Saturday, August 8, 2009

Dimarahi Guru al-Quran



"Ok, malam ni nak baca berapa banyak Din? Tanya Ustaz Nasharuddin. "tak tahu lagi Ustaz, ikut lancar" Jawabku sambil tersengih tak bersedia.

Ridha, berapa? Sahril? Naim? Semua menjawab dengan ketidak pastian dan tiada keyakinan. (Hassan Fitri yang mashi pun belum sampai ni. Aduh..)

Aku memberanikan diri membaca dahulu walaupun target sistem baru aku belum sepenuhnya disempurnakan.

Seterusnya seorang demi seorang sahabat memeperdengarkan bacaan dan Ustaz terus menunjukkan air muka tidak puas hati dengan prestasi kami.

Jam 10.15 malam. Semua telah berhenti dari membaca bila ustaz membacakan sodaqallahul 'Adhzim.. (biasanya kelas tamat jam 11 malam)

Terus Ustaz Nasha menempelak kami secara halus tetapi tegas.

" Nape teruk sangat hari ini? Sepatutnya selepas lama cuti setiap orang patut dapat baca sekurang-kurangnya 1/2 juzuk setiap seorang. Dahlah kelas kita ni kelas pertama untuk sem ini. Sepatutnya kita bermula dengan baik. Lancar. Ini tak.. masalah tajwid pun tak selesai lagi. Sepatutnya awak semua ni lepasan Darul Quran, masalah dengung tak dengung tak patut timbul dah.."

" Hafalan sem lepas macammana? Ingat lagi tak?"

" Awak semua kena ingat, awak semua tak sama macam orang lain dah tanggungjawab awak semua. Mungkin orang awam untuk mengingati al-Quran hukumnya sunat sahaja. Tapi, awak semua dah ada al-Quran didalam diri. membaca al-Quran adalah satu kewajipan yang perlu diberi masa untuknya setiap hari. Hidup awak tak boleh macam orang awam yang biasa dah."

" Nak ingat al-Quran ni mudah sahaja sebenarnya. Disiplin diri yang paling penting. (ahh, nilai diri yang agak terhakis dari diri ku sekarang. Patutlah tak dapat ulang lagi detik-detik emas tiga tahun yang lalu). Awak kena disiplinkan masa awak dengan al-Quran setiap hari. Korbankan masa tidur sedikit. Korbankan masa bermain sedikit."

"Sepatutnya dah hafal al-Quran ni, awak kena ingat untuk sebatikan diri dengan al-Quran. Sekurang-kurangnya 3 juzuk setiap hari adalah satu kewajipan buat mereka yang dah tamat menghafal al-Quran"

Teringat pesanan abang ku Taufiq tentang wasiat Syekh Ahmad yang mengajar dia di Maahad Qiraat Shoubra selepas dia menamatkan 3 tahun pengajian di Shoubra.

" Bagi seorang penghafal al-Quran sepatutnya dia mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk dalam tempoh seminggu. Sekurang-kurang dalam tempoh 10 hari dia wajib menghabiskan bacaan al-Qurannya. Jika tidak, celaka dan bala besarlah baginya.."

Allah..Allah..Allah..patutlah banyak benda dan jalan hidupku tidak lancar. Aku mengabaikan hak al-Quran dari hari ke sehari.

Menghafal dan mengingati serta menjaga al-Quran sebenarnya terlalu mudah sebenarnya. Cuma banyak mereka (termasuk aku) yang terlupa akan konsep asas yang satu ini. Dua perkara asas yang selalu kita lupakan. Ku bawakan dalam bentuk cerita, dipetik dari laman seorang teman.;

Jamaluddin al-Qasimi, seorang yang kagum dengan kekuatan hafazan Imam Bukhari pernah bertanya kepada beliau: "Apakah ubat untuk mudah dan kuat menghafal?"

Jawab Imam Bukhari,"Tiada perkara lebih bermanfaat tentang hafazan yang aku tahu melainkan dua perkara: kecintaan dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu (nahmatul rajl) dan sentiasa mengulangi dan melihat berulang-ulang kali (mudawamatin Nadzar)". Nah, lihatlah petua yang diberikan Imam Bukhari ini, sangat logik, rasional dan praktikal. Tiada apa-apa petua yang pelik, tidak perlu makan atau minum ramuan-ramuan tertentu atau jampi-jampian tertentu, tetapi yang perlu hanyalah kemahuan dan kecintaan yang kuat dan pengulangan yang kerap.

Sumber : http://bukanlailaisabella.blogspot.com/




Teman-teman sekalian, alangkah...jika kita mengetahui nikmat bertemankan al-Quran..alangkah...tak terungkap dek perasaan nikmatnya.

Abu Fateh,
25200 Kuantan,
Indera Mahkota

2 comments:

NURUL LAILATI MAHAT said...

entri ni betul2 buat sy sedar dari tidur yg lena.sy pun bermasalah juga dlm menjaga hafazan.selama ni tak pernah tahu pun klu 3 juzuk tu mmg wajib;klu tak buat celaka dan bala.sy ingatkan itu sekadar pendapat org ramai je T_T

ruzaimy said...

masyaAllah din.....besar tuh tanggungjawab golongan huffaz ni. doakan ambo di sini biar quran sentiasa di sisi. takut benar dgn ayat bala gn celaka tu.

Masa Itu Nyawa