Skip to main content

Memali (1) : Secubit Ingatan


Telah hampir 24 tahun peristiwa Memali meninggalkan kita. Anak-anak para syuhada yang dulunya ditinggalkan masih dalam kandungan ibunya, kini mungkin telah bekerja atau masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi diseluruh negara. Walaupun selamanya tidak pernah mengenali siapakah bapa dan perjuangan yang didokong oleh bapa mereka itu.

Kepada pendokong perjuangan seumpama yang dibawa oleh para syuhada itu, merasakan peristiwa tersebut seperti baru semalam berlalu. Para syuhada seolah-olah segar hidup di alam nyata ini, sungguhpun di Makam Syuhada di Parit Panjang, Baling, Kedah berderetan tanda indah batu nisan menunjukkan mereka itu, telah lama meninggalkan alam dunia ini.

Tidak dapat dinafikan, atas apa usaha sekali pun oleh sesiapa sahaja untuk menghilangkan ingatan generasi hari ini terhadap peristiwa ini pasti gagal.

Sejak kebelakangan ini, kerja-kerja penggelapan sejarah tanah air masih giat dilakukan oleh media-media utama. Semakin peristiwa bersejarah ini cuba ditutup kebenarannya, semakin rakyat ingin tahu peristiwa sebenar yang berlaku.

Atas kesedaran kepentingan pencerahan semula fakta-fakta sejarah yang diputar belit, saya cuba untuk merakamkan kembali semula urutan peristiwa tersebut berdasarkan sebuah buku bertajuk MEMALI, karangan C.N.AL-AFGHANI.

Peristiwa bersejarah Memali ini berlaku pada pagi 19 November 1985 mengorbankan 14 orang gugur sebagai syuhada'. Mereka adalah :

1. Ustaz Ibrahim bin Mahmud (42 tahun)
2. Saudara Ahmad bin Hassan (32 tahun)
3. Saudara Shafie bin Dahaman (33 tahun)
4. Haji Abdullah bin Saman (72 tahun)
5. Saudara Abd. manas bin Waden (65 tahun)
6. Saudara Rozali bin Mat Saman (32 tahun)
7. Radzki @ Zakaria bin Ahmad (27 tahun)
8. Haji Hambali bin Mohd Senang (59 tahun)
9. Saudara Idris bin L.Kadir (32 tahun)
10.Saudara Mohd Aroff bin Hashim (41 tahun)
11.Saudara Zamri bin Md Isa (36 tahun)
12.Saudara Abdullah bin Yassin (33 tahun)
13.Saudara Mohd Daud bin Kadir (53 tahun)
14.Saudara Ahmad Ismail (28 tahun)

Selain mereka yang gugur syahid ini, masih terdapat beberapa pengikut as-Syahid Ust Ibrahim yang cedera parah akibat terkena tembakan pihak polis.

Bersambung ke episod memali (2).

Adaptasi karya C.N AL-AFGHANI

Comments

iman sayyidah said…
salam..bagus ni entry ni..masa naik kereta dgn pak teh nak gi bandar hari tu, dia pun ada bercerita jugak pasal peristiwa memali, Assyahid ust Ibrahim libya dll..katanya, bermula peristiwa memali tersebutlah, bangkitnya semangat jihad n juang para pejuang islam di malaysia ni.kami borak2 jugak pasal manek urai..

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…