Skip to main content

Aku yang direhatkan ALLAH

Cuti H1N1 yang sungguh membuka ruang untuk diri menyendiri. Menyantap makanan minda. Buku. Itu yang ku rindui.

Ahh..kelegaan memenuhi hati dan akal. Habis jua buku "Peperangan Rasulullah" karya ustaz Ridhuan M.Noor dan Ustaz Adnan Fadzil. Terus ku capai lagi satu karya ringkas ustaz Ridhuan M. Noor "Memperingati 100 Tahun Hassan al-Banna".

Seharian dalam bercuti memungkinkan aku menghabiskannya jua dalam mengisi minda dan iman. Habis buku menceritakan tentang seorang pembaharu di dalam gerak kerja usrah ini aku terasa suatu kelainan.

Suatu ketakjuban. Jika biasanya sahabatku Imran suka menceritakan bagaimana Imam Nawawi rahimahullahu taala hidupnya penuh keberkatan. Umur sekadar 40 tahun, tapi kitabnya mencecah satu kontena banyaknya. Dan banyak cerita-cerita tentang karamahnya Imam Nawawi yang ku ketahui ketika melawat Maqam al-Imam di Nawa, Syria.

Maqam Imam Nawawi di Daerah Nawa, Syria

Semalam, baru ku tahu umur Imam Hassan al-Banna sekadar mencecah 43 tahun. Tapi pendokongnya mencecah setengah juta, penyokong dan mereka yang bersimpati dengannya melebihi 3 juta. Bahkan pengaruhnya banyak tersebar ke seluruh dunia. Bagaimanakah caranya untuk mengumpulkan sebegitu banyak pengikut dalam tempoh 21 tahun?

Tempoh 21 tahun kerana al-Marhum Hassan memulakan rangka pembinaan Ikhwanul Muslimin ketika berumur 22 tahun. Terus dan terus mengembangkan idea yang suci dan ditakuti pemerintah thaghut diseluruh dunia ini. Itulah dia as-Syahid Hassan al-Banna yang dibunuh secara keji dan pengecut oleh regim mesir yang memerintah ketika itu.

Komplot pembunuhan as-syahid lebih tersusun dan terancang dan lebih kejamnya sedikit dari komplot kerajaan thaghut pemerintah yang membunuh as-syahid ustaz Ibrahim Libya (ustaz Ibrahim Mahmud) di Memali, Kedah.

Plot pembunuhan yang hampir sama. Penglibatan tentera dan polis secara berleluasa. Kepungan terhadap rumah sasaran. Ratusan pasukan bersenjata dikerah untuk mengepung orang yang tidak berdosa di sisi agama. Tapi ber'dosa' kerana mempertahankan akidah bahawasanya Islam itu meliputi semua aspek, politik, ekonomi, kekeluargaan, ketenteraan, perundangan dan segala-galanya.

Ber'dosa' dimata mereka yang tidak mengenal ALLAH, dimata mereka yang hanya tahu hukum British, ber'dosa' dimata mereka yang mempertuhankan kebendaan yang merupakan asas dalam segala macam fahaman. Nasionalisme, pluralisme, kapitalisme, secularisme dan segala macam isme lagi semuanya ber'ibu'kan fahaman MATERIALISME. Fahaman kebendaan. Ada duit semua jalan. "no money, no talk". Nak projek? Bagi duit kopi dulu.." -

Pemegang mazhab sekularisme dan nasionalisme inilah yang tegar mempertahankan aqidah materialisme mereka di mana-mana negara seluruh dunia. Malaysia salah satu negara yang memandang Islam hanyalah puasa, solat, haji, dan zakat dan Nikah kahwin cuma. Pemikiran masyarakat semakin hari makin disempitkan. Makin hari makin dijauhkan dari agama. Makin hari makin larut dalam ikutan budaya barat.

