Thursday, August 13, 2009

Seminggu menjelang Ramadhan


Jam 2 petang tadi saya mendapat sms dari seorang 'teman' rapat dari HUKM, Wan Nuruddin Shah Wan Johan :

"Salam, Ust Asri dari kumpulan rabbani baru meninggal pukul 11.15 pagi tadi. Beliau tiba-tiba jatuh ketika membuat persembahan di RTM. Al-fatihah."

Lalu saya mencari berita-berita tentang didalam internet. Dan benarlah berita tersebut. Sehingga ke dalam 'yahoogroup' yang saya sertai pun turut heboh dengan berita kehilangan seorang penasyid dakwah yang istiqamah ini.

Sehingga sekarang sudah 172 comment dari peminat dah kenalan seluruh negara memberikan ucapan takziah kepada allahyarham didalam blognya. www.asrirabbani.blogspot.com

Semua mendoakan kebaikan.

Antara abit-bait menarik buat renungan kita semua tinggalan allahyarham..

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."


Indahnya hidup jika akhirat menjadi tempat tujuan. Cemerlangnya hidup seorang muslim yang penuh motivasi. Gemilangnya hidup seorang manusia jika mempunyai takwa. Terbilangnya hidup seorang insan jika matinya mati syahid.

Pergi tak kembali. Tajuk lagu yang menyentuh. Namun bagi mereka yang syahid.. pemergian itulah yang dinanti. Pemergian yang sebenar-benarnya kembali. Kembali ke pangkuan sang Pencipta.

Ustaz Asri Ibrahim, pergi seminggu sebelum Ramadhan 1430H. Indahnya minggu kedua di alam kubur. Dengan rahmat dilimpah ruahkan, dengan azab diberhentikan.

Aku berdoa, ya ALLAH berikanlah aku semangat yang takkan sirna, ketaatan yang tiada putus, hati yang tunduk mulus, Iman yang bersinar cemerlang, teman yang kacak lagi menawan di alam kubur nanti. Indahnya berteman, berprinsipkan Quran didunia seminit ini.

Hari ke hari, semakin ramai teman ku berkahwin. Hari ke hari, semakin ramai teman kenalan taulan ku meninggal. Antara alam perkahwinan dan alam perkuburan. Antara suatu Sunnah Rasulullah dan sunnatullah. Antara dua malam pertama yang berbeza. Antara pilihan dan kepastian. Aku memilih kepastian.

Manusia datang dan pergi. Hidup suka dan duka.

Hidup ini suatu ketentuan. Mati itu satu kepastian. Coraklah kehidupan kita supaya indahnya kematian kita. Masih ada waktu untuk kita menentukan cara kematian kita. Corakkanlah dari sekarang. Setiap amalan kita bergantung kepada pengakhiran dan penamat kita. Matilah dalam berusaha dan bekerja.

Bagaimana jika mati kita dalam keadaan baru bertukar dari nasyid kepada dunia muzik-muzik yang penuh angan-angan? Baru bertukar dari lelaki menjadi wanita? Kita semua mempunyai perjanjian yang pasti. Namun, kita jua yang menentukan janji baik atau janji buruk yang bakal kita terima nanti.

Katanya ustaz Hasrizal. "Bilakah pula perjanjian itu ke atas diriku dan dirimu?"

Salam rindu ramadhan.

No comments:

Masa Itu Nyawa