Sunday, August 30, 2009

Salam merdeka: Perkongsian 'sempoi dan bersahaja' antara generasi persijilan DQ

Lawatan adik-adik Gen 9 dari Darul Quran ke Kuantan.


Assalamualaikum�

Just nak tulis apa yang dapat masa motivational talk that was given by Ustaz Nor Hafizi masa Tahfiz Camp kat UIA Kuantan.

InsyaAllah boleh jadi peringatan dan panduan untuk diri ini dan sahabat2 seperjuangan yang pernah sama2 bertungkus-lumus menghafaz kitab suci Allah�.

Kadang2 rasa sedih dan takut sangat sebab tak dapat nak kekalkan hafazan�takut sangat bile Al-Quran tak menjadi priority kita�.sibuk sangat study sampai lupa Al-Quran..

bila fikir2 balik�.dalam satu hari berapa lama masa diperuntukkan for Al-Quran�3jam? 1jam? Setengah jam? Few minutes? Or tak bukak langsung? Rasa perlu sangat kawan2 untuk ingatkan selalu�.alhamdulillah kadang2 ada yang datang bilik tibe2 tebuk....at least recall juga....

Ustaz Felza kata takde sape boleh ingat semua..if tak mengulang�..peringatan untuk diri sendiri�..jangan lupa Al-Quran kerana kecuaian kita�.takde jadual mengulang�iadah ikut mood�..kita takut nanti disana kita jumpa Allah dalam keadaan berpenyakit�.Nauzubillah


Al-Quran tak boleh kita jadikan secondary thing to be done�.kena sentiasa utamakan n peruntukkan masa untuk murajaah�.peruntukkan masa yang khas untuk mengulang�at least dalam jadual harian kita ada masa�before subuh, after subuh, in between maghrib isya��.mayb ni minimum yang sepatutnya kita buat�if tak sibuk setiap kali after solat kena mengulang�..jangan sesekali kita ikut mood�bila rasa nak mengaji baru nak buka Al-Quran�bila sibuk terus lupakan�.


Selalunya ayat yang kita baca dalam solat la yang paling kita ingat�..kena rajin jadi imam�baca ayat lain2�dalam solat tahajjud�if surah senang kita boleh baca perlahan, dalam hati..cepat and banyak sikit dapat baca�if lupa terus refer Quran�lagi2 kita yang selalu kesuntukan masa dan tak cukup masa ni�bak kata Imam Hasan Al-Banna dalam wasiat kesepuluhnya..�kewajipan tu lebih banyak dari waktu�kena pandai gunakan masa�..


Ustaz Hafizi kata lagi�kita kena selalu main tebuk2�jumpa je kawan�tebuk�tapi jgn tebuk je�if lupa buka balik Quran..check�if kita buat, secara tak langsung kita sentiasa ingat mengingatkan diri sendiri dan kawan�kalau kat rumah boleh suruh parents or adik2 tebuk�.Ustaz kata lagi kita kena masyi surah2 biasa yang orang lain pun hafaz dan baca dalam solat�as-sajadah, al-mulk, al-insan, al-waqiaah, al-mu�minun etc�.kena rajin buat solat hifzi�.kena banyak mujahadah nafsu, kurangkan tidur, bangun malam untuk tahajjud dan Quran�kenapa kita rasa berat sangat nak bangun malam? Rasanya sebab tak biasakan diri�.

Kaedah2 murajaah lain yang ustaz ada sebut..selalu dengar bacaan Qari from CD or kaset�.pagi2 masa get ready nak pg kelas, masa iron baju, breakfast�. boleh pasang dan dengar�kena ada sifat bersaing, kenal pasti ayat2 dalil and of course banyakkan doa, sebelum dan selepas menghafaz�.


Semoga kita sama2 dapat menjaga Al-Quran�
�Ya Allah, dengan Al-Quran, kurniakanlah kasih sayangMu kepada hamba. Jadikan Al-Quran sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagi hamba. Ya Allah, ingatkan hamba bila ada ayat yang hamba lupa mengingatnya. Ajarkan pada hamba, ayat yang hamba tidak memahaminya. Kurniakan kepada hamba kenikmatan membacanya sepanjang waktu, baik tengah malam atau siang hari. Jadikan Al-Quran bagi hamba sebagai hujjah, Ya Rabbal �Alamin�


Buat sahabat2 bekas pelajar persijilan tahfiz UIA-DQ...sahabat2 satu batch (2nd batch 2000/01...Farah, Liya, Lala, Amni, Emi, Lina, Zufadli, Ajil, Badri, Najran, Aimir, Shahrul, Fahmi...apa khabar Quran kita? Berapa banyak yang kita ingat? Berapa kerap kita mengulang Quran? Rasa perlu sangat kawan2 untuk sentiasa ingatkan...yang kat kuantan, jom sama2 turun tasmi� dgn ustaz setiap jumaat...seminggu sekali je kita kena luangkan masa....masa still belajar lagi ni la masa yang terbaik untuk kita ulang Quran n mantapkan...nanti dah kerja, kahwin...anak ramai...lagi takde masa...

Adik-adik banin generasi ke-9


Untuk adik2...teruskan usaha...mesti semua mantap2...yang fresh baru je khatam...kekalkan..jgn sesekali biar ia hilang...pegang kuat2.....bak kata Ustaz Aziz masa kat DQ dulu...menhafaz ni mcm kita ikat unta liar...mula2 nak tangkap tak sesukar mana..tapi bile dah dapat tangkap n ikat..terlepas semula...lagi susah untuk kita kejar....iadah tu lagi susah dari menghafaz pertama kali...

- kak Asma generasi ke-2

erm... tima kasih kak asma.

lagi satu tambahan, bebaskan diri dari dunia, ikatkan diri dengan pemilik Kalam yg kita hafal.

Quran tu ada pemilik jadi, bg shbt yg xmampu lg wat solat hifzi, jgn lepaskan solat sunat hjt tiap2 mlm utk ALLAH jg hafln kita...n jdkan 4 surah dlm solat sunat hifzi tuh sbg zikir harian (yaasin lepas subuh, dukhan lepas zohor, sajdah selepas asar n almulk slps isya'..n utk tmbhn ambil fadhilat quran gak, waqiah slps maghrib. amalkan tiap2 hari selama 2 bulan tanpa miss insyaALLAH blh ulang pastuh tanpa tgk mashaf... )


insyALLAH mudah nk hifzi pas2ni.., mcm kita nk dptkan tubuh badan yg sihat n ideal gak bnyk yg perlu kita pantang.. tu tubuh badan...jadi lebih2 lagi utk dapatkan hati yang jinak n xlekang dgn Quran..

sekadar berkongsi...

- Nuruddin generasi ke-6


secebis carikan memoriku...

masa kat dq dulu..

Perkongsian bersama teman-teman dari Darul Quran di dewan syarahan 3, Kuliah Perubatan UIA Kuantan.

penah ana mendengar jawapan dari ust jalal utk solat hifzi ni. ust jalal kata wallahua'lam tapi dia xpenah buat pon solat hifzi ni. bagi dia kalu nk igt quran, kena ngulang, ngulang, ngulang n ngulanglah..(n ust jalal terkenal ust yg masyi n syadid..)

Pastu ana penah tanya ust Hanaffi bin Hasim (ustak napok) yg bnyk mentelaah kitab hadith, bg dia solat hifzi ada hadith n hadith yg dimaksudkan tuh bagi dia martabatnya hasan (maaf ana lupa rujukan kitab mana yg dia bitau). Sbb tuh alhamdulillah kat dq batch diplma 05-08 byk wat solat hifzi ni .

Kesan dari solat hifzi memang bagus n ada kesan positif utk hafalan(bagi mereka yg istiqamah ng amalan ni lah). pastuh katanya ust napok, kalu nta nak wat xde mslh sbb hadith dhaif pon boleh dibuat utk beramal, cuma xleh utk berhujah shj.

Dan terbaru 2 hari lepas, ana tanya imam msjd kubang kerian (ust abdul bari), katanya xde hadith. memetik kata2 dia : " solat hifzi 4 rakaat 2 salam? baca 4 surah tuh?" ana jawab, ya.
"oh, tuh org xngapal quran tuh. Kalu nk hifzi betul2 watla 1juz dlm 2 rakaat. Boleh wat? (soalan maut, sekadar tersengih).

Sambung ustaz, " biasanya juz 1 bolehlah dih? juz 2 dah kokkak kokkak, pastuh jd malas dih?. hehe " ...aduh, sekali lagi terpukul!.. " kalu nk igt quran betul2 wat lah tiap2 malam 1juz dlm solat malam "... (ust ni terkenal masyi n antara plg syadid dlm bab tajwid n hafazan quran d kelantan..)


MasyaALLAH...byk sgt cara cuma kita xnak mujahadah..
terigt pesan ust ana masa form 1 dulu. " kalu kita nak quran ni sebati ngan diri buatlah bacaan sembahyang. Paling elok wat dlm tahjud, bgn qiam tiap2 mlm. Istiqamahkan ngan sekurang2nya 1/2juz dlm solat tiap2 hari..Quran ni nak mujahadah kita baru dapat anakku.."


