Wednesday, August 19, 2009

Ulasan kepada kenyataan manusia yang bertuhankan pangkat dan gaji


"Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya," - TPM

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, ia selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa itu pada tahun 2000 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT. - Pengerusi Majlis Fatwa

Abdul Shukor yang juga Naib Canselor USIM menambah, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "semulia-mulia manusia di sisi Allah adalah orang yang bertakwa".



Ulasan:

1) Terlebih dahulu, kita pergi kepada definisi apa itu Islam? Islam adalah agama untuk semua manusia, bukan untuk Melayu, bukan untuk Arab semata-mata.
2) Apakah tujuan Nabi Muhammad diutuskan kepada seluruh manusia dan seluruh alam ?(bukan kepada bangsa arab atau melayu sahaja!) Untuk meyempurnakan akhlak manusia.

Akhlak yang bagaimana? Adakah kita berakhlak itu dengan keluarga sahaja? Adakah kita tidak perlu berakhlak dengan ALLAH? Antara akhlak kita kepada ALLAH ialah buat apa yang dia suruh, dan tinggal apa yang dia larang. Hukum ALLAH terlalu luas. Bukan sekadar hukum-hakam didalam soal 'ritual' mengikut definisi pemikiran yahudi dan nasrani yang menyempitkan agama mereka kepada soal-soal gereja dan kuil sahaja.

Islam terlalu jauh berbeza dengan kristian dan israel. Islam tidak pernah mengasingkan agama dengan politik. Berlaku jujurlah dengan ilmu yang kita pelajari wahai pemegang amanah dan jawatan-jawatan agama dijabatan kerajaan sekalian!

Adakah kita takut menyatakan kebenaran semata-mata takut jawatan kamu dilucutkan? takut gaji kamu dipotong? Jika itu yang kamu takutkan, mengucaplah kembali dua kalimah syahadah dan bertaubatlah dengan sebenar-benarnya kerana kamu telah tidak meyakini bahawasanya rezeki yang kamu perolehi datang dari ALLAH. Kamu lebih meyakini dan percaya, hanya kerajaan yang memerintah yang dikira sebagai golongan yang benar kerana merekalah yang membayar gaji kamu.

Teruskanlah membenarkan kenyataan menyokong nasionalis melebihi Islam, menyokong sekularis melebihi Islam. Teruskan dan teruskanlah membuat hukuman dan tangkapan terhadap seluruh pejuang Islam secara menyeluruh. Teruskanlah agenda memandulkan ummat dari ajaran Islam yang sebenar. Buat dan buat apa jua hukuman selagi kamu masih berkuasa wahai manusia yang melupakan hak-hak ALLAH.

Benarlah seperti firman ALLAH " dan berbuatlah hukuman yang kamu inginkan, sesungguhnya kamu hanya boleh menghukum kami didunia ini". - Surah Taha

Di akhirat nanti, pasti dan pasti ALLAH akan mengadili kita dengan hukum-hukum-Nya walaupun kita berdegil dan berkeras menentang hukum-hukum-Nya, berdegil dan berkeras mengatakan politik tidak boleh dicampur dengan agama (kita jahil tentang Nabi Muhammad yang mengajar politik Islam sehingga mampu menakluk 2/3 dunia), teruskanlah berdegil dan berkeras untuk menafikan hukum ALLAH didunia ini kerana ALLAH telah menyediakan hukuman untuk kita di akhirat kelak (tidak tahu syurga neraka bukan kerana jahil, tapi kerana takut kepada hukuman manusia dan sombong untuk mengakui kebenaran).

Kerana saya yakin dan pasti saya dan kita semua pasti dan pasti akan menemui ALLAH jua kelak. Kita semua pasti dan pasti akan mati.

Bersedialah mengukuhkan tekad untuk mengatakan didepan malaikat Mungkar Nakir bahawasanya Nabi tidak pernah mengajar orang Islam berpolitik (sedang Nabi sendiri adalah ketua Negara, ketua Hakim, ketua panglima tentera, menteri kewangan, dan ketua keluarga).

Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati kaumku ini untuk menerima, mengakui dan mengamalkan kebenaran dan segala suruh perintah-Mu, kerana sesungguhnya kami semua telah dihinggapi penyakit waham (cintakan dunia dan takut akan kematian)

Ampuni dan berikanlah hidayah kepada aku dan kaum melayu ku yang bodoh lagi sombong untuk mengakui kebenaran daripada-Mu ya ALLAH, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Menguasai ke atas segala sesuatu.!

1 comment:

lailafillah said...

salam..erm..satu pandangan yg cukup mantap..bagus3..teruskan perjuangan..sesungguhnya..islam itu syumul..waAllahua'lam..

Masa Itu Nyawa