Friday, October 2, 2009

Buku Merah Yang Hampir Hilang Rupanya Ini


Salam al-Kelantani, 13 Syawal 1430 H, 2 Oktober 2009

"Zaki, ingat yer apa Ustaz Mad pesan kat kita sebelum masuk Darul Quran ni. Ustaz pesan suruh kita jaga usrah, perhidup usrah." - Antara nota-nota kecil saya kepada Zaki buat penghilang mengantuk sewaktu mengikuti slot-slot ceramah dalam minggu suai kenal di bumi Kuala Kubu Bharu 4 tahun yang lalu.

Lalu dibalas Zaki dengan senyum penuh makna. Walaupun kami hampir-hampir hilang makna di bumi tersebut disebabkan ketidakfahaman awal dan pendekatan yang hilang makna 'hikmahnya'. Alhamdulillah ALLAH masih menyayangi dan menjaga hati-hati ini untuk terus bertatih dan berjalan meniti jalan sukar yang selalu dipandang 'sinis' oleh mereka-mereka yang hanya memahami 'ukhuwah' dari kerangka material, lalu menidakkan matlamat dengan menunjukkan sikap 'menyerang' tanpa bertanya atau meminta penjelasan hati ke hati.

Mujur abang Azhar (mantan YPD PERKEMAT) sanggup menunjukkan contoh hikmah menegur diri yang jahil ini sebulan sebelum saya menamatkan pengajian di Kuala Kubu Bharu. Namun, rupa-rupanya situasi ketidakfahaman ini berlaku dan terus berlaku. Sekali lagi saya menerima terjahan dari mereka-mereka yang 'kurang memahami' kerangka ukhuwah yang digariskan oleh ulama-ulama' terdahulu seperti Imam Hassan al-Banna dan Syeikh allamah Said Hawwa. Moga saya dan mereka-mereka itu diampunkan ALLAH.

Segala-galanya hanya tinggal kenang-kenangan. Saat berlari-larian sambil menyanyikan lagu 'Pohon Hijau Itu' bersama Badiuzzaman sambil dimarah-marah mesra oleh abang-abang. Saat mendaki bukit dengan mata tertutup sambil dipimpin Wan Safwan. Menuruni bukit dengan memimpin Wan Safwan kembali. Senyum, tawa, tangis, luka, pahit dan seribu satu macam rasa dalam saat yang sebentar cuma.

Minggu suai kenal yang merapatkan diri saya dengan sahabat-sahabat ikhlas, yang satu demi satu meninggalkan saya. Melanjutkan pelajaran ke luar negara, mendirikan rumahtangga, meninggalkan dunia yang tiada ertinya di sisi ALLAH ini. Tinggal saya masih terkontang-kanting meneruskan hidup mencari nilai dan erti buat bekal menghadap sang Pemilik.

Nota-nota kuliyah. Nota-nota diri yang hampir dilupakan. Jadual susun hidup di saat diri mula membuka lembaran baru dalam diari hidup seorang hamba yang berdosa. Semuanya tercatat didalam buku 555 merah yang hampir hilang rupanya ini sekarang. Buku catatan pertama yang mula dikumpul dan dinomborkan buat rujukan diri.

Moga tetap menulis dan terus menulis buat bekalan diri dan generasi mendatang wahai Nuruddin!

2 comments:

Aizat Sofian said...

haha..igt lg buku ni tyme usrah nga abe din dulu..koleksi buku kecil abe din susun guna getah..dlu sohwat gitu..tp rajinnye sy nk wat camtu..hehe..lpgon tyme tu otal takl berapa adjust lg (masih lagho)..lo ni boleh la matang cket..haha..

P/S : syg bena ko pokwe..sokmo namo dio keno sebut..

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

sayang semua. :) Ada bahagian semua sahabat menanti disebut.. :)

Masa Itu Nyawa