Skip to main content

Cerita Kahwin Lagi Ke?

Kisah 1

Semalam aku bertemu pengantin baru yang menamatkan zaman bujangnya pada 1 Ogos yang lepas. Faizal, suami Wardah. Cuma sebentar sahaja bertemu melepas rindu dan menyampaikan amanat (hadiah) teman dari Mesir buat Faizal & Wardah.

Bertemu rakan lama, banyak informasi yang tidak aku ketahui dapat disingkap. Rupa-rupanya hari ini 8 Ogos 2009 berlangsung lagi satu majlis ringkas akad nikah sahabat ku dari yang belajar di Russia jua. Ikram Rauhi. Menamatkan zaman bujang pada 8/8/2009. Rupanya bukan satu kejutan berita dari Faizal.

Pada 10/8/2009 seorang lagi teman yang menuntut di Universiti Perubatan Mansurah (Muhammad Ikram bin Ishak) akan menamatkan zaman bujangnya dengan muslimah pilihan dari UIA Gombak. Ikram Ishak, teman dari bangku sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah.

Disangka cukuplah dua Ikram dengan khabar mengejutkan ini, rupanya tahun ini masih ada lagi 2 @ 3 orang sahabat-sahabat sepersekolahan dan sepengajian yang bakal menamatkan zaman bujangnya.

Kalimah tahniah dan kegembiraan yang ingin ku kongsi bersama mereka. Cuma, takut-takut jemputan mereka tidak dapat aku penuhi kerana pertembungan keutamaan seperti yang berlaku ketika walimah Faizal dan Wardah.

Aku memberitahu Ummi akan kisah sahabat-sahabatku yang akan melangsungkan perkahwinan. Ummi cuma berdiam dan tersenyum. Terus aku menceritakan perancangan masa depan ku yang ku rangka. Alhamdulillah senyum dan gembira Ummi makin terserlah dengan penerangan perancangan aku yang berpijak di bumi yang nyata.

Teringat dua hadith dari sebuah buku karangan Syekh Yusof Qardhawi (Di mana kerosakan Umat Islam masa kini?) :

" berlambat-lambat itu dari ALLAH dan terburu nafsu itu dari Syaitan " (HR Tirmidzi)

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda:

" Disambut doa hamba, apabila ia tidak mendesakkan " (Muttafaqun 'Alaihi)

Saya tersenyum dan merasa kesegaran Iman melalui seluruh rongga diri bila membaca kembali dua hadith tersebut.

Bukan menujukan hadith di atas buat anak-anak muda yang berkahwin awal. Kerana saya yakin, mereka yang berkahwin awal pasti telah menimbangkan baik-buruknya tindakan mereka.

Pasti jua mereka telah lama merancang secara realistik dan memohon petunjuk dari Ilahi. Namun, buat anak muda yang belum merancang dan belum bersedia, usahlah mengimpikan buah yang tidak masak. Bersabarlah seketika hai anak muda.

Kisah 2

Petang semalam, saya sempat mengheret dua, tiga orang adik-adik usrah berehlah ke Jeram Linang. Semuanya hasil idea Akram yang beria-ia mahu bermain air terjun.

Jeram Linang

Bermula dengan Kuliyah pagi Jumaat di Dataran Ilmu Kota Bharu. Memenuhkan jiwa dengan peringatan dari Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang bertanggungjawab menggantikan Kuliyah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Langkah diteruskan dengan solat Jumaat di Masjid Mukim Merbol, Jajahan Pasir Puteh dan terus ke Air terjun Jeram Linang.



Usrah santai dengan aktiviti bebas, mandi-manda, dan makan bihun (terima kasih Akram). Diteruskan dengan sedikit taaruf dan slot ukhuwah 'pasir' di dalam air di bawah air terjun.

Persoalan "siapakah kita 20 @ 30 tahun akan datang" sengaja saya timbulkan. Bermacam jawapan dan perkongsian yang saya dapat bersama Zulamin, Abdul Azhim, Abdul Rahman dan Akram.

Sehingga akhirnya persoalan kembali juga kepada persoalan 'berkeluarga'. Menarik sekali konklusi usrah petang semalam.

1. Jika mahu memperolehi anak yang hebat, bentuklah diri anda menjadi seorang yang hebat 10 tahun sebelum alam perkahwinan.
2. Jika kita asyik bicara soal hebatnya orang-orang terdahulu seperti Hassan al-Banna, seperti penulis prolifik Harun Yahya. Tapi persoalannya siapakah kita dan apakah peranan kita? Mereka telah menjalankan peranan mereka, tapi kita?
3. Jadilah optimisme lapang dada yang penuh senyum. Jangan terlalu cepat menghukum anak-anak muda yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Setiap mereka dan kita ada peranan untuk Islam. Biar pun sekadar memasang bendera.

Kesimpulan:

-Jangan biarkan hari-hari mu berlalu tanpa memaknakan diri dengan 2 tujuan utama penciptaan kita ke dunia-


~aku ingin pulang lagi ke kampung..pulang dengan selamat ke kampung akhirat yang abadi~

Abu Fateh,
25200 Indera Mahkota.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…