Skip to main content

Etika Bercakap Dengan Kekasih


Salam al-Kelantani, 9 Syawal 1430 H, 28 September 2009

"Abang, abang dengar tak ni?" Rengek sang kekasih yang sah bernama Isteri. "Iye dengar, dengar. Kenapa ya ayang?" Jawab sang suami sambil tangan asyik dengan telefon bimbit memetik pesanan ringkas sambil mata melilau ke kiri dan kanan.

"Abang ni tak sayang kat ayang lah!" Pendek sang isteri membuat solusi. Rajuk yang mahu dipujuk. " Ish, apahal pulak ni? abang dengar lah." Suami cuba mempertahankan diri.

" Habis tuh, kalau betul-betul sayang, mesti abang akan hadapkan muka dan cuba nak dengar betul-betul apa yang ayang nak sampaikan ni." Tukas si isteri. ("gulp..") termangu si suami di buatnya.

Asas komunikasi yang sering dilupakan

Situasi di atas merupakan salah satu contoh realiti dunia, dulu kini dan selamanya dalam satu proses komunikasi dua hala.

3,4 hari yang lalu saya bermimpi ada seorang yang saya hormati (baca: ummi saya) memarahi saya kerana tidak menjaga etika ketika berbual dengan kekasih. Aduh, sungguh terasa dan kena sekali teguran tersebut.

"Ummi tengok, din ni macam main-main baca Quran sekarang ni. Kejap berhenti baca bila ada orang telefon, kejap berhenti baca sebab saja-saja nak tegur orang ramai, kejap berhenti baca sebab nak buat benda tu benda ni. Tak patut buat macam tuh dengan kekasih hati kita." Noktah. Saya terbangun.

Benarlah perumpamaan yang dibawa Imam Ghazali tentang adab kita dengan al-Quran mestilah seperti adab kita dengan sang kekasih, bahkan lebih! Apakah rasanya hati kita jika sang buah hati yang sedang asyik dengan kita tiba-tiba sahaja mengutamakan benda lain semasa sedang asyik berbual dengan kita?

Rasa empati yang wajib ada dalam diri setiap muslim. Meletakkan diri kita di tempat orang yang menjadi mangsa barulah kita tahu akan pahit pedihnya suatu perasaan itu.

Inikan pula kata-kata ALLAH.. Kalam Agung.. Kalam Mulia.. Kalam Adil.. Kalam Mukjizat.. Kalam tiada bandingan. Sudah benarkah letak duduknya al-Quran dalam hidup kita sehari-harian? Atau saya dan teman ziarah memandang al-Quran sama seperti buku-buku biasa yang lain?

Al-Quran takkan sama dengan buku-buku karangan manusia yang kita pelajari kerana al-Quran adalah bukan karangan manusia. Ianya wahyu dan kata-kata dari langit!

Setiap huruf dan ayatnya menuntut pemahaman dan pelaksanaan daripada kita. ALLAH..Ampunkanlah dosa-dosa kami. Ringankanlah beban bagi kami menanggung tanggungan al-Quran, kata-kata yang berat ini. Permudahkanlah ya ALLAH.

Zenki 44,
Kampus Jalan Hospital,
25200 Kuantan.

Comments

Zulkamal said…
salam syeikh.izinkan ana copy cerita yang menarik ini untuk dipostkan di blog ana..akan ana ubah sikit unutk kesesuaian pembaca blog ana..tapi akan ana linkkan dengan anta...harap dibenarkan yer..
ahlan-ahlan. Moga hikmah yang dijumpai dirasai bersama.
salamullah 'alaik.
salam idulfitri.maaf zahir batin.
ana nak minta izin gak nih.
nak copy n ubahsuai sdkt tuk diprint.
tuk dikongsi dengan teman2 ijazzah disini.maklumla qurandah tak wajib dan takde exam.rase sesuai benar artikel ni.
menarik tajuk dan isinya.menyentap hati.boleh ye?
ahlan-ahlan ya noraini ustazah fatimah.

Molek jua buat bingkisan bumi kuala kubu baru itu. Sekurang-kurangnya mengubat luka penulis yang hilang 'makna' sewaktu berziarah setahun setengah dibumi 'kiri kanan bukit' dulu.

Oh, untuk ijazah dah tak ada exam Quran..? Hebat!.. hebat ujiannya. InsyaALLAH melahirkan orang-orang yang betul-betul mahukan Quran. Ameen

Moga ada manfaat buat semua yang membaca. Biar hikmah ini benar-benar menjadi milik semua mukmin. Ameen
Sekurang-kurangnya mengubat luka penulis yang hilang 'makna' sewaktu berziarah setahun setengah dibumi 'kiri kanan bukit' dulu.

-abaikan ayat ini-
Ummu Iffah said…
mane nta tahu suami isteri rajuknya begitu?...curious ni..
mujahidahputeri said…
masyaAllah perkara yg seringkali diri ini lakukan...:( hehe pn nurul,soaln perangkap...
buat puan nurul.. Mengetahui tak semestinya dengan merasai. Mencintai susuk tubuh baginda tak semestinya dengan berjumpa dengan baginda.. Sedang Uwais al-Qarny pun begitu dimuliakan di langit walaupun tak pernah jumpa Nabi. (betulkan jika tersilap)

Pokoknya, banyakkan berkongsi rasa dengan suami-suami muda dan banyakkan membaca ayat-ayat yang kaku (baca: buku-buku motivasi) dan membaca ayat-ayat yang bergerak (baca : realiti fitrah manusia disekeliling kita).

InsyaALLAH tidak sukar untuk mengagak dan membuat telahan yang patut akan situasi realiti walaupun diri belum mendirikan rumahtangga.

Apa pun, realiti takkan seindah imaginai kan puan Nurul? Atau mungkin realiti jauh terlalu indah dari imaginasi jika ALLAH dan Rasul jadi pemandunya kan? :)

-Sekali lagi mengulang ayat yang akan di ulang sampai bila-bila.-
" Saya hormat dan pandang tinggi akan semua banat generasi ke-6 kerana semuanya 'hebat-hebat' walau apa jua 'kapal' dinaiki walau dimana jua tercampak, walau di saat mana berada " - Moga semuanya benar-benar indah dari khabar.

-tak takut berbeza- (Petikan, Zaki)
Buat mujahidahputeri... :). Soalan puan Nurul perangkap untuk siapa ya? atau perangkap makan tuan?

--- ziarah-ziarah menundukkan kekerasan menghilangkan kejahilan moganya.---

Ameen..

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…