Ana sendiri bnyk xmampu n xistiqamah lagi ngan amanat2 ustaz yg begitu byk nih, semoga apa yg baik dpt kita kongsi n apa yg xelok tuh mitak jauh. Fikir dan amal, InsyaALLAH.. semoga ALLAH permudah urusan kita ngan QUran.

-Nuruddin generasi ke-6


Perkongsian di'bilik' perbincangan Groups Persijilan Tahfiz 3 tahun yang lalu.

Jika ini amal terakhir ku, moga ada kebaikan buatku dengan iktibar dan amalan yang boleh sahabat-sahabat amal dan sampai-sampaikan kepada orang-orang yang jauh dan tidak mengetahui.

Rindu keredhaan, takut kemurkaan

Saturday, August 29, 2009

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk anak-anak. Ibu sentiasa memberi sokongan terbaik untuk anak-anak. Yang paling besar, doa ibu yang mujarab. Kalau tiada ibu, tiadalah doa yang lebih baik daripada itu. Oleh itu, jaga hati ibu semasa dia masih hidup. Belajarlah untuk menjaga hati ibu. Belajarlah untuk menjaga hati ibu...


Semasa ibu masih ada, ada-ada saja yang tak kena. Ibu kolot, ibu tak faham, ibu tak sporting, ibu menyakitkan hati dan apa-apa lagi. Bila kita dewasa kita menjadi seorang ibu dan bila ibu tiada, sifat-sifat tadi akan beransur-ansur hilang. Barulah kita berfikir kenapa ibu begitu???...

SEBENARNYA IBU...SAYANG KITA!!!!

Akhir 2004.


Surat sayang pertama dari ummi ku buat aku yang agak keras kepala dan tidak memahami hasrat hati ummi yang mahukan yang terbaik buat anaknya.

Sengaja ku kongsikan buat semua teman ziarah, moga ada manfaat dan buah hikmah yang mampu kita rasai bersama.


Janganlah terlalu berkeras dengan ibu dalam soal pemilihan calon isteri atau suami. Teman, sesungguhnya ibu bukan mahu mengawal segala corak hidup anaknya. Tapi ibu sayang dan mahukan anaknya tidak menyesal dikemudian hari dengan keputusan yang tergesa-gesa.


Teman, janganlah pula terlalu berkeras untuk tidak mahu berkahwin awal (selepas pengajian) jika dipinta oleh ibu mu yang tersayang. Janganlah keputusan ibu menghalangmu berkahwin semasa belajar membuat hatimu keras untuk melaksanakan sunnah Rasul yang mulia itu. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Setiap insan pasti ada kekurangannya. Ada keterlanjurannya. Sebaik-baik anak adam adalah yang bertaubat.


Maafkan diri ini buat semua yang pernah aku sakiti, pernah aku tolak lamarannya, pernah aku minta ditimbang kembali, pernah aku kecewakan, pernah aku mendiamkan diri tanpa jawapan. Sesungguhnya diri ini hanyalah manusia biasa. Pernah jua di sakiti, dan tiada diperhatikan.


Semalam, diriku masih ditanya persoalan yang sama. "Masih ada apa-apa kah?" Dengan hati yang kelat, jawapan yang sama tetap diberi. "tiada".


Memang, perkahwinan itu suatu jalan meramaikan ummat dan menyempurnakan agama. Namun, situasi ku sekarang lebih memberatkan aku untuk mencorakkan detik-detik malam pertama ku di alam kubur.


Persoalan entri sebelum ini; "ku terima lamaran ini" ada kebenarannya aku menerima lamaran seseorang secara tidak langsung. Tapi itu bukanlah persoalan pokok. Fokus aku ialah pada lamaran ALLAH yang telah aku dan teman-teman sekalian mengikat janjinya suatu ketika dahulu di alam ruh. Aku tidak kecewa jika ada teman yang ingin menarik bai'ah, kerana mungkin teman itu terlupa "aku janjinya" dengan ALLAH. Terlupa lamaran ALLAH yang diterimanya di alam ruh suatu ketika dahulu.


Benarlah mafhum sabda baginda:
"sesungguhnya ruh-ruh itu adalah terdiri daripada tentera yang tersusun dan saling mengenali antara satu sama lain." Jika dia merupakan teman rapat di alam ruh, begitulah jua dia menjadi teman rapat kita di alam buana ini. Atau jika antara ruh itu saling bermusuhan di alam ruh, begitulah kisah hidup antara ruh-ruh yang saling bermusuh di alam nyata ini."


Satu persoalan memberatkan minda jika tidak difahami dengan hati yang tulus dan telus mahukan kebenaran. Bukan mahukan kebenaran dari diri sendiri untuk diterima orang lain, tapi mencari titik kebenaran sebagaimana disarankan ALLAH dan Rasul-Nya.

Teringat akan teman hati ku, Harun berbangsa turki warganegara Jerman. Harun yang petah berbicara 5 bahasa. Umurnya sama dengan ku. Baru tahun ini menyempurnakan agamanya dengan muslimah warga Malaysia.

Harun, teman yang lembut hati, indah bahasanya, baik pekertinya, murni niat dan cita-citanya. bersama teman-temanmu dari bumi konstantinopel. Aku rindu keramahan anak-anak didik Syeikh Badiuzzaman Sa'id Nursi ini yang gigih menuntut dan menyebarkan ilmu dari Risalae-Nur ini.

Sungguh hati ini terasa dan tersentuh dengan ucapanmu " mungkin ruh kita bersahabat rapat di alam ruh dahulu, menyebabkan aku merasakan begitu rapat dan dekat denganmu walaupun kita hanya berkenalan tidak sampai dua bulan." - Wah, bahasa Melayu mu pun turut indah dan sopan dimata anak Melayu yang terkadang masih berkasar ini duhai teman.

Bersama Harun (kiri) dan Abdul Rahman (kanan) di sekitar Ma'ahad Abu Nour. Kedua-duanya bangsa turki yang indah bahasa dan lembut pekertinya.



Moga teman-teman hatiku yang ikhlas sebegini kan ku temui kembali jua di alam akhirat nanti di dalam taman-taman yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang kekal lagi abadi.



Moga teman-teman ikatan imanku ini kan ku temui lagi di hari yang tiada persahabatan lagi melainkan buat mereka-mereka yang bertaqwa dan berkasih sayang kerana-Nya.


Zenki,
Teratak Talhah,
25200 Kuantan.
8.44am 9 Ramadhan 1430H
30 Ogos 2009.

Friday, August 28, 2009

Happy birthday my second niece!

Kronologi kelahiran anak saudara kedua ku:

"Kak ina dalam OT (operation theater). Tekanan darah tinggi, 170/100. posisi bayi songsang. Doktor cakap mungkin malam ini atau pagi esok akan operate. Doa dan solat hajat semoga semuanya selamat" - Ummi. 9.00pm 28 Ogos 2009

"Doktor akan operate kak ina pagi ini. Doakan segalanya selamat" - abe yie. 7.43am 29 Ogos 2009

"Dah masuk OT. Doakan segalanya selamat" - Ummi. 10.45am 29 Ogos 2009.

"Alhamdulillah! Selamat lahir bayi perempuan! Maknya masih dalam OT lagi. Tq" - Abah. 12.01 noon. 29 Ogos 2009.

"Tak apa dah, kak ina dah masuk wad biasa dah. Cuma bayinya ummi tak dapat tengok lagi. Ayahnya (yie) sahaja yang boleh tengok dulu. Beratnya ringan sahaja, 2.1kg" - Ummi. 2.35pm

p/s: Bila kan dapat ku tatap wajah anak saudara kedua ku ini. Semoga bertambah pejuang muslimah di medan ummah!

8 Ramadhan 1430 H
29 Ogos 2009.
Tarikh kelahiran puteri sulong buat Mohd Fikry dan Saida Marlina.

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah.

Zenki,
Teratak syuhada' Talhah.
25200 Kuantan

Tuesday, August 25, 2009

Ku terima lamaran ini

Ikatan hati:

Kayu ukurnya bukanlah dengan harta dan kemewahan hadiah,pemberian dan harta simpanan atau kehebatan pencapaian diatas kertas.

Kayu ukurnya ialah dengan kemewahan kasih sayang, kemurahan senyuman, keindahan bahasa, kemuliaan akhlak pergaulan, dan kehebatan perhatian terhadap insan yang hatinya telah dan ingin kita ikatkan.

Kunci pertautan hati:

Boleh diukur dengan keseriusan kita menyempurnakan diri dengan kayu ukur ikatan hati diatas. Memulakan segala sesuatu dengan mendahulukan dan mengikat hati sendiri kepada Sang Pengikat segala hati dan Sang Pemilik segala hati; ALLAH.

Demi diri ini yang didalam genggaman-Nya, sungguh aku telah dilamar berkali-kali. Alhamdulillah,hampir dua bulan berlalu dengan majlis yang ringkas, penuh ketenangan, tiada palitan nafsu, semuanya kerana yang Satu,akhirnya aku terima lamarannya kali ini kerana-Mu.

