Skip to main content

Catatan Pagi - Diari Lembaga 1


Semalam saya tidak dapat melelapkan mata sehingga jam tiga pagi. Sebenarnya sudah terlelap dan tidur dari petang yang terlalu amat lama. 3 jam. Penat.

Bahananya membawa sampai ke malam. Tidur jam 1 pagi pun terjaga kembali jam 1.24am.

Terus menghadap desktop menyelesaikan apa-apa yang patut. Jam tiga mata sudah tidak mampu ditongkat lagi.

Akhirnya tertidur. Sekali lagi mengembara entah kemana. Tapi menariknya kali ini kita dapat merasakan mimpi ini berkait rapat dengan jadual harian yang padat dan amalan harian kita.

Yang penting, bagaikan suatu peringatan. Aku terjaga untuk solat subuh dan bersiap untuk solat subuh. Semua bagaikan pelik. Diri ini tidak mampu dikawal oleh diri aku. Semuanya berkait rapat dengan kuasa minda dan permintaan rasa hati. Bukan bergantung kekuatan fizikal dan akal manusia yang normal.

Saya cuba mengarahkan badan ini bergerak semakin laju untuk menju ke surau. Alhamdulillah ia menurut perintah. Tetapi kelajuan yang diberi oleh badan melampaui tahap pergerakan manusia sebagai insan.

Hingga akhirnya saya terfikir untuk terbang supaya cepat sampai ke destinasi untuk solat, dan badan ini menurut perintah.

Namum kelajuan badan ini terbang menuju ke tempat solat menyebabkan saya sekadar melihat dengan berputih mata apabila badan ini terlalu laju sehingga terlepas tempat solat yang perlu saya berhenti.

Rupa-rupanya baru disedari, badan ini bukan sepenuhnya dikawal oleh diri ini. Sekadar pasrah menanti dan melihat dengan penat kemanakah arah tujuan.

Ah..sekali lagi terjaga. Ku lihat ramai teman disekeliling. Teman memenuhi memberitahu aku ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri disuatu tempat yang tidak diketahui.

Ah..apakah kes-kes bahaya tentang lembaga di Mahallah perempuan Talhah telah betul-betul mengganggu rutin tidur ku?.

Teringat bagaikan ada sesuatu yang cuba untuk mengawal diriku tadi, terus aku kembali berkejar ke tempat mula diriku merasakan hilang kawalan.

Benda itu hitam. sememangnya hitam ditengah kecerahan mentari. Tiada yang muncul lagi. Namun aku tetap menunggu ditempat yang kurasakan begitu bergolak di hati ini.

Datang seorang teman ku yang alim. " Mu wat gapo ssinih"? (awak buat apa kat sini?).

Saya menjawab. " cuba tengok kat depan ni, tempat yang aku tengok."

Teman ini memberitahu.." ish..aku tengok teruk tempat ni. Banyak puak-puak ni."

Sejurus kawanku berkata sedemikian, saya terus diperlihatkan oleh ALLAH akan makhluk-makhluk tersebut yang sememangnya ramai dan banyak. Semua dalam keadaan bercelaru dan huru-hara. Ditepi rumah itu keadaan semakin ribut. Dan lembaga hitam itu muncul kembali.

Kali ini dengan lagak yang lebih hebat kononnya. terbang bagaikan puting beliung mengelilingi sebatang pokoko pinang@ kelapa.

Seram sejuk rasanya bila teringat begitulah rupanya aku terbang bila tidak sedarkan diri tadi. ALLAH..apakah..

Terus merasakan kembali diri ini tidak mampu mengawal diri dan ada sesuatu yang cuba untuk menguasai diri ini kembali.

Allahuakbar..

ALLAHUAKBAR!!!!!!!!




Pekik saya ditengah pagi. Bimbang mengejutkan sahabat sebilik, Faiz, Hilmi dan Shuib.

Terus diiringi dengan selawat dan mengubah posisi tidur sedaya mungkin.

Allahummasolli 'ala muhammad...

Astagfirullah...

Terlelap lagi dalam kepenatan.

Tenang..begitulah indahnya tidur jika diiringi dengan mengingati Ilahi dan Kekasih ALLAH.

