sebanyak-banyaknya supaya pertolongan ALLAH itu kan hadir. Jangan biarkan dosa kita menghijab pertolongan ALLAH dari membantu kemenangan Islam.

Ayuh sekalian saudara se Islam. Sekalian manusia yang cintakan kebenaran dan kebaikan. Usah tertipu dengan propaganda dan perang saraf parti kebangsaan yang sudah mula mahu melunakkan diri dengan berbagai tema dan cogan kata 'UNTUK SEMUA'.

Hindarkan dosa. Teruskan bekerja. Jalan ini masih jauh. Walau bukan kita yang mengecap kemenangan ini, biarlah generasi akan datang dan akan datang kan memahami pakej Islam secara keseluruhannya. Bukan ambil sekerat dan tinggal sekerat. Kita bukan penghukum, bukan pengakhir.

Wahai anak muda, teruskanlah menyampai dan mentadbir dengan adab, ilmu dan hikmah. Bukan dengan rasuah dan politik wang!




Sabarlah wahai saudaraku..
Tuk menggapai cita..
Jalan yang kau tempuh sangat panjang..
Tak sekadar bongkah batu karang..
Yakinlah wahai saudara ku..
Kemenangan kan menjelang..
Walau tak kita hadapi masanya,
Tetaplah al-Haq pasti menang,
Tanam dihati benih iman sejati,
Berpandu dengan jiwa rabbani,
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati,
Tuk tegakkan kalimah Ilahi,
Pancang tekadmu,
Jangan mudah mengeluh,
Pastikan azammu semakin meninggi,
Kejayaan Islam bukanlah sekadar mimpi,
Namun janji ALLAH yang akan pasti,

-Izzatul Islam-

Comments

Werdah said…
Salam,

Mudah2an satu hari nanti dapat juga bernafas dalam negara yg diimpikan, tidak ada rasuah tidak ada ketakutan!! amiin
InsyaALLAH. Moga diri ini pun bukan berada dipinggir jalan sahaja.

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…