Skip to main content

Gaya Bahasa Kelantan Dalam Kuliah Pengajian 'Cara Hidup' - 10 Minit Pertama

Salam al-Kelantani, 14 Syawal 1430 H, 3 Oktober 2009


Yang dah kahwin, ya, dah kahwinlah, yang tak kahwin lagi tu, ha dengar molek-moleklah ni.

Sebelum 'ambo' (saya) baca dalam hok ni (Bimbingan Mukmin), ambo nok baca hok dalam Ihya' (Ihya' Ulumuddin) tu sendiri.

Imam Ghazali kata: (Amma ba'du. Fainna nnikaha mu'inun 'aladdin wa muhinun lissyayatin...) Menikah-menikah ni atau pun bekawin-bekawin ni, menolong menguat ugama dan menghinakan syaitan. Bila kita berkahwin erti kita menggagahkan ugama kita dan menghinakan syaitan. Dan kahwin jugak merupakan benteng, (kota) yang kukuh di depan musuh ALLAH taala.

Musuh ALLAH taala dan musuh orang mukmin ni syaitan la maksudnya. Syaitan, hawa nafsu ni yang wat kira nak buat khenat (merosakkan@ mengkhianati) kita siang malam ni, bila kita berkahwin, dia (syaitan dan nafsu) takleh buat apo doh kkita (kepada kita).

Kerana nabi cakap (fainna fiiha, ma fiiha), Nabi kata dalam satu hadith tu: Kalu mung gi tengok oghe perempue comey gapo gak, mu balik bangat-bangat keghumah. Keghana apo? Benda hok duk di oghe peremepue tuh ada jugak di oghe perempue rumah (orang rumah @ isteri) mu. Takdok gapo, tidok lebih apo pung. Gapo yang ada di ghumah kito tadok pada orang itu? Semuanya ada belako, sama sahaja.

Jadi, oleh yang demikian, syaitan takleh buat apa kat kita sekiranya kita kahwin.

Dan kahwin jugak menjadi sebab bagi ramainya ummat Nabi Muhammad s.a.w, yang akhirat kelak Nabi kita boleh bermegah-megah dengan nabi-nabi lain. Di antara benda hok (yang) Nabi kita boleh tunjuk gagah dia di akhirat kelak banding dengan nabi-nabi lain ialah umat ramai. Umat nabi lain tidak ramai seramai umat Nabi Muhammad s.a.w. Nak suruh ramai umat Nabi Muhammad tak boleh cara lain melain daripada berkahwin.

Kata dia (Imam Ghazali): Alangkah moleknya kalau kamu cari sebab-sebab kahwin dan kamu jaga sunnah peraturan dan adab-adab perkahwinan. Dan kamu jelas segala maksud dan segala tujuannya.

Kemudian itulah mukaddimah yang dibawa oleh Imam Ghazali sebelum daripada dia sebut kepada kita, Adabu nnikah..

Tuan kitab kita ni (Imam Ghazali) dia bawak dua cara:

Caranya yang pertama, at-targhib finnikah.. yang keduanya at-targhib 'aninnikah..

At-targhib finnikah makna kempen orang (galakan) menikah. Tak lama lagi dia (Imam Ghazali) sebut jugak, at-targhib 'aninnikah, kempen orang supaya orang tidak menikah. Jadi tuan kitab ini gamoknya setuju supaya orang menikah, sebab tuh dia kempen orang menikah dulu, lepas daripada itu agaknya baru dia nak royat kempen supaya toksoh (jangan) kahwin.

at-targhibu fi..

ALLAH berfirman : Hendaklah kamu kahwinkan segala orang yang tidak berkahwin lagi. - Surah an-Nur. 'Ayama' disini maknanya orang yang duk seorang. Kita hok duk pondok ni terjemah maknanya orang bujang. Dan maksud bujang ni bukan bujang yang tak ada tok llaki (suami) tuh dok. Bujang yang tidak ada pasangan, sama ada hok tak ada tok llaki sama ada hok tadok bini, maknanya orang hok duk sorang kena kira jugok bia jadi ada pasangan.

