Monday, October 19, 2009

Mahasiswa oh Mahasiswa '2' .

Cukupkah dengan Ijazah dan sijil buat bekalan hidup?





Sekarang ditimbulkan isu Pengurusan UIA yang dikatakan tidak mengambil kira kebajikan pelajar dalam membuat keputusan supaya siswa-siswa UIA Kuantan tidak lagi boleh tinggal didalam kolej didalam kampus. Orang itu dihentam, orang ini dihentam. Persatuan pelajar dikutuk, kepentingan diri diangkat.

Universiti lain sudah lama mengamalkan benda-benda ini. Namun, kita yang tak biasa inilah yang selalunya suka melenting tanpa meminta penjelasan maupun mencari jalan penyelesaian secara matang. Belajarlah menegur atau menyatakan perasaan secara terhormat. Secara selayaknya kita sebagai 'orang universiti'.

Sebab itu selalu saya nyatakan, kadang-kadang dan tidak pelik pun jika tukang sapu sampah atau pencuci tandas itu lebih mulia dan bermakna hidupnya mereka itu dibandingkan dengan pelajar-pelajar universiti yang kononnya 'berpelajaran'. Tapi sebenarnya sekadar mempunyai sijil untuk bekerja tanpa mempunyai kredibiliti untuk hidup sebagai seorang insan dan hamba ALLAH.

Memang tak dinafikan pergerakan perwakilan pelajar sentiasa kehadapan menuntut kesamarataan dan hak-hak kebajikan pelajar supaya terjamin dan terjaga. UM antara contoh yang paling mudah. Sentiasa kehadapan menghantar surat, menyerahkan memorandum, dan menggunakan jalan demonstrasi sebagai pentas terakhir dalam siasah hidup kemahasiswaannya. Namun adakah pihak pentadbir akan mendengar? Kemungkinan ya kemungkinan tidak.

Segala-galanya bergantung kepada rasionalnya isu yang dibawa, faktor-faktor sekeliling yang mendesak, kematangan mahasiswa yang menyatakan isu serta jalan mana yang disalurkan untuk menyatakan protes.

Bukanlah saya disini untuk bersetuju dengan tindakan pihak pentadbir dengan suasana Kuantan yang bukan seperti Kuala Lumpur yang mudah dari segi pengangkutan untuk mahasiswa bergerak ke sana ke mari. Bukanlah jua saya disini untuk tidak bersetuju dengan tindakan sesiapa sahaja yang mahu membuat bantahan kepada pihak pentadbir.

Sekadar berkongsi buah fikiran anak muda Indonesia yang cukup mengagumkan saya. Mantan dosen (pensyarah) saya yang begitu ceria dan menggemarkan saya untuk mengikuti kelasnya walaupun banyak gelak dan ceria di dalam kelasnya, Dr Rizal Damanik.

Saya selaku wakil pelajar bagi kolej pernah sekali berdiskusi dengan Dr Rizal tentang masalah kebajikan pelajar. Permintaan pelajar tentang itu dan ini. Mengharap komen menyokong, tapi menerima komen mengancam tapi bernas dan tepat ke atas kepala orang yang merasakan diri dia adalah anak muda.

Dr Rizal mula mengongsikan pengalamannya ketika turut sama terlibat dalam gerakan gelombang mahasiswa indonesia menjatuhkan Suharto 12 tahun yang lalu. Lalu dia menyatakan kekecewaan beliau terhadap 'kemanjaan' dan 'kerapuhan' jiwa dan idealisme mahasiswa di Malaysia.

Kalau mengikut dia lah, dia mahukan semua siswa hidup di luar kampus. Kerana apa? Kerana mahasiswa yang tidak bergaul dengan masyarakat adalah mahasiswa yang Kaku. Beku. Jumud. Tidak pandai komunikasi. Hebat dalam kertas kerja? Boleh buat program besar? Sesiapa pun boleh buat. tapi hidup bermasyarakat? Ramai yang jahil tentang ini.!

Buatlah sesuatu jua untuk kebajikan pelajar jika kamu adalah pemimpin siswa sebenarnya. Ini tidak, program seminar, kolokium itu ini, konferens sana sini, tapi segala-galanya mau harap Universiti yang sediakan. Ini minda yang goblok. Buatlah program yang membantu persatuan pelajar jua. Bukan mengasingkan menggunakan nama sendiri lalu menyusahkan diri. Gunakan saluran yang ada. Be creative.

*Waduh, saya sendiri turut terkesan jua terkena.

Kena pula bila membaca karya Bapak Hamka akan peribadi besar yang mencerminkan anak muda yang sebenarnya adalah anak muda yang tidak gopoh. Tidak terburu. Membuat pertimbangan baik buruknya. Membuat pertimbangan kesan kebaikan kepada umum, serta kesan kerosakan kepada umum. Mana satu yang lebih berat dan memberi kebaikan? Ah, siswa kita hilang pertimbangan minda. Segala-galanya nafsu kepentingan kendiri.