Moga ikatan ini kan membuka hati-hati yang memandang serong dan sepi. Semuanya kerana kunci redha-Mu.

Doakan kami.

Kayu ukur saya dan dia:

bukanlah dengan harta dan kemewahan hadiah,pemberian dan harta simpanan atau kehebatan pencapaian diatas kertas.

Kayu ukurnya ialah dengan kemewahan kasih sayang, kemurahan senyuman, keindahan bahasa, kemuliaan akhlak pergaulan, dan kehebatan perhatian terhadap insan yang hatinya telah dan ingin kita ikatkan.

Memulakan segala sesuatu dengan mendahulukan dan mengikat hati sendiri kepada Sang Pengikat segala hati dan Sang Pemilik segala hati; ALLAH.


Rindu keredhaan, takut kemurkaan

Salam 'uzlah 'mencari barang yang hilang'

Sunday, August 23, 2009

Pemimpin dan Ulama' dari kaca mata anak muda

Salam al-Kelantani, 2 Ramadhan 1430H, 23 Ogos 2009.

Salam kerahmatan 10 pertama Ramadhan.

Ulama' dan Pemimpin

Bila para ulama dan para pemimpin adalah orang yang shalih maka akan baiklah seluruh umat. Sebaliknya, bila mereka rosak maka rosaklah seluruh umat, walaupun di tengah mereka ada ribuan orang shalih. Mengapa? Karena mereka adalah ikutan masyarakat.

Bila mereka baik, semua orang berlumba untuk menirunya. Dan bila mereka rosak,masyarakat pun akan berbuat maksiat dan tidak ada yang menghentikannya. Ulama adalah pemegang haluan kata-kata, sedangkan pemimpin adalah pemegang haluan tindakan. Yang penting, hendaknya kata-kata ulama diikuti dan diimbangi dengan tindakan nyata. Jika tidak demikian, ia menjadi ulama suu' (jahat).

Ulama suu' menyeru manusia ke syurga dengan kata-katanya, namun mengajak ke neraka dengan tindakannya. Ketika kata-kata mereka berseru, "Mari menuju petunjuk!"tindakannya menyahut, "Jangan dengarkan!" Secara lahiriah mereka adalah penunjuk jalan, tetapi secara hakikat mereka adalah penyamun. Bayangkan, betapa kacaunya bila suatu kafilah (perkumpulan) dipandu oleh seorang pemandu arah, namun dia (pemandu arah itu) hakikatnya adalah seorang penyamun.

Diceritakan,


Beberapa budak datang kepada Hasan Al-Bashri, mengadukan amalan perhambaan yang telah membuat mereka menderita. Mereka meminta agar Hasan al-Bashri memberi nasihat dan mengingatkan orang-orang kaya supaya memerdekakan budak-budaknya. Dengan begitu mereka berharap mendapatkan kebebasan.

Hasan Al-Bashri pun berjanji untuk memenuhi permintaan mereka. Pada khutbah jumaat pertama setelah itu, Hasan Al-Bashri tidak berkhutbah tentang perhambaan. Jumaat kedua dan ketiga pun terus berlalu tanpa menyinggung tema ini (isu perhambaan) dalam khutbahnya sebagaimana yang ia janjikan kepada mereka.

Pada Jumaat keempat, barulah Hasan Al-Bashri berbicara dalam khutbahnya tentang pahala orang yang memerdekakan budaknya. Belum sampai waktu petang menjelang, majoriti budak (hamba) telah dibebaskan. Tidak berapa lama kemudian, para budak mengunjunginya untuk mengucapkan terima kasih atas khutbahnya, namun mempersoalkan keterlambatannya menyampaikan tema ini hingga sebulan penuh.

Hasan Al-Bashri meminta maaf atas keterlambatan tersebut seraya mengatakan, "Yang membuat saya menunda pembicaraan ini adalah karena saya tidak memiliki budak dan tidak juga memiliki wang. Saya menunggu sampai Allah mengurniakan harta kepada saya, sehingga saya dapat membeli budak, lalu budak itu saya bebaskan. Kemudian barulah saya berbicara dalam khutbah, mengajak orang untuk membebaskan budak. Allah pun memberkati ucapanku karena perbuatanku membenarkan ucapanku itu."

Inilah profil salah seorang ulama kita zaman dahulu, dan kita meminta kepada Allah untuk memberi hidayah kepada para ulama kita agar mereka mengerti posisi dan pengaruhnya di tengah umat.

Ada unsur pokok bagi keberhasilan seorang da'i dalam berdakwah. la adalah
sifat ash-shidiq (jujur, tulus).

Ingatlah perkataan sahabat yang mulia, As'ad bin Zurarah, ketika Mush'ab bin Umair keluar untuk menemui Sa'ad bin Ubadah. As'ad berkata kepada Mush'ab, "Jujurlah pada Allah dalam urusan itu!"

Sifat shidiq yang keluar dari jiwa ketika berdakwah dapat menghimpun hati sehingga dakwahnya didengar dan diterima oleh khalayak yang berinteraksi dengannya. Hendaklah ia tulus dan jujur kepada diri sendiri, sebagai aplikasi dari berbagai hal yang diserukannya, menyangkut akhlak dan umumnya etika.

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kalian mengatakan sesuatu yang tidak kalian perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah bahwa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan." (Ash-Shaf: 2-3)

- Adaptasi karya dan cerita hati Syeikh Abbas as-Sissi, "Jalan Menuju Hati"

Ulasan:

Di dalam realiti hidup kita hari ini ramai ulama'-ulama bertaraf duniawi. Tidak pernah turun merasai penat jerih, letih lelah, sakit demam sekalian rakyat.

Ramai pemimpin-pemimpin yang menghabiskan harta rakyat untuk duit poket sendiri dan saudara-mara terdekat. Menggunakan duit rakyat jelata untuk membina kediaman bernilai jutaan ringgit. Membiarkan rakyat marhaen hidup menderita dan makin terseksa. Menghina golongan-golongan miskin dan menafikan hak-hak pelajar dalam mendapatkan bantuan percuma dari sang diri yang memerintah. "tak apa rakyat bersusah sedikit, jangan anak-anak aku tak cukup makan sudahlah" - Ucapan pemimpin yang pasti dipersoalkan oleh rakyat jelatanya di akhirat kelak.

"tak apa ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim dan anak-anak yang bapanya ditahan tanpa bicara bersedih dan berpisah serta bersusah (hilang sumber rezeki dan kasih sayang) sekejap, siapa suruh terlibat dengan membela Islam. Islam tuh cukuplah puasa ramadhan, zakat, haji, solat. Bab-bab memimpin dan memerintah ini bagilah kat orang-orang yang tak pandai agama pun tak apa. Lagi pun duk cerita syurga neraka, syurga neraka aja kerjanya. Mana ada orang-orang dah mati yang datang balik cerita kat kita dia masuk syurga ka neraka. Hebat betul orang yang boleh tentukan manusia ni masuk syurga, manusia ni masuk neraka" - Kata-kata manusia munafik yang jahil serta tersesat dari khabar-khabar ancaman dari Rasulullah akan azab dan seksa kubur. Lagi menyesatkan seluruh masyarakat yang dimandulkan imannya dengan hiburan melampau dan dengan program-program pemusnah jati diri pegangan muslim.

Penatnya bermain mata dengan akhbar dan media massa perosak ummat. Saluran-saluran televisyen yang menyembunyikan kebenaran, membenarkan kejahatan, memandulkan potensi minda anak watan sendiri dan menyemai benih-benih pengecut ke dalam diri setiap anak muda yang tiada asas iman dan pegangan kepada ALLAH yang kukuh.

Sungguh, penat yang membangkit sikap mahu berubah dan mengubah. Semoga muslim ilusi yang bertebaran disetiap rongga alam ini kan mengenal dirinya, mengingat hakikat kejadiannya, menyempurnakan matlamat hidupnya, membina suatu dunia Islami yang realiti. Bukan sekadar cuma berpencak diatas kertas dan karya-karya hebat lagi. Moga saya dan sekalian teman ziarah menuju menjadi muslim 'realiti', bukan lagi muslim 'ilusi'.

Selesai memahami punca kelemahan umat islam masa kini. Moga segala sumber kekuatan ummat tidak lagi disia-siakan didalam bidang akalnya, amalnya, ekonominya, tenaganya, dan sumber kerohaniannya.



Moga sang penguasa kan mendapat hidayah ALLAH dalam mengurus dunia mengikut suruh larang-Nya. Moga sang 'ulama tidak menjadi syaitan bisu dan takutkan cemeti sang penguasa yang bencikan cara hidup islam. Moga masyarakat kan bangkit menyusuri kebenaran ALLAH dan memperbaiki kepincangan pemimpin dan negara. Moga pergerakan Islam bergerak seiring sepenuh daya memanfaatkan sumber-sumber kekuatan ummat dalam menentang pergerakan syaitan yang tidak pernah berehat mahu memadamkan cahaya Iman dari hati anak cucu nabi Adam 'alaihissalam ini.


