Friday, October 9, 2009

'Insomnia' Pengumuman Buat Semua Teman Ziarah.

Buat masa sekarang penulis sedang terkena simptom insomnia. Masalah tidur.

Bila tidur tak menentu, jadual hidup terjejas, kualiti diri terganggu. Emosi mudah tertekan. Kerja banyak terganggu. Sistem pertahanan badan menjadi lemah. Jangkitan penyakit mudah berlaku. Moga Iman tetap teguh.

Hasilnya, saya sudah dua kali berjumpa doktor dalam minggu ini kerana sakit-sakit yang berbeza. Demam, selsema, batuk, darah rendah, sakit tekak, jangkitan kuman dan masalah saraf. Semua penyakit ini berdasarkan ubat-ubat yang doktor 'prescribe' untuk saya. (dah letih makan ubat, dah malu kakak-kakak 'nurse' dan doktor klinik UIA dah kenal saya yang 'rajin' pergi ziarah klinik)

Jika teman ziarah ada teknik atau ubat-ubat yang 'pharmacologic or non-pharmacologic' yang sesuai, bolehlah berkongsi dan menawarkan kepada penulis.

Moga tidur yang berkualiti dan mencukupi boleh menambat lagi kasih sayang antara kita semua.

Maaf atas segala kekasaran dan tindakan diluar sedar dibawah emosi yang tidak sepatutnya.

Segala teguran, cadangan dan saranan untuk kebaikan penulis dan sekalian teman ziarah amatlah di alu-alukan.

Moga Iman kian teguh.

Abu Fateh,
Rumah sewa,
Indera Mahkota 2,
Kuantan

6 comments:

lailafillah said...

Syafakillah akh..

Werdah said...

Salam Ziarah,

Mungkin makcik boleh beri pendapat sedikit.. cuba cari pemakanan kesihatan utk buang toksin dahulu dp dalam badan sbb mungkin dah banyak terambil ubat2an yg mengandungi bahan kimia..

Kemudian mohonlah banyak2 dp Allah swt dgn zikir banyak2 dan doa spt ini dlm bahasa Melayunya lebihkurang bermaksud : Wahai Tuhanku, telah tenggelam sekelian bintang, telah pejam sekelian mata, Engkaulah Tuhan Yang Tidak Tidur, Engkaulah Tuhan Yang Mentadbir sgl sesuatu bersendirian, amankanlah daku dan lenakan tidurku.. dan jika Engkau ingin mengambil nyawaku ambillah dalam keadaan aku beriman.. Amiin.. Sebelum tu bwewudhuk dahulu, baca 3 Qul, ayat Kursi, dll spt yg disyorkan dan akhirnya baca doa di atas.. buatlah dgn yakinn insyaAllah.. Allah Maha Mendengar..

Nurul Asyikin Abdul Razak said...

salam alaik...insomnia is "difficulty initiating or maintaining sleep, or both" and it may be due to inadequate quality or quantity of sleep

i dont know how to help you bcoz i dont know the causes of it...u dont mention it.

i'm not really know about ur situation but i know that u have a lot a works...

as ur friend in same kuliyah...maybe there r some precaution...dont think about works during time 'nak pejam mata',avoid caffein,pleaz have specific time for sleep everyday-so ur brain can set when u r going to sleep (n you as going to be nurse know about that)... mnta la pada Allah semoga Allah memberi jalan penyelesaiannya u 'keluar' drp simptom ni

semoga dberi kesihatan yang baik
pelajaran tidak terganggu
kerja tidak tertangguh
hidup dengan tenang atas Rahmat Allah

nurizzatijohari said...

slam akh
syafakillah..

sy pn ad jgk simptom ni
ats nsihat rakan
ktenya cuba try mnum susu sblm tido
insyaALLAH mgkin b'hasil
wlu xbyk sdikit pn jdla

plg pntg pergantungan pnuh pd ALLAH s.w.t..Dia yg jdkn sakit & penawar..

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

Terima kasih semua. Laifillah, makcik werdah, syikin, izzati. InsyaALLAH dah beransur pulih.

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

A message from W.M.A.W.N - Mansoura

just read your newest post. in Egypt, nonbenzodiazepine receptor agonist: Zaleplon (brand: Sonata(R)) is OTC. Maybe Zolpidem (Ambien (R)) available in Malaysia.

Discuss with doctor to take a prescription. Taken at bedtime. But, please avoid 1st Gen Antihistamine aor Benzos even though they can cause drowsiness. Nasty side effects, dude.

Always, take some fruit veggies preferably buy it yourself to ensure freshness.

Avoid coffee, tea at nighttime (need 3-5 hrs to clear from system) and excessive eating especially fat.

ALWAYS, DRINK A LOT of water and avoid any unnecesssary daylight sleep.

If you go to bed, and find it difficult to fall asleep, LEAVE the bed and try to read, watch TV etc. After you feel sleepy then go to bed.

Dont force your body to sleep. See doctor if insomnia persists. 6:30 PM

P/S: I did working on a paper about Sleeping Crisis. Published in SUARA KAMPUS.


*Thanks cceghoh. =)

Masa Itu Nyawa