Bercakap soal kebajikan kononnya buat kebaikan semua. Namun akhirnya mau kembali kepada kepentingan diri jua semata. Ah, inilah minda anak kecil belum sampai tahap anak muda yang fikir ummat! Memeras orang-orang berilmu dengan menghormati didepan-depan. Bagai malu-malu kucing. Namun dibelakangnya dialah sang harimau kerdil yang merobek kehormatan orang yang berilmu dengan mulut jahatnya yang tiada kenal insurans syurga neraka!

Berkonferens bersama siswa dari Indonesia di UKM sebulan lebih yang lalu. Waduh, semua siswa Malaysia hebat bercakap berdegar-degar. Ber'speaking-speaking'. Ah, saya melihat siswa Indonesia ini kurang sekali bercakap. Memang saya tahu Inggerisnya perwakilan yang hadir itu kurang mantap dibandingkan mereka-mereka yang selalu bercakap.

Lalu saya dekati dan selongkari apa rahsia mereka kurang bercakap di dalam konferensi yang bertaraf Asia Pasifik ini. Malunya saya hanya ALLAH yang tahu. Rupanya mereka tidak berminat dan tiada apa yang mau dibicarakan sangat kerana apa yang siswa-siswa Malaysia bincangkan itu telah lama mereka praktik dan amalkan. Lagi pula perbincangan itu terlalu lokal. Tidak bersifat universal. Terlalu mahukan kepentingan diri diutamakan.

Kalau di Indonesia, benda-benda ini bukannya dilapangan ini perlu diperbincangkan. Ini lapangannya praktikaliti. Kami sudah lama membuat apa sahaja cadangan dan idea yang kamu bangkit dan perbincangkan ini.

*Waduh. Kena lagi. Nasib baik saya berminat amat dengan karya-karya Bapak Hamka. Sempat jua mendalami fikiran anak muda yang tua umurnya seperti Bapak Hatta, Sukarno, H.A Salim.

Aduh, sakitnya hidup dikalangan orang-orang tua jumud yang masih muda umurnya. Lalu menimbulkan suasana kelam-kabut bagaikan anak kecil yang menangis meminta perhatian. Mentahnya kita ini semua.

Bukalah minda. Tambahkan bicara dengan orang yang diluar kotak suasana dan pemikiran kita. Banyakkan diskusi, kurangkan argumentasi. Kita terlalu tertutup dari suasana kepayahan dan kesungguhan anak muda dalam menuntut ilmu. Segala-galanya mahu disediakan. Bila ditarik, mulalah berbunyi. Mulut kalau tidak dijaga, nantilah ALLAH menghantar 'jaga'-Nya.

Inilah bahana anak-anak dibesarkan dengan kesenangan. Tiada daya mau bergerak. Bersusah sendiri menuntut ilmu. Oh, tak sabarnya menanti saat keluar dari kolej kediaman. Mencabar diri bermasyarakat.

Bukan bersetuju, bukan jua tidak bersetuju. Lihatlah dunia dari kedua-dua belah pandangan. Buka mata kita kedua-dua belahnya. Sekadar menyampaikan pandangan dari sudut berbeza. Supaya minda kan sama terbuka nan punya idealisme.


Mahasiswa oh Mahasiswa..


-tak takut berbeza-

Zenki 44,
Perpustakaan Indera Mahkota,
Kuantan.

10 comments:

fiey_ahmad said...

saya juga semakin tidak takut berbeza..

mahasiswa perlu lebih berfikir..lebih berfikir sendiri, lalu diikuti dgn tindakan penuh rasional yg bertunjangkan harapan itu adalah untuk kebaikan semua..

~Allah sebenar-benar tahu apa ada di hati manusia~

noor fatimah binti mujahid said...

setuju2.kerana itulah uian kesenangan lebih susah tuk dihadapi
tambah2 akhir zaman yg melekakan ini..sama2 kita doakan dan usaha takat termampu

Aizat Sofian said...

apa sudah jadi dengan e undi?

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

Buat fiey ahmad... Teruskan kelantangan dan keterhadapan anda. :) Anda mampu membawa perubahan.

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

buat izat sofian... tahukah anda mahasiswa Malaysia jahil dan menjahilkan diri tentang apa itu politik?


Mereka tidak melihat politik itu dari segi politik nilai, politik budi dan politik hikmah...apa yang mereka tahu hanyalah politik kepartian yang telah tercemar tanpa dipelajari punca pencemarannya adalah dari idea-idea faham kebangsaan dan sekularisasi, lalu segala ilmu politik yang luas telah disempitkan dan dikambing hitamkan kesemuanya...

hilanglah minat dan perhatian terhadap politik kampus dan jua politik Islam.... aduhai mahasiswa..

Ikha Zul said...
This comment has been removed by the author.
Ikha Zul said...

Salam,

stuju dan x takut berbeza juga :D

fikir2...

IN-faz said...

salam...mohon kbenaran di'copy' entry bkenaan enty ini....

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

silakan in-faz

IN-faz said...

terima kasih...
smg saudara teruskan usaha menulis...
skurg-kurgnya dpt mbuka minda dan mcorak pmikiran sesiapa y mbaca blog saudara...

Masa Itu Nyawa