"Usahlah mencari kesalahan-kesalahan 'ulama yang bernafaskan iman dan bertuankan ALLAH didalam perkara yang boleh dipertimbangkan jika kebatilan dan maksiat-maksiat jelas didepan mata pun belum mampu untuk dibanteras oleh mu wahai 'ulama-ulama yang bernafaskan gaji dan bertuankan kerajaan!"

Salam ramadhan, ku pohon kerahmatan-Mu buat diri ku dan seluruh teman ziarah di laman hitam dan putih ini ya Rabb..perkenankanlah..

* Alhamdulillah, melepasi terapi penulisan pembangkit jiwa dan iman.

Zenki,
2.29am,
3 Ramadhan 1430H,
24 Ogos 2009,
Teratak Talhah,
25200 Kuantan.

Saturday, August 22, 2009

Mahasiswa oh mahasiswa

Salam keampunan,

Semalam laman ini menyiarkan sesuatu yang tiada maknanya lagi. Kerana tidak menutup ruangan untuk hantaran entri terbaru, lalu adalah tangan-tangan 'ghaib' yang rajin mengambil alih peranan memanaskan yang kesejukan.

Alhamdulillah entri tersebut telah dibuang.

Sehari sebelum Ramadhan kali ini, saya terkejut dengan beberapa program yang sepatutnya saya dimaklumkan, tapi segala-galanya berlaku diluar kawalan. Alhamdulillah, baguslah semuanya berjalan lancar.

Cuba bayangkan, anda merupakan seorang 'ketua negeri' yang telah diberi amanah kepada anda untuk melaksanakan sesuatu perkara. Kemudian, tanpa makluman, tanpa pemberitahuan, tanpa isyarat, semua kerja-kerja anda telah diambil alih oleh 'kerajaan pusat'. Apakah perasaan anda ketika itu?

itulah yang saya lalui dua hari yang lepas.

Wednesday, August 19, 2009

Ulasan kepada kenyataan manusia yang bertuhankan pangkat dan gaji


"Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya," - TPM

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, ia selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa itu pada tahun 2000 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT. - Pengerusi Majlis Fatwa

Abdul Shukor yang juga Naib Canselor USIM menambah, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "semulia-mulia manusia di sisi Allah adalah orang yang bertakwa".



Ulasan:

1) Terlebih dahulu, kita pergi kepada definisi apa itu Islam? Islam adalah agama untuk semua manusia, bukan untuk Melayu, bukan untuk Arab semata-mata.
2) Apakah tujuan Nabi Muhammad diutuskan kepada seluruh manusia dan seluruh alam ?(bukan kepada bangsa arab atau melayu sahaja!) Untuk meyempurnakan akhlak manusia.

Akhlak yang bagaimana? Adakah kita berakhlak itu dengan keluarga sahaja? Adakah kita tidak perlu berakhlak dengan ALLAH? Antara akhlak kita kepada ALLAH ialah buat apa yang dia suruh, dan tinggal apa yang dia larang. Hukum ALLAH terlalu luas. Bukan sekadar hukum-hakam didalam soal 'ritual' mengikut definisi pemikiran yahudi dan nasrani yang menyempitkan agama mereka kepada soal-soal gereja dan kuil sahaja.

Islam terlalu jauh berbeza dengan kristian dan israel. Islam tidak pernah mengasingkan agama dengan politik. Berlaku jujurlah dengan ilmu yang kita pelajari wahai pemegang amanah dan jawatan-jawatan agama dijabatan kerajaan sekalian!

Adakah kita takut menyatakan kebenaran semata-mata takut jawatan kamu dilucutkan? takut gaji kamu dipotong? Jika itu yang kamu takutkan, mengucaplah kembali dua kalimah syahadah dan bertaubatlah dengan sebenar-benarnya kerana kamu telah tidak meyakini bahawasanya rezeki yang kamu perolehi datang dari ALLAH. Kamu lebih meyakini dan percaya, hanya kerajaan yang memerintah yang dikira sebagai golongan yang benar kerana merekalah yang membayar gaji kamu.

Teruskanlah membenarkan kenyataan menyokong nasionalis melebihi Islam, menyokong sekularis melebihi Islam. Teruskan dan teruskanlah membuat hukuman dan tangkapan terhadap seluruh pejuang Islam secara menyeluruh. Teruskanlah agenda memandulkan ummat dari ajaran Islam yang sebenar. Buat dan buat apa jua hukuman selagi kamu masih berkuasa wahai manusia yang melupakan hak-hak ALLAH.

Benarlah seperti firman ALLAH " dan berbuatlah hukuman yang kamu inginkan, sesungguhnya kamu hanya boleh menghukum kami didunia ini". - Surah Taha

Di akhirat nanti, pasti dan pasti ALLAH akan mengadili kita dengan hukum-hukum-Nya walaupun kita berdegil dan berkeras menentang hukum-hukum-Nya, berdegil dan berkeras mengatakan politik tidak boleh dicampur dengan agama (kita jahil tentang Nabi Muhammad yang mengajar politik Islam sehingga mampu menakluk 2/3 dunia), teruskanlah berdegil dan berkeras untuk menafikan hukum ALLAH didunia ini kerana ALLAH telah menyediakan hukuman untuk kita di akhirat kelak (tidak tahu syurga neraka bukan kerana jahil, tapi kerana takut kepada hukuman manusia dan sombong untuk mengakui kebenaran).

Kerana saya yakin dan pasti saya dan kita semua pasti dan pasti akan menemui ALLAH jua kelak. Kita semua pasti dan pasti akan mati.

Bersedialah mengukuhkan tekad untuk mengatakan didepan malaikat Mungkar Nakir bahawasanya Nabi tidak pernah mengajar orang Islam berpolitik (sedang Nabi sendiri adalah ketua Negara, ketua Hakim, ketua panglima tentera, menteri kewangan, dan ketua keluarga).

Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati kaumku ini untuk menerima, mengakui dan mengamalkan kebenaran dan segala suruh perintah-Mu, kerana sesungguhnya kami semua telah dihinggapi penyakit waham (cintakan dunia dan takut akan kematian)

Ampuni dan berikanlah hidayah kepada aku dan kaum melayu ku yang bodoh lagi sombong untuk mengakui kebenaran daripada-Mu ya ALLAH, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Menguasai ke atas segala sesuatu.!

Few new lessons with Dr. Abdul Razak al-Hasyi



Last evening, I finish my class on ethics with Dr Abdul Razak, lecturer from Kulliyyah of Science. Today's discussion was about Khayr, birr with subtopic on Prophetic Narrations on Ethics and amr-ma'ruf, nahyul mungkar. Nothing special with today's lecture. But, I got new knowledge and I can bring my thought to look things from the other side.


A few lessons

1)It is reported that the Prophet (saw) said: you cannot afford to win the hearts of people through your wealth, but you can win their hearts with a smiling face and good morals.

2)
Abdullah ibn ‘umar said: The Messenger of Allah never indulged in indecent talk nor was discourteous. He used to say: “The best amongst you are those who are the owners of the best morality.”

Regarding Amr-ma'ruf and Nahyul Munkar

Evidence from Quran :

.“Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors.” (3:110).


Among the importance of Amr-ma'ruf and Nahyul Munkar:

-To ensure that goodness will spread and stop evil from spreading.
-One needs to be reminded always to keep on the right way.
-Promotion of collectivism, team-spirit and social interdependence.
-Way of eliminating corruption and safeguarding the public interest.


Few suggestion (textually) to enhance Amr-ma'ruf and Nahyul Munkar:

1)Both the language and the behaviour are important.
2)Standardized Guidelines and authority approved mechanisms are needed.
3)All social sectors are needed to participate the process of implementing E.G. and F.E., such as, educators, teachers, parents and the mass media as well as non governmental organizations.

Comment:

I just wondering. How would present da'ie@preacher@lecturer@teacher will survive to support this enjoining the good and forbidding the evil (Amr-ma'ruf and Nahyul Munkar) will succeed if the current government and mass media still 'innocently' doing the vice versa (enjoining the evil and forbidding the good (Amr-munkar and Nahyul ma'ruf )).


How come..how come..



Zenki,
5.43pm,
28 Syaaban 1430H,
19 Ogos 2009,
ws 04 Library of IIUM,
Kuantan.

Tuesday, August 18, 2009

Andai ini ramadhan terakhir

Berkalau-kalau itu buah syaitan. Buah yang lazat untuk melupakan kita dari dosa dan pahala. Melupakan dari merasakan diri diperhati dan dilawati malaikat pencabut nyawa 70 kali setiap hari..


Sekadar gambar hiasan dihadapan Makam Umar Abdul Aziz, di bumi Syam. Khalifah Islam yang adil,wafat akibat dikhianati mereka-mereka yang bencikan keadilan dan keamanan. Mendapat gelaran Khalifah ar-Rasyidin yang kelima selepas Saidina Ali. Ku damba mengikut jejak langkahnya.



