Tuesday, September 22, 2009

Baru Tahu Letihnya Mengasuh Kami..

Salam al-Kelantani, 4 Syawal 1430 H, 23 September 2009


Wah... Auni Nafeesa bt Mohd Fikry. Moga menyejukkan hati ummi dan abah mu ya wahai anak saudara kedua ku..:) Moga tenang mu sekarang berkekalan sehingga ke dewasa, matang dalam ketenangan. Buat tatapan ayah fiq, saudara mara serta sekalian teman ziarah.


Kenangan hari raya pertama satu keluarga besar yang baru berkembang dan insyaALLAH kan terus berkembang. *Wah, ayah fiq tak ada ni. Salam rindu buat ayah fiq di bumi Tanta, dari anakanda Aisyah Humaira' dan Auni Nafeesa. :)


Dua permata hati ummi dan abah ku yang sudah 'memberikan' cucu pertama dan kedua buat ummi dan abah ku. Menanti cucu ketiga dari kak long insyaALLAH akhir tahun ini. Moga selamat semuanya. Moga Aisyah makin ceria dan menjadi kakak yang baik lagi bertanggungjawab di mesir dan balik ke Malaysia nanti.



Mohd Nurul Hisyam & Fatimah az-Zahra' + Aisyah Humaira'



Mohd Fikry & Saida Marlina + Auni Nafeesa



Ummi, Abah dan anak-anak yang dah berkeluarga.


wah..sukanya bersama tuk mi..



tenang, ceria dan banyak cakap, tapi bijak :)..itulah saya, Aisyah Humaira' binti Mohd Nurul Hisyam





Penat menjaga dan mendukung Aisyah yang tidak mahu dengan orang lain selain dari ayah dan ibunya serta ayah din nya. :). Meluahkan rasa penat ini kepada ummi. Terus dijawab ummi.."haa, baru tahu macam mana nak jaga budak-budak ramai dulu (baca: saya dan adik beradik yang lain)."

Baru terfikir dan merenung kembali. Betapa susahnya ummi menjaga kami 7 beradik yang bermacam ragam perangai dan kerenah ini. Lebih-lebih lagi saya yang mudah 'angin' dan agak 'sensitif' ini dulu. Dengan jarak umur yang terlalu dekat. Anak pertama sekarang 26 tahun diikuti abang kedua 25, 24, saya 23, adik 21,20 dan 18. Allah... tak terbayang betapa penat dan teruknya ummi semasa melayan kami dahulu.

Moga anak-anak ummi ini semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga tak sia-sia penat lelah ummi abah mendidik dan menjaga saya dan adik beradik yang lain dahulu.

Mampukah saya menjadi hamba yang diredhai-Nya, ummat yang diterima baginda, anak yang soleh, abang yang baik, sahabat yang setia, serta menjadi seorang suami dan ayah yang penuh kasih sayang? Doakan..


Zenki 44,
16150 Kubang Kerian,
4 Syawal 1430H,
23 September 2009.

10 comments:

Aizat Sofian said...

selamat ari rayo abe din dan anak buah nya..moga bertambah lagi anak buah abe din..

AnjeRuby a.k.a Kak Abell said...

insyAllah...

ambo ado 25 oghe anok buoh doh...habis duit ambo kene pau maso rayo baghu nih....

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

Buat Aizat Sofian...Ameen..moga diperkenankan

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

Buat AnjeRuby...Oh..kena bersedia lah utk anak-anak saudara lagi setahun dua ni. Anak sendiri pun perlu duit raya juga.

Tak apa, menggembirakan hati anak-anak kecil, samalah menggembirakan hati sendiri :)

FaTiMaH said...

waa..nak anak sedare jgk...

Mr W. A. A. said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

buat fatimah.. moga dipermudahkan urusan kamu dan dia. Menanti anak saudara dari kamu dan dia. :)

Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

buat Mr W.A.A....moga cute jua dipandangan ALLAH..ameen ya rabb.

Wallahi la afham bilughati yabanuk ya akhi....yumkin an tarjim li wa likulli dhoifi ya akhi kareemm.. :)?
(mohon pembetulan jika salah nahu dan soraf ini yaa..)

Mr W. A. A. said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

buat Mr W.A.A.... nada merendah yang menampilkan peribadi terpuji. Teruskan akhi .:) Jepun..sebelum 50 saya kena mahir jua bahasa itu. Ajari ya guru Mr W.A.A.

Masa Itu Nyawa