Malam tersebut, kereta-kereta terhenti dari berjalan. Kawalan jalan raya diperketatkan. Sebuah kereta polis menuju ke satu jalan di Bandar Hilmiyyah. Sekumpulan tentera bersenjata bergegas mengepung kesemua jalan. Tiba-tiba datang sebuah kereta ke arah rumah tersebut. Pembunuhan kepada as-syahid yang berada didalam kereta bermula.

Tentera berbaris memindahkan sekujur tubuh kaku yang diambil dari kereta itu lalu cepat-cepat dibawa kedalam rumah. Mereka pun mengetuk pintu, lalu seorang tua melewati 90-an membuka pintu. Beberapa pegawai memasuki rumah sebelum jasad dibawa masuk.

Arahan tanpa kompromi diberikan kepada si tua. "tidak boleh ada suara! tidak boleh ada takziah! tidak seorang pun yang berkepakaran boleh menguruskan mayat! hanya engkau (si tua) dan ahli rumah! Penngebumian mesti dibereskan tepat jam sembilan pagi!

Orang tua itu ialah bapa orang yang meninggal itu, sekalipun begitu sedih dan tua, beliau bangun lalu menguruskan pengebumian anaknya. Lalu si tua itu pun menyapu darah anaknya kesan dari peluru-peluru yang mengkakukan tubuhnya.

Pagi pun menjelma, para pegawai datang sebagaimana dijanjikan. " Marilah bersama anakmu! Kebumikannyalah!" Maka si bapa yang berusia 90 tahun bertempik. "bagaimana aku ingin membawanya? Tenteralah yang patut membawanya!" Jawapannya adalah " Ahli keluarganya yang mesti membawanya!!" Padahal yang tinggal hanyalah perempuan-perempuan dan seorang budak lelaki yang kecil.

Sekujur badan dibawa ke jalan yang dipikul oleh isteri dan anak perempuannya. Dibelakangnya hanyalah ayahnya. Barangsiapa yang mengiringi jenazah itu, maka penjaralah kesudahannya. Sesampainya jenazah itu ke masjid, tiba-tiba masjid itu kosong daripada seorang pun, hatta orang yang berkhidmat dengan masjid itu pun tiada - editor (Ustaz Ridhuan M. Noor)

Si bapa pun bersolat diikuti oleh ahli bait yang terdiri daripada perempuan. Kemudian mereka menurunkannya ke dalam kubur. Kesemuanya pulang ke rumah dalam kawalan yang begitu ketat.

Inilah jenazah Imam Hassan al-Banna. Hati hancur melihat kekejaman anjing-anjing kerajaan terhadap seorang Muslim yang tidak berdosa. 'Dosa'nya hanyalah dimata munafik-munafik penentang Islam. 'Dosa'nya hanyalah kerana melawan Yahudi dan kezaliman regim-regim kerajaan thaghut(pelampau menentang hukum al-Quran dan hadith)

Allahuakbar..aku terpaksa berhenti seketika. Melapangkan dada. Menyelesaikan tanggungjawab. Merenung diri. al-Imam bermula ketika berumur 22 tahun. Aku sudah 22 tahun lebih, tapi tiada apa-apa lagi. al-Imam syahid ketika 43 tahun, tapi dengan lakaran jihad yang begitu memberi kesan. Aku?..

As-Syahid yang ditakuti seluruh Pemerintah thaghut (kerajaan melampau menentang hukum-hukum ALLAH) diseluruh dunia.


Ya ALLAH, Aku adalah seorang pengembara yang mencari akan sesuatu yang realistik, aku seorang yang mencari identiti kemanusiaan dikalangan manusia, aku seorang patriotik yang mendambakan kemuliaan, kebebasan, kedamaian dan kehidupan yang bahagia bagi tanah airnya dibawah panji Islam yang mulia, aku telah merasai rahsia kewujudan dibawah seruan; Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah semata-mata bagi ALLAH tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Demikianlah aku diperintahkan dan aku tergolong dikalangan orang-orang yang menyerah diri kepadaNYA..

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…