Renungan buat diri dan teman ziarah menatap lirik lagu dari kumpulan Rabbani (dendangan solo allahyarham ustaz Asri Ibrahim). Lagu yang pasti membuatkan kita terfikir akan kata-kata yang dimaksudkan beliau. Lebih-lebih lagi buat keluarga beliau yang telah melalui subuh terakhir bersama allahyarham. Bersama kita hayati!

Subuh Yang Terakhir

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang,
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang,
Luahkan isi hati andainya sudah ditakdir,
tadi subuh yang terakhir,

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka,
Bila berjauhan barulah merindu di dada,
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih,
Andai esok takkan hadir...

Jika terkasar bahasa, mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu,
Namun di hati mampukah dilupakan,
Barulah kemaafan,
Jangan sebelum nyawa dipulangkan...

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi ayah bonda,
yang tak mungkin kau terbalas budi,
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir,
Andai esok takkan hadir...

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa,
Demi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta,
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat,
Sebelum semua telewat,
Lafazkan rasa cinta...
Andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir...



Juga renungan buat diri dan teman ziarah menatap lirik lagu dari kumpulan ungu ini. Jangan terlalu berkalau-kalau. Kerna kita tidak mengetahui ketetapan pengakhiran kita. Moga detik terakhir hidup saya dan teman ziarah dipenuhi tangis kenalan dan taulan sedang saat itu saya dan teman ziarah tersenyum penuh kepuasan dan makna.

Andai ku tahu

Andai ku tahu kapan bila ajal ku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,
Andai ku tahu kapan tiba masa ku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku,
Aku takut akan semua dosa-dosa ku,
Aku takut dosa yang terus membayangi ku,

Andai ku tahu,
Malaikat mu kan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada-Mu,

Aku takut akan semua dosa-dosa ku,
Aku takut dosa yang terus membayangi ku,

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku, menangis ku bertaubat pada-Mu,

Aku manusia yang takut neraka,
Namun aku juga tak pantas di surga,

Andai ku tahu kapan bila ajal ku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada-Mu,

Aku takut akan semua dosa-dosa ku,
Aku takut dosa yang terus membayangi ku,

Ampuni aku dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku, menangis ku bertaubat pada-Mu,


* Di hadapan makam Imam Nawawi di Nawa, Syiria bumi Syam.

Moga Ramadhan kali ini yang terbaik buat ku jika ini detiknya aku kembali. Terima kasih semua kenalan, sahabat, teman saudara. Maaf atas kekasaran dan segala salah laku pemilik laman ini. Doakan dia pergi dengan hati yang selamat dan penuh penerimaan oleh ALLAH.

Ya Allah.. sempatkanlah saya dan seluruh teman pembaca bersama Ramadhan kali ini.

2 hari menuju Ramadhan.

Teruskanlah menyedekahkan al-Fatihah dan doa selamat serta salam sayang buat pemilik laman ini dan orang-orang mukmin yang telah pergi..andai ini ramadhan terakhirku,

andai ini postingan terakhirku..


Zenki,
11.22am,
28 Syaaban 1430H,
19 Ogos 2009,
M11 COmputer Lab Kulliyyah of Nursing,
Jalan Hospital Campus,
Kuantan.

Saturday, August 15, 2009

Terhantuk di hujung minggu

Gambar kenangan bersama Syekh Usamah ar-Rifa'i di Souq Sarijeh.


Semalam terlalu sibuk dengan jadual harian. Sibuk dengan perancangan demi perancangan. Sibuk dengan perangkaan demi perangkaan.

Tapi rawan di hati masih bertamu.

Menyusuri blog-blog teman mencari buah iman. Ada blog iman yang lama menguzlahkan (mengasingkan) diri. Ada blog teman membangkitkan iman.

Sungguh saya ketinggalan. Ketinggalan dalam meluahkan lontaran idea dan perkongsian iman.

Rasa teruja dan malu dengan usaha gigih teman-teman meneruskan pengajian di bumi para nabi. Teringin sekali terbang kembali ke bumi Syam menemani akh Wan Saifullah yang gigih menambah laba hari kemudian. Terlalu ingin untuk kembali.

Namun, bidang kejururawatan yang saya tekuni sekarang takkan membenarkan saya untuk bercuti lewat 3 minggu minggu. Apatah lagi untuk meluangkan masa sekadar 3 bulan mendampingi 'alim 'ulama. Menziarah jejak para Nabi dan sahabat di bumi berkat Syam, tanah kerajaan Rom di zaman dahulu.

Di atas Kota Salahuddin di Halab. (Qal'ah Salahuddin al-Ayubi di Aleppo )

Mengimbas kembali kembara setahun lalu. Bagaikan terlalu sedikit di banding dengan teman-teman yang mampu mendampingi 'ulama secara rapat dan terhormat. Diri ini kurang inisiatif agresif. Kurang menyantuni 'ulama dan orang-orang soleh. Mungkin faktor bahasa menjadi penghalang saya berbual dengan 'ulama secara lebih mesra. Sungguh, 2 bulan pengajian, hidup bersama masyarakat Malaysia di tanah arab belum cukup menajamkan kemahiran berbahasa arab untuk berbual panjang dengan 'alim 'ulama.

Hanya sempat bermesra dengan Syeikh Kurayyim Rajih (Ketua bagi 7 Syekhul Qurra' di Bumi Syam) beberapa jam sebelum menaiki pesawat pulang ke Malaysia

Alhamdulillah, sempat dikucup oleh ulama besar bumi Syam ini. Sungguh terasa kemesraan beliau terhadap penuntut ilmu al-Quran

Jadual hidup pelajar Malaysia banyak terbuang dengan game dan dunia bola sepak. Entah apa jawapan yang boleh saya beri kepada Mungkar dan Nakir atas kesalahan melupakan al-Quran dan tanggungjawab terhadap agama, sedang masa muda saya dipenuhi dengan menambah kawan didalam facebok, berborak kosong sampai tidur lewat, belajar bermati-matian semata-mata untuk gaji.

Alangkah rugi dan tiada ertinya hidup saya yang jika sebegitu.

Begitu rindu saat lidah ini lancar dengan ayat-ayat-Nya. Saat syahdunya bermadu kasih dipenghujung malam. Saat gigihnya jiwa dan jasad menuntut ilmu. Sungguh, realiti sebenar telah mula dirasai.

Hanya diri yang benar dan ikhlas akan terus Istiqamah. Alhamdulillah iman saya terhantuk dilaman teman hati dan iman ini. Sungguh ayat-ayatnya menceritakan diri beliau yang sebenarnya. Cukuplah cerita-cerita ikhlas dari sahabat-sahabat yang ikhlas buat menambah iman dan rindu saya pada ALLAH.

Terima kasih 'loh'. (http://wansaifullah.blogspot.com)

Manisnya Iman dalam kepahitan begini..

Ramadhan, 5 hari menuju mu.

Zenki,
Teratak Syuhada', Talhah,
25200 Kuantan.

Friday, August 14, 2009

Senyum Sang Optimis

"I cried because I had no shoes till I saw a man with no feet" Life is full of blessings, sometimes we are just blind folded to see them..


Suatu perkongsian minda


Apakah perasaan di saat kita kesakitan, datang sang perawat dan doktor yang pembengis?

Apakah rasanya di saat kita sesat di dalam pelajaran, datangnya guru dan senior-senor yang sombong tiada hikmah dalam mengajar?

Apakah rasanya tatkala kita sedang makan hidangan yang lazat, tiba-tiba datang peminta sedekah meminta sedikit ehsan?

Apakah ertinya disaat set makan malam kita berharga RM10 untuk satu kepala, sedang ada saudara seagama, satu bangsa kita yang bermati-matian untuk hidup ditengah kebakhilan masyarakat 'Ibu Kota' dengan hanya RM10 untuk dua minggu?

"Kita percaya bahwa manusia itu sama. Ini tercermin ketika kaum
muslimin berada dalam masjid. Yang miskin duduk ber-dampingan dengan yang
kaya, yang lemah berdam-pingan dengan yang kuat, tukang sapu dan tukang sampah
sama seperti kebanyakan manusia lain dalam masjid. Tetapi sayang, hal ini tidak
diaplikasikan di luar masjid. Apakah ketika Anda lewat di jalanan dan berte-mu salah
seorang tukang sapu, Anda mengucapkan salam padanya?". "Tidak," Beginilah realiti yang meniti hidup kita semua sehari-harian.

Kilang Arak

Bercakap soal haramnya arak bila hilangnya kuasa. Bila adanya kuasa, kitalah pembina dan pemberi lesen untuk kilang arak. Bila kalah pilihanraya, barulah 'mahu' kembali kepada Islam. Kononnya, dialah pembela agama.

Lalu, ramailah musuh-musuh ALLAH berijazah syariah dikutip untuk membuat kenyataan media mengutuk pembela-pembela agama ALLAH yang ikhlas.

Pernah seorang rakan saya memeberitahu. "biasanya hanya mereka-mereka yang berpendidikan tinggi yang menyokokng kerajaan. yang tak pandai tak pandai ni yang biasanya sokong pembangkang."

