Saturday, July 25, 2009

'Keluarga' Buat Anak Muda


Pengalaman Berusrah 1 Sebagai Anak Buah

" Salam. Petang esok kita ifthor dekat New Horizon, sape nak cepat reply " - Mesej dari naqib ku.

Wah, ini peluang baik tapi duit pulak tak ada. Saya membalas " Ana nak, tapi takde duit ni. Ikhlas. Hu3 "

"Tak ape." Balas naqib ku. Oh, dia nak belanja anak buah nampak gaya nih. "Ok, ana nak" Ringkas saya membalas.

Rasa dekat di hati yang semakin disuburkan. Satu kerugian bila ada teman yang hanya memahami usrah ini hanyalah tempat untuk kerohanian semata tanpa ada rasa kekeluargaan yang sebenarnya.

Disini, di Kuantan, segalanya menarik dari kaca mata saya yang mahu memberi dan tidak menolak jika dipelawa. Barlainan sekali jika saya hanya mahu menerima tanpa bersedia untuk memberi. (tribut buat mentorku, Ustaz Hasrizal di saifulislam.com)


Pengalaman Berusrah 2 Sebagai Teman Seperjuangan




" Assalamualaikum. Mintak nombor abe din. ". Akram menelefon sahabat saya Azrol. Kebetulan saya ada disisi Azrol, terus saya meminta untuk bercakap dengan Akram.

Menyesal juga kerana belum ada kesempatan untuk meneruskan usrah dengan adik-adik yang baru masuk Kuantan sehingga sahabat-sahabat seusrah yang mula menghubungi diri ini. Ah, ini satu kesilapan. Lambat bertindak.

Esok harinya, kebetulan tiada mesyuarat diwaktu petang, terus saya memandu motor menuju ke Indera Mahkota 2 untuk menziarahi adik-adik usrah dekat dihati ini untuk melepaskan rindu.

Sempat bergurau dengan Akram. " ni YB datang melawat daerah ni. Sihat semua rakyat?"

Berjalan ke bilik Abdul Rahman, tapi dia tiada di bilik. InsyaALLAH lain kali jumpa lagi.


Pengalaman Berusrah 3 Sebagai Senior


" Ish, rindunya nak sambung usrah kita kat Darul Quran dulu ya. " Satu ayat penyata sengaja ku ucap kepada salah seorang sahabat-sahabat seusrah di DQ dulu kat Kuantan ini.

" A. Nuruddin buatlah. Ana nak jugak rasa macam dulu. Bitau je bila. Ana nak join. "

" InsyaALLAH. Nanti minggu depan ana bagi tahu bila dan kat mana. tak pun, akan ada orang jemput nta. "


Pengalaman Berusrah 4 Bersama adik-adik Kolej Shahputra


"Alhamdulillah, kita dapat sama-sama berkumpul kali ini untuk memberi masa Iman dan membaiki hati kita..." Mukaddimah dari Imran.

Diteruskan sedikit perkongsian dari saya sendiri berkaitan kisah Perang Tabuk.

Di akhir perkongsian, banyak persoalan-persoalan kritis dan kreatif yang jarang difikirkan oleh orang awam dihujankan kepada saya dan Imran.

Kebanyakan berkisar kepada hukum-hukum fiqh dalam Ibadah, perubatan, dan kehidupan seharian. Setakat yang mampu dan tahu, setakat itulah saya dan Imran menjawab persoalan dari adik-adik.

Kesemua mereka sedang membuat persediaan untuk menyambung pelajaran di UK atau Australia dalam bidang perubatan. Lalu kebanyakan persoalan lebih kepada Fiqh Perubatan dan Muamalat.

Pertanyaan dan persoalan mereka begitu kritis. Ada juga yang terlalu asas. Namun keinginan untuk mengetahui dan memperdalamkan kefahaman tentang Islam dalam diri mereka amat jelas terserlah.

