Wednesday, October 7, 2009

'Makna' Dari Kegagalan


Dua tiga hari ini saya tidak sebegitu tenang. Tiga hari lepas saya menimbulkan masalah komunikasi dengan pelajar-pelajar perempuan dalam komunikasi. Sungguh wanita itu halus dan mudah terusik. Masalah itu bertambah dengan diri ini yang sedang diuji dengan kondisi tubuh yang tidak sihat.

Ditambah pula dengan adanya ujian CPR (Cardiopulmonary resuscitation) pada petang harinya. Di waktu paginya pula mendengar sedikit taklimat dan berlatih dari segi praktikalitinya prosedur CPR itu. Alhamdulillah saya tak begitu bermasalah dalam praktikalnya walaupun kepala masih pusing-pusing dan fokus yang sekejap-sekejap ditarik rasa berat dan mencengkam dikepala.

Tiba saat ujian bertulis, saya hilang fokus dan hilang segala apa yang telah dibaca. Ditambah pula penyaman udara yang begitu sekali sejuk, menyebabkan diri yang agak selsema ‘kura-kura’ ini boleh terlelap. Ah, masa peperiksaan pun boleh tidur? Memang teruk!

Ya lah, bila badan lemah sistem pertahanan tubuhnya, sedikit sahaja cubaan ataupun faktor luaran mendatang pun sudah boleh menjejaskan fungsi otak untuk berfungsi secara rasional dan betul. Benda-benda asas dan mudah pun boleh bertukar. Kengkadang tangan pun menanda petak yang salah walaupun otak telah menandakan petak yang lain.

Inilah manusia, punya kelemahan. Tubuh dan mindanya saling berkait. Saling menguat. Lemah salah satu boleh menjejas kekuatan yang satu lagi. Keputusannya, cukup menyesakkan jiwa bila terpaksa sekali lagi meninggalkan kalimah ‘GAGAL LAGI..’ dalam ruang minda yang sudah sesak ini.

Malamnya pula ada jamuan hari raya untuk generasi ke-5 kulliyyah kejururawatan UIA. Kena pula mencari hadiah buat pertukaran hadiah malamnya nanti. Memandu motor mencari ‘parking’ di Kuantan Parade. Sedang elok menyorongkan motor kedalam petak ‘parking’ yang dibawahnya adalah longkang bangunan Kuantan Parade yang agak besar.

Tangan agak tidak tenang. Sedang cuba untuk membuka ibu kunci tayar, entah macam mana tergelincir, anak kunci terlepas dari tangan dan jatuh masuk kedalam longkang yang penutupnya terdiri dari jeriji besi yang besar dan tampak begitu melekat dengan dinding bangunan untuk diangkat. “Aduh..macamna ni.? Tensionnya hari ni..”

Jam dah 5.40pm. Hadiah tak beli tak balut lagi ni. Kerja-kerja pun banyak lagi nak kena siapkan di Mahallah ni. Melihat sekeliling mungkin ada orang yang baik hati mahu memberi pertolongan. Cuba untuk bertenang. Sebentar kemudian ada seorang abang bersama isterinya berhenti parking disebelah saya.

Melihat muka yang macam ada masalah terus abang itu menyapa. “ Nape dik? “. “Hmm, kunci jatuh dalam longkang la bang. Dah cuba angkat penutupnya tapi tak dapat. Nak buat macammana ye?”

“Buatla macam ‘garlfield’, letak gula-gula getah kat kayu then amiklah.” Abang tu cuba memberi solusi berbentuk humor. “oh, ok, tapi tak ada kayu kat sini ni bang.” “Oh, macammana ye, cubalah pergi bagitau ‘guard’ kat KP (Kuantan Parade) ni. Biasanya dia boleh tolong.” “ Ok bang.”. Saya terus berjalan mencari jikalau ada pengawal keselamatan yang bertugas disekitar.

Alhamdulillah ada seorang yang sedang berada dipintu masuk hadapan KP. Terus saya memberitahu masalah dan meminta pertolongan. Tanpa banyak berbasi basa terus pengawal tersebut mengikut saya ke tempat parking motor. Sampai sahaja disana terus dia mencari penutup yang boleh dibuka. Saya sekadar meminta dia membukakan penutup dan saya akan masuk sendiri mengambil anak kunci saya didalam air longkang agak kotor tersebut.

Namun, sebelum sempat saya menghulurkan kaki memasuki longkang, abang pengawal keselamatan tersebut lebih dahulu masuk dan mengambil anak kunci saya. Tanpa rasa malu, tanpa rasa jijik, tanpa rasa terhina dia menghulurkan anak kunci motor kepada saya. Dengan penuh kepuasan bekerja saya melihat cahaya kemurnian terpancar dari wajah seorang pengawal keselamatan.

Perlahan-lahan segala rasa kecewa, rasa sedih dan rasa tidak cukup saya terubat dan hilang dengan perbuatan seorang pengawal keselamatan yang melaksanakan tugasnya, bahkan bukan tugasnya pun (mengambil anak kunci motor saya didalam longkang), tapi menolong dengan sepenuh hati seikhlas mungkin.

Saya terdetik didalam hati. Apalah ertinya menjadi seorang jururawat bergaji tinggi jika hati tiada kepuasan bekerja?Apalah erti menjadi seorang 'pharmacist' jika hati sendiri jarang terubat? Apalah ertinya menjadi seorang doktor dipandang masyarakat jika hati sentiasa tiada ketenangan, bahkan menjadi pengedar ubat-ubat terlarang pula kepada pesakit?

Apalah ertinya menjadi orang-orang ternama sedang diri tiada sifat membantu? Apalah erti nya menjadi guru jika tiada rasa seperti mengajar anak sendiri ketika asyik mendidik anak bangsa? Apalah ertinya hidup ini jika tidak menujukan segala-galanya kerana ALLAH? Pasti hilang makna hidup ini jika tujuannya adalah kesenangan sementara.

Sungguh hidup ini amat bermakna menjadi diri sendiri yang tiada mengikut bayang-bayang orang lain, tiada mengejar cita-cita pandang selapis.



Zenki 44,
25200 kuantan.



#Peringatan tugas terkini!

1)Ujian klinikal

2)Perancangan Biro
- Mesyuarat
- Laporan kewangan
- Laporan perjalanan
- Pembahagian tugas

3)Ujian bertulis CPR

4)Assignment 'UNGS 2050 ; fiqh and ethics for everyday life'

5)Pembentangan Medical Surgical Nursing 3

6)al-Quran exam!

7)Assignment Bahasa Melayu Komunikasi LM 2021.

8)Update and follow-up I-Quest '09

9)Force Task Squad for ISAC 09' - SRC

10)Ticket to CONVEST '09

No comments:

Masa Itu Nyawa