Wah, betapa dangkal dan kecilnya jiwa mereka yang berpandangan sebegini.

Sesungguhnya kebenaran itu bukan di ukur terhadap siapa yang memerintah atau sesiapa yang menang.

Sekadar jawapan ringkas yang sempat saya lontarkan terhadap persoalan sebegitu. " Biasanya mereka-mereka yang berpendidikan tinggi ini bukan ada apa pun, periuk nasi itu yang lebih utama dari PRINSIP ilmu yang dipelajari. Teorinya banyak, aplikasinya kosong."

Senyum, salam, dan sedekah. Perkara yang sukar dilakukan oleh nasionalis dan sekularis terhadap semua peringkat masyarakat tanpa mengira perbezaan corak pemikiran.

Senyum dalam tangis.

Ramadhan, 6 hari menuju mu..

Thursday, August 13, 2009

Seminggu menjelang Ramadhan


Jam 2 petang tadi saya mendapat sms dari seorang 'teman' rapat dari HUKM, Wan Nuruddin Shah Wan Johan :

"Salam, Ust Asri dari kumpulan rabbani baru meninggal pukul 11.15 pagi tadi. Beliau tiba-tiba jatuh ketika membuat persembahan di RTM. Al-fatihah."

Lalu saya mencari berita-berita tentang didalam internet. Dan benarlah berita tersebut. Sehingga ke dalam 'yahoogroup' yang saya sertai pun turut heboh dengan berita kehilangan seorang penasyid dakwah yang istiqamah ini.

Sehingga sekarang sudah 172 comment dari peminat dah kenalan seluruh negara memberikan ucapan takziah kepada allahyarham didalam blognya. www.asrirabbani.blogspot.com

Semua mendoakan kebaikan.

Antara abit-bait menarik buat renungan kita semua tinggalan allahyarham..

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."


Indahnya hidup jika akhirat menjadi tempat tujuan. Cemerlangnya hidup seorang muslim yang penuh motivasi. Gemilangnya hidup seorang manusia jika mempunyai takwa. Terbilangnya hidup seorang insan jika matinya mati syahid.

Pergi tak kembali. Tajuk lagu yang menyentuh. Namun bagi mereka yang syahid.. pemergian itulah yang dinanti. Pemergian yang sebenar-benarnya kembali. Kembali ke pangkuan sang Pencipta.

Ustaz Asri Ibrahim, pergi seminggu sebelum Ramadhan 1430H. Indahnya minggu kedua di alam kubur. Dengan rahmat dilimpah ruahkan, dengan azab diberhentikan.

Aku berdoa, ya ALLAH berikanlah aku semangat yang takkan sirna, ketaatan yang tiada putus, hati yang tunduk mulus, Iman yang bersinar cemerlang, teman yang kacak lagi menawan di alam kubur nanti. Indahnya berteman, berprinsipkan Quran didunia seminit ini.

Hari ke hari, semakin ramai teman ku berkahwin. Hari ke hari, semakin ramai teman kenalan taulan ku meninggal. Antara alam perkahwinan dan alam perkuburan. Antara suatu Sunnah Rasulullah dan sunnatullah. Antara dua malam pertama yang berbeza. Antara pilihan dan kepastian. Aku memilih kepastian.

Manusia datang dan pergi. Hidup suka dan duka.

Hidup ini suatu ketentuan. Mati itu satu kepastian. Coraklah kehidupan kita supaya indahnya kematian kita. Masih ada waktu untuk kita menentukan cara kematian kita. Corakkanlah dari sekarang. Setiap amalan kita bergantung kepada pengakhiran dan penamat kita. Matilah dalam berusaha dan bekerja.

Bagaimana jika mati kita dalam keadaan baru bertukar dari nasyid kepada dunia muzik-muzik yang penuh angan-angan? Baru bertukar dari lelaki menjadi wanita? Kita semua mempunyai perjanjian yang pasti. Namun, kita jua yang menentukan janji baik atau janji buruk yang bakal kita terima nanti.

Katanya ustaz Hasrizal. "Bilakah pula perjanjian itu ke atas diriku dan dirimu?"

Salam rindu ramadhan.

Wednesday, August 12, 2009

8 hari menuju Ramadhan

Dua hari yang lepas saya mendapat pesanan ringkas dari ibu saudara saya yang berbunyi..

" Den, nak tegur sikit ni. Kenapa tak reply emel cmah. Tu untuk den, bukan untuk cmah pun...cmah nak tolong..bleh dia wat tak reply, amboi, sibuk, tapi masih sempat memblog, apa daa. Emel pun menaip, blog pun menaip. Tapi reply emel cmah tak boleh. Blog panjang2 boleh plak. Ish, ada pun teguran ini untuk membina k."

Alhamdulillah..hati yang keras ini cair juga disentuh oleh taipan 'sms' sebegitu. Terima kasih Cik Karimah di atas teguran. Banyak menyedarkan diri ini yang sibuk dengan dunia sendiri. Memberi peringatan awal supaya ini tidak gila bekerja 'workaholic' bila menjejak ke alam kerjaya kelak.

Petang tadi, Ummi saya memberi pesanan ringkas pula...

"Salam, sebulan lepas, suami cikgu Meriam meninggal, 3 minggu lepas anak Ustazah Norizan meninggal, kelmarin, kawan Ummi cikgu Nik Asiah meninggal kerana kemalangan. Ummi runsing, amal ibadat entah kemana. Ummi merayu anak-anak tolonglah ummi hidup dalam keredhaan ALLAH..semuanya kerana ALLAH.."

Hati saya tersentuh lagi. Seorang meminta anak-anaknya mendoakannya. Mungkin ini salah satu cara ummi untuk menegur kami anak-anak diperantauan yang jarang bertanyakan khabar ayah ibu. Salah satu cara hikmah ummi supaya anak-anaknya sedar bahawasanya mereka masih mempunyai seorang ibu dan ayah. Masih punya peluang untuk berbakti. Walaupun dengan sekadar satu 'sms' setiap hari kepada ibu dan ayah sebagai tanda ingat, kasih dan sayang.

Namun, hari ini anak-anak remaja lebih gemar menghabiskan kredit prabayaran telefon bimbitnya untuk sesuatu yang tiada faedah dan lebih dahsyat..menuju ke jalan yang 'HARAM'. Terima kasih ummi mengingatkan anak yang selalu leka dan alpa ini. Ampunkan anak ini jika ALLAH lebih dahulu menjemput anak yang leka ini. Ampunkan anakmu ini ya ummi..

Ramadhan ku nanti. Jika ini Ramadhan terakhir ku, maafkan diri ini kepada semua yang mengenali diri ini. Ya ALLAH, sampaikanlah aku ke dalam bulan rahmat MU, bulan keampunan dan bukan pembebasan dari api neraka ini ya ALLAH. Moga saya sempat menikmati Ramadhan kali ke 23 di dalam hidup ini..



Mengira hari menuju Ramadhan..

Saturday, August 8, 2009

Dimarahi Guru al-Quran



"Ok, malam ni nak baca berapa banyak Din? Tanya Ustaz Nasharuddin. "tak tahu lagi Ustaz, ikut lancar" Jawabku sambil tersengih tak bersedia.

Ridha, berapa? Sahril? Naim? Semua menjawab dengan ketidak pastian dan tiada keyakinan. (Hassan Fitri yang mashi pun belum sampai ni. Aduh..)

Aku memberanikan diri membaca dahulu walaupun target sistem baru aku belum sepenuhnya disempurnakan.

Seterusnya seorang demi seorang sahabat memeperdengarkan bacaan dan Ustaz terus menunjukkan air muka tidak puas hati dengan prestasi kami.

Jam 10.15 malam. Semua telah berhenti dari membaca bila ustaz membacakan sodaqallahul 'Adhzim.. (biasanya kelas tamat jam 11 malam)

Terus Ustaz Nasha menempelak kami secara halus tetapi tegas.

" Nape teruk sangat hari ini? Sepatutnya selepas lama cuti setiap orang patut dapat baca sekurang-kurangnya 1/2 juzuk setiap seorang. Dahlah kelas kita ni kelas pertama untuk sem ini. Sepatutnya kita bermula dengan baik. Lancar. Ini tak.. masalah tajwid pun tak selesai lagi. Sepatutnya awak semua ni lepasan Darul Quran, masalah dengung tak dengung tak patut timbul dah.."

" Hafalan sem lepas macammana? Ingat lagi tak?"

" Awak semua kena ingat, awak semua tak sama macam orang lain dah tanggungjawab awak semua. Mungkin orang awam untuk mengingati al-Quran hukumnya sunat sahaja. Tapi, awak semua dah ada al-Quran didalam diri. membaca al-Quran adalah satu kewajipan yang perlu diberi masa untuknya setiap hari. Hidup awak tak boleh macam orang awam yang biasa dah."

" Nak ingat al-Quran ni mudah sahaja sebenarnya. Disiplin diri yang paling penting. (ahh, nilai diri yang agak terhakis dari diri ku sekarang. Patutlah tak dapat ulang lagi detik-detik emas tiga tahun yang lalu). Awak kena disiplinkan masa awak dengan al-Quran setiap hari. Korbankan masa tidur sedikit. Korbankan masa bermain sedikit."

