Sunday, July 5, 2009

Bicara Cinta Dari Tanah Seberang

Pengalaman ku 5 hari yang lalu, 30 Jun 2009.









Salam al-Kelantani, 12 Rejab 1430 H, 5 Julai 2009

Bicara tentang cinta. Suatu kalimah yang sukar ditafsir dan jarang sekali dapat diterjemah dengan kata yang mulus dan tulus. Dalam kesibukan kita di Malaysia sibuk dengan berbagai keindahan dan keasyikan cinta duniawi, kengkadang kita terlupa nasib adik beradik kita di tanah seberang.

Semalam saya menaiki bas mutiara menuju ke Kuantan(pergi awal untuk induksi jawatankuasa minggu suaikenal UIA kuantan). Duduk bersebelahan saya ni seorang mamat yang nampak macam ‘ganas’ sikit. Sebelum sempat saya memula bicara dia yang memulakan sesi ‘pecahkan ais’
.
‘Rupa-rupanya ni kali pertama mamat ni naik bas’ hmm..bisik hati kecil ni. Bercakap dan terus bercakap, tahulah saya yang sahabat yang seorang ini berasal dari Ttaba (Tak Bai).

“dengar-dengar banyak kes bunuh orang sana-sini kat sana, betul ke? Banyak ko orang kita kena bunuh?”

“ memang pun, tak selamat dah kat sana loni. Tapi, hok berita duk citer hok kiter je kena bunuh. Hok siam pun parok jugok keno. Kena sembelih tuh biasalah..”

“Ish, dahsyat tuh.”

“Holah, demo siam tuh bunuh kita guna pistol. Orang-orang melayu kita ni banyak main sembelih je..tetak.. hok nih berita kita tak siar. Orang kita kena bunuh berita siar la “

“Ooo..guna parang, golok gitu lah?”

“Ye”

“Bakpo jadi gituh eh?”

“Yo jjadi bilo ado hok start bbunuh, ado lah hok bbalas”

“jauh ko tempat bunuh-membunuh tuh nga tempat duk demo?”

“jauh gok, demo tuh duk alik Yala, Ttani(Patani)..macey kita duk kelatey nok g KL lah..” (Jauh juga tempatnya, macam jarak dari Kelantan ke Kuala Lumpur lah).”

“eh, demo duk ttaba key (eh, awak tinggal di Tak Bai kan?)” Tempat banyak orang Islam kena bunuh ramai kat balai polis dulu kan? Bakpo jadi gituh eh? Jahat molekla demo tuh…”

“Hmm..hok tuh jahat sekali (betul-betul tidak berperikemanusiaan). Habih dia kutip bunuh. Beratus-ratus mati dalam trak. Hok kita tengok tuh dia timbun ore Islam dalam lori jah. Tuh pun jahat sangat doh, wat manusia macam sampah. Ado lagi hok jahat hok xdok orang tahu. Dia (polis & askar siam) sembur benda kat dalam trak lepas timbun-timbun macam sampah kat dalam trak tuh. Tak tahu la racun gapo dia sembur, tapi lepas dia sembur tuh la hok nyawa-nyawa ikan pun mati terus.”

(ALLAH…)


“mujur masa tuh kito takdok kat rumah jah. Kalu tak, kita pun kena jugak. Dia kutip habis budok-budok muda baya kita ni. Habis dia igat (tangkap) dan bunuh. Hok kita tahu beratus-ratus jah hok mati. Tapi, hok dia susuk (sembunyikan) mayat ore-ore kita (umat Islam), ado beratus-ratus lagi hilang tak tahu ke mana.”

(..ALLAH..)


Saim-saim kito semua hok selamat lepas kena tahan polis tuh jadi trauma. Taknak keluar rumah, takut. Jadi macam gila. Balik-balik banyak muntah hijau. Tak berapa betul. Tak tahu lah ubat gapo dia bagi dalam jel..”

(..ALLAH..)