Tuan kitab kata, perkataan ni (wa ankihu) perkataan suruh (fi'il amar). Dari segi orang mengaji (belajar) bahasa arab, ankihu nih dia panggil fi'il amar. Amar-amar ni maknanya suruh. Wa ankihul ayama, terjemah melayunya hendaklah. Kena bubuh hendaklah sebutir, supaya bbunyi suruh. Suruh ni baso dia gak wajib. (Suruh disini maknanya wajib).

Dan dengan sebab itu, usaha daripada kita orang yang berkenaan ni sebagai wajib mencari pasangan. Anok jatey keno cari bini ko dio, anok ppuwe kito kena cari tok llaki ko dio. Tu wajib, asal ssilohnya. Asal ssilohnya wajib. Lepas pada tu gak kalau ada masalah apa-apa gak, dia turun jadi sunat, jadi makruh gapo lah lagi.

So..ye keduanya (selesai yang pertama, yang keduanya..)

Ayat yang bermaksud : " kamu jangan sekat orang perempuan untuk nak menikah dengan laki dia." Perempuan hok yang sudah berkahwin, pahtu bercerai ko mati tok llaki ko gapo.. Mung hei woli-woli (Kamu wahai wali-wali) maksudnya bapa ke bapa saudara ke adik beradik ke jangan duk sekat orang perempuan , orang perempuan hok yang (hok bujang ni), jangan sekat dia untuk nak cari laki (suami). Jangan sekat.

Jadi, hok baso suruh kahwin pon ada, hok baso larang kita gi sekat orang daripada nak kahwin pun ada. Jadi menunjukkan perkahwinan ini perkara mustahak. Hok tak kahwin lagi disuruh berkahwin, hok berkahwin dah pastuh becerai dilarang kita gi sekat dia jangan duk bbini atau jangan duk cari tuk llaki yang kedua selepas bercerai. Jangan. Biarkan bbini gi, nya cari tuk llaki gi.

Dua ayat Quran dah..

Ayat yang ketiga mengenai dengan kempen supaya orang ni berkahwin, ialah ayat mengenai dengan ALLAH taala oyat (bagitahu) sifat nabi-nabi. Waktu Tuhan duk oyat nabi-nabi ni sifat dia begitu, sifat dia begini-begini nak suruh kita tiru sifat nabi tuh gak. Dalam banyak-banyak ayat yang beroyat sifat nabi ialah : "Sesungguhnya telah kami utus banyok rasul-rasul belum pado mu hei Muhammad (sebelum kamu wahai Muhammad)" maknanya tulong royat ko orang Mekah tuh jangan duk wat manggok sangat denge mung nih, (maknanya, tolong bagitahu ahli Mekah supaya jangan berlaku sombong sangat dengan kamu) kerana belum daripada kedatangan mu ni ada doh berpuluh-puluh beratus-ratus, ribu-ribu doh nabi-nabi lain. Tidaklah kato mung nih pelik, tidoklah atah dunia ni tadok ore lain jadi nabi sikit rabuk pung, dok. ramai dah orang lain sebelum daripa mu nih. Itu isi pertama.

isi keduanya ni. Dan kami jadikan nabi-nabi zaman dahulu pun beristeri dan berzuriat. Menunjukkan nabi-nabi ini pun jenis orang beristeri juga. Oleh yang demikian, bbini-bbini berkawin-bekawin ni satu daripada sunnah nabi. Bukan setakat nabi kita Muhammad s.a.w. sahaja, bahkan nabi-nabi hari itu 'alaihimussolatuwassalam pun kahwin jugak. Bbini jugak, beranok bercucu.

ALLAH taala sebut cerita ni ni ketika Dia nak sebut nikmat Dia kepada manusia. maknanya Tuhan ni memang Dia suka sangat, Dia suka sangat bangkit bongkar nikmat Dia. Sebab tu kita manusia ni takleh. Kita manusia dilarang bangkit bongkar. "Kalu tido keghano aku, mung tokleh beli kasut, kalu tidok keghano aku wi baju wi pitih ko mung tokleh.." ini ucapan-ucapan yang tok baik. Tak baik bagi kita, kerana apa? Kerana kerjaaan bangkit bongkar ni kerjaan Tuhan. Orang lain tak boleh.

Tebeng kito bangkit pung kita tak bagi hok kita, kita bagi hok kepunyaan ALLAH jugak. Bakpo kito nok bangkit-bangkitnyo? Kito ni (manusia) supo posmen ja. Kalau posmen cakap "oo, kalu tidok keghano ambo gi atar sughat umoh ustak, ustak tokleh teghima duit.." Sedangkan mung memey kijo mung gi ata sughat umoh aku, apo yang mung duk sibuk nok bangkit bongkar? Oleh yang demikian, mung takdok hak untuk bangkit (persoal, mengungkit-ngungkit) manusia.

Apao yang gi duk bangkit-bangkit nih? Gi duk bangkit harta mung ko harta sapo dia? Harta ni (segala jenis harta) adalah harta ALLAH taala, harta AKU(ALLAH taala), letak umoh mung sekejap nok tahu baso mung ni baso bejuruh ko baso tok bejuruh (baik). Kalu bejughuh (baik) mung wi harto mung katku, kalu tok bejughuh, hoh mung songlap. Akhirat kelak Aku (ALLAH taala) ambik balik.

Ha jadi, dalam banyak-banyak ayat hok ALLAH taal nok tunjuk dio ni baik kepada manusia ialah ayat yang Dia ghoyat, dalam banyak-banyak tando Aku baik adalah Aku kirim Nabi. Hok Aku wi air hujan pun tando Aku baik, Aku wi padi mu bbuah pun tanda Aku baik. Aku wi tubuh mu segar pun tanda Aku baik, dan Aku kirim nabi-nabi ke muka dunia ini pun tanda Aku baik. Kalau Aku tok kirim nabi, macamana mung hai (manusia) nok kenal akhirat? Tau daripada mana ada Syurga ada Neraka?

Tahu-tahu jumpa syurga, jumpa neraka. pahtu oyat. " ALLAH Tuhey, bakpo tok oyat ari tuh lagih?" Ha, jadi, Aku kirim nabi dan kirim rasul ni nikmat besar, mung (manusia) reti atau tak reti nikmat besar ni suku pasal la pulak. Nikmat dalam banyak-banyak nikmat Aku bagi kepada hai manusia adalah nikmat Aku kirim nabi kepada mu.

Dan nabi tuh pulok, Aku beri kepada dia bbini beranok, supaya perangai hok duk di Nabi aku tuh dapat ditiru oleh bini dio, dapat dia perturun kepada anok cucu dio dan manusia semua sekali..tuh dia duduk..

jadi menunjukkan bahwa bbini (berkahwin) ini merupakan nikmat daripada ALLAH subhanahu wataala. Kita berkahwin dengan orang ppuwe baik, ore ppuwe cari tok llaki baik ini bahkan nikmat daripada ALLAH subhanahu wataala.

--akan bersambung--

*Petikan dari siri Kuliah Adab Munakahat dari Kitab Bimbingan Mukmin, oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Comments

atique said…
cngratulation..
a nice article.
can i know the moderator or writer ni doh nikoh ko blum..
mcei brpengalaman jah..
hehehe..
salam muhibah n salam perkenalan..
Salam muhibbah. Setakat ini, moderator ini belum nikoh. Sekadar berkongsi pengajian dan apa yang diperoleh buat semua saudara mara dan sahabat2 teman ziarah yg dah kahwin ataupun belum. Kalau dah, boleh buat peringatan, kalau belum boleh buat panduan .InsyaALLAH :)

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…