"Sepatutnya dah hafal al-Quran ni, awak kena ingat untuk sebatikan diri dengan al-Quran. Sekurang-kurangnya 3 juzuk setiap hari adalah satu kewajipan buat mereka yang dah tamat menghafal al-Quran"

Teringat pesanan abang ku Taufiq tentang wasiat Syekh Ahmad yang mengajar dia di Maahad Qiraat Shoubra selepas dia menamatkan 3 tahun pengajian di Shoubra.

" Bagi seorang penghafal al-Quran sepatutnya dia mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk dalam tempoh seminggu. Sekurang-kurang dalam tempoh 10 hari dia wajib menghabiskan bacaan al-Qurannya. Jika tidak, celaka dan bala besarlah baginya.."

Allah..Allah..Allah..patutlah banyak benda dan jalan hidupku tidak lancar. Aku mengabaikan hak al-Quran dari hari ke sehari.

Menghafal dan mengingati serta menjaga al-Quran sebenarnya terlalu mudah sebenarnya. Cuma banyak mereka (termasuk aku) yang terlupa akan konsep asas yang satu ini. Dua perkara asas yang selalu kita lupakan. Ku bawakan dalam bentuk cerita, dipetik dari laman seorang teman.;

Jamaluddin al-Qasimi, seorang yang kagum dengan kekuatan hafazan Imam Bukhari pernah bertanya kepada beliau: "Apakah ubat untuk mudah dan kuat menghafal?"

Jawab Imam Bukhari,"Tiada perkara lebih bermanfaat tentang hafazan yang aku tahu melainkan dua perkara: kecintaan dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu (nahmatul rajl) dan sentiasa mengulangi dan melihat berulang-ulang kali (mudawamatin Nadzar)". Nah, lihatlah petua yang diberikan Imam Bukhari ini, sangat logik, rasional dan praktikal. Tiada apa-apa petua yang pelik, tidak perlu makan atau minum ramuan-ramuan tertentu atau jampi-jampian tertentu, tetapi yang perlu hanyalah kemahuan dan kecintaan yang kuat dan pengulangan yang kerap.

Sumber : http://bukanlailaisabella.blogspot.com/




Teman-teman sekalian, alangkah...jika kita mengetahui nikmat bertemankan al-Quran..alangkah...tak terungkap dek perasaan nikmatnya.

Abu Fateh,
25200 Kuantan,
Indera Mahkota

Cerita Kahwin Lagi Ke?

Kisah 1

Semalam aku bertemu pengantin baru yang menamatkan zaman bujangnya pada 1 Ogos yang lepas. Faizal, suami Wardah. Cuma sebentar sahaja bertemu melepas rindu dan menyampaikan amanat (hadiah) teman dari Mesir buat Faizal & Wardah.

Bertemu rakan lama, banyak informasi yang tidak aku ketahui dapat disingkap. Rupa-rupanya hari ini 8 Ogos 2009 berlangsung lagi satu majlis ringkas akad nikah sahabat ku dari yang belajar di Russia jua. Ikram Rauhi. Menamatkan zaman bujang pada 8/8/2009. Rupanya bukan satu kejutan berita dari Faizal.

Pada 10/8/2009 seorang lagi teman yang menuntut di Universiti Perubatan Mansurah (Muhammad Ikram bin Ishak) akan menamatkan zaman bujangnya dengan muslimah pilihan dari UIA Gombak. Ikram Ishak, teman dari bangku sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah.

Disangka cukuplah dua Ikram dengan khabar mengejutkan ini, rupanya tahun ini masih ada lagi 2 @ 3 orang sahabat-sahabat sepersekolahan dan sepengajian yang bakal menamatkan zaman bujangnya.

Kalimah tahniah dan kegembiraan yang ingin ku kongsi bersama mereka. Cuma, takut-takut jemputan mereka tidak dapat aku penuhi kerana pertembungan keutamaan seperti yang berlaku ketika walimah Faizal dan Wardah.

Aku memberitahu Ummi akan kisah sahabat-sahabatku yang akan melangsungkan perkahwinan. Ummi cuma berdiam dan tersenyum. Terus aku menceritakan perancangan masa depan ku yang ku rangka. Alhamdulillah senyum dan gembira Ummi makin terserlah dengan penerangan perancangan aku yang berpijak di bumi yang nyata.

Teringat dua hadith dari sebuah buku karangan Syekh Yusof Qardhawi (Di mana kerosakan Umat Islam masa kini?) :

" berlambat-lambat itu dari ALLAH dan terburu nafsu itu dari Syaitan " (HR Tirmidzi)

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda:

" Disambut doa hamba, apabila ia tidak mendesakkan " (Muttafaqun 'Alaihi)

Saya tersenyum dan merasa kesegaran Iman melalui seluruh rongga diri bila membaca kembali dua hadith tersebut.

Bukan menujukan hadith di atas buat anak-anak muda yang berkahwin awal. Kerana saya yakin, mereka yang berkahwin awal pasti telah menimbangkan baik-buruknya tindakan mereka.

Pasti jua mereka telah lama merancang secara realistik dan memohon petunjuk dari Ilahi. Namun, buat anak muda yang belum merancang dan belum bersedia, usahlah mengimpikan buah yang tidak masak. Bersabarlah seketika hai anak muda.

Kisah 2

Petang semalam, saya sempat mengheret dua, tiga orang adik-adik usrah berehlah ke Jeram Linang. Semuanya hasil idea Akram yang beria-ia mahu bermain air terjun.

Jeram Linang

Bermula dengan Kuliyah pagi Jumaat di Dataran Ilmu Kota Bharu. Memenuhkan jiwa dengan peringatan dari Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang bertanggungjawab menggantikan Kuliyah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Langkah diteruskan dengan solat Jumaat di Masjid Mukim Merbol, Jajahan Pasir Puteh dan terus ke Air terjun Jeram Linang.



Usrah santai dengan aktiviti bebas, mandi-manda, dan makan bihun (terima kasih Akram). Diteruskan dengan sedikit taaruf dan slot ukhuwah 'pasir' di dalam air di bawah air terjun.

Persoalan "siapakah kita 20 @ 30 tahun akan datang" sengaja saya timbulkan. Bermacam jawapan dan perkongsian yang saya dapat bersama Zulamin, Abdul Azhim, Abdul Rahman dan Akram.

Sehingga akhirnya persoalan kembali juga kepada persoalan 'berkeluarga'. Menarik sekali konklusi usrah petang semalam.

1. Jika mahu memperolehi anak yang hebat, bentuklah diri anda menjadi seorang yang hebat 10 tahun sebelum alam perkahwinan.
2. Jika kita asyik bicara soal hebatnya orang-orang terdahulu seperti Hassan al-Banna, seperti penulis prolifik Harun Yahya. Tapi persoalannya siapakah kita dan apakah peranan kita? Mereka telah menjalankan peranan mereka, tapi kita?
3. Jadilah optimisme lapang dada yang penuh senyum. Jangan terlalu cepat menghukum anak-anak muda yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Setiap mereka dan kita ada peranan untuk Islam. Biar pun sekadar memasang bendera.

Kesimpulan:

-Jangan biarkan hari-hari mu berlalu tanpa memaknakan diri dengan 2 tujuan utama penciptaan kita ke dunia-


~aku ingin pulang lagi ke kampung..pulang dengan selamat ke kampung akhirat yang abadi~

Abu Fateh,
25200 Indera Mahkota.

Friday, August 7, 2009

Muhasabah (2) Pasca 9 bulan berblog


Seorang guru saya pernah menasihatkan saya:

"Quran bukan sekadar untuk dibaca dengan suara yang sedap sahaja, tapi aplikasi dan pengamalan intipati al-Quran itu yang lebih utama"

Kata Imam al-Banna; "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa"

Baiklah, senaraikan tanggungjawab tertangguh kamu sekarang!

Baik tuan.

1. Menjaga al-Quran
2. Artikel ilmiah
3. Laporan unit
4. Ulangkaji pelajaran
5. Senarai barangan pesanan
6. Persediaan ke Konferens Asia Pasifik
7. Pelan pelaksanaan unit.
8. Almanak biro.
9. Usrah (tertangguh H1N1)
10.Hafal hadith 40 (amanah usrah)
11.Pelan gerak kerja pemeriksaan kesihatan I-Quest 09'
12.Tindakan lanjutan laporan kewangan program lepas.
13.Usrah minggu ini.
14.Jadual fardhiah yaumiyah.
15.Hubungi Azuwan, (Taaruf Week matters)
16.Mulakan gerak kerja alumni AMAL Kuantan
17.Pastikan tarikh 'pulang' bersama adik-adik sekolah
18.Kertas Kerja Bulan Dakwah
19.Hubungi jemputan penceramah Bulan Dakwah secepat mungkin.
20.Bincang urusan Imam terawih dengan saudara Rashid

Wah..kamu sudah melampau begini..