Saya merenung ke dalam diri. Apakah tiada lagi seruan jihad dalam keadaan umat begitu sekali ditindas?? Ya ALLAH, dosa diriku dan umat ini terlalu banyak yang perlu dibersihkan. Begitu menantikan seruan jihad. Begitu merindukan pembela Islam seperti Sultan Salahuddin bin Ayub.

“Sekarang ni, pukul 10malam semua kena duk dalam rumah dah. Masa ni ramai lah pok-pok dia (geng pembunuh) berkumpul kat dalam rok (semak) dan tepi-tepi jalan. Tunggu nak bunuh orang yang lalu”

Begitu sekali keadaan disana rupanya sekarang. Menghampiri keadaan kekejaman yang berlaku di awal-awal peristiwa Shabra dan Shatila di Timur Beirut. (Rujuk buku ; Dari Beirut ke Jerusalem. Pengalaman Dr Ang Swee Chai, Felo Royal College of Surgeons, England)

Dalam kesibukan kita dengan urusan ditanah air, kita terlupa adik-beradik seakidah kita begitu mendambakan keamanan, begitu mendambakan suasana untuk belajar sama seperti kita.

Terlupa juga kita mereka juga adalah sebangsa dengan kita. Cuma tempat tinggal sahaja yang berbeza. Namun mereka tetap Melayu Muslim.

Apalah ertinya hidup dalam kesenangan jika adik-beradik seakidah kita merana dan sengsara dibawah pemerintahan kuffar. Sempurnakah iman kita dalam keadaan ini?
Sedang nabi bersabda. “la yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma tuhibbu linafsihi” = tidak beriman (@tidak sempurna iman) seseorang itu sehinggalah dia menyukai,mencintai untuk saudaranya apa yang disukai, dicintai untuk dirinya.
Sukakah kita hidup dalam ketakutan? Begitulah sepatutnya saudara kita pun merasai keamanan yang kita sedang kecapi ini. Baru sempurna Iman kita, baru bermakna hidup ini.


Saya tinggalkan kita semua dengan 3 persoalan.


Apakah jawapan kita di depan ALLAH kelak bila saudara kita di Yala, Takbai dan Pattani menuntut hak mereka daripada kita dihadapan ALLAH di mahkamahNYA kelak?


Apakah masih ada rasa cinta dan sayang kepada adik-beradik seakidah kita tak kira perbezaan warna dan kaum?


Atau sentimen perkauman kita masih tinggi mendinding kebenaran yang pasti?


Abu Fateh,
Dewan Serba Guna,
UIA Kuantan,
25200

5 comments:

maria_adam said...

tersentuh baca posting ni. bukan sedih sangat. air mata dah kering kontang doh kalu dok mmikir ko saudara kito alek sano. tapi tersentuh sb nak marah! tinggal di rantau panjg, sempadan dengan golok. keselamatan hanya serah pada Allah! memang ikut nafsu, mau saya marah kat kementerian pertahanan Malaysia, lebih2 lg kerajaan pusat. malaysia aman..makmur..tu kat mana tah dia cakap. tempat saya hari tu, bleh ke ada adegan tembak menembak blaku kat stesen minyak? mati sorang. esoknya... macam takde apa blaku.. alasan. bukan org malaysia yg mati..amek ringan je...tu yang blaku kat tmpat awam. yg kat dalm hutan? semak? dalam kg? ladang getah? tuhan sj yang tahu...

maria_adam said...

bukan marah...lepaskan perasaan hu

Ummu Iffah said...

sabar zai...terukny kite tak maampu mnyumbg kan?

iman sayyidah said...

teringat ana pada kakak ipar ana..dia org Yala..kdg2 ada gak dia citer pasal konflik yg berlaku di sana..cuma,kita yang disini selalu leka dengn kesenangn yng ada..huhu..insaflah semua..

zaiton said...

tu la akak. rasa lemah sgt iman. mgkin perkara buruk tu x jadi lagi kat sedara terdekat kita, (nauzubillah..)sb tu x bersungguh kot.
doa itu senjata orang mukmin!

Masa Itu Nyawa