Ketepikan dulu soal pemakaian dan soal rendah tinggi kefahaman agama mereka. Pokoknya mereka punya keinginan dan ramah dalam bertanya serta menyantuni tamu. Ada sesetengah naqib / fasilitator lebih suka menghukum dari memberi penjelasan secara lembut dan penuh hikmah. Ah, betullah kata Nabi " Hikmah itu barang yang hilang dari orang Mukmin "

Usrah yang ringkas, tak sampai sejam pun. Tapi cukup bermakna dan memberi keinsafan buat diri ini. Bahwasa sesungguhnya dunia Malaysia ini terlalu kekurangan sistem dan institusi yang mampu membentuk modal insan seperti yang dibentuk oleh Baginda Nabi kepada Generasi al-Quran yang unik dahulu.

Sistem pendidikan yang ada hanya cukup untuk melahirkan insan yang hanya tahu mendapatkan gaji. Mereka buta pahala.

Pengalaman di dalam wad. Ramai anak-anak yang tidak pergi dekat kepada saudara mara yang sedang nazak untuk membacakan Yasin atau ayat-ayat suci al-Quran. Kenapa? kerana malu jika diketahui mereka tidak tahu membaca al-Quran.

Inilah zaman yang sedang kita hadapi. Masyarakat jahil membaca al-Quran , apatah lagi untuk memahami lalu mengamalkannya? Institusi paling penting memainkan peranan mestilah bermula dari sebuah 'keluarga' dirumah.

Kalau keluarga dirumah tak mampu memberi pengisian hati dan roh, jadilah seperti hari ini. Anak-anak mencari hati dan roh bukan di rumah ALLAH dan di majlis-majlis ilmu. Tapi, dirumah-rumah urut, di kompleks membeli belah dan di pawagam-pawagam semata-mata.

Siapa yang bersalah bila 'keluarga' kandung gagal membentuk peribadi yang mulia? Berbaloikah membiarkan anak-anak terbiar dari kasih sayang rohani ibu dan ayah ini tenggelam dalam pelukan maut sekularisme, nasionalisme, pluralisme dan bermacam-macam isme lagi yang sedia menanti anak-anak kita di dunia luar sana kelak?

Buat anak-anak muda. Berkeluargalah mengikut yang diajarkan Nabi. Jika rosak sudah keluarga kandung mu, maka mencarilah. Carilah 'keluarga' aqidah mu yang bisa mengubat luka dan lara jiwa mu.

Jangan biarkan kerosakan jiwa keluarga kandung kita tidak di ubati. Adakah patut kita meninggalkan keluarga asal kita semata-mata mahu mencari keluarga yang lebih mewah, bangsawan dan lebih mulia akhlak ahli keluarganya tanpa ada usaha dari kita untuk meng'islahkan (memperbaik) kondisi kita sendiri buat cahaya keluarga kita sendiri?

Atau sebenarnya kita masih keanak-anakan sehinggakan segala-galanya masih memerlukan ibu dan ayah yang menyuap untuk kita? Alangkah malangnya jika mentaliti kita masih hanya mahu menerima tanpa belajar untuk memberi.




Belajarlah untuk memberi dengan kasih sayang,
supaya penerimaan kita dengan hati yang tenang.

Cegahlah dari mengata dan membanding-banding.
Tiada guna dalam keluarga bertanding-tanding.


Hikmah, Kasih Sayang, Toleransi, Empati dan Lapang dada. Buah-buah ranum yang selalu kita tinggal dan abaikan.

Hidup biar bermakna menuju ALLAH.

Abu Fateh,
Kubang Kerian,
16150.

1 comment:

muhibbuddin said...

alhamdulillah, din keluarkan dulu entry soal usrah..ana pun bercadang nak masukkan entry pasal ni..sekadar berkongsi..kerana jiwa memberi itu mendahului rasa malu kerana tandusnya ilmu di dada...

Masa Itu Nyawa