Tapi tuan, itu kena siap sebelum masuk Ramadhan semua. Macammana ni?

Terlupa, ada lagi 3,4 agenda penting belum disenarai pendekkan.

Dah,dah. Gunakan Quran sebagai penyuluh penerang jalan kamu tu. Bahagi-bahagikan tugas kepada sahabat-sahabat lain juga. Buat satu-satu. Jangan gopoh, jangan terburu.

Jangan lupa jaga hubungan kekeluargaan juga. Telefon dan 'sms' umi,abah, adik-adik, abang, kakak, mak saudara dan mak-mak angkat tu jangan lupa.

Ingat Din, ALLAH akan murahkan rezeki dan panjangkan umur orang yang hubungkan silaturrahim. Sibuk macammana pun, inilah masa untuk membiasakan diri dengan kesibukan alam kerjaya dan berkeluarga tak lama lagi.

p/s: adoiya..belum masuk bab berkeluarga lagi kamu ni..

Fikirkan bersama: Adakah dengan menulis, masa kita banyak terbuang, atau kita mampu memberi 'output' dan sebagai satu 'reward' kepada diri sendiri dan orang lain? Atau kita menulis sekadar ikut-ikutan atau sebagai medan peringatan buat diri sendiri dan sekelian teman pembaca?

Wednesday, August 5, 2009

Aku yang direhatkan ALLAH

Cuti H1N1 yang sungguh membuka ruang untuk diri menyendiri. Menyantap makanan minda. Buku. Itu yang ku rindui.

Ahh..kelegaan memenuhi hati dan akal. Habis jua buku "Peperangan Rasulullah" karya ustaz Ridhuan M.Noor dan Ustaz Adnan Fadzil. Terus ku capai lagi satu karya ringkas ustaz Ridhuan M. Noor "Memperingati 100 Tahun Hassan al-Banna".

Seharian dalam bercuti memungkinkan aku menghabiskannya jua dalam mengisi minda dan iman. Habis buku menceritakan tentang seorang pembaharu di dalam gerak kerja usrah ini aku terasa suatu kelainan.

Suatu ketakjuban. Jika biasanya sahabatku Imran suka menceritakan bagaimana Imam Nawawi rahimahullahu taala hidupnya penuh keberkatan. Umur sekadar 40 tahun, tapi kitabnya mencecah satu kontena banyaknya. Dan banyak cerita-cerita tentang karamahnya Imam Nawawi yang ku ketahui ketika melawat Maqam al-Imam di Nawa, Syria.

Maqam Imam Nawawi di Daerah Nawa, Syria

Semalam, baru ku tahu umur Imam Hassan al-Banna sekadar mencecah 43 tahun. Tapi pendokongnya mencecah setengah juta, penyokong dan mereka yang bersimpati dengannya melebihi 3 juta. Bahkan pengaruhnya banyak tersebar ke seluruh dunia. Bagaimanakah caranya untuk mengumpulkan sebegitu banyak pengikut dalam tempoh 21 tahun?

Tempoh 21 tahun kerana al-Marhum Hassan memulakan rangka pembinaan Ikhwanul Muslimin ketika berumur 22 tahun. Terus dan terus mengembangkan idea yang suci dan ditakuti pemerintah thaghut diseluruh dunia ini. Itulah dia as-Syahid Hassan al-Banna yang dibunuh secara keji dan pengecut oleh regim mesir yang memerintah ketika itu.

Komplot pembunuhan as-syahid lebih tersusun dan terancang dan lebih kejamnya sedikit dari komplot kerajaan thaghut pemerintah yang membunuh as-syahid ustaz Ibrahim Libya (ustaz Ibrahim Mahmud) di Memali, Kedah.

Plot pembunuhan yang hampir sama. Penglibatan tentera dan polis secara berleluasa. Kepungan terhadap rumah sasaran. Ratusan pasukan bersenjata dikerah untuk mengepung orang yang tidak berdosa di sisi agama. Tapi ber'dosa' kerana mempertahankan akidah bahawasanya Islam itu meliputi semua aspek, politik, ekonomi, kekeluargaan, ketenteraan, perundangan dan segala-galanya.

Ber'dosa' dimata mereka yang tidak mengenal ALLAH, dimata mereka yang hanya tahu hukum British, ber'dosa' dimata mereka yang mempertuhankan kebendaan yang merupakan asas dalam segala macam fahaman. Nasionalisme, pluralisme, kapitalisme, secularisme dan segala macam isme lagi semuanya ber'ibu'kan fahaman MATERIALISME. Fahaman kebendaan. Ada duit semua jalan. "no money, no talk". Nak projek? Bagi duit kopi dulu.." -

Pemegang mazhab sekularisme dan nasionalisme inilah yang tegar mempertahankan aqidah materialisme mereka di mana-mana negara seluruh dunia. Malaysia salah satu negara yang memandang Islam hanyalah puasa, solat, haji, dan zakat dan Nikah kahwin cuma. Pemikiran masyarakat semakin hari makin disempitkan. Makin hari makin dijauhkan dari agama. Makin hari makin larut dalam ikutan budaya barat.

Malam tersebut, kereta-kereta terhenti dari berjalan. Kawalan jalan raya diperketatkan. Sebuah kereta polis menuju ke satu jalan di Bandar Hilmiyyah. Sekumpulan tentera bersenjata bergegas mengepung kesemua jalan. Tiba-tiba datang sebuah kereta ke arah rumah tersebut. Pembunuhan kepada as-syahid yang berada didalam kereta bermula.

Tentera berbaris memindahkan sekujur tubuh kaku yang diambil dari kereta itu lalu cepat-cepat dibawa kedalam rumah. Mereka pun mengetuk pintu, lalu seorang tua melewati 90-an membuka pintu. Beberapa pegawai memasuki rumah sebelum jasad dibawa masuk.

Arahan tanpa kompromi diberikan kepada si tua. "tidak boleh ada suara! tidak boleh ada takziah! tidak seorang pun yang berkepakaran boleh menguruskan mayat! hanya engkau (si tua) dan ahli rumah! Penngebumian mesti dibereskan tepat jam sembilan pagi!

Orang tua itu ialah bapa orang yang meninggal itu, sekalipun begitu sedih dan tua, beliau bangun lalu menguruskan pengebumian anaknya. Lalu si tua itu pun menyapu darah anaknya kesan dari peluru-peluru yang mengkakukan tubuhnya.

Pagi pun menjelma, para pegawai datang sebagaimana dijanjikan. " Marilah bersama anakmu! Kebumikannyalah!" Maka si bapa yang berusia 90 tahun bertempik. "bagaimana aku ingin membawanya? Tenteralah yang patut membawanya!" Jawapannya adalah " Ahli keluarganya yang mesti membawanya!!" Padahal yang tinggal hanyalah perempuan-perempuan dan seorang budak lelaki yang kecil.

Sekujur badan dibawa ke jalan yang dipikul oleh isteri dan anak perempuannya. Dibelakangnya hanyalah ayahnya. Barangsiapa yang mengiringi jenazah itu, maka penjaralah kesudahannya. Sesampainya jenazah itu ke masjid, tiba-tiba masjid itu kosong daripada seorang pun, hatta orang yang berkhidmat dengan masjid itu pun tiada - editor (Ustaz Ridhuan M. Noor)

Si bapa pun bersolat diikuti oleh ahli bait yang terdiri daripada perempuan. Kemudian mereka menurunkannya ke dalam kubur. Kesemuanya pulang ke rumah dalam kawalan yang begitu ketat.

Inilah jenazah Imam Hassan al-Banna. Hati hancur melihat kekejaman anjing-anjing kerajaan terhadap seorang Muslim yang tidak berdosa. 'Dosa'nya hanyalah dimata munafik-munafik penentang Islam. 'Dosa'nya hanyalah kerana melawan Yahudi dan kezaliman regim-regim kerajaan thaghut(pelampau menentang hukum al-Quran dan hadith)

Allahuakbar..aku terpaksa berhenti seketika. Melapangkan dada. Menyelesaikan tanggungjawab. Merenung diri. al-Imam bermula ketika berumur 22 tahun. Aku sudah 22 tahun lebih, tapi tiada apa-apa lagi. al-Imam syahid ketika 43 tahun, tapi dengan lakaran jihad yang begitu memberi kesan. Aku?..

As-Syahid yang ditakuti seluruh Pemerintah thaghut (kerajaan melampau menentang hukum-hukum ALLAH) diseluruh dunia.


Ya ALLAH, Aku adalah seorang pengembara yang mencari akan sesuatu yang realistik, aku seorang yang mencari identiti kemanusiaan dikalangan manusia, aku seorang patriotik yang mendambakan kemuliaan, kebebasan, kedamaian dan kehidupan yang bahagia bagi tanah airnya dibawah panji Islam yang mulia, aku telah merasai rahsia kewujudan dibawah seruan; Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah semata-mata bagi ALLAH tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Demikianlah aku diperintahkan dan aku tergolong dikalangan orang-orang yang menyerah diri kepadaNYA..

Masa Itu Nyawa