Comments

rahmanw said…
salam...
nape leh jadi macam tu?
Bila hati leka dari NYA.. setan mudah menguasai

Popular posts from this blog

Indahnya Bahasa India

Sekadar berkongsi beberapa patah perkataan bahasa India yang ku pelajari secara tak langsung dengan pesakit dan pekerja. Jika ada kekurangan dan kesilapan sila betulkan.


1- Siapa nama awak? = ope riina?
2- Nama saya.... = yenper....
3- Pergilah (untuk lelaki) = poodah
4- Pergilah (untuk perempuan) = poodii
5- Dah makan ke? = sapdiya...?
6- Dah makan dah = sipdaen
7- Jom makan = Bahsapdala
8- Jom minum = wa tanni kudigkelam
9- Awak tinggal di mana? = ni yengger kae ?
10- Baju = settae
11- Seluar = silwar
12- Mata = kanney
13- Telinga = kadhae
14- Kaki = kaali
15- Wajah = kaalai
16- Apa khabar? = na lam irking gele?
17- Apa khabar? (secara sopan) = sauriyema ?
18- Nenek = padti
19- Datuk = tata
20- Abang = anne
21- Kakak = akka
22- Pakcik = mama
23- Makcik = mami
24- Ayah = appa
25- Mak = amma
26- Dah minum ke belum ? = tanni kurchitia?
27- Belum lagi lah = inno illek
28- Tak ada = illek
29- Saya pergi dulu ya = poidtu ware’
30- Dah makan ke ? (sopan gitu) = sapdinlah...?
31- Dari mana ? = yinggere dhe?
32- Awak n…

Luahan hati seorang ibu...

Oh ibu..tidak terkata untuk menyatakan jasa ibu, 9 bulan ibu mengandung dengan berbagai dugaan dan cubaan. Ibu menempuh perit dan derita semasa melahirkan..! Semasa dalam pantang, ibu mengalami berbagai situasi yang tak terduga. Mengawasi diri sendiri, mendidik anak yang belum mengerti dan menjaga hati suami yang bukan semua boleh dikongsi. Hati seorang ibu yang cekal sukar dicari, sukar diganti.


Setiap ibu sanggup berkorban untuk anak-anak sedangkan anak belum tentu lagi. Kalau susah, biar ibu yang susah, anak jangan. Kalau ibu lapar, biar anak tidak lapar. Kalau ibu sakit anak jangan sakit. Kalau pakaian, biar anak cukup pakai, ibu tak apa. Kalau ibu sedih, hampir tercabut nyawa pun seboleh-bolehnya tidak diberitahu kepada anak-anak. Itu hanya secebis pengorbanan ibu.


Percayalah bila ibu sudah tiada, barulah anak terasa ketiadaan ibu dan hidup terasa kosong. Tiada tempat untuk mengadu. Kalau ibu ada, ibu buat itu, ibu buat ini, ibu cari itu, ibu cari ini. Ibu banyak boleh buat untuk a…

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyyatina Qurrota A'yun

Ha tu dio duduk. Jadi menunjukkan bbini ni perkara nikmat daripada Allah subhanahu wataala. Kita bekawin dengey ore ppuwe baik, ore ppuwe becaghi tok laki baik ini merupokey nikmat daripada Allah subhanahu wa taala. Ho bolehla we kalu nok gayo gayo ore ttino hok toksey ko demo gak kato; “ ai nikmat ni wey, nikmat Tuhey ni wey” dan oghe ttino tu pong kalu napok payoh payoh nga oghe jatey gak aa; nikmat ni aa.


Wa ma laha awliya’ahu bisuaali zalika fiddu’a’. Takdi dio ghoyak ceghito ceghito nabi. Nabi-nabi ni selain daripada Aku lantik jadi nabi, Aku buwi jugok anok-anok cucu, so. Selain pado nabi tuh pulok, hok peringkat woli-woli. Peringkat oghe hok bawoh sikit pado nabi, kito panggil woli-woli ni pong, Allah taala puji oghe-oghe hok jjadi woli Dio ni waktu woli Dio bedoa.


Dia tunjuk, doa gapo dio ? wallazina, wallazina yaquluna rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun. Ini doa hok Tuhey sediri apo ni rekod daley Quran. Kito lloni bulih guna doa ni